STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Download Report

Transcript STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

KONSEP STRATEGI

 …”strategi merupakan rancangan yang bijaksana, teratur, terancang dalam memilih pendekatan, kaedah, dan teknik untuk mencapai matlamat atau kejayaan”. (Kamus Dewan 1998)

Asas Strategi

 Penentuan berdasarkan objektif pembelajaran  Pemilihan kaedah dan teknik berdasarkan pendekatan yang ditentukan  Sistematik mengikut prinsip dan teori pembelajaran  Agihan masa secara optimum  Bahan pengajaran sesuai dengan kaedah dan teknik.

Jenis-Jenis Strategi

 Pemusatan Guru    Pemusatan Murid Berasaskan Bahan Berasaskan Aktiviti/Tugas

PEMUSATAN GURU

 Strategi pengajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Kaedah tradisi yang menunjukkan guru sebagai pakar dan mengawal keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Penyampaian biasanya berlaku sehala dalam bentuk syarahan ,bercerita, demontrasi, dan lain-lain.

Prinsip-Prinsip Pemusatan Guru

 Guru sebagai pakar ilmu    Murid-murid sebagai bekas ‘kosong’ Murid sederhana diutamakan Murid berkembang pada kadar yang sama

Ciri-Ciri Pemusatan Guru  Guru memainkan peranan penting manakala murid sebagai penonton  Komunikasi sehala  Kepimpinan guru bersifat autokratik  Mengutamakan objektif pengajaran guru  Mengutamakan penyebaran ilmu dari nilai & emosi  Berasaskan peperiksaan  Kurang mengambilkira aspek perbezaan murid  Interaksi murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial kurang dapat dipupuk.

Kaedah/Teknik

 Pengajaran Langsung   Kuliah Perbincangan-Kuliah

PEMUSATAN MURID

 Murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.  Objektif pengajaran pembelajaran lebih tertumpu kepada kemampuan murid.

Prinsip-Prinsip Pemusatan Murid

 Murid bukan bekas ‘kosong’- pengetahuan sedia ada dan persepsi masing-masing dalam kelas.

 Setiap murid ada gaya pembelajaran tersendiri  Pembelajaran aktif dan dinamik demi kepentingan murid  Murid membina makna masing-masing melalui percakapan, pendengaran, penulisan, bacaan dan refleksi terhadap kandungan pelajaran.

Ciri-Ciri Pemusatan Murid

 Murid memainkan peranan penting manakala guru sebagai pembimbing sahaja.

 Komunikasi dua hala aktif berlaku dan terbimbing.

 Sifat kepimpinan guru lebih demokratik  Mengutamakan objektif pembelajaran murid  Perkembangan secara menyeluruh JERIS

 Ujian Formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.

 Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran bermakna agar murid mampu membuat kesimpulan.

 Peluang interaksi tidak terhad, sifat-sifat sosial positif dapat dipupuk.

 Perbezaan individu diberikan perhatian melalui kaedah kumpulan dan sebagainya

Kaedah/Teknik Pemusatan Murid

 Kaedah kumpulan  Inkuiri Penemuan  Perbincangan  Penyoalan  Penyelesaian Masalah  Bermain  Simulasi/Main Peranan  Sumbangsaran

PEMUSATAN BAHAN

 Bahan pelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dikategorikan sebagai ‘bahan pengajaran’ dan ‘bahan pembelajaran’.

 Bahan pengajaran digunakan oleh guru adalah seperti ‘carta’,’graf’, ‘peta’, ‘spesimen’, ‘model’, ‘gambar’, ‘slaid’, ‘projektor’., dll  Bahan pembelajaran digunakan murid seperti ‘buku teks’, ‘kad kerja’, ‘bahan bercetak’, ‘alat radas’ dll.

Ciri-Ciri Pemusatan Bahan  Bahan pelajaran memainkan peranan penting , guru dan murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran untuk mencapai objektif.

 Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dengan bahan atau di antara murid dengan bahan pembelajaran  Strategi PnP mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif.

 Menekankan perkembangan kognitif, jasmani, sosial, dan emosi. Membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

 Pengajaran guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan.

 Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sifat sosial dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan ujikaji dll.

 Memberikan pengalaman langsung kepada murid melalui PnP penggunaan bahan dapat menterjemahkan ilmu yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit

Kaedah/Teknik

 Audio Visual – Televisyen, Perakam Pita, Projektor , video dll.

