Transcript FRASA II

FRASA KERJA (FK)
Frasa Kerja (FK)
Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau
lebih dan kata intinya kata kerja (KK).
Kata kerja tersebut boleh merupakan KK tak transitif
atau KK transitif.
KK tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti
oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KK
transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
KKTT dan KKT
Contoh
KKTT
(a) Ali menang.
(b) Mereka sedang tidur.
(c) Hujan turun dengan lebatnya.
(d) Mereka makan ayam goreng itu.
KKT
(a) Ahmad membeli sebuah buku.
(b) Aini membelikan adik sebuah buku.
(c) Kakak menjahit sepasang baju untuk ibu.
Penanda Frasa Kerja
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi kita
tentang frasa kerja:
1.
2.
3.
4.
5.
Kata keterangan (adv) (di belakang kata kerja)
Kata keterangan di belakang kata kerja
kata bantu (di depan kata kerja
yang di hadapan kata kerja
frasa sendi nama di belakang KK
(a)
(b)
(b)
(c)
(d)
Adli belajar dengan tekun sekali.
Azman berlari pantas ke arah bapanya.
Murid-murid sudah keluar.
Lokman yang membunuh ular itu.
Mereka sedang berlatih di padang.
Binaan Frasa Kerja
Terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu:
(1) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek untuk
melengkapkannya kata kerjanya. FK jenis ini
mengandungi kata kerja tak transitif.
Contoh:
(a) Pokok besar itu telah tumbang.
(b) Mereka semua pulang ke kampung.
* kata bantu & adverba (keterangan) boleh hadir.
Binaan Frasa Kerja (samb.)
(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek – KK mesti disambut
oleh objek untuk melengkapkan kata kerjaya. FK jenis ini
mengandungi kata kerja transitif.
Contoh:
(a) Halimah sedang membasuh kain.
(b) Azilah menjahit baju di ruang tamu.
* kata bantu & unsur keterangan juga boleh hadir dalam frasa
kerja dengan objek tersebut.
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai
objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai
intinya, yang disebut KK tak transitif. Jenis-jenisnya:
(i) KK tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.
(ii) KK tak transitif yang dapat diberi pelengkap
sesudahnya.
(iii) KK tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama
sebagai penerang.
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif jenis tidak memerlukan
apa-apa unsur sebagai pelengkap.
Contoh:
(a) Semua penonton bangun.
(b) Padi menguning.
(c) Dia tercengang.
- KK mempunyai makna yang sempurna.
Binaan Frasa Tak Transitif Berpelengkap
KK yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak
diikuti oleh unsur pelengkap.
Unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan,
bertilamkan, dsb.
(a) Keadaannya menjadi genting.
(b) Ekonomi negara beransur kukuh.
(c) Keretanya membelok ke kiri.
(d) Mereka berada di Kuala Lumpur.
(e) Dia berbantalkan lengan.
(f) Pengemis itu bertilamkan rumput.
Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja dengan frasa nama sebagai objek boleh
dibahagikan kepada dua jenis:
(i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.
(ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.
Objek FN bagi frasa kerja boleh terdiri daripada
objek langsung atau objek tak langsung/objek
sipi.
Binaan Frasa Kerja
Frasa Kerja dengan Satu Objek
Objek FN yang mengikuti frasa kerja disebut sebagai objek langsung.
(a) Kami mendekati bangunan itu.
(Obj langsung)
(b) Sebatang kayu melintangi jalan itu.
(Obj langsung)
Terdapat sejumlah perkatan berbentuk kata kerja tetapi membawa
maksud adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa
nama yang mengikutinya boleh digugurkan.
(i) Kejadian itu amat menyedihkan (kami).
(ii) Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan (anda).
Binaan Frasa Kerja (samb.)
Frasa Kerja dengan Dua Objek
Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza – objek langsung (OL)
(tepat) dan objek tak langsung (OTL) (sipi).
Objek langsung seringkali disebut objek sahaja. Objek tak langsung
merujuk kepada orang/haiwan dan diletakkan di hadapan objek
langsung.
Dia membelikan isterinya barang berhiasan.
(OTL)
(OL)
Dia membeli barang perhiasan untuk isterinya.
(OL)
(OTL)
Frasa Kerja dengan Dua Objek (samb.)
* Berbeza dengan Tatabahasa Dewan.
Objek tepat/objek langsung ialah objek yang menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerja, sementara
objek SIPI/objek tak langsung ialah yang tidak menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.
