CADANGAN PEMBIAYAAN PROGRAM KHAS

Download Report

Transcript CADANGAN PEMBIAYAAN PROGRAM KHAS

CADANGAN PEMBIAYAAN PROGRAM KHAS UNTUK PEKEBUN KECIL GETAH YANG MEMILIKI TANAH 2.5 HEKTAR DAN KE BAWAH

TUJUAN

Mendapat pertimbangan dan persetujuan akan pembiayaan program khas secara geran dan pemulangan ses diberikan kepada pekebun kecil yang memiliki tanah seluas 2.5 hektar dan ke bawah.

LATAR BELAKANG

Keputusan Kerajaan 17 Oktober 1998 telah bersetuju bahawa tidak adil pekebun kecil diminta untuk mengekalkan tanaman getah yang pendapatannya rendah sedangkan tanaman lain seperti sawit lebih menguntungkan. 13 September 2000 juga telah mengambil maklum bahawa adalah tidak adil pekebun kecil yang merupakan golongan yang miskin diminta untuk terus mengekalkan tanaman getah semata-mata untuk kepentingan negara. Sebaliknya untuk memenuhi keperluan industri berasaskan getah adalah wajar disyaratkan ladang-ladang besar menanam misalnya 5% daripada ladang mereka dengan getah.

LATAR BELAKANG

Rancangan Malaysia Ke Lapan, dasar tanam semula getah kepada tanaman lain (TSGL) dibiayai secara pinjaman, berbanding secara geran pada tahun sebelumnya.

26 Mac 2003 keputusan Mesyuarat JKMPPK Bil 2/2002 meminta supaya KPLB dan RISDA menyediakan kertas cadangan program TSGL termasuk dasar pembiayaan bagi kebun 2.5 hektar dan ke bawah sebagai satu program peningkatan pendapatan golongan termiskin dan miskin.

i. sebahagian besar daripada pekebun kecil yang memiliki kebun kurang daripada 2.5 hektar adalah tergolong dalam golongan miskin dan termiskin yang wajar dibiayai secara geran. ii. perlu dikenalpasti pekebun-pekebun kecil yang benar-benar daif dan memerlukan pendapatan tambahan.

ASAS PERTIMBANGAN

Isu-isu Sektor Pekebun Kecil Getah Saiz kebun dan Pendapatan Bancian Pekebun Kecil Getah dan Sawit 2002 RISDA 67.7% pekebun kecil memiliki kebun kurang daripada 2 hektar yang terdiri daripada 204,826 lot.

PERATUS BILANGAN PEKEBUN DAN SAIZ KEBUN

4 - < 40.46

3 - < 4 2 - < 3 1 - < 2 < 1 0

4.6

8.7

19

30

31.9

35

35.8

40 5 10 15 20 25 % Bilangan pekebun 34.66% yang memiliki kebun kurang daripada 2 hektar merupakan golongan miskin (kurang daripada RM510/bulan) manakala 17.15% boleh dikategorikan sebagai golongan termiskin (kurang daripada RM256/bulan).

PERATUS TABURAN KELAS PENDAPATAN & KELUASAN

Pendapatan/ Keluasan < RM 256 RM 256 – RM 510 RM 511 – RM 1,200 RM 1,201 – RM 2,000 > RM 2,000 <1 Hek 7.46

6.61

4.22

0.73

0.02

1-< 2 Hek 9.69

10.90

7.66

1.45

0.85

2-< 3 Hek 3-< 4 Hek 4 Hek & Lebih 5.70

8.47

6.70

1.46

0.84

2.24

4.97

4.99

0.96

0.59

1.78

4.03

4.90

1.45

1.33

Jumlah % 26.87

34.98

28.47

6.05

3.63

Jumlah 19.04

30.55

23.17

13.75

13.49

100.0

34.66% yang memiliki kebun kurang daripada 2 hektar merupakan golongan miskin (kurang daripada RM510/bulan) manakala 17.15% boleh dikategorikan sebagai golongan termiskin (kurang daripada RM256/bulan).

