Pembantu Penyelidik Siswazah - Pusat Pengurusan Penyelidikan

Download Report

Transcript Pembantu Penyelidik Siswazah - Pusat Pengurusan Penyelidikan

Taklimat
Skim Pembantu Penyelidik
(RA) dan Skim Pembantu
Penyelidik Siswazah (GRA)
AUDI INOS, 16.02.2012
PENGENALAN
1. Penyelidikan dijalankan melalui projek-projek penyelidikan
yang di terima daripada kementerian-kementerian
berkaitan atau agensi-agensi pemberi dana. Kebiasaanya,
setiap projek diketuai oleh seorang Ketua Projek yang juga
staf akademik. Perlaksanaan projek-projek tersebut
biasanya dibantu oleh Pembantu Penyelidik / Pembantu
Penyelidik Siswazah .
2. Universiti merasakan bahawa tugas menjalankan
penyelidikan bukan sahaja dijalankan oleh Ketua Projek
dan Penyelidik Bersama sahaja, malah juga dijalankan
oleh Pembantu Penyelidik / Pembantu Penyelidik Siswazah.
3. Pembantu Penyelidik ialah seseorang yang dilantik oleh
Universiti Malaysia Terengganu secara Sambilan ataupun
Kontrak untuk membantu kerja-kerja penyelidikan dan di
bayar elaun/upah berdasarkan kadar bulanan atau harian.
4. Pembantu Penyelidik Siswazah pula dilantik mengikut
tempoh projek atau baki yang mencukupi atau yang mana
terlebih dahulu. Pelajar adalah diwajibkan membayar yuran
program ijazah lanjutan yang mereka ikuti. Bagi Penbantu
Penyelidik Siswazah yang tidak mempunyai penaja atau
yang masih mempunyai hutang dengan Sekolah Siswazah,
Yuran Program Ijazah Lanjutan akan dipotong melalui elaun
bulanan.
SUMBER KUASA
1. Mesyuarat JK Penyelidikan Universiti kali ke 21
yang telah bermesyuarat pada 19 Julai 2007
telah bersetuju dengan Cadangan Skim
Pembantu Penyelidik (Minit JKPU 21/2/2/2007).
2. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UMT kali ke8 Bil. 10 Tahun 2007 yang telah bermesyuarat
pada 28 Ogos 2007 melalui Minit Mesyuarat JKE
JKE 8/7/2007 telah bersetuju memperakukan
Cadangan Skim Pembantu Penyelidik.
4/8/2015
4
3. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan UMT melalui minit
7/3/2007 telah meluluskan kadar elaun/upah dan kadar
tuntutan perjalanan Pembantu Penyelidik.
4. Pada tahun 2009, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan
Universiti (JKPU) melalui petikan minit JKPU 27/5/2/2009
meluluskan pula kadar hitungan batu bagi Pembantu
Penyelidik. Kertas yang sama dengan penambahbaikan
tuntutan perjalanan telah dibincang dan diluluskan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
(JPKA) yang bersidang pada 20 April 2011 melalui petikan
minit 9/16/2011. Seterusnya, diluluskan oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan dan Akaun (JKPA)
kali ke 19 Bilangan 2/2011 melalui petikan minit 17/19/2011.
OBJEKTIF SKIM PEMBANTU
PENYELIDIK
Berikut adalah objektif Skim Pembantu Penyelidik ;
1. Mewujudkan mekanisme Pembantu Penyelidik yang
lengkap;
2. Mewujudkan minat dan kecenderungan dalam bidang
penyelidikan;
3. Menyumbang kepakaran dan idea dalam
perkembangan aktiviti penyelidikan ke arah penyelidikan
yang cemerlang dan mempunyai nilai komersil;
4. Membantu UMT mencapai matlamat ke arah sebuah
Universiti Penyelidikan.;
Sam…
5. Melahirkan generasi baru sebagai
pemangkin dalam penyelidikan pada masa
akan datang;
6. Membantu mengatasi masalah kekurangan
tenaga kerja bagi menjalankan
penyelidikan di Universiti;
7. Menyemai dan menggalakkan pelajar
Universiti untuk terlibat dalam bidang
penyelidikan;
8. Menggalak dan meningkatkan
perkembangan penyelidikan di Universiti
dengan kerjasama pelajar.
