Disediakan oleh : 1. banyak mencorak persepsi masyarakat dunia mengenai mesej : • Penindasan • Penganiayaan • Kekejaman • Kerakusan.

Download Report

Transcript Disediakan oleh : 1. banyak mencorak persepsi masyarakat dunia mengenai mesej : • Penindasan • Penganiayaan • Kekejaman • Kerakusan.

Disediakan oleh :
1. banyak mencorak persepsi masyarakat dunia
mengenai mesej :
• Penindasan
• Penganiayaan
• Kekejaman
• Kerakusan
•Mengikut Kamus Dewan Bahasa,
istilah perang atau peperangan bererti
perkelahian (pertempuran)dengan
menggunakan senjata antara negeri dengan
negeri.
•Kamus Oxfort
memberi pengertian yang lebih
komprehensif dengan mentakrifkan war
sebagai the use of armed forces between
countries or rival group in a nation.
•Dalam bahasa Arab, perkataan al-Harb, al-Qital,
dan al-Ghazw merujuk kepada peperangan.
•Di dalam al-Quran, kalimah al-Jihad atau Jihad
fi sabilillah yang merujuk kepada erti peperangan
mencapai 26 kali penggunaan.
Links
Perkataan Jihad ialah kata nama terbitan
daripada Jaahada (Jim Alif Ha Dal) bererti
berusaha gigih untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Syarak - jihad ialah usaha gigih untuk
Menegakkan sebuah masyarakat Islam
dan meletakkan kalimah Allah
di tempat yang tertinggi, seterusnya
membawa syariat Allah untuk memimpin
seluruh alam. (al-Fiqh al-Manhaji-terjemahan,2005).
•Berperang.
•Berhujah dengan menyampaikan ajaran Islam
menggunakan sumbernya yang kukuh iaitu al-Quran.
•Berniat, berusaha dan berjuang mencari keredhaan
Allah seperti membuat kebajikan.
(Prof. Madya Amat Juhari Moain, Jihad dan Pengertiannya, 1987)
•Menentang musyrikin dengan apa-apa kemampuan.
•Mengerjakan Haji dan Umrah.
•Berbakti kepada kedua ibubapa.
Links
Menurut Al-Ustaz Sa’id Hawa dalam bukunya
Jihad Fi Sabilillah
(terjemahan-cetakan Dewan Pustaka Fajar, 1985),
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,
jihad terbahagi 5 bahagian :
• Jihad dengan lisan.
• Jihad Pendidikan.
• Jihad dengan Tangan dan Jiwa.
• Jihad Politik.
• Jihad Harta.
Links
Jihad dalam erti peperangan adalah
sebahagian daripada Jihad dengan Tangan
dan Jiwa.
Jihad merupakan salah satu method
dalam melaksanakan misi dakwah
Links
Menurut Dr. Muhammad Abu al-‘Ayn (Jurnal,
2001), terdapat sekurang-kurangnya terdapat 12
jenis peperangan yang digariskan dalam Islam:
Perang berbentuk defensif iaitu apabila Negara
Islam diserang oleh musuh. Peperangan jenis ini
adalah jihad dan hukumnya Fardhu Ain
Perang berbentuk ofensif iaitu apabila umat
Islam memulakan serangan untuk menyampaikan
dakwah negara bukan Islam. Peperangan jenis
ini juga adalah jihad dan hukumnya Fardhu
Kifayah.
Links
Perang menentang golongan murtad. Memerangi
golongan ini sebahagian dari jihad dan hukumnya
adalah wajib.
Perang menentang bughah (pemberontak)
dalam negara. Perang ini tidak dikira sebagai
jihad dan pihak pemberontak tetap dianggap
Islam.
Perang mempertahankan kehormatan (jiwa dan
harta).
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Perang Kuno
Perang Semi Statis
Perang Statis
Perang Darat
Peperangan Laut dan Udara
Pembandingan.
Pemerintah tentera Islam tidak mengambil
tindakan membunuh utusan perang kerana
menghormati arahan agama mereka seperti di
dalam al- Quran bahawa keselamatan.
Tentera Islam juga tidak membalas balik atau
membunuh tawanan perang sepertimana yang telah
disebut Hadarat al- Arab bahawa penakluk yang
paling bertimbang rasa ialah tentera Islam.
