UNIT 13 Penilaian Perubahan PENILAIAN PERUBAHAN Prof. Madya Dr. Jegak Uli Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat: 1.

Download Report

Transcript UNIT 13 Penilaian Perubahan PENILAIAN PERUBAHAN Prof. Madya Dr. Jegak Uli Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat: 1.

UNIT 13
Penilaian Perubahan
PENILAIAN PERUBAHAN
Prof. Madya Dr. Jegak Uli
Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar
akan dapat:
1. Memahami kepentingan dan sebab menilai
2.
3.
4.
5.
program perubahan.
Memahami konsep asas penilaian.
Memahami bagaimana menentukan kriteria.
Mengenal pasti punca bukti program
perubahan
Memahami rekabentuk pengumpulan bukti
program perubahan.
Pengenalan
Penilaian ialah suatu proses yang
diusahakan untuk menentukan
sejauhmana
perancangan dan
 perlaksanaan berjaya dalam mencapai
objektif sesuatu program perubahan.

Jenis Penilian
Penilaian boleh dibuat sama ada secara
formal atau
 tidak formal

Penilaian Formal
Penilaian formal dibuat secara sistematik
dan saintifik yang lengkap dengan maklumat
yang diperlukan seperti



data,
bukti,
kriteria.
Seterusnya, pertimbangan dilakukan
terhadap maklumat itu.
Penilaian Tidak Formal
Sebaliknya penilaian tidak formal
adalah pengumpulan maklumat yang
dibuat dengan cara pemerhatian secara
langsung dan tidak langsung dan
secara menyoal diri sendiri tentang
sesuatu pengamatan.
Selalunya penilaian tidak formal kurang
tepat dan terdapat kekeliruan dalam
penafsiran.
Apa itu Penilaian Program
Perubahan?
Penilaian program perubahan adalah
satu proses menafsir/menganggar
nilai,
 harga,
 kebaikan/keburukan,
 kepentingan sesuatu program perubahan

yang sedang, atau yang telah
dijalankan.
Penafsiran
Penafsiran atau
dilakukan dengan
penganggaran
membanding bukti (evidence) yang
terdapat pada program perubahan (apa
yang ada pada program perubahan)
dengan
 kriteria/standard - (apa yang seharusnya
atau sapatutnya ada pada program).

ini
Sebab-sebab Membuat
Penilaian
1. Memberi maklumat mengenai sejauh
mana program perubahan kita berjaya atau
gagal supaya kita boleh membuat keputusan
seperti berikut:



Sama ada untuk melanjutkan/meneruskan atau
menghentikan sesuatu program perubahan.
Untuk memperbaiki amalan-amalan atau
parutaran-peraturan program perubahan kita,
Sama ada untuk manambah atau membuang atau
mengganti strategi dan teknik program
perubahan yang khas.
Sebab-sebab Membuat
Penilaian
2. Membantu kita menumpukan
matlamat program perubahan ke arah
yang dikehendaki - kita berfungsi di
keadaan perancangan yang sentiasa
berubah.
Sebab-sebab Membuat
Penilaian
3. Membantu kita menentukan program
perubahan dari segi aspek atau ciri yang
berikut:





Kualiti Program Perubahan
Kesuaian Program (suitability)
Keberkesanan Program Perubahan
(Effectiveness)
Kecekapan Program Perubahan (Efficiency)
Kepentingan Program Perubahan (Importance)
Faedah-faedah Penilaian
1. Dapat mengetahui sama ada sesuatu pendekatan
yang dipilih benar-benar dapat mencapai objektif
program perubahan.
2. Dapat menentukan supaya perlaksanaan berada
dalam arah yang diingini atau tidak melencong.
3. Dengan adanya catatan/rekod kemajuan yang
sistematik mengikut peringkat yang tertentu akan
meningkat profesionalisma.
4. Untuk membolehkan agen perubahan beperasaan
terjamin dalam melaksanakan tugas dengan
sempurna, berpandukan kepada jadual kerja yang
tersusun rapi.
Faedah-faedah Penilaian
5. Hasil penilaian dapat digunakan sebagai asas
untuk tindakan pembuat dasar atau polisi untuk
rancangan program perubahan masa hadapan.
6.
Penilaian
boleh
memperbaiki
sikap
profesionalisma.
Melaluinya
agen
perubahan
mungkin akan mengamalkan sistem yang lebih
saintifik dan praktik dalam pembentukan objektif,
pengumpulan
dan
penganalisisan
maklumat,
mengkaji kemajuan dicapai dan penentuan tindakan
seterusnya.
7. Penilaian dapat menggambarkan tentang
penggunaan sumber - yang telah, sedang dan yang
akan dijalankan.
Konsep Asas Penilaian
Penilaian adalah satu proses membuat
perbandingan untuk tujuan memperbaiki keputusan
yang dibuat.
Penilaian menentukan sejauh mana sesuatu itu telah
dibuat (how well something has been done?).
Penilaian membanding (compare) “apa yang telah
dicapai” (bukti/evidence) dengan “apa yang
sepatutnya dicapai” (kriteria) dan
kemudian membuat pertimbangan (judgement)
mengenai sejauh mana sesuatu itu telah dibuat.
Konsep Asas Penilaian
Jadi penilaian mempunyai tiga konsep
asas berikuit:
 bukti,
 kriteria
dan
 pertimbangan.
Konsep Asas Penilaian
Jadi pada asasnya penilaian adalah satu
proses membuat keputusan yang melibatkan
tiga (3) aktiviti berikut:



Menentukan Kriteria atau piawai/standard.
Mengumpul bukti daripada program perubahan
dan
Membuat pertimbangan (judgements) mengenai
perbandingan bukti yang telah dikumpul dengan
Kriteria yang telah ditentukan.
Gambarajah 1: Konsep Asas
Penilaian
KRITERIA
PERBANDINGAN
(COMPARISON)
BUKTI
PERTIMBANGAN
(JUDGEMENT)
Pertimbangan & Kesimpulan
Jika kita hanya mengumpul bukti dan
membincangkannya, kita hanya memberi
penerangan mengenai apa yang telah dicapai
dan tidak ada dasar bagi kita untuk membuat
keputusan
mengenai
kejayaan
atau
kegagalan sesuatu program perubanan.
Tetapi apabila terdapat kriteria atau
standard untuk dibandingkan dengan bukti
yang telah dikumpul, barulah pertimbangan
boleh dibuat atau kesimpulan boleh dibuat
mengenai kejayaan atau kegagalan sesuatu
program perubahan.
Kriteria
Seperti yang telah disebut di atas
penilaian ialah satu proses membuat
pertimbangan mengenai sesuatu
program perubahan berasaskan
(berdasarkan) kriteria yang telah
ditetapkan (established criteria).
Definisi Kriteria
Kriteria boleh berupakan
standard,
 norma,
 benda,
 peraturan yang diamalkan atau
 keadaan kelakuan atau gelagat (condition
of behaviour)

yang dianggap "baik" atau "bagus".
Kriteria
Kriteria memberi kenyataan mengenai,
apakah sesuatu program perubahan
yang baik dan berguna?
Ia juga boleh berbentuk penerangan
mengenai, apakah program perubahan
yang berguna? (sesuai, berkualiti,
berkesan, penting dan cekap)
Contoh
Dalam satu masyarakat terdapat beratusratus kriteria yang menguasai kehidupan
seharian kita.
Misalnya: memandu kereta di sebelah kiri
jalan, pejabat dibuka pada 8:00 pagi dan
sebagainya.
Dalam satu organisasi juga terdapat banyak
peraturan yang diamalkan seperti: ralat sifar
(zero defect), tepat pada masa (JIT = Just in
time), menurut spesifikasi teknikal dan lainlain lagi.
Bagaimana Menentukan
Kriteria
Semasa membuat penilaian seorang penilai perlu
memilih dan/atau membentuk kriterianya sendiri.
Ada tiga cara untuk membentuk kriteria:



Memilih kriteria menggunakan kepitaran atau kebijiksanaan
peribadi (The airchair approach).
Pendekatan empirikal (Empirical approach) - berasaskan
bukti sainstifik - iaitu berasaskan keputusan-keputusan
penyelidikan, atau pengalaman dalam memilih dan
membentuk Kriteria.
Pendekatan Rasional (Rational approach) - ini termasuk
analisis yang sistematik mengenai sesuatu situasi atau
pembentukan kriteria berasaskan maklumat yang terbaik
yang ada.
Perkara-perkara berikut boleh digunakan untuk
Membentuk Kriteria dalam Penilaian Program
Perubahan.
Persamaan (Parity)
Purata (Average)
Keputusan Penyelidikan (Research Results)
Teori/model teoritikal (Theory/theoretical
model)
Perbandingan dengan program perubahan
yang sama (Comparison of similar change
programs)
Apa yang sepatutnya? (What should be?)
Apa yang sepatutnya?
(What should be?)
Apa yang sepatutnya?
atau yang dikendaki?
(What should be?)
Keperluan/Masalah
Keadaan sekarang
(What is?)
ini boleh
dijadikan
kriteria
Kaitan Kriteria dengan Objektif
Program Perubahan
Objektif atau matlamat program adalah satu
kenyataan mengenai apa yang hendak
dicapai (what is to be achieved).
Kriteria adalah berupa standard, norma,
peraturan atau syarat-syarat yang patut
dipenuhi.
Oleh yang demikian, objektif program
perubahan adalah berupa kriteria-kriteria
tertentu, dan ianya merupakan standard
yang patut dipenuhi.
Kaitan Kriteria dengan Objektif
Program Perubahan
Dan objektif tersebut boleh digunakan
sebagai satu standard atau kriteria untuk
menilai kejayaan atau kegagalan sesuatu
program.
Kaitan Kriteria dengan Objektif
Program Perubahan
Objektif program perubahan boleh
dinyatakan dengan spesifik dan dalam
bentuk kuantitatif.
Contohnya:

Supaya meninggikan hasil pengeluaran
semen dari 2000 bag sehari ke 4000 bag
sehari.
Kaitan Kriteria dengan Objektif
Program Perubahan
Atau objektif program perubahan boleh
dinyatakan dalam bentuk umum, tidak
berbentuk kuantitatif.
Contohnya:
Supaya pengawai/kakitangan meningkatkan
tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan
aspirasi mereka ke tahadap yang lebih tinggi
selepas program latihan.
Kaitan Kriteria dengan Objektif
Program Perubahan
Bagi objektif jenis kedua, objektif ini boleh
dijadikan kriteria makro atau objektif
makro.
Perlu ada kriteria lain (kriteria mikro)
dibentuk untuk digunakan dalam menilai
sama ada objektif makro telah tercapai.
Ini membawa kita kepada satu konsep yang
baru - iaitu peranan penunjuk (indictors)
dalam penilaian.
Kaitan Penunjuk (Indicator)
dengan Kriteria
Penunjuk prestasi (performance indicator)
dan kriteria adalah dua perkara yang
berbeza.
Penunjuk mencadangkan “apakah bukti
(evidence)” yang diperlukan untuk
mempertimbangkan kejayaan atau kegagalan
satu program perubahan.
Manakala kriteria mencadangkan “banyak
mana (how much) bukti” diperlukan untuk
mempertimbangkan kejayaan program
perubahan tersebut.
Kaitan Penunjuk (Indicator)
dengan Kriteria
Jadi penunjuk memberi kita “apakah
maklumat yang diperlukan” dan kriteria
memberi kita “banyak mana maklumat
tersebut diperlukan”.
Penunjuk-penunjuk adalah sangat berguna
dalam proses penilaian semua program
perubahan.
Ia berguna untuk menilai program perubahan
yang mempunyai objektif yang dinyatakan
dalam bentuk kuantitatif dan bukan
kuantitatif.
Contoh
Jenis Perubahan
Penunjuk
1. Pengetahuan
2. Sikap
3. Kemahiran
4. Aspirasi
Kriteria
Dari rendah ke sangat
memuaskan
Dari sikap negatif ke
positif
Dari tahap rendah ke
tinggi
Dari tahap rendah ke
tinggi
Bukti (Evidence)
Tanpa bukti, seorang penilai akan
menjadi hilang dalam membuat
keputusan mengenai kesan atau impak
(impact) sesuatu program perubahan.
Mendapatkan bukti adalah merupa satu
aspek yang memerlukan banyak sumber
seperti: wang, masa, tenaga dalam
menjalankan kerja penilaian.
Definisi Bukti
Adalah tanda atau simtom sama ada dari luar atau
dalam yang memberi
 gambaran,
 lukisan,
 rupa
kepada program perubahan kita.
Bukti menerangkan bagaimana rupanya program
perubahan kita. (Description of what our change
program is?)
Kualiti Bukti
Ada dua bentuk:
 a) Data "Keras" ("Hard" data)
 b) Data "Lembut" ("Soft" data)
Data "Keras"
Data "Keras" adalah data yang dalam
bentuk kuantitatif seperti bilangan
atau frekuansi sebenarnya seperti:
(100 orang, 100kg dll),
 peratusan (80%),
 ¾, ½ dan sebagainya.