OBJEKTIF SKIM PEMBANTU
PENYELIDIK SISWAZAH
Berikut adalah objektif Skim Pembantu Penyelidik Siswazah ;




4/8/2015
Memberi galakan kepada pelajar bagi melanjutkan
pelajaran ke peringkat pasca siswazah di samping
memantapkan lagi penyelidikan yang dijalankan di UMT.
Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja
bagi menjalankan penyelidikan di Universiti
Menyemai dan menggalakkan pelajar Universiti untuk
terlibat dalam bidang penyelidikan;
Melahirkan generasi baru sebagai pemangkin dalam
penyelidikan pada masa akan datang.
8
TARAF LANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK
Pembantu Penyelidik boleh dilantik secara:
i) Sambilan:
4/8/2015
›
Pelantikan Pembantu Penyelidik bertaraf Sambilan adalah bagi
tempoh tidak melebihi satu tahun pada satu-satu masa bermula dari
tarikh melapor diri.
›
Pembantu Penyelidik bertaraf Sambilan akan dibayar elaun secara
bulanan dan berdasarkan kadar elaun harian atau bulanan. Bayaran
adalah tertakluk kepada peruntukan penyelidikan yang sedia ada,
keperluan perkhidmatan dan persetujuan Ketua Projek yang
berkenaan.
›
Pembantu Penyelidik bertaraf Sambilan boleh dilantik semula setelah
tempoh lantikan tamat atas dasar persetujuan kedua-dua pihak.
›
Pihak Universiti tidak akan mencarum dalam KWSP bagi lantikan ini
9
ii) Kontrak:
-
Pelantikan Pembantu Penyelidik bertaraf Kontrak adalah bagi
tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan maksima tiga
tahun pada satu-satu masa bermula dari tarikh melapor diri.
-
Pembantu Penyelidik bertaraf Kontrak akan dibayar upah
secara bulanan dan berdasarkan kadar upah bulanan.
Bayaran adalah tertakluk kepada peruntukan penyelidikan
yang sedia ada, keperluan perkhidmatan dan persetujuan
Ketua Projek yang berkenaan.
-
Pembantu Penyelidik bertaraf kontrak boleh dilantik semula
setelah tempoh lantikan tamat atas dasar persetujuan keduadua pihak.
-
Pihak Universiti akan mencarum dalam KWSP bagi lantikan ini.
4/8/2015
10
TUGAS DAN KEWAJIPAN PEMBANTU PENYELIDIK
Pembantu Penyelidik adalah dikehendaki
membantu dalam kerja-kerja penyelidikan yang
berkaitan sebagaimana yang diarah oleh ketua
projek penyelidikan.
Pembantu Penyelidik adalah bertanggungjawab
kepada Ketua Projek Penyelidikan yang berkenaan.
4/8/2015
11
Selain membuat penyelidikan untuk menghasilkan
tesis sendiri, Pembantu Penyelidik Siswazah adalah
diperlukan :a)
Membantu pensyarah dalam tutorial / pengajaran atau
sebagai penunjukajar dalam makmal tidak melebihi
enam (6) jam seminggu.
b)
Membantu pensyarah menjalankan kerja-kerja
penyelidikan
Skim
Tempoh lantikan
Pembantu Penyelidik (Sambilan) Mak 1 tahun
Pembantu Penyelidik (Kontrak)
Mak 3 tahun
Pembantu Penyelidik Siswazah
Sehingga tempoh projek penyelidkan
tamat
UPAH / ELAUN
RA/GRA yang dilantik akan dibayar upah/elaun mengikut kadar kelayakan seperti
yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah;
Jadual 1 : Kadar upah/elaun mengikut kelayakan:
Kelayakan /
Jenis Skim
Kadar Upah Bulanan
Maksimum* (RM)
Kadar Elaun Harian
Maksimum* (RM)
Master
2,800.00
100.00
Ijazah
2,500.00
86.00
Diploma /STPM
1,200.00
52.00
SPM
900.00
39.00
GRA
1,250.00/1,500.00
-
* tidak termasuk caruman majikan KWSP dan PERKESO
Penyelidik boleh menawarkan gaji yang kurang daripada kadar yang
ditetapkan dalam Jadual 1 berdasarkan kemampuan kewangan projek berkenaan.