Tentera Islam tidak bertindak balas terhadap segala
tindakan liar ke atas mereka dengan tindakan yang
serupa. Tentera Islam juga sentiasa bersikap jujur
terhadap mereka walaupun mereka selalu
mengkhianati tentera Islam.
Peperangan yang bersifat bertimbang rasa , adil
dan bersikap baik, perkara ini telah disebut dalam
Al- Quran dan hadis serta juga dalam arahan
Khulafa' Ar Rasyidin.
Tentera Islam tidak bertindak balas terhadap
segala tindakan liar ke atas mereka dengan
tindakan yang serupa. Tentera Islam juga sentiasa
bersikap jujur terhadap mereka walaupun mereka
selalu mengkhianati tentera Islam.
Peperangan yang bersifat bertimbang rasa , adil
dan bersikap baik, perkara ini telah disebut dalam
Al- Quran dan hadis serta juga dalam arahan
Khulafa' Ar Rasyidin.
Kegiatan peperangan tidak akan bermula kecuali
sesudah terbatal mana- mana perjanjian damai
dengan saksama. Perempuan dan kanak- kanak
tidak boleh dibunuh tidak boleh melakukan apaapa ke atas mayat mereka yang terbunuh.
Tidak boleh merosakkan harta benda.
Peperangan yang berlaku kerana terpaksa
haruslah perlu dilakukan setakat yang perlu
sahaja dan hendaklah digunakan kekerasan
serta tipu daya setakat menundukkan lawan
semata- mata.
Wajib menjaga prinsip- prinsip kemanusiaan
dalam mengharungi peperangan dengan
membataskan segala tindakan ke atas kekuatan
bersenjata musuh sahaja.
Faktor Luaran
1. Hasad Dengki - Perang Salib.
2. Kekayaan Negara Islam - Kegemilangan dan kekayaan negara Islam juga
menjadi faktor utama Barat untuk menawan dan menakluki negara Islam.
3. Semangat Keagamaan
Faktor-Faktor Dalaman
1. Kepimpinan Yang Lemah
2. Ekonomi Umat Islam Yang Lemah
3. Tiada Perpaduan
4. Menyebelahi Pihak Musuh
5. Membocorkan Rahsia-Rahsia
6. Usaha-Usaha Barat Dalam Melemahkan Umat Islam
Perpaduan
Ketinggian Moral
Berita Gembira Dari Allah
Berhenti bertempur sementara waktu - untuk memberi
pertolongan kepada orang-orang yang sakit , untuk memindahkan
mereka ke tempat lain dan mengkebumikan askar-askar yang
telah mati.
Gencatan Senjata
Perjanjian Keselamatan ( ‘Aqd al-Aman )
Perjanjian Taat Setia ( ‘Aqd al-Dhimmah )
Perdamaian dan Perjanjian-perjanjian Sementara
Perjanjian dan Perdamaian-perdamaian Kekal - untuk
mewujudkan keamanan.
1. Berhenti Bertempur Sementara
Pertempuran perlu diberhantikan sementara waktu untuk
memeindahkan askar-askar yang luka atau pun untuk mengkebumikan
askar-askar yang mati semasa peperangan .
Peraturan Hague : operasi ini boleh dibuat dengan cara pegawai
pemerintah bagi mana-mana pihak menghantar satu perutusan atau
perundingan yang didahului oleh seorang pembawa bendera putih dan
diiringi oleh pemukul gendang atau peniup trompet
.
Rombongan ini tidak boleh diserang atau ditahan . Telah
menjadi satu kebiasaan bahawa mata mereka akan ditutup
ketika melintasi pasukan musuh supaya mereka tidak dapat
memungut maklumat mengenai kedudukan itu .
2. Gencatan Senjata
Pengutusan perunding : bertujuan mengadakan gencatan senjata
sebagai satu jalan ke arah perdamaian .
Langkah ini tidak boleh dibuat oleh ketu-ketua pemerintah oleh
kedua-dua belah pihak secara sendirian sebaliknya akan dilakukan di
bawah arahan kerajaan masing-masing .