Data "Lembut"
Data "Lembut" adalah data yang dalam
bentuk kualitatif atau “perceptual” (atau
tanggapan).
Contoh:

a) Apakah mutu prograrn yang dilaksanakan?
 Tinggi,

Sederhana, Rendah.
b) Berapa orang penerima yang disangka akan
mengikuti program? (Soalan ini adalah berbentuk
tangapan)
 Jawapan:
Kira-kira 10.
Bagaimana Mendapatkan
Bukti?
1. Pemerhatian
2. Kajian tinjauan (Survey)
a) Bertemutanya
 b) Secara pos
 c) Secara sebaran/hantar sendiri
 d) Secara kumpulan
3. Kajian Kes, dan

4. Kajian ujikaji atau 'experimental'
Pertimbangan (Judgement)
Setelah seorang penilai menetapkan
kriteria dan memperolehi bukti,
langkah seterusnya adalah untuk
membuat satu kesimpulan tentang
program perubahan tersebut.
Definisi Pertimbangan
Pertimbangan adalah satu kegiatan
mental yang melibatkan kerja membuat
perbandingan dan diskriminasi.
Proses Pertimbangan
Proses pertimbangan satu program
perubahan adalah membuat keputusan
mengenai sejauh mana program
perubahan tersebut telah memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan.
Proses Pertimbangan
Pertimbangan adalah satu proses di
mana
 kesimpulan
alternatif (alternative
conclusions) ditentukan,
 keputusan dibuat, dan
 kepentingan dan nilai diberi kepada
apa yang dipertimbangkan.
Proses Pertimbangan
Jadi proses pertimbangan sesuatu
program adalah
 keputusan yang dibuat mengenai
sejauh mana program perubahan
tersebut telah memenuhi kriteria
yang telah ditetapkan, dan
 juga memberi nilai kepada program
perubahan tersebut.
Proses Pertimbangan
Pertimbangan adalah dibuat oleh manusia.
Oleh yang demikian, proses tersebut adalah
dipengaruhi oleh
 kepercayaan,
 sikap,
 pengalaman
lepas seseorang individu.
Proses Pertimbangan
Pertimbangan yang dibuat mungkin ada
kebolehpercayaan
(reliable),
sah,
objektif
atau
berat sebelah (biased) bergantung
kepada bagaimana seseorang penilai
boleh mengawal aktiviti mentalnya dan
menapis faktor- faktor “baised” tadi.
Proses Pertimbangan
Walau bagaimanapun,
pertimbangan yang tepat boleh
diperolehi
jika kriteria dan bukti yang
"reliable" digunakan.
Model Penilaian Untuk Mengukur
Kesan Program Perubahan
Satu daripada model yang boleh
digunakan sebagai panduan dalam
membuat penilaian program perubahan
adalah
model penilaian yang diperkenalkan
oleh Bennett (1976).
Model Penilaian Bennett
Model ini menunjukkan tujuh (7)
peringkat hirarki maklumat yang boleh
diguna dalam proses penentuan kesan
sesuatu program perubahan atau
keberkesanannya.
Model Penilaian Bennett
Peringkat-peringkat yang terdapat
dalam model Bennett adalah
berdasarkan "rangkaian peristiwa"
(“chain of events”) yang dianggap
sebagai ciri-ciri yang terdapat pada
program perubahan.
Gambarajah 2: Maklumat pada Hirarki
Bukti untuk Penilaian Program Perubahan
Keputusan Muktamad
6. Perubahan Amalan
5. Perubahan KASA
4. Reaksi
3. Penglibatan Peserta
2. Kegiatan/Aktiviti
1. Input
Peringkat Pertama
Dalam setiap program perubahan
rangkaian peristiwa yang pertama
sekali ialah input dan sumber-sumber
program perubahan.
Peringkat Kedua
Input-input dan sumber-sumber
ini akan menghasilkan
aktiviti~aktiviti atau kegiatankegiatan program perubahan
Peringkat Ketiga
dan perlaksanaan
aktiviti/kegiatan akan
melibatkan semua kakitangan
organisasi.
Peringkat Keempat
Setiap kakitangan biasanya mempunyai
reaksi dalam bentuk maklumbalas sama
ada pro dan kontra mengenai aktivitiaktiviti program perubahan dan
sebagainya.
Reaksi kakitangan terhadap penglibatan
dalam program perubahan: minat, serta
penerimanan aktiviti-aktiviti program
perubahan.
Peringkat Kelima
Satu daripada kesan program
perubahan adalah kakitangan yang
terlibat akan mengalami perubahan
KASA seperti
 pengetahuan
 sikap