4/8/2015
14
SEMESTER
SEM 1
SESI
2010/11
NAMA
PELAJAR
NO C/C /
PASPORT
NO A/C
CIMB
BANK
MISS
XYZ
No Matrik
: GSK 1234
123456
123-12345433
JUMLAH
HUTANG
SEKOLAH
SISWAZAH
(RM)
ELAUN
BULANAN
(RM)
JUMLAH
POTONGAN
MENGIKUT
BULAN KE
NOMBOR
VOT : 99999
BAKI
ELAUN
YANG
LAYAK
DITERIMA
(Upah
bersih)
880.00
MAC
1000.00
300.00
700.00
APRIL
1000.00
0.00
1000.00
MEI
1000.00
300.00
700.00
JUN
1000.00
0.00
1000.00
JULAI
1000.00
280.00
720.00
5000.00
880.00
4120.00
JUMLAH KESELURUHAN
880.00
Jenis Biasiswa
Pembiayaan
Penerimaan Elaun GRA
MyPhD (KPT)
P1 – Yuran Pembiayaan, Elaun
Sara Hidup, Elaun Bantuan
Jurnal, Elaun Tesis
P2 – Yuran Pengajian, Elaun
Bantuan Jurnal, Elaun Tesis
P3 - Yuran Pengajian, Elaun
Bantuan Jurnal, Elaun Tesis
P1 – Lantikan GRA tanpa
Elaun
MyMaster (KPT)
Yuran pengajian, Bantuan
Penyediaan Tesis
Lantikan GRA dengan
Elaun
Skim Latihan Akademik
IPTA (KPT)
Yuran Pengajian, Elaun Sara
Hidup, Elaun Buku, Elaun
Perkakas, Elaun Bantuan
Penyediaan Tesis, Elaun
Latihan Amali
Lantikan GRA tanpa Elaun
P2 - Lantikan GRA dengan
Elaun
P3 - Lantikan GRA dengan
Elaun
Jenis Biasiswa
Pembiayaan
Penerimaan Elaun GRA
National Science Fellowship
(NSF) (MOSTI)
Yuran Pengajian dan Elaun
Sara Hidup
Lantikan GRA tanpa Elaun
Skim Kewangan Siswazah
(SKS) (UMT)
Yuran Pengajian dan Elaun
Sara Hidup
Lantikan GRA tanpa Elaun
Pasca Siswazah (MOSTI) Yuran Pengajian dan
Elaun Sara Hidup
Lantikan GRA tanpa Elaun
Tarikh
Perkara
Tindakan
05hb semasa – 01hb
bulan berikutnya
Penghantaran Borang
Tuntutan Elaun
RA/GRA
4 hari sebelum @
sehingga 04hb bulan
berikutnya
Semakan, kelulusan,
daftar bil di RMIC
- hantar ke Bendahari
Pembantu Tadbir (P/O)
Timbalan Pengarah
RMIC
04hb – 9hb setiap bulan
-Semakan (Seksyen
Pembayaran)
-Hantar ke Seksyen
Akaun Pejabat
Bendahari untuk
kelulusan 2 org Pegawai
(Sistem E - Pay)
(Seksyen Pembayaran)
-Pem. Tadbir (Kew)
-Penolong Akauntan
-Penolong Bendahari
Sebelum @ pada 10hb setiap bulan, pihak bendahari akan memasukkan
bayaran ke akaun RA/GRA melalui sistem E-Pay.
TUNTUTAN PERJALANAN
Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah perlu mendapat
kelulusan dari Pengarah RMIC untuk membuat perjalanan sama ada
berkaitan dengan projek penyelidikan atau menghadiri seminar, konferensi
atau kursus yang diadakan di Malaysia sahaja dan mempunyai peruntukan
seperti yang diluluskan dalam permohonan awal.
Perjalanan Luar Negara tidak dibenarkan kecuali dinyatakan oleh pihak
penaja.
a) Kadar-kadar tuntutan perjalanan adalah seperti berikut :
Tuntutan berdasarkan Tahap Kelayakan RA
Elaun
4/8/2015
Sarjana
Ijazah
Diploma/STPM
SPM
GRA
Makan
45.00
45.00
40.00
40.00
35.00
Lojing (tanpa
resit)
55.00
55.00
45.00
40.00
35.00
Sewa Hotel
(dengan resit)
160.00
160.00
140.00
130.00
120.00
19
KADAR HITUNGAN BATU
Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah juga layak diberi
kemudahan untuk membuat tuntutan Hitungan Batu mengikut kadar
kelayakan seperti peraturan yang berkuatkuasa kepada staf tetap UMT.