Ia juga boleh merupakan gencatan senjata sementara , yang di dalam
tempohnya kedua belah pihak akan berunding untuk mencari
penyelesaian .
Jika dalam tempoh tersebut kedua-dua belah pihak gagal
mencapai perdamaian , bolehlah mana-mana pihak
menyambung peperangan berkenaan .
3. Perjanjian Keselamatan ( ’Aqd al-Aman )
Sesiapa sahaja dari kalangan orang Islam yang baligh meskipun hanya
seorang hamba berhak untuk membuat perlindungan terhadap manamana orang kafir harbi secara individu atau dalam satu kelompok
yang kecil .
Perlindungan awam ialah yang dibuat terhadap satu jumlah yang tidak
pasti bilangannya secara terperinci seperti penduduk bagi sesebuah
negeri .
Tempoh perlindungan yang boleh diberi kepada seorang musta’man (
kafir harbi yang masuk ke negara Islam ) ialah satu tahun genap.
Jika dia hendak tinggal lebih lama daripada itu dia
mestilah menjadi seorang dhimmi iaitu dengan bersedia
membayar jizyah atau cukai negara yang akan dikenakan
ke atasnya .
4. Perjanjian Taat Setia ( ‘Aqd al-Dhimmah )
Perjanjian Taat Setia atau ’Aqd al-Dhimmah boleh berlaku dalam dua
bentuk iaitu secara individu atau secara umum .
Perjanjian taat setia secara individu ialah jaminan keselamatan yang
diberikan kepada mana-mana orang kafir secara peribadi yang
membolehkan mereka tinggal secara menetap di negara Islam .
Dengan perjanjian itu mereka akan memikul tanggungjawab memperoleh
hak yang sama dengan apa yang dipikul dan diperoleh oleh orang-orang
Islam sendiri .
Perjanjian taat setia secara umum pula ialah ia diberi kepada
orang-orang asing yang memilih untuk tetap tinggal dalam
negara asal mereka dengan pilihan mereka sendiri di bidang
keagamaan dan corak pemerintah .
Mereka ini akan membayar cukai ( jizyah ) kepada
negara Islam yang dengan itu bertanggungjawab
mempertahankan mereka daripada serangan musuh
. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Umum kerana
ia meliputi satu masyarakat , kabilah atau negara
secara keseluruhannya .
5. Perjanjian dan Perdamaian Kekal
Perjanjian adalah persetujuan yang dibuat antara dua negara atau lebih bagi
tujuan mengatur perhubungan-perhubungan yang bersifat undang-undang
di peringkat antarabangsa dan menentukan kaedah-kaedah baginya .
Pada mulanya perkataan perjanjian digunakan hanya untuk perjanjianperjanjian antarabangsa yang penting dan yang mempunyai sifat-sifat politik
sahaja seperti perjanjian damai dan perjanjian pertahanan .
Manakala perjanjian-perjanjian bukan berbentuk politik pula disebut
persetujuan . Walau bagaimanapun istilah-istilah tersebut telah
digunakan sebagai perkataan seerti .
Dinilai dari segi ikatan masa , perjanjian antarabangsa itu sama ada
ia bersifat sementara atau bersifat tetap dan kekal . Dari segi
sifatnya pula sama ada yang bersifat undang-undang atau sebaliknya
dan dari segi objektifnya pula sama ada bertujuan politik atau sosial
.
Kesimpulan
Peperangan merupakan sesuatu yang sangat tidak disukai
oleh manusia . Al-Quran juga mengatakan hal demikian .
Ketika menyebutkan perintah tentang perang , Al-Quran
telah menggariskan bahawa perang merupakan sesuatu
yang sangat dibenci oleh manusia . Namun begitu , AlQuran juga menyatakan bahawa boleh jadi di sebalik
sesuatu yang tidak disukai itu terdapat kebaikan yang tidak
diketahui manusia . Namun boleh jadi juga sesuatu yang
disenangi manusia ternyata membawa petaka bagi hidup
mereka . Oleh kerana itu , peperangan hanya dibolehkan
dalam situasi yang sangat terpaksa .
Peperangan hanya diizinkan oleh Allah apabila umat Islam
disakiti atau diusir dari tanah air mereka sehingga tidak
dapat menjalankan agama mereka seperti kebiasaan .