 Pengajaran Terancang – Penggunaan Mesin mesin mengajar seperti komputer.

 Modul – melibatkan penggunaan bahan bercetak.

Media dan Bahan Pengajaran

Bahan Audio-Visual  Visual bukan berbentuk tayangan  Visual tayangan  Media audio  Multimedia  Filem & video  Sistem siaran elektronik  Media pengajaran berasaskan komputer

Media dan Bahan Pengajaran

Buku & Bahan Cetak  Buku teks  Bahan resos  Buku kerja

PEMUSATAN TUGASAN/AKTIVITI

 Strategi Pemusatan Tugasan/Aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill.

 Murid akan diberi satu tugasan yang merupakan masalah yang mungkin dihadapi dalam situasi harian.

 Seelok-eloknya masalah-masalah yang diberikan bersifat dari mudah kepada lebih kompleks (ansur maju)  Pembinaan ‘scaffolding’ sedemikian akan membantu murid menangani masalah-masalah yang diberi.

Prinsip-Prinsip Pertama Pengajaran Merill 5 komponen menggalakkan pengajaran (Merrill)  Demonstrasi – Pemerhatian ke atas demontrasi oleh guru  Aplikasi – Murid mengaplikasi pengetahuan baru.

 Pengaktifan – Murid mengaktifkan pengetahuan dan pengalaman baru  Integrasi – Murid menyatupadukan pengetahuan baru dalam kehidupan seharian  Pemusatan Bahan – Murid mengambil bahagian dalam strategi pengajaran pemusatan bahan

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

MAKSUD KAEDAH & TEKNIK

 Kaedah - siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat  Teknik - kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah  Jenis-jenis kaedah/teknik  Sumbang saran     Bercerita Perbincangan Demonstrasi Penyelesaian masalah

SUMBANG SARAN

SUMBANG SARAN

Pelaksanaan pembelajaran aktif kumpulan kecil (berinteraksi) perkongsian idea/maklumat (aktiviti perbincangan) idea yang sesuai diterima (dikaji)

Orlich et al. (2007) “sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam pembelajaran yang diingini.”

PERATURAN (ORLICH ET AL.)

 Semua idea kecuali jenaka dicatat.

 Tiada kritikan terhadap idea yang dikemukakan.  Ahli kumpulan harus menambah idea rakan.

 Ketua kumpulan harus menggalakkan semua ahli mengemukakan pendapat.

 Kualiti idea tidak begitu penting.

 Berfikir secara kreatif dan berintelek.

TUJUAN

 Latih pelajar kemukakan idea bernas  Selesaikan masalah bersama  Tingkatkan keyakinan pelajar kemukakan idea  Saling bekerjasama, bantu-membantu, hormati pandangan orang lain  Menggalakkan perkembangan mental  Menarik minat pelajar dalam sesuatu topik

PRINSIP-PRINSIP

 Topik sesuai  Suasana kondusif dan tidak formal  Pelajar diberi peluang kemukakan seberapa banyak idea  Tidak membuat kritikan terhadap pandangan rakan  Pendapat atau idea perlu dicatat  Pelajar digalakkan mengembangkan sesuatu idea  Masa memberi idea dikawal

PELAKSANAAN

Bahagikan kumpulan Tajuk diberi Ketua sebar pada ahli Idea (dicatat) Semua sumbang idea Idea-idea diuji dan disusun  Guru perlu kawal kelas agar tiada kritikan atau sindiran  Masa perbincangan dihadkan

KELEBIHAN

 Semua pelajar libatkan diri dengan kemukakan idea  Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis  Pelajar libatkan diri secara aktif  Nilai-nilai murni dapat dipupuk

KELEMAHAN

 Kurang sesuai untuk pelajar lemah  Tidak dapat memberi idea  Topik di luar pengalaman  Banyak masa dan tenaga digunakan  Pelajar akan kecewa jika idea ditolak

BERCERITA

BERCERITA

 Kejadian atau peristiwa sama ada benar atau rekaan  Merupakan sumber hiburan rakyat  Ada unsur moral dan nilai kemasyarakatan

TUJUAN

Kemahiran lisan Bercerita Cerna daya fikiran Mahir Kreatif dan imaginasi berbahasa Pemodelan watak baik Mengenali masyarakat sekitar Menghayati nilai murni luas pengetahuan Berfikiran matang

