penglibatan dan pencapaian dalam kegiatan kokurikulum untuk

Download Report

Transcript penglibatan dan pencapaian dalam kegiatan kokurikulum untuk

TAFSIRAN DAN ISU
PENILAIAN MARKAH
KOKURIKULUM
TAFSIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM
KONTEKS PENILAIAN 10%
Semua aktiviti dan program murid hendaklah
dalam bentuk pertemuan secara bersosial
dan bersemuka (bukan secara atas talian)
selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk
Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967,
No.5652 – Peraturan Kursus Pengajian.).
Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah
diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA:
1. Penyertaan diurus sepenuhnya oleh KPM
dengan kebenaran BKK
2. Penyertaan diurus oleh GO/NGO/individu
dengan syarat mendapat kelulusan daripada
BKK dan Bah.Hubungan Antarabangsa, KPM.
3 Penyertaan dalam negara dengan melibatkan
penyertaan dari luar negara yang diurus BKK
melalui tapisan Bahagian Hubungan
Antarabangsa, KPM.
3
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT ANTARABANGSA:
4. Penyertaan dlm. negara dgn melibatkan
penyertaan dari luar negara yang dikelola oleh
sekolah, GO/NGO dengan kelulusan BKK dan
telah melalui tapisan serta kebenaran
Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.
5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain
KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan
untuk menjalankan program sahaja.
4
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT KEBANGSAAN
1. Aktiviti diurus sepenuhnya oleh KPM melalui
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM
2. Aktiviti diurus oleh agensi GO’s dan NGO’s dengan
syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK.
Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan
dengan aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi
tahun semasa.
3.Penyertaan
mestilah
melibatkan
sekurangkurangnya 3 buah negeri.
4. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak
sekolah tanpa kelulusan BKK KPM
adalah
dikira markah penyertaan
peringkat sekolah
sahaja
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT NEGERI
1. Aktiviti yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh JPN
2. Aktiviti diurus oleh GO’s dan NGO’s dengan syarat mendapat
kelulusan bertulis daripada Pengarah JPN.
3. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah
Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah
melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah.
4. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum.
5. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan
aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.
6. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf
sebagai program peringkat negeri dengan syarat melibatkan
sekurang-kurangnya 5 buah sekolah dari 3 daerah dan
mendapat kebenaran daripada Pengarah JPN. Kos program
ditanggung oleh sekolah berkenaan.
TAFSIRAN AKTIVITI PERINGKAT DAERAH
1.
Akiviti yang diusahakan serta diurus sepenuhnya
oleh Pejabat Pelajaran Daerah.
2 Aktiviti diurus oleh agensi GO’s dan NGO’s dengan
syarat mendapat kelulusan bertulis daripada
Pejabat Pelajaran Daerah. Penyertaan mestilah
melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah
3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah
(melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa
kelulusan Pejabat
Pelajaran Daerah
adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat
sekolah sahaja.
TAFSIRAN PENGLIBATAN
Penglibatan 1: Murid yang didaftarkan sebagai
peserta perkhemahan/ pertandingan/
karnival/kursus/program
Penglibatan 2: Penglibatan murid yang melibatkan
aktiviti seperti persembahan selingan yang
memerlukan latihan pusat dan murid yang
bertugas sebagai jawatankuasa yang perlu
berkhidmat dalam tempoh yang lama disepanjang
aktiviti/pertandingan.
Penglibatan 3: Penglibatan murid yang bersifat
meramaikan majlis seperti sebagai penyokong,
kumpulan sorak atau peserta majlis ceramah
JADUAL MARKAH PENGLIBATAN
PENGLIBATAN
1
PENGLIBATAN
2
PENGLIBATAN
3
SEKOLAH
08
6
3
ZON/DAERAH
11
7
4
NEGERI
14
8
5
KEBANGSAAN
17
9
6
ANTARABANGSA
20
10
7
PERINGKAT
PROGRAM-PROGRAM KHAS KEBANGSAAN
contoh:
• 1. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
• 2. Pertandingan Menulis Surat kepada
•
Perdana Menteri.
• 3. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S):
• 4. Gotong Royong Kebangsaan.
• 5. Bulan Kecergasan Malaysia.
• 6. Sambutan Hari Habitat Sedunia
• 7. Perhimpunan Sejuta Belia .
• 8. Minggu Alam Sekitar
PROGRAM-PROGRAM KHAS PERINGKAT
NEGERI DAN DAERAH
1. Perkhemahan Pengakap Daerah Jengka 30 tahun
peringkat antarabangsa .
2. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI”
3. ”One Contemporary Art Competition” anjuran
Kementerian Pelancongan.
4. ”HHH Run” / Sunset Run
5. Pesta Tanglong Perdana (Perak)
6. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang
7. Kuala Lumpur International Marathon
8. Klang 10K Run
PEMBERIAN MARKAH
PROGRAM-PROGRAM KHAS KEBANGSAAN
Peringkat
Pelaksanaan
i. Sekolah
Markah
Penyertaan
Sekolah
ii. Daerah
Daerah
11
iii. Negeri
Negeri
14
iv. Kebangsaan
Kebangsaan
17
Markah
8
PROGRAM-PROGRAM BERKEMBAR
sekolah Premier , sekolah kluster, Sekolah
Prestasi Tinggi dan SBP
 Contoh : Program berkembar antara sekolah
dengan universiti/kolej/sekolah luar negara