(K),
(A),
 kemahiran (S) dan
 aspirasi atau cita-cita (A).
Peringkat Keenam
Perubahan amalan berlaku apabila
pererima mengamalkan perubahan
KASA dalam kerja-kerja praktik
mereka.
Perubahan amalan dan kelakuan
berkaitan dengan program perubahan
Ini adalah merupa tujuan sebenarnya
program perubahan.
Peringkat Ketujuh
Dan
biasanya
perubahan
amalan
kakitangan
akan
menghasilkan satu keputusan muktmad seperti perubahan
 social/gelagat,
 teknologi,
 kualiti
dan
 ekonomik.
Hasil, keputusan akhir, kepuasan, dan kesan yang dicapai
(perubahan budaya organisasi, gelagat, ekonomik,
keberkesanan, kecekapan) melalui perubahan amalan,
kelakuan, gelagat.
Lebih tinggi lebih baik
Secara teori, lebih tinggi lagi
peringkat maklumat diperolehi dalam
hirarki, lebih kuat (stronger) Iagi bukti
kesan sesuatu program perubahan
boleh didapati.
Peringkat 1 ke 3
Biasanya data bagi peringkat 1 ke 3
boleh diperolehi daripada
 rekod-rekod
atau
 Iaporan-laporan yang disimpan dan
 biasanya maklumbalas dari
kakitangan tidak dimasuki.
Perinkat 4 ke atas
Tetapi bagi peringkat-peringkat
yang seterusnya maklumbalas
kakitangan secara langsung atau
tidak langusung adalah perlu.
Punca-punca Bukti
1. Peserta/Penerima/kakitangan program perubahan
2. Agen perubahan
3. Perancang program perubahan
4. Pakar-pakar OD tertentu
5. Rekod-rekod perkhidmatan, seperti rekod bekalan
6. Rekod kehadiran
7. Laporan khas
8. Daftar peserta
9. Rekod-rekod markah ujian/pengukuran
10. Resit tuntutan perjalanan
11. Dan sebagainya
Rekabentuk Pengupumlan Data
Untuk Bukti Program Perubahan
Kenapa Memerlukan Rekabentuk (design)
yang Baik?
Rekabentuk pengumpulan data yang baik adalah
diperlukan untuk menentukan tiada kemungkinan
bagi sesuatu yang tidak dikawal (uncontrolled) akan
mempengaruh hasil atau kesan yang disebabkan
oleh program perubahan.
Tujuan utama kita memerlukan rekabentuk yang
baik ialah kita hendak mendapatkan kawalan yang
bermutu (Quality control).
Sesuatu rekabentuk yang baik akan menambahkan
keyakinan (confidence) dalam membuat kesimpulan
(conclusions).
Rekabentuk Pengumpulan Data
bagi Bukti Program Perubahan
1. Ujikaji (Experimental)
2. Aliran-masa (Time-trend)
3. Sebelum dan selepas (before and
after)
4. Selepas sahaja (After only)
5. Perbandingan/Komparatif
(Comparative)
6. Kajian kes
Rekabentuk Ujikaji
Rekabentuk ini memerlukan kumpulan
Kawalan (Control group) dan kumpulan
ujikaji (experimental group) yang dipilih
secara rawak (random).
Rekabentuk ini boleh menapis (rule out)
segala kesan yang mungkin diperolehi
kecuali kesan yang disebabkan pendedahan
kepada rawatan (treatment) atau program
perubahan yang dilaksanakan.
Rekabentuk Ujikaji
Dalam rekabentuk percubaan/ujikaji
sesuatu program perubahan diberi
sebagai rawatan (treatment) kepada
kumpulan ujikaji, manakala tidak ada
rawatan atau program perubahan diberi
kepada kumpulan kawalan (Control
group).
Rekabentuk Ujikaji
Pembahagian kumpulan ujikaji dan
kawalan dijalankan secara rawak
(random).
Ia bermakna setiap kumpulan samada
ujikaji atau kawalan mempunyai peluang
yang sama untuk dimasukkan/dipilih ke
dalam kumpulan ujikaji atau kawalan.
Formula rekabentuk ujikaji:
Contoh:
(a) 0 = P2 - C2
 0 = Kesan/hasil (Outcome)
 P2 = Ujian selepas program perubahan yang diberi
kepada kumpulan ujikaji
 C2 = Ujian selepas program perubahan yang diberi
kepada kumpulan kawalan
Formula rekabentuk ujikaji
(b) 0= (P2 -P1) - (C2 -C1)
0 = Kesan/hasil
 P1 = Ujian sebelum program perubahan dimulakan
yang diberi kepada kumpulan ujikaji
 C1 = Ujian sebelum program perubahan dimulakan
yang diberi kepada kumpulan ujikaji
 P 2 & C2 sama seperti di atas, tetapi ujian dibuat
selepas program perubahan tamat