(i) Ahmad menghadiahi Ali buku.
(OL)(OTL)
(ii) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
(OL)
(OTL)
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja transitif atau tak transitif boleh
menerima ayat komplemen dan membentuk ayat
majmuk.
(a) Orang itu menafikan bahawa barangbarangnya telah hilang.
(b) Berita itu menyebut bahawa semua
penumpang terselamat.
Rajah Pohon Frasa Kerja
FK
KK
FK
FN
KK
FN
KN
(OL)
KN
FSN
SN
FN
KN
(OTL)
makan
nasi
menjahit
baju
untuk
adik
Frasa Adjektif
Susunan yang mengandungi kata adjektif (sifat)
sebagai intinya.
Berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur
keterangan (adv) dan unsur penerang dalam
predikat.
Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir
sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang,
adjektif hadir sesudah kata nama.
Frasa Adjektif
(a) Orang muda itu baik sungguh.
(subjek)
(Predikat)
(b) Mereka pulang segera.
(subjek) FK (Keterangan/adv)
(c) Harimau binatang liar
(subjek) FN (Penerang)
Binaan Frasa Adjektif
Binaan Satu Perkataan
(a) Kawan-kawan Ahmad cerdik.
(b) Mukanya pucat.
Binaan Dua Perkataan
(a) Riang gembira (keserasian makna)
(b) Pahit manis (berlawanan)
(c) Tinggi lampai (unsur rima, keindahan bunyi)
(d) Merah jambu (keserupaan)
(e) Besar kepala (kiasan)
Binaan Frasa Adjektif
Penguat dalam frasa adjektif
Penguat boleh menyertai sesuatu kata adjektif. Jenis-jenis
penguat:
(i)
Penguat hadapan – terletak di hadapan kata adjektif:
(a) Anak kecil itu terlalu nakal.
(b) Masakan ibunya paling sedap.
(ii) Penguat belakang – terletak di belakang kata adjektif:
(a) Kereta api itu lambat benar.
(b) Istana di atas bukit itu indah nian.
Binaan Frasa Adjektif
(iii)
Penguat bebas – di belakang atau di
hadapan:
(a) Pemandangan di pantai itu amat indah.
(b) Pemandangan di pantai itu indah amat.
&
(c) Pahlawan itu sungguh berani.
(d) Pahlawan itu berani sungguh.
Binaan Frasa Adjektif
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Terdapat 3 jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat:
(i) Selepas subjek sebagai predikat.
(ii) Selepas frasa kerja sebagai adverba (keterangan).
(iii) Selepas frasa nama sebagai penerang.
(i) Frasa Adjektif sebagai Predikat
Rumah Ali sangat sederhana
(Subjek)
(Predikat)
Susunan ini boleh disongsangkan:
Sangat sederhana rumah Ali
(Predikat)
(Subjek)
Binaan Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai Keterangan
Kanak-kanak itu berjalan sangat cepat
(Subjek)
FK
(FA -Adverba)
Mereka pulang segera.
(Subjek) FK (FA-adverba)
Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama
Pelajar itu memakai pakaian baru.
(Subjek)
FK
FN (FA-Penerang)
Mereka merupakan penutur asli bahasa itu.
(Subjek) FK
FN (FA-Pnrg) FN
Penanda Frasa Adjektif
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi
tentang frasa adjektif
(i) mengikuti/menerangkan kata nama.
(ii) kata penguat yang boleh terletak di hadapan dan di
belakang suatu kata adjektif.
(iii) didahului oleh ‘yang’.
(a)
(b)
(c)
(d)
Dia memakai baju merah.
Mukanya amat pucat.
Murid lelaki itu rajin sekali.
Budak yang sakit itu telah meninggal dunia.
Penanda Frasa Adjektif
Penanda Frasa Adjektif (Unsur Keterangan/adv)
(i) Adverba/keterangan cara.
(a) Lukanya baik dengan sendirinya.
(b) Pokok itu segar dengan cepatnya.
(ii)
Adverba/keterangan bandingan.
(a) Buahnya manis ibarat gula.
(b) Suaranya merdu seperti buluh perindu.
Penanda Frasa Adjektif
(iii)
Adverba hal atau keadaan.
(a) Pegawai itu selalu sibuk dengan tugasnya.
(b) Budak itu pandai dalam semua mata
pelajaran.
(iv)
Adverba tujuan.
(a) Kita mersti rajin untuk berjaya.