 Pemarkahan
Penilaian Kokurikulum
hendaklah merujuk kepada tafsiran
aktiviti kokurikulum mengikut peringkat
seperti di atas
AKTIVITI OLIMPIAD SAINS DAN MATEMATIK
i.
Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah
dikira sbg penyertaan di peringkat sekolah
(8 markah)
ii. Peringkat kedua; peserta dipanggil oleh BKK
KPM untuk menghadiri kem latihan diperingkat
kebangsaan layak mendapat markah
peringkat kebangsaan (17 markah)
iii. Peserta terpilih mewakili Negara ke peringkat
antarabangsa layak mendapat markah
peringkat antarabangsa (20 markah) dan
markah pencapaian sekiranya berjaya.
KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN
ANTARABANGSA – KOREA
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam
pengiraan penilaian markah kokurikulum,
kerana

a. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran
dari KPM
b. Kelebihan kpd individu yang berkemampuan.
c. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa
saringan dari segi pemilihan calon berbanding
”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang
diuruskan oleh Bahagian Sukan, Seni dan
Kokurikulum, KPM
PENGUJIAN SECARA TERUS (”ON-LINE ASSESSMENT ”)
Tidak diterima pakai dalam pengiraan
penilaian markah kokurikulum, kerana:
1. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran BKK, KPM
2. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan
mempunyai kemudahan IT
3. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak
jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan
diragui
4. Tidak diketahui siapa penganjur yang bertanggungjawab
bagi sebarang perkara berbangkit
5. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari
segi pemilihan calon
PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM PROGRAM
KERAJAAN NEGERI
Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai
penglibatan ”antarabangsa”, pemilihan
sesorang peserta melalui saringan dan
pemilihan oleh jawatankuasa khas yang
dilantik.
 Contoh:


Program Berkembar Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi,
Sumatera
Pulau Pinang – Medan,
Ipoh – Fukuoka, Jepun
PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM
PERTUBUHAN YANG TIDAK TERDAPAT/TIDAK
BERDAFTAR DI SEKOLAH
Sekiranya aktiviti yang dianjurkan
mendapat kelulusan daripada
KPM/JPN/PPD maka markah
Penglibatan dan Pencapaian murid
boleh diambil kira walaupun aktiviti
tersebut tidak tersenarai di
peringkat sekolah.
PENGLIBATAN MURID-MURID DALAM AKTIVITI
YANG BERKAITAN DENGAN AGENSI BUKAN
KERAJAAN (NGO)
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran
daripada KPM/ JPN/ PPD terlebih dahulu
(kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah tertakluk kepada peringkat kelulusan:
 Peringkat penglibatan :

 Kelulusan
PPD – penglibatan daerah
 Kelulusan JPN – penglibatan negeri
 Kelulusan KPM – penglibatan kebangsaan

Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan
KPM/JPN /PPD – markah penglibatan dan
pencapaian tidak dikira.
AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGAN PIHAK
ISTANA DAN KERAJAAN NEGERI
Semua aktiviti yang
melibatkan Institusi Raja
dan Setiausaha Kerajaan
Negeri dikira sebagai
penglibatan peringkat
negeri.
PROGRAM / AKTIVITI GABUNGAN
c. Penglibatan Daerah : gabungan sekurangkurangnya 5 buah sekolah dari daerah yang
sama
 c. Penglibatan Negeri: Dianjurkan oleh PPD
meliputi gabungan sekurang-kurangnya 3 buah
daerah dari negeri yang sama
 Penglibatan Kebangsaan: Dianjurkan oleh JPN
dengan gabungan sekurang-kurangnya 3 buah
negeri
 Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran
daripada KPM/JPN/PPD

ISU – ISU PENILAIAN
1. APAKAH PERATURAN ATAU PENALTI
YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA
MURID YANG TIDAK MENYERTAI
KEGIATAN KOKURIKULUM ?
Murid yang tidak menyertai
kegiatan kokurikulum
dianggap sebagai ponteng,
justeru menjejaskan
prestasi markah
kokurikulumnya.
2. RUMAH SUKAN, APAKAH DIKIRA
SEBAGAI AHLI KELAB SUKAN DAN
BOLEH DIBERIKAN MARKAH ?
Kegiatan dalam rumah sukan
adalah diiktiraf sebagai
kegiatan sukan. Maka
penglibatan murid-murid
diiktiraf telah terlibat dalam
bidang sukan/permainan, layak
diberi markah.
3. BAGAIMANA PENGIRAAN JIKA
KEHADIRAN LEBIH DARIPADA JUMLAH
YANG PERTEMUAN YANG DITETAPKAN?
Murid-murid layak mendapat
markah penuh jika kehadiran
mereka mencapai jumlah
minima. Kehadiran melebihi
jumlah ini tidak membawa
penambahan markah.
4. MEMANIPULASI JAWATAN KAPTEN
DALAM PASUKAN (KEGIATAN SUKAN).
SATU JENIS SUKAN TETAPI
ADA BANYAK KAPTEN
Sebuah pasukan sukan hanya mempunyai
seorang kapten. Jika ditubuhkan banyak
pasukan, maka layaklah setiap pasukan ini
mempunyai kaptennya masing-masing.
5. JIKA KETUA KELAS / PENGAWAS ATAU
PELAJAR DENGAN JAWATAN KHAS YANG
BERPINDAH SEKOLAH SELEPAS BEBERAPA
BULAN (TIDAK CUKUP SETAHUN) KE SEKOLAH
BARU, BAGAIMANA PENILAIAN HARUS
DIBUAT DI SEKOLAH BARU?
Markah memegang jawatan ini
hanya layak diterima jika
jawatan disandang ialah untuk
tempoh satu tahun.
7. BAGAIMANA PENGESAHAN HARUS DIBUAT
BAGI PENYERTAAN PELAJAR DI PERINGKAT
DAERAH ATAU SEKOLAH YANG TIADA SIJIL ,
TETAPI ADA TERCATAT DALAM SIJIL BERHENTI
SEKOLAH?
Sebarang bentuk dokumen
rasmi yang mengesahkan
penyertaan atau
pencapaian boleh diterima
sebagai sokongan sah.
8. JIKA SIJIL HILANG, ADAKAH PERLU
PERAKUAN DARI PIHAK YANG
MENGELUARKAN SIJIL?
Pengesahan menerima
dokumen yang hilang
perlu diperakui oleh
pengeluar dokumen
berkenaan.
9. ADAKAH PERLU SUATU PANEL KHAS
ATAU JAWATANKUASA UNTUK
MENYEMAK DAN MENGESAHKAN
KESAHIHAN MAKLUMAT DALAM
BORANG PENILAIAN?
Menubuhkan panel atau
jawatankuasa bagi
menyemak maklumat borang
penilaian dianggap sebagai
usaha tambahan sahaja.
•
10. BAGAIMANA PENILAIAN BAGI
SEORANG MURID DI SEKOLAH
PEDALAMAN YANG HANYA HADIR UNTUK
SESUATU TAHUN SAHAJA (TIDAK PENUH
TINGKATAN) CONTOH: HANYA HADIR
UNTUK TINGKATAN 1, 3 DAN 5 SAHAJA.
Murid hanya dinilai
mengikut tahun
penglibatan mereka
sahaja.
11. BAGAIMANA PENILAIAN HARUS
DIBUAT JIKA BILANGAN PERJUMPAAN
UNTUK AKTIVITI TIDAK MENCAPAI
HAD MINIMUM YANG DITETAPKAN
Markah kehadiran dinilai
berdasarkan kepada jumlah
kali kehadiran sama ada
menepati jumlah yang
ditetapkan ataupun tidak.
•
12. BAGAIMANAKAH PENILAIAN
DILAKUKAN SEKIRANYA MURID
TERLIBAT DALAM AKTIVITI MASYARAKAT
DI LUAR SEKOLAH?
Murid perlu
mengemukakan
dokumen pengesahan
penglibatan untuk
pertimbangan mendapat
markah.
13. BAGAIMANA HENDAK MENILAI
PELAJAR YANG BELAJAR DI LUAR
NEGARA (DENGAN SEBAB MENGIKUT
BAPA DAN SEBAGAINYA) DAN MASUK KE
TINGKATAN 5 DI MALAYSIA PADA
PERTENGAHAN ATAU PADA PENGHUJUNG
TAHUN .