Kebaikan rekabentuk ujikaji
Boleh menilai atau mengukur kesan
sesuatu program perubahan dengan
sangat tepat.
Keburukan rekabentuk
ujikaji
(a) Mahal dari segi penggunaan masa dan sumbersumber lain.
(b) Selalunya rekabentuk ini tidak praktikal. Biasanya
susah bagi kita hendak mendapatkan kumpulan
kawalan atau tiada kumpulan kawalan.
(c) Akan mengwujudkan masalah etikal (ethical).
Dalam pembahagian kumpulan kepada ujikaji dan
kawalan tidak etikal bagi kita untuk menahan
(withholding) kumpulan kawalan untuk mengikuti
program perubahan (rawatan yang diberi).
Rekabentuk Aliran-masa
(Time-trend)
Rekabentuk aliran-masa ada kegunaan
praktikal dalam kebanyakan program
perubahan.
Rekabentuk ini tidaklah ketat (rigorious)
seperti rekabentuk percubaan/ujikaji.
Dengan cara ini bukti secara sainstifik
(scientific proof) tidak boleh diperolehi.
Rekabentuk Aliran-masa
(Time-trend)
Aliran-masa memerlukan pengukuran (measurement),
sebelum (before), semasa (during), dan selepas
(after) sesuatu program perubahan dilaksanakan.
Bagi rekabentuk ini, kumpulan kawalan tidak
diperlukan.
Pengukuran yang diambil sebelum satu program
perubahan dimulakan dijadikan sebagai data
"benchmark"/(data permulaan) dan data ini akan
digunakan sebagai data “kawalan”
Gambarajah 4: Rekabentuk Aliran Masa
untuk Menilai Program Perubahan
Hasil sebenarnya
yang diperolehi
Selepas
(After)
Sebelum
(Before)
Kesan/Hasil
yang diukur
(outcome
measure)
X
X
X
X
X
Program Perubahan X
X
Perubahan yang
mungkin
disebabkan
oleh program
perubahan X
Anggaran terbaik jika
tanpa program
perubahan X
Kebaikan Rekabentuk Aliran Masa
(a) Sesuai untuk program perubahan yang
mempunyai jangka masa yang panjang.
(b) Tidak ada kumpulan kawalan
diperlukan.
Keburukan Rekabentuk Aliran
Masa
(a) Memerlukan pengumpulan data beberapa kali (sebelum dan selepas
program perubahan) daripada peserta program perubahan yang sama
(biasa 3-4 kali sebelum dan 3-4 kali selepas).
(b) Jangka masa yang agak panjang akan membenarkan peristiwaperistiwa selain daripada program perubahan mempengaruhi hasil
program.
Contoh:
 ( i) Perubahan ekonomik dan sosial (harga)
 (ii) Kematangan peserta/penilai. (dari segi proses mental dan fizikal)
 (iii) Data yang dinamik sentiasa berubah
 (iv) Ketidakstabilnya peserta seperti kematian, perpindahan dll.
Rekabentuk Sebelum dan
Selepas
Rekabentuk ini biasa merujukkan kepada
pengukuran atau pengumpulan data "bench
mark " sebelum memulakan satu program
perubhan (sekali) dan sekali lagi pada akhir
program perubahan atau selepas program
perubahan dilaksanakan.
Formula Rekabentuk
Sebelum dan Selepas
O = P 2 - P1
O = kesan/hasil (outcome)
P1= Ujian/ukuran sebelum Program
perubahan X dimulakan
P2 = Ujian/ukuran selepas Program
perubahan X tamat
Gambarajah 5: Rekabentuk
Sebelum-Selepas Program Perubahan
O = Hasil/Kesan yang
disebabkan oleh
program
