Transcript Topik jisim
Langkah 1 (15 minit) Kandungan : Membaca skala kepada unit gram yang paling hamper. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1) Guru menunjukkan model alat penimbang di hadapan kelas. 2) Guru menunjukkan di hadapan kelas skala yang terdapat pada alat penimbang tersebut Contoh : 10 gram 1100 0 100 200 1000 300 900 800 400 gram 500 700 600 31) Guru menerangkan bahawa setiap senggatan pada alat penimbang itu mewakili 10 gram. 4) Kemudian, guru meletakkan sebuah buku di atas alat penimbang. 5) Guru menunjukkan bagaimana untuk membaca skala bagi jisim objek pada alat penimbang kepada unit gram yang terhampir. 6) Guru menekankan bahawa cara yang betul untuk mendapatkan bacaan skala yang tepat adalah apabila jarum penunjuk berada pada kedudukan sifar. 7) Kemudian, guru memberikan contoh yang lain dengan meletakkan objek lain seperti botol air, bekas pensel dan fail di atas alat penimbang. 8) Murid dipilih secara rawak dan diminta untuk membaca skala bagi jisim objek yang ditimbang. Contoh : i) Botol air – 200 gram ii) Bekas pensel – 350 gram iii) Fail – 600 gram Bahan bantu belajar • Model penimbang • Buku • Botol air • Bekas pensel • Fail