: . . . ! : . UNTUK MEMPEROLEH KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT, MAKA ; Tingkatkanlah ketaqwaan kepada Allah SWT. Laksanakan segala perintah Allah SWT. Tinggalkan.
Download ReportTranscript : . . . ! : . UNTUK MEMPEROLEH KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT, MAKA ; Tingkatkanlah ketaqwaan kepada Allah SWT. Laksanakan segala perintah Allah SWT. Tinggalkan.
: 1 . . 2 . ! : . 3 UNTUK MEMPEROLEH KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT, MAKA ; Tingkatkanlah ketaqwaan kepada Allah SWT. Laksanakan segala perintah Allah SWT. Tinggalkan segala larangan Allah SWT. 4 TAJUK KHUTBAH ; 5 KEADAAN MAKHLUK YANG DICIPTAKAN ALLAH ADALAH ; Ada yg. diciptakan cantik dan ada yg. dipandang buruk Ada yg. tergolong orang yang dikasihi dan ada pula yg. dimurkai-Nya 6 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; PERTAMA ; Orang yang bertaqwa Hamba yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah 7 Ayat 76, Ali Imran ; “Bahkan sesiapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa” 8 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; KEDUA ; Orang yang membuat kebaikan 9 Ayat 134, Ali Imran ; 10 Maksud Ayat ; “Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, pada waktu senang ataupun susah, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mengasihi orang-orang yang membuat kebaikan” 11 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; KETIGA ; Orang yang membersihkan diri dan orang yang bertaubat Bersihkan diri daripada kotoran zahir Bersih dan pelihara diri drpd. perlakuan maksiat 12 Ayat 222, Al-Baqarah ; “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang Bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan diri” 13 Sabda Nabi SAW, ; “Setiap anak Adam itu ada melakukan dosa. Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ibnu Majah) 14 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; KEEMPAT ; Orang yang sabar Menghadapi kesabaran dalam perbagai situasi bukanlah mudah Kadang-kadang terpaksa mengorbankan harta, tenaga, masa lapang & nyawa 15 Ayat 146, Ali Imran ; 16 Maksud ayat ; “Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah mengasihi orang-orang yang sabar” 17 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; KELIMA ; Orang yang adil Bersikap adil dan tegas dalam memutuskan sesuatu perkara Orang yang menegakkan keadilan akan mendapatkan kasih-sayangnya 18 Ayat 42, Al-Maidah ; “Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah perkara itu di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” 19 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; KEENAM ; Orang yang bertawakkal Golongan yang bergantung harap hanya kepada Allah setelah berusaha Baik dan buruk setiap perkara adalah daripada Allah 20 Ayat 159, Ali Imran ; “Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” 21 ANTARA ASPEK YANG JELAS DALAM MENCONTOHI KEPERIBADIAN NABI ADALAH ; Aspek kehidupan berkeluarga, bermasya-rakat dan bernegara Sebagai syarat dan tanda ketaatan kepada Allah SWT. untuk meraih kasih sayang-Nya 22 Ayat 31, Ali Imran ; 23 Maksud Ayat ; “Katakanlah: “Wahai Muhammad Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” 24 ANTARA AMALAN YANG UTAMA UNTUK MENDAPAT KASIH SAYANG ALLAH ADALAH ; Semakin dekat dengan agama Allah Rajin Solat, hadir majlis-majlis ilmu, suka mendengar nasihat, membaca Al-Quran dll. Melakukan amal soleh dan membenci perkara maksiat 25 Sabda Nabi SAW. yang bermaksud ; “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla memberi dunia kepada orang yang Allah sukai dan yang Allah tidak sukai. Namun Allah tidak memberi agama kecuali kepada orang yang Allah suka sahaja. Barangsiapa yang diberi agama, maka bererti dia telah dicintai oleh Allah” (Riwayat Imam Ahmad) 26 ANTARA GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH IALAH ; Sesiapa sahaja yang melaksanakan perintah Allah SWT. dan meninggalkan larangan-Nya Golongan yang berjuang mendaulatkan Agama Islam dan Syariat Allah 27 SEMOGA KITA SAMA-SAMA ; Berusaha mendapatkan kasih sayang Allah S.W.T Memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat 28 29 Maksud Ayat ; “Dan diantara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “ Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka” (al-Baqarah - 201) 30 31 32 ********* . . 33 . . 34 Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan bahawa Islam mengajar umatnya supaya bersikap sederhana dalam segala amalan dan tindakan. Pada masa yang sama umat Islam disaran supaya menjauhi sebarang bentuk perbuatan ekstremis yang kesannya akan menjejaskan keharmonian, perpaduan, keselamatan ummah dan Negara. Tindakan ekstremis juga boleh memberikan tanggapan negatif terhadap kesucian dan kemuliaan agama islam. Sebaliknya seluruh umat islam amatlah dituntut agar menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi sebagai muslim sejati agar umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW diutus dan Islam yang diperjuangkan adalah rahmat bagi seluruh umat dan sekalian alam. 35 . . 36 . 37 . 38 . 39 . 40 Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. 41 Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-Mu yang berat supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. 42 Ya Allah, kami pohon kehadratmu, mantapkanlah pegangan kami menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan peliharalah kami daripada amalan dan akidah yang menyeleweng dan sesat seperti fahaman syiah yang melampau dan Qadyani serta lain-lain fahaman. 43 Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima waktu, menunaikan zakat dan kefarduan yang lain. Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan zakat dan menyayangi fakir miskin serta mereka yang menginfakkan harta untuk Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat. 44 Demikian juga ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat. 45 . . 46 47 . 48