(b) Rumah kita mesti bersih demi kesihatan
hidup kita.
Penanda Frasa Adjektif
(v)
Adverba kekerapan.
(a) Murid itu sering lewat.
(b) Bayi itu sakit selalu.
(vi)
Adverba terhadap.
(a) Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya.
(b) Kita harus cinta akan tanah air.
(vii)
Adverba musabab.
(a) Dia malas oleh sebab keletihan.
(b) Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.
Penanda Frasa Adjektif
(viii) Adverba waktu.
(a) Mempelam masam ketika masih muda.
(b) Dia telah mahir dalam masa dua minggu
sahaja.
(ix) Adverba tempat.
(a) Wanita itu sakit pada bahagian perutnya.
(b) Bentuknya tirus pada bahagian atasnya.
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Sebagai predikat, adjektif dapat diikuti oleh ayat komplemen
 ayat majmuk.
(a) Dia insaf bahawa dia perlu membaiki prestasinya.
(b) Mereka percaya bahawa berita itu benar.
Adjektif
Kesimpulan:
Sebagai predikat – binaan yang boleh terdiri
daripada beberapa unsur:
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif
+ Kata Adjektif + Adverba (keterangan) +
Ayat Komplemen
Adjektif
Cth:
masih kuat
(KBantu) + (adj)
sungguh cantik
(KPenguat) + (adj)
masih agak kecil
(Kbantu) + (Kpenguat) + (adj)
besar sekali
(adj) + (Kpenguat)
Adjektif
masih awal sangat
(Kbantu) + (adj) + (Kpenguat)
sangat baik benar
(Kpenguat) + (adj) + (Kpenguat)
sangat sibuk dengan tugasnya
(Kpenguat) + (Adj) + (Adverba)
Adjektif
sangat sedar bahawa kita masih lemah
(Kpenguat) + (adj) + (ayat komplemen)
percaya sungguh bahawa dia boleh berjaya
(Adj) + (Kpenguat) + (ayat komplemen)
masih riang gembira
(Kbantu) + (adj) + (adj)
Rajah pohon Frasa Adjektif
FA
FA
Pgt
Adj
terlalu
nakal
Adj
Pgt
lambat benar
Rajah pohon Frasa Adjektif (samb.)
FA
Adj
FA
FA
KB
Adj
Pgt
Adj
riang
gembira
masih
awal sangat
FRASA SENDI NAMA (FS)
Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama
sebagai objek kata sendi itu.
Di ke
dari
pada
untuk kepada
Binaan Frasa Sendi Nama
FS boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa
Keterangan)
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama wujud sebagai perkataan
yang letakknya di hadapan suatu frasa nama.
FRASA SENDI NAMA
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
di
daripada
rumah
seorang teman
sejak
untuk
zaman dahulu
ahli baharu
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah.
W/bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata
nama arah:
(a)
(b)
(c)
(d)
di (belakang) rumah
dari (dalam) hati
dengan (belakang) parang
untuk (dalam) negeri
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa
Nama + (Frasa Keterangan)
Terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama itu diikuti oleh keterangan.
Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir
secara pilihan.
(a) ke (utara) negeri Jepun (pada tahun lalu)
(b) dari (selatan) Johor (dengan bapanya).
(c) Di (atas) pangkuan ibunya (setiap waktu).
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(i) Predikat Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam
pola ayat dasar bahasa Melayu:
Rumahnya di bandar.
Asal kapas daripada benang.
Hadiah itu untuknya.
Mereka ke sawah setiap pagi.
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(ii) Frasa Sendi Nama sebagai
Keterangan
Frasa sendi nama boleh wujud sebagai
unsur keterangan kepada frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa nama.
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(a)
Keterangan Frasa Kerja
Boleh mendokong makna: keterangan masa, tempat,
bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.
Kereta api bertolak pada pukul lima. (masa)
Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
Bapanya memukul dengan kayu ular itu. (alat)
Saya datang dengan teman. (penyertaan)
•
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(b) Keterangan frasa adjektif
Mendukung makna keterangan bandingan, hal,
masa, dan tujuan.
Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)
Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi. (masa)
Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat
(c) Keterangan frasa nama
Mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber,
masa, asal dan tujuan:
(a) Kain daripada sutera mahal harganya. (asal)
(b) Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (tujuan)
(c) Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya.
(tempat)
RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad.
(1994). Bahasa Melayu untuk maktab
perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Nik Safiah Karim et. al (1984). Tatabahasa
Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
~ SEKIAN ~