h3 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi perkerjaan ibu bapa.

Download Report

Transcript h3 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi perkerjaan ibu bapa.

HUBUNGAN FAKTOR DEMOGRAFI
DENGAN KREATIVITI
MURID-MURID DALAM AKTIVITI
MENGGAMBAR
Oleh:
Ahmad Hafis Bin Abdul Ghani
PISMP KPM-OUM PSV
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN.
Pengenalan
 Ramlah dan Mahaimi (2002), dalam bukunya yang bertajuk
“Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari” menyatakan
terdapat dua faktor besar yang dapat membezakan kreativiti
seseorang kanak-kanak iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
 Faktor baka ialah tahap pendidikan ibu bapa dan sosio ekonomi
keluarga. Ini kerana jika ibu bapa seseorang individu mempunyai
pendidikan yang tinggi, maka ia juga akan memastikan bahawa
anak-anak mereka juga mempunyai tahap pendidikan yang baik
bagi mengikuti jejak langkah mereka.
 Faktor persekitaran, persekitaran yang baik dapat membantu
tahap perkembangan murid dengan baik. Ini dapat dibuktikan
dengan perbezaan murid-murid di kawasan pedalaman yang
kurang kemudahan dan prasarana berbanding mereka yang
berada di bandar.
Penyataan Masalah
 Dalam menjalani aktiviti Pendidikan Seni, proses kreativiti
adalah penting bagi murid. Tahap kreativiti murid juga
berbeza mengikut pengalaman dan pengetahuan murid
(Victor Lowenfeld, 1947).
 Melihat kepada senario inilah, pengkaji menjalankan satu
kajian untuk mengetahui hubungan faktor demografi
dengan kreativiti murid-murid dalam aktiviti menggambar
seperti faktor jantina, umur, taraf pendidikan ibu bapa, dan
sosio ekonomi keluarga.
Objektif Kajian
1. Mengkaji perbezaan kreativiti dalam
kalangan murid-murid mengikut umur
2. Mengkaji perbezaan kreativiti dalam
kalangan murid-murid berdasarkan jantina
3. Mengkaji perbezaan kreativiti dalam
kalangan murid-murid mengikut status
sosioekonomi ibu bapa mereka
4. Mengkaji perbezaan kreativiti dalam
kalangan pelajar berdasarkan tahap
pendidikan ibu bapa mereka.
Batasan Kajian
 Latar belakang:
Hanya murid tahun tiga dan enam sahaja
yang mempunyai kemahiran dan latar
belakang yang berbeza dari segi sosio
ekonomi keluarga.
 Produk:
Murid-murid juga diminta menghasilkan satu
lukisan dari garisan-garisan yang telah diberi
berdasarkan kreativiti masing-masing.
Tinjauan Literatur
 Terdapat banyak kajian-kajian yang telah
dijalankan berhubung dengan kreativiti di luar
negara.
Dengan
adanya
kajian-kajian
berhubung kreativiti ini, ia telah mencetuskan
beberapa bentuk ujian kreativiti seperti Ujian
Pemikiran Kreativiti Torrance (Torrance and
Ball, 1984), Ujian Kreativiti Abedi-Schumacher
(CT; O’Neil, Abedi & Spielberger; 1994) dan
Ujian Kreativiti Villa & Auzmendi (VAT;
Auzmendi, Villa & Abedi; 1996).
Proses penjanaan kreativiti menurut Paul Torrance
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Penyoalan
Penemuan
Pemerhatian
Percubaan
Penerokaan
Manipulasi
Aktiviti bermain
Metodologi Penyelidikan
 Kajian berbentuk penyelidikan diskriptif.
 Penganalisaan data yang dijalankan secara kuantitaif melalui
soalselidik. Soalselidik yang digunakan dalam kajian adalah
menggunakan instrument “Torrance Test of Creative Thinking”
(TTCT)
 Melibatkan murid-murid sekolah rendah iaitu Sekolah
Kebangsaan Taman Tunku Ja’afar seramai 37 orang murid yang
berumur antara 10 hingga 12 tahun sebagai sampel kajian dipilih
secara rawak iaitu dengan mengambil sebahagian daripada kelas
darjah tiga dan enam sebagai responden.
 Soalselidik tersebut mengandungi dua bahagian iaitu Bahgian
A, mengandungi maklumat tentang latar belakang responden
dan Bahagian B pula ialah ujian figural bagi ‘Creative thinking’
