TINGKATAN 3: EKONOMI RUMAH TANGGA Bab 3 : Konsumerisme 3.1 Pengguna dan Konsumerisme Konsep Pengguna 1) Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barng.

Download Report

Transcript TINGKATAN 3: EKONOMI RUMAH TANGGA Bab 3 : Konsumerisme 3.1 Pengguna dan Konsumerisme Konsep Pengguna 1) Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barng.

TINGKATAN 3: EKONOMI RUMAH TANGGA
Bab 3 : Konsumerisme
3.1 Pengguna dan Konsumerisme
Konsep Pengguna
1) Pengguna atau konsumer ialah individu yang
menggunakan barng dan perkhidmatan yang
dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak diri.
2) Seorang individu menjadi pengguna sepanjang
hidupnya. Pengguna menggunakan wang sebagai alat
pertukaran untuk mendapatkan barang dan
perkhidmatan.
3) Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna
mestilah membuat pilihan yang bijak semasa
membeli barangan supaya kepuasan dapat
dimaksimumkan.
3.2 Hak Pengguna
1.Pengguna patut sedar akan hak mereka dan
melaksanakan supaya menjadi seorang pengguna
yang bertanggungjawab.
2.Antara hak pengguna adalah seperti yang berikut:
(a) Hak mendapat keperluan asas
-Pengguna mempunyai hak mendapat keperluan asas
iaitu makanan, pakaian dan tempat
perlindungan.
(b)Hak mendapat keselamatan
-Segala barangan atau perkhidmatan yang digunakan
oleh pengguna mesti selamat diguna,
(c)Hak mendapat maklumat
(d)Hak mendapat pilihan
-Pengguna
berhak
memilih
barang
atau
perkhidmatan sehingga memuaskan hati.
(e)Hak mendapat ganti rugi
-Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi
daripada penjual jika diberi barang dan
perkhimatan yang rosak.
(f)Hak bersuara
-Ketika ditipu atau tidak puas terhadap sesuatu,
pengguna mempunyai hak bersuara. Aduan boleh
dibuat melalui saluran tertentu seperti persatuan
pengguna atau badan-badan profesional untuk
mewakili mereka.
(g)Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
-Pengguna berhak mendapat pendidikan secara
berterusan. Pendidikan seperti ini biasanya
dianjurkan oleh pihak kerajaan atau melalui buletin
yang dikeluarkan pihak kerajaan atau Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
(h)Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan
selamat
-Pengguna berhak dilindungi daripada apa-apa yang
kurang selamat atau pencemaran.
-Pengguna harus memastikan alam sekeliling dan
tempat tinggi adalah bersih dan selamat.
3.3 Tanggungjawab Pengguna
1) Tanggungjawab pengguna terdiri daripada:
(a) tanggungjawab terhadap diri sendiri;
(b) tanggungjawab terhadap masyarakat;
(c) tanggungjawab terhadap alam sekitar.
2) Tanggungjawab terhadap diri sendiri:
Pengguna harus memupuk sikap bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dengan membeli secara
rasional. Pembelian secara rasional dapat dipupuk
dengan membelanjakan sumber wang yang terhad
secara berhati-hati. Hal ini dapat dilakukan dengan
membuat belanjawan diri.
3)
Tanggungjawab
pengguna
terhadap
masyarakat:
Pengguna perlu bersatu-padu dan bekerjasama
dalam membenteras sebarang penyelewengan
perniagaan .Hal ini dapat dilakukan melalui
Persatuan
Pengguna.
Masyarakat
harus
menyebarkan pendidikan kepenggunaan kepada
pengguna lain juga.
4) Tanggungjawab pengguna terhadap alam
sekitar
Alam sekitar berhak dinikmati oleh semua orang.
Pengguna harus bertanggungjawab terhadap alam
sekitar ketika atau setelah menggunakannya.
3.4 Tanggungjawab Pengeluar Kepada Pengguna.
(a) membeli pada harga yang berpatutan dengan
memaparkan harga pada barangan dengan jelas.
(b) Membeli kuantiti yang tepat seperti yang tercatat
pada label bungkusan.
(c) Memastikan bahawa pengeluar produk adalah
selamat dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.
(d) Memberi segala maklumat yang tepat pada label
bungkusan.
(e) Memastikan produk yang dikeluarkan adalah
berkualiti.
(f) Memastikan produk dan pengeluaran produk
adalah mesra alam.
Bentuk-bentuk Penyelewengan oleh Pengeluar
(a) harga barang yang tidak stabil terutamanya pada
musim-musim perayaan.
(b) Menyorok barang.
(c) Barang yang dikeluarkan berkualiti rendah.
(d) Barang yang dikeluarkan membahayakan
pengguna.
(e) Timbangan dan sukatan yang tidak tepat.
(f ) Pengeluar mengeluarkan maklumat yang
mengelirukan pengguna.
Cara-cara Membuat Aduan
1) Antara cara yang dapat dilakukan adalah:
(a) membuat aduan secara terus dengan membawa
barang dan resit sebagai bukti pembelian.
(b) Membuat aduan secara bertulis.Aduan secara
bertulis dapat dihantar ke pihak-pihak yang berikut:
i) Persatuan Pengguna
ii) Tribunal Tuntutan Pengguna atau Bahagian
Penguatkuasaan (di bawah naungan Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA).
2) Peranan persatuan pengguna adalah :
a) menerima dan menyiasat aduan yang diterima
dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya
b) menjalankan kajian danm penyelidikan
terhadap sesuatu barangan.
c) menyebarkan maklumat
d) memberi bantuan dan khidmat nasihat atau
perkhidmatan guaman dalam urusan pembelian
dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
e) memberi pendidikan kepenggunaan.
3.5 Peranan Kerajaan
Menggubal undang-undang untuk melindungi
pengguna seperti undang-undang yang berikut:
i) Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan 1973)
ii) Akta Kawalan Bekalan 1961(Pindaan 1973)
iii) Akta Timbang dan Sukat 1972
iv) Akta Perihal Dagangan 1972
v) Akta Sewa Beli 1967
vi) Akta Elektrik 1973
vii) Akta Mutu Alam Sekitar 1974
viii) Peraturan Makanan 1985
ix) Ordinan Menjual Makanan dan Dadah
1952(Pindaan 1983)
x) Akta Label 1980
SEKIAN, TERIMA KASIH