Tajuk : Penuaian Buah Tandan Segar

Download Report

Transcript Tajuk : Penuaian Buah Tandan Segar

Piawai Penuaian dan Penggredan Buah
Tandan Segar di Ladang
Nama Pembentang : ARO Vincent Marcos
Stesen Penyelidikan MPOB Sessang Saratok
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA
(MALAYSIAN PALM OIL BOARD)
Piawai Penuaian BTS
Matlamat :
 1. Mendapatkan jumlah minyak yang optimum.
 2. Mendapatkan mutu minyak sawit yang
terbaik.
Kriteria Mutu Minyak yang baik :
 1. Rendah kandungan asid lemak bebas (ALB)
di dalam minyak sawit mentah (MSM).
 2. Jika kandungan ALB tinggi, harga MSM
turun dan kos penapisan meningkat.
Profil Hasil Sawit
 Pokok matang muda (<8 tahun),
hasil meningkat
 Pokok matang prima (8-20 tahun),
hasil memuncak
 Pokok tua / tinggi (>20 tahun), hasil
menurun
Piawaian Tandan Masak
 Gugur satu biji buah daripada tandan
ke tanah.
 Mesokarp bewarna oren kemerahan.
 Sekurang-kurangnya 10 soket segar
buah relai semasa pemeriksaan di
kilang.
 Lebih 50% buah masih melekat pada
tandan semasa diperiksa di kilang.
Jarak Pusingan Menuai
• 10-12 hari ( 3 pusingan 1 bulan )
• 3-5 ha/hari/1 penuai + 1 pengutip buah relai
• Produktiviti 1.5-2.0 tan/hari/1 penuai +
1 pengutip buah relai.
Tugas Penuai
 Selalunya, penuai bekerja berpasangan.
1. potong tandan
2. potong pelepah
3. susun pelepah
4. kumpul buah relai
5. potong tangkai pendek
6. kumpul tandan di tepi jalan
PENUAIAN POKOK MUDA
Peralatan penuai :
1. Topi Keselamatan
2. Kasut getah
3. Parang
4. Pahat + kayu pemegang @ sabit + paip besi
aluminium .
Pemangkasan Pelepah
 1. Pokok Muda : buang pelepah kering sahaja.
 2. Pokok 4-7 tahun : simpan 48-56 pelepah/pk
 3. Pokok 8-14 thn : simpan 40-48 pelepah/pk
 4. Pokok > 15 thn : simpan 32-40 pelepah/pk
 Objektif Penyusunan Pelepah:
1. Memudahkan pengutipan tandan dan buah relai.
2. Mempercepatkan pereputan.
3. Menyediakan lorong tuai yang baik.
Pengutipan Buah Relai
 Objektif :
1. Meningkatkan berat jualan BTS
2. Untuk basmi sawit liar.
3. Mengelakkan buah relai dijadikan sebagai
anak benih.
Panjang Tangkai < 5 cm
 Membantu mengurangkan kehilangan minyak
yang diserap oleh tangkai semasa
pemprosesan di kilang
 Tangkai pendek <5 cm menyerap minyak
sehingga 0.45% (kpm). Oleh itu tangkai
panjang > 5 cm sudah tentu akan menyerap
lebih banyak lagi.
Faktor mempengaruhi produktiviti
penuai:
1. Ketinggian pokok
2. Topografi
3. Keadaan lorong tuai
4. Saiz dan berat tandan
Penyeliaan Semasa Menuai
 Tuai buah masak sahaja
 Susun pelepah dengan betul
 Kutip buah relai - dilakukan secara manual @




mekanikal
Tiada tertinggal pusingan
Tangkai tandan dipotong pendek
Memberi tunjuk ajar kepada penuai
Penggredan di ladang
PENGANGKUTAN BTS
MENGGUNAKAN MINI TRAKTOR
Pra-Penggredan Di Ladang
 • Pra-penggredan tandan di ladang bagi
memastikan hanya tandan masak dan
mengkal sahaja dihantar ke kilang
 • Lain-lain tandan hendaklah ditinggalkan di
ladang untuk dijadikan baja organik
 • Pemilik ladang dapat mengetahui anggaran
KPM yang patut diperolehi daripada kilang
Penuai buah kita ni
tak takut kena
penalti la geng.
Cari lagi geng, banyak
betul buah mentah ni.
PERLAKSANAAN PENGGREDAN
TEMPAT PENGGREDAN
 Di bulatan pokok sawit, di platform task dan
di atas platform di sebelah ‘loading ramp
ladang’.
SIAPA YANG MELAKUKAN KERJA
PENGGREDAN
 Pengawas buah yang dilantik oleh ladang,
mempunyai kepakaran dan kebolehan untuk
menggred buah kelapa sawit.
Pok, tinggalkan
tandan tak berkualiti.
Ok geng, biar tan dia kurang bulan ni, siapa
suruh dia tuai buah mentah.
KLASIFIKASI TANDAN
Tandan Masak
Tandan Mengkal
Tandan Muda
Tandan Terlalu
Tandan Lama
Masak
Tandan Kosong
Tandan Busuk
Tandan Tangkai
Panjang
Tandan Tidak Segar
Tandan
Tandan Kotor
Tandan Kecil
Tandan Rosak
Berpenyakit
Tandan Dura
Buah Relai
Tandan Basah
Kombinasi mutu tandan untuk satu konsainan yang
dianggap bermutu adalah seperti berikut :-
KATEGORI TANDAN
Tandan Masak
Tandan Mengkal
Tandan Tangkai Panjang
Tandan Muda
Tandan Dura
Tandan Kosong
Tandan Busuk
Tandan Kotor
Tandan Lama
Tandan Basah
HAD
> 90%
< 10%
< 5%
0%
0%
0%
0%
0%
0%
0%
Banyak betul buah “dabai”, dah lah 23 hari tak hantar-hantar ke kilang.
Penghantaran BTS ke Kilang
 Dilakukan pada hari yang sama atau dalam
masa 24 jam.
 Buah dituai – (penuai) – platform – (traktor) –
ramp – (lori) – kilang.
 Jika terdapat buah mentah @ muda – driver
traktor tidak dibenarkan mengangkat tandan
tersebut dan penalti dikenakan kepada penuai
buah mentah @ muda.
PENGANGKUTAN BTS MENGGUNAKAN
MINI TRAKTOR
Cara Mengupah Penuai
 Jumlah tan sawit yang dituai
 Rujukan : berat semasa tandan, bilangan
tandan.
 Sistem insentif dan denda untuk meningkatkan
semangat, displin, kualiti hasil dan pengurusan.
 Insentif ; memotong tangkai pendek, kehadiran,
kutip buah relai dll.
 Denda ; tandan muda dan mengkal, tidak kutip
buah relai.
Kesimpulan
 1. Faktor-faktor lain seperti pembajaan, kawalan
rumpai, sistem perparitan dan pembinaan jalan
serta pengurusan ladang juga perlu dititikberatkan
untuk menjamin mutu dan kualiti pengeluaran
hasil.
 2. Dengan meninggalkan tandan yang tidak
bermutu di ladang, anda tidak akan dikenakan
penalti dan anda membantu menjimatkan kos
memunggah, pengangkutan dan pemprosesan.