Pantun Empat Kerat 1Citizen

Download Report

Transcript Pantun Empat Kerat 1Citizen

Ahmad Junaidi b. Ahmad Hadzmy (2009851352)
Nur Fatihah bt. Norizam (2009224856)
UiTM Shah Alam, ED220
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Andai ada masa lapang,
Sudilah menikmati karya kami.
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang kami musafir lalu,
Sijil 1citizen kami dah dapat,
Mari berkongsi sepintas lalu.
1.e- Rule:
Tanam bunga dalam pasu,
Pasu disusun keliling batu,
Karya kami bukan palsu,
Plagiarism musuh kami nombor satu!
 2.e- Safety:
Budak kecil main sorok - sorok,
Jatuh ke tanah luka berdarah,
Bersosial dalam talian memang seronok,
Salah bicara kelak membawa padah.

3. e- Enterprise:
Lori Cadbury dipandu ke Kedah,
Cadbury coklat kegemaran Zubaidah,
Transaksi atas talian amat mudah,
Maklumat yang sulit usah didedah.
 4. e- Literate:
Anak ikan anak gembala,
Anak itik di tepi paya,
Kita generasi internet kedua,
Web 2.0 itulah labelnya.
 5. e- Care:
Ayu sungguh gadis di desa,
Antara jejaka menjadi rebutan,
Posisi tegak juga selesa,
Kesihatan ergonomik jadikan amalan.

Berjuta resah beribu sesalan,
Tidak kesampaian cinta sejati,
Terima kasih pembaca budiman,
Kalau berkenan undilah kami.
Gunung Dato’ tidak bercucu,
Gunung Daik bercabang tiga,
Segala info diharap membantu,
Semoga menjadi panduan semua
Sekian, Terima Kasih.
Online:
http://www.google.com.my/search?tbm=isch&hl=en&source=hp&biw=1517&bih=714&q=
logo+1+citizen&gbv=2&oq=logo+1+citi&aq=0&aqi=g1&aql=1&gs_l=img.1.0.0.1762l4
299l0l6101l11l11l0l2l2l0l409l2242l1j3j1j3j1l9l0.efis.1. Retrieved on April 8, 2012.
Book:
N.A. (2011). 1CITIZEN: Student Quick Reference. Malaysia: Prestariang Systems Sdn Bhd.