Namun demikian, ia masih tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Nilai Kadar Tuntutan Hitungan Batu per kilometer adalah tidak melebihi
kadar kelayakan sepertimana kakitangan tetap yang berkuatkuasa di UMT.
ii. Tuntutan bayaran perlu dicaj kepada vot penyelidikan ketua projek terlibat.
iii. Ketua projek penyelidikan bertanggungjawab (responsible and
accountable) atas budi bicara beliau untuk menetapkan kadar tuntutan
hitungan batu per kilometer (tidak melebihi kelayakan kakitangan tetap
UMT yang setara) yang bersesuaian mengikut kemampuan sedia ada
kewangan geran projek penyelidikannya.
iv. Tuntutan hitungan batu ini hanya boleh diluluskan dengan syarat
dilampirkan dokumen bertulis dari ketua projek menjelaskan
kenderaan universiti tidak dapat ditempah pada waktu yang
diperlukan oleh Pembantu Penyelidik (RA) atau Pembantu
Penyelidik Siswazah (GRA).
v. Semua tuntutan hitungan batu RA dan GRA perlu disahkan oleh
ketua projek.
vi. Hanya RA dan GRA yang mempunyai surat lantikan rasmi RMIC
sahaja layak membuat tuntutan hitungan batu.
vii. Kemudahan ini tertakluk kepada peraturan atau garis panduan
pemberi dana penyelidikan seperti MOSTI, KPTM, dan lain-lain.
Sekiranya menerima RA/GRA sebarang pekerjaan
tetap atau kontrak atau menerima gaji bulanan
secara tetap atau menerima pembiayaan daripada
lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran)
dalam tempoh pelantikan maka RA/GRA adalah
bertanggungjawab melaporkan penerimaan
pekerjaan atau pembiayaan tersebut kepada
pihak RMIC. Jika pelantikan diteruskan
disebabkan kecuaian atau kegagalan RA/GRA
melaporkan perkara ini, pihak RMIC atau Ketua
Projek berhak membuat tindakan tuntutan
gantirugi ke atas jumlah elaun atau perbelanjaan
lain yang telah dibayar.
PENAMATAN PELANTIKAN PEMBANTU
PENYELIDIK
(a) Pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhak menamatkan
perkhidmatan Pembantu Penyelidik Sambilan tanpa memberi sebarang
sebab pada bila-bila masa selepas memberi tujuh (7) hari notis. Pembantu
Penyelidik Sambilan boleh meletakkan jawatan dengan cara yang sama.
Notis bertulis perlu dibuat kepada Pengarah RMIC melalui Ketua
Projek
(b) Pihak Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) berhak menamatkan
Perkhidmatan Pembantu Penyelidik Kontrak tanpa memberi sebarang
sebab pada bila-bila masa selepas memberi tiga puluh (30) hari notis atau
dibayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Pembantu Penyelidik Kontrak
boleh meletakkan jawatan dengan cara yang sama. Notis bertulis perlu
dibuat kepada Pengarah RMIC melalui Ketua Projek.
(c) Selain itu, UMT pada bila-bila masa berhak menamatkan perkhidmatan
Pembantu Penyelidik atau mengambil apa apa tindakan lain mengikut
peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di UMT, sekiranya Pembantu
Penyelidik didapati melanggar peraturan Universiti yang berkuatkuasa.
4/8/2015
23
Khidmat Pembantu Penyelidik Siswazah boleh ditamatkan apabila :
a) Digugurkan daripada pengajian.
b) Tempoh penyelidikan telah tamat atau amaun geran penyelidikan
tidak mencukupi.
c) RMIC atas nasihat Ketua Projek boleh menamatkan khidmat
Pembantu Penyelidik Siswazah apabila didapati prestasi Pembantu
Penyelidik Siswazah tidak memuaskan.
d ) Sekiranya Pembantu Penyelidik Siswazah itu sendiri ingin
menamatkan perkhidmatan sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah
pelajar tersebut perlulah menjelaskan yuran semester bagi yang
berhutang kepada Ketua Projek dan memberi 14 hari notis bertulis
yang disahkan oleh Ketua Projek kepada Pengarah RMIC.
TATATERTIB DAN KELAKUAN
Sepanjang lantikan, Pembantu Penyelidik dan
Pembantu Penyelidik Siswazah juga adalah
tertakluk kepada Perlembagaan Universiti
dan segala Statut, Akta, Peraturan - peraturan dan
Kaedah-kaedah yang berkuatkuasa di Universiti
ini dan kepada Arahan - arahan Pentadbiran yang
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Universiti dari
semasa ke semasa.
4/8/2015
25
4/8/2015
26