Murid perlu mengemukakan bukti-bukti
(dokumen perakuan) penglibatan dan
pencapaian dalam kegiatan kokurikulum
untuk dijadikan sebagai asas pertimbangan.
14. MARKAH UNTUK PENCAPAIAN
PERLULAH JUGA DIBERI KEPADA MURID
YANG TEWAS / KALAH / TIADA
MEMENANGI ANUGERAH DALAM
AKTIVITI YANG DISERTAINYA.
Markah murid yang tewas dalam
sesuatu peringkat
pertandingan akan merujuk
kepada markah pertandingan
di peringkat sebelumnya.
15. BAGAIMANAKAH PENILAIAN MURID DI
SEKOLAH DI PEDALAMAN YANG TIADA
KEMUDAHAN/PRASARANA UNTUK
MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM?
•
Bagi membolehkan murid mempunyai
peluang untuk memperolehi markah
kokurikulum, pihak sekolah hendaklah
mengambil inisiatif menganjurkan
pelbagai aktiviti dan mewujudkan
pelbagai jawatan untuk membuka ruang
penyertaan mereka di peringkat sekolah
mahupun di peringkat yang lebih tinggi.
16. PELAJAR YANG AKTIF SUKAN TIDAK
MEMPUNYAI MASA UNTUK MENGHADIRI
LATIHAN BERSAMA DENGAN AHLI
PASUKAN YANG LAIN KERANA SERING
TERLIBAT DENGAN SUKAN YANG
DISERTAINYA.
Kehadiran murid menyertai latihan
di luar sekolah dalam bidang yang
sama adalah juga diperakui
kehadirannya.
17. GURU MENURUNKAN KUASA KEPADA
PELAJAR (PENGERUSI/SETIAUSAHA) UNTUK
MENANDATANGAN KEHADIRAN PELAJAR
DALAM PERJUMPAAN.
Guru hendaklah
mengesah sendiri
kehadiran murid dalam
kegiatan kokurikulum.
18. SURAT TIDAK HADIR OLEH PENJAGA
MENYATAKAN ANAK MEREKA TIDAK
DAPAT MENYERTAI AKTIVITI
KOKURIKULUM DI SEKOLAH. ADAKAH INI
DITERIMA SEBAGAI PENGECUALIAN?
Sebarang dokumen
pengesahan ibu bapa
atau penjaga murid
boleh diterima sebagai
rujukan pengecualian.
19. PENGECUALIAN BAGI PELAJAR YANG
MENYERTAI KELAS AGAMA PADA
SEBELAH PETANG
 Penyertaan
dalam kegiatan
kokurikulum adalah wajib.
Penyelarasan perlu dilakukan
bagi mengelak berlaku
halangan penyertaan murid
dalam kegiatan kokurikulum.
20. BAGAIMANA CARA PENILAIAN PADA
PELAJAR YANG TIDAK MAHU
MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI
KOKURIKULUM?
Murid yang tidak
menyertai kegiatan
kokurikulum akan
kehilangan markah
kokurikulumnya.