Ekonomi menurut Islam     Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia.

Download Report

Transcript Ekonomi menurut Islam     Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia.

Ekonomi menurut Islam




Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan
usaha
yang
bertujuan
untuk
memenuhi
keperluan hidup manusia.
Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains
sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi
manusia yang didasarkan kepada asas dan nilai
Islam.
Ekonomi dalam Islam adalah sebahagian drpd
asas kepada masyarakat dan negara Islam.
Sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan
wahyu bukan berteraskan akal semata-mata
Institusi Kewangan Islam



Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang
diberi hak untuk menjalankan aktiviti mengumpul
dana @ sumber kewangan daripada orang ramai atau
institusi lain, dan menggunakan sumber tersebut
bagi tujuan pinjaman atau pelaburan.
Ianya juga diertikan sebagai institusi yang mencipta
dan memperniagakan instrumen kewangan di
samping memudahkan aliran kewangan dan aliran
sumber-sumber antara peserta2 pasaran kewangan.
Antara institusi kewangan Islam;
◦
◦
◦
◦
Baitulmal
Bank
Sistem barter
Gadaian
Baitulmal


Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa’ alrasyidin berperanan mengurus hasil pendapatan negara
dan membiayai perbelanjaan negara.
Sumber pendapatan baitulmal pada waktu permulaan
Islam:
◦ Harta khas – zakat fitrah dan zakat harta
◦ Harta am – fai’ (harta rampasan bukan melalui peperangan),
ghanimah dan rikaz (harta karun)
◦ Cukai – kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai ke atas orang bukan
Islam), usyur (cukai perniagaan)
◦ Harta kebajikan – wakaf, pusaka, wasiat, sedekah dsb

Baitulmal masa kini (di Malaysia) adalah di bawah
bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri2 dan peranannya
adalah terhad, iaitu;
◦ Mengurus harta wakaf, zakat dan harta sumber am (pusaka,
wasiat, sedekah, hibah, hasil sewaan, nazar)
Bank





Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan
seperti simpanan wang, pinjaman dsb.
Perbankan Islam ialah perbankan yang selaras dengan sistem
nilai atau syariat Islam.
Perbankan Islam di Malaysia bermula apabila Lembaga Tabung
Haji pada tahu 1969 memperkenalkan transaksi Islam untuk
memboleh orang Islam menyimpan wang secara ansur-ansur
bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan haji dan melibatkan
diri dalam penanaman modal dalam bidang perusahaan,
perlandangan dan hartanah berdasarkan syariat Islam.
Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia sebagai bank Islam
pertama telah ditubuhkan di bawah akta Bank Islam 1983.
Objektifnya – menjalankan operasi sebagai bank perdagangan
berlandaskan syarak dan menyediakan kemudahan perbankan
kepada orang awam khususnya orang Islam.
Pada 1993, Skim Perbankan Tanpa Faedah diperkenalkan di
mana institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan
produk dan perkhidmatan perbankan Islam
Sistem Barter





Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran
barang atau perkhidamatan dengan barang atau
perkhidmatan lain bagi memenuhi kehendak atau
keperluan.
Ianya
berlaku
dalam
urusniaga
sebelum
wujudnya mata wang.
Sistem ini dianggap wujud ketidakadilan dan
mempunyai unsur riba.
Rasulullah telah perkenalkan sistem mata wang
bagi menggantikan sistem barter.
Di zaman khulafa al-Rasyidin, mata wang mula
diperkemaskan dari segi bentuk.
Gadaian



Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu.
Iaitu meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada
sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan
perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat
melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan
kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu.
Rukun gadaian:
1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).
2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul)
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian - barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut
pandangan syarak.