perubahan x
Ujian/
Pengukuran
(%)
P1
Sebelum
Program
Perubahan X
P2
Selepas
Program
Perubahan X
Rekabentuk Selepas Sahaja
(After Only)
Rekabentuk ini tidak menggunakan data
permulaan atau "benchmark" dan kawalan.
Rekabentuk ini senang dilakukan dan juga
lebih ekonomikal.
Tetapi rekabentuk ini memberi rumusan yang
lemah ("weak”) mengenai kesan sesuatu
program perubahan.
Formula Rekabentuk Selepas
Sahaja:
O = P2
 O = kesan/hasil (outcome)
 P2 = Ujian/ukuran selepas Program perubahan X tamat
Contoh: Soalselidik (questionnaire) disebar kepada peserta
pada akhir sesuatu mesyuarat.
Dan soalan-soalan yang terdapat dalam soalselidik tersebut
bertujuan mendapatkan (1) reaksi peserta, (2) banyak mana
yang telah dipelajari, dan sebagainya.
Rekabentuk
Komparatif/Perbandingan
Rekabentuk ini adalah satu kaedah untuk mengumpul
data untuk mengukur nilai, kebaikan dan
keberkesanan relatif dua atau lebih program
perubahan.
Program-program perubahan yang dibanding mestilah
seakan-akan sama dari segi objektif tetapi tidak
sama dari segi strategi, dan seterusnya.
Lojik rekabentuk komparatif adalah mudah.
Rekabentuk
Komparatif/Perbandingan
Jika dua program perubahan adalah sama
dari segi objektifnya, tetapi perlaksanaan
program adalah mengikut strategi masingmasing.
Jika terdapat satu dari program perubahan
lebih berkesan maka kejayaan yang
diperolehi adalah mungkin disebabkan
strategi yang digunakan.
Kajian Kes (Case Study)
Kisah/cerita seorang individu yang berjaya
atau data yang dikumpul daripada seorang
individu yang berjaya adalah satu cara yang
boleh digunakan untuk mengukur kesan
sesuatu program perubahan.
Data yang dikumpul mungkin berat sebelah
(biased).
Kajian Kes (Case Study)
Dengan
menggunakan
rekabentuk
ini
kesimpulan umum (generalization) tidak
boleh dibuat menggunakan data yang
diperolehi.
Juga data yang diperolehi dengan cara ini,
adalah dianggap "lemah" dalam mengukur
kesan sesuatu program perubahan.
Contoh:
Kisah/cerita/laporan
kejayaan
seseorang petani adalah satu contoh kajian
kes
Rekabentuk Perlu Memenuhi
Kriteria-Kriteria Tertentu
Dua Kriteria utama
mendapatkan data
perubahan.
perlu dipenuhi dalam
untuk bukti program
 Kesahan
dalaman (Internal validity)
 Kesahan
luaran (External validity)
Kesahan dalaman (Internal
validity)
merujuk kepada sejauh manakah
rekabentuk tersebut membenarkan kesan
program perubahan (rawatan) diukur dengan
tepat.
[Adakah rawatan (program perubahan)
memberi kesan tertentu?].
Kesahan luaran (External
validity)
merujuk kepada sejauh mana kesimpulan
secara umum (generalizatlon) mengenai
keputusan kajian boleh dibuat mengikut
dimensi masa, geografi, persekitaran dan
penglibatan peserta program.
Ancaman-ancaman (threats) Terhadap
Kesahan Dalaman (Internal validity)
Masa (time)
Kematangan (Maturation)
Ketidakstabilan Responden (InstabilIty of
respondent)
Ujian (Testing)