oleh Torrance (TTCT).
 Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan
kaedah kualitatif dan kuantitatif. Penganalisaan data secara
kualitatif dibuat satu persatu dengan menggunakan borang
permarkahan ‘Torrance Test of Creative Thinking’ untuk
mendapatkan skor kreativiti figural yang telah diubah iaitu
keaslian, kelancaran dan kesesuaian tajuk.
 Skor yang diperolehi bagi setiap responden dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS).
Antara kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini
termasuklah korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA.
Bahagian A
Bahagian B
Umur : 12 tahun
Sarang burung
9 tahun
Kapten lanun
Hipotesis Kajian
 h1 Terdapat hubungan yang signifikan di antara
kreativiti dengan umur murid.
 h2 Terdapat perbezaan kreativiti murid dengan
jantina.
 h3 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi
perkerjaan ibu bapa.
 h4 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi
taraf pendidikan ibu bapa.
 h5 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi
pendapatan ibu bapa.
Dapatan Kajian
 h1 Terdapat hubungan yang signifikan di antara kreativiti dengan
umur murid.
Pemboleh ubah kreativiti secara keseluruhan di dapati mempunyai
hubungan sederhana dengan umur murid. Hasil analisis ujian
korelasi menunjukkan terdapat hubungan sederhana signifikan
antara kreativiti secara keseluruhan dengan umur murid (r = 0.50, p
= 0.00). Hasil kajian menunjukkan bahawa Hipotesis ini didapati
benar.
 h2 Terdapat perbezaan kreativiti murid dengan jantina.
Pemboleh ubah kreativiti secara keseluruhan di dapati tidak
mempunyai perbezaan dengan jantina murid. Hasil analisis Ujian
Levence menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kreativiti secara keseluruhan dengan jantina murid (sig =
0.56 > 0.05). Hasil kajian menunjukkan bahawa Hipotesis ini
didapati tidak benar dan harus ditolak.
 h3 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi perkerjaan ibu bapa.
Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan kreativiti murid
dari segi perkerjaan ibu kerana kedua-dua bacaan min adalah sama
(0.3) (t=0.18>0.05). Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa
hipotesis tersebut adalah tidak benar dan harus ditolak.
 h4 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi taraf pendidikan ibu
bapa.
Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara kreativiti
murid dari segi taraf pendidikan ibu bapa kerana kedua-dua nilai
signifikannya bawah dari 0.05 iaitu 0.04 dan 0.02. Hipotesis tersebut
boleh di terima.
 h5 Terdapat perbezaan kreativiti murid dari segi pendapatan ibu
bapa.
Hasil analisis Ujian ANOVA menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara kreativiti secara keseluruhan dengan pendapatan ibu
bapa murid (sig = 0.00 < 0.05). Hasil kajian menunjukkan bahawa
Hipotesis ini didapati benar dan boleh diterima.
Kesimpulan
 Kajian ini telah membuktikan wujudnya faktorfaktor yang dapat meningkatkan kreativiti murid
disekolah tersebut. Antara faktor-faktor tersebut
ialah umur, sosioekonomi keluarga serta taraf
pendidikan ibu bapa murid. Setiap faktor-faktor
tersebut mempunyai hubungan signifikan yang
tersendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa
hubungan yang tidak signifikan di antara kreativiti
dengan umur murid, dan perkerjaan ibu bapa
murid.
Sekian,
TERIMA KASIH
Skor Kreativiti Figural
Perkara
Baik
Sederhana
Kesesuaian tajuk
2
1
Kelancaran
2
1
Keaslian
1
0
Pengelasan Tafsiran Pekali Korelasi Mengikut
Guilford (1956)
Nilai korelasi ( r )
>0.90
0.70 – 0.90
0.40- 0.70
0.20-0.40
<0.20
Sumber: Guildford, J.P (1956)
Kekuatan Hubungan
sangat tinggi
tinggi
sederhana
lemah
sedikit, hampir tiada