PRINSIP-PRINSIP

 Cerita sesuai dengan minat dan pemikiran pelajar  Suasana kelas sesuai dengan cerita dan kondusif  BBM – boneka, kad gambar sesuai untuk menghidupkan suasana cerita  Penggunaan bahasa mudah  Gerak tangan yang sesuai  Bincang tentang nilai-nilai murni

PELAKSANAAN

      Guru bercerita pelajar catat urutan peristiwa Guru bercerita dan pelajar menceritakan semula Guru cerita awal cerita dan pelajar menyambung cerita atau sebaliknya Pelajar mendengar rakaman cerita dan ceritakan semula Pelajar bebas memilih cerita Pelajar boleh mereka cerita sendiri

   Persediaan awal  Cerita sesuai dengan objektif dan minat pelajar  Tidak terlalu panjang dan ada unsur suspen Semasa bercerita  Kemahiran verbal dan bukan verbal  Mengelakkan gangguan pelajar lain Selepas bercerita    Sesi perbincangan Soal jawab (uji kefahaman pelajar) Latihan (perbendaharaan kata)

KELEBIHAN

 Tingkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis  Galakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan  Penguasaan perbendaharaan kata  Tingkatkan daya imaginasi pelajar  Belajar mengenali pelbagai watak  Pupuk nilai-nilai murni

PERBINCANGAN Gauthier (2001)

• Satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran.

Bond (2001)

• dalam perbincangan, pelajar merupakan pelajar aktif.

Orlich et al.(2007)

• merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar.

Perbincangan di gunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran, iaitu :

ELEMEN PENTING

Antara elemen penting yang perlu diambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik perbincangan ialah :

1) Matlamat dan objektif

 Secara kumpulan kecil – hasilkan pembelajaran berbentuk proses dan bukan hasil akhir  Berasaskan kepada kehendak di mana pelajar perlu melibatkan diri dalam perkembangan kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan.

2) Saiz kumpulan yang ideal

 Merupakan faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar.

 Kumpulan perbincangan yang berjaya adalah antara 3 hingga 15 orang peserta (Miller,1986)

3) Susun atur bilik

 Pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti lain di dalam bilik tersebut.

 Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau berbentuk “U” amat sesuai.

Guru/Ketua Pelajar Pelajar Rajah 1 Susun atur bilik berbentuk “U”

Kelebihan susun atur berbentuk “U”

• Memberi kuasa/autoriti kepada guru atau ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. • Guru mempunyai laluan untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk “U” agar dapat mendekati pelajar.

Kelemahan susun atur berbentuk “U”

• Jarak yang jauh antara guru dengan pelajar yang duduk pada hujung “U” seperti yang digambarkan dalam Rajah 1

 Susun atur berbentuk bulatan

Kebaikan

-Mengurangkan jarak fizikal dan emosi antara pelajar dengan ketua/guru.

-Memberikan ruang optimum untuk pelajar berbincang antara satu sama lain.

Kelemahan

-Menghalang guru daripada bergerak ke papan tulis.

 Susun atur berbentuk rantai dan Y

Rajah 2 Susun atur bilik rantai dan “Y”

4) Pemilihan topik dan aplikasi

 Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah.

 Perbincangan berkisarkan tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan umur pelajar.

 Topik mestilah relevan  Dapat meransang minat pelajar

JENIS – JENIS PERBINCANGAN

Tunjuk cara (Demonstrasi)

Definisi

-Suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

Contoh

-Guru matapelajaran Sains yang mengajar tentang kemahiran proses sains -Guru teknologi maklumat mengajar mengenai proses menggunakan satu-satu perisian komputer

Tujuan

- Memberi peluang kepada pelajar agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.

Faedah

- Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi - Setelah memerhati, pelajar akan melibatkan diri dengan mencontohi sesuatu perlakuan - Penguasaan konsep dan prinsip akan lebih mudah -Memudahkan pemahaman dan pengusaan kemahiran pelajar - Meningkatkan ingatan pelajar - Meningkatkan keyakinan pelajar

Contoh-contoh tunjuk ajar boleh dirumuskan seperti Rajah 3

Contoh Demonstrasi Mendemonstrasi cara lompatan atau lontar peluru (Pendidikan Jasmani) Mendemonstrasi cara menyediakan bakul/tikar (pendidikan Seni/ Kraf Tangan) Mendemonstrasi cara menyediakan rak kasut (Kemahiran Hidup) Menjalankan uji kaji tentang pernafasan tumbuhan (Sains) Menunjukkan cara-cara membuat kuih lapis (Ekonomi Rumah Tangga)

PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

JENIS – JENIS TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

1) Model Hidup

• Model yang sebenar di gunakan untuk melaksanakan demonstrasi • Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemhiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan.

• Menjadi contoh untuk untuk diikuti atau ditirui oleh m,urid-murid yang lain.

Contoh : Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan yang bersopan santun.

Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi dalam tarian atau permainan sukan.

2) Model Simbolik

• Tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru.

Contoh : Semasa waktu pelajaran Pendidikan Jasmani, guru memberi arahan langkah demi langkah supaya murid-murid mencontohi dan melaksanakannya.

Semasa waktu pelajaran Sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

3) Model Persepsi

• Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. • Biasanya, suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain dan tidak diingini diketepikan.

Contoh : Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100 meter dengan menunnjukkan gerakan tangah secara perlahan-lahan mengikuti tayangan video.

Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran mikro. Dengan model persepsi ini, guru-guru pelatih dapat mencontohi serta menghuraikan ciri-ciri teknik pengajaran yang mereka tonton.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MELALUI TUNJUK CARA

PERANCANGAN

• • • •

Penentuan topik dan objektif Perancangan langkah-langkah demonstrasi Persediaan alatan dan radas Penyusunan tampat demonstrasi PERLAKSANAAN

• • • •

Penerangan tujuan demonstrasi Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup Penggunaan alat/radas mengikut langkah-langkah yang disediakan Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian LATIHAN

• •

Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti demonstrasi Guru membetulkan kesilapan murid PENUTUP

• •

Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah didemonstrasikan Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan

PENYELESAIAN MASALAH

Definisi Munson et al., 2003; Orlich et al.,2007

- Suatu proses pembelajaran inkuiri, dimana pelajar mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka.

- teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme di mana pelajara melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

Lester (1970) – ahli matematik

-Masalah merupakan sesuatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. -Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya.

-Strategi penyelesaian masalah harus melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaiannya.

JENIS-JENIS PNYELESAIAN MASALAH

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DENGAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Model Dewey

- Pembelajaran menyelesaikan masalah melibatkan lima peringkat, sebagaimana yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Mengenal pasti masalah Mencari meklumat yang berkaitan Membentuk hipotesisi Menguji hipotesis Menilai dan membuat rumusan

Model Polya

George Polya(1957) -Berjaya membina satu model penyelesaian masalah matematik yang dikenali sebagai “Model Polya” - Model ini mementingkan penggunaan kaedah analisis -Penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dalam empat peringkat, iaitu : memahami soalan bermasalah merancang strategi penyelesaian melaksanakan strategi penyelesaian menyemak masalah dengan cara penyelesaian yang berlainan

Model Lester

-Berdasarkan Model Polya, Lester (1978) menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah yang kemudiannya dikenali sebagai Model Lester.

-Model ini mementingkan proses menganalisis objektif soalan bermasalah - keenam-enam peringkat itu ialah : Kesedaran masalah Kefahaman masalah Analisis objektif soalan bermasalah Perancangan strategi penyelesaian Pelaksanaan strategi penyelesaian Prosedur dan penilaian penyelesaian

Teknik TOC (Theory of Constraints)

-digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah, sama ada ciri peribadi atau akademik.

- penggunaan TOC dalam proses penyelesaian masalah merangkumi tiga langkah yang utama, iaitu : 1) Kesedaran dan mengenal pasti situasi bermasalah : • penyataan masalah • • Menentukan apa yang perlu diselesai Menentukan objektif penyelesaian 2) Mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah : menentukan apa perubahan yang berlaku 3) Pelaksanaan kaedah penyelesaian masalah : mengendalikan proses perubahan

Di dalam TOC, terdapat tiga tekniknya yang boleh digunakan untuk pengajaran penyelesaian masalah, iaitu : •

Teknik awan

-Digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea, dan sebagainya.

-Teknik ini banyak menggunakan kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan, perbincangan, sumbangsaran dan pemudahcaraan.

Teknik sebab dan akibat

-Digunakan untuk membimbing pelajar memikir tentang akibat sesuatu idea, tingkah laku, kejadian dan sebagainya.

- membimbing pelajar membuat keputusan selepas memberi pertimbangan tentang akibatnya dari sesuatu masalah yang timbul.

-Banyak menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta reflektif, bersama dengan alat berfikir dalam bentuk carta, peta minda dan penggunan grafik.

Teknik mencita-citakan kejayaan

- digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cabaran.

- memerlukan teknik merancang secara kolaboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logikal.