PENDAPATAN PEKEBUN KECIL MENGIKUT JENIS TANAMAN

PEKEBUN KECIL GETAH 31.5% mempunyai pendapatan kurang daripada RM256/bulan 37% mempunyai pendapatan di antara RM256 – RM510/bulan. PEKEBUN KECIL SAWIT 16.1% mempunyai pendapatan kurang daripada RM256/bulan 31.3% mempunyai pendapatan di antara RM256 – RM510/bulan. Dirumuskan bahawa 68.5% daripada pekebun kecil getah dan 47.4% pekebun kecil sawit mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan.

HUBUNGAN KELAS PENDAPATAN PEKEBUN KECIL MENGIKUT JENIS TANAMAN (%)

Kategori < RM 256 RM 256 – RM 510 RM 511 – RM 1,200 RM 1,201 – RM 2,000 > RM 2,000 Jumlah 31.5

37.0

24.9

4.2

2.5

Getah 100 Sawit 16.1

31.3

35.9

9.8

6.9

100

PENDAPATAN PEKEBUN KECIL MENGIKUT JENIS TANAMAN

purata keluasan tanah pemilik - 2.44 hektar purata keluasan tanah getah - 2.15 hektar purata keluasan tanah sawit - 2.78 hektar jumlah pendapatan bulanan pekebun kecil getah ialah RM215 (harga:RM1.70/kg) jumlah pendapatan pekebun kecil sawit ialah RM437.32 (harga: RM1,100/tan metrik dan mengusaha sendiri).

KESAN DASAR PEMBIAYAAN TERHADAP PRODUKTIVITI & PENGELUARAN GETAH

Anggaran Pendapatan Sehektar Pekebun Kecil Yang Menanam Semula Sawit Mengikut Kaedah Pembiayaan Tanam Semula Item i) Bantuan Tanam semula (RM) ii) Pinjaman (RM) iiii) Faedah Pinjaman iv) Purata pendapatan pekebun kecil/ bulan/hektar setelah tolak pinjaman (RM) Kaedah Pembiayaan/Hektar Senario 1: Bantuan Tanam Semula & Pinjaman RM4,448 Senario 2: Pinjaman sepenuhnya 0 RM4,329 * 4% RM183.41

(RM35,213.81/ 16thn/12bln) RM8,955 * 4% RM144.04

(RM27,655.70/16thn/ 12bln) v) Pendapatan pekebun yang memiliki kebun 2.5/hektar/bulan(RM) RM458.53

(RM183.41 x 2.5 hektar) RM360.10

(RM144.04 x 2.5hektar) Nota : i. Harga MSM –RM1,100/tan metrik (Harga purata daripada 1980 – 2000) ii. * Kadar faedah pinjaman 4% boleh diperolehi pekebun kecil. Jumlah pinjaman telah mengambilkira faedah iii. Purata pengeluaran BTB setahun ialah 19.14 metrik tan

KESAN DASAR PEMBIAYAAN TERHADAP PRODUKTIVITI & PENGELUARAN GETAH

Ujud tanah terbiar Setakat akhir tahun 2002, terdapat 25,994.07 hektar permohonan tertunggak yang melibatkan 10,412 peserta; Penghapusan hutang peserta/peneroka RISDA terpaksa menghapus kira hutang peserta berjumlah RM90 juta FELDA juga menghadapi masalah yang sama dan menggalakkan penerokanya untuk menanam semula dengan sawit kecuali peneroka sendiri memilih tanaman getah.

CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM KHAS

Skop Program Bantuan secara geran dan ses diberi kepada pekebun kecil yang memiliki kebun 2.5 hektar dan ke bawah yang ingin menukar tanaman getah yang telah bertoreh dan tidak ekonomik kepada aktiviti menanam semula dengan tanaman lain.

CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM KHAS

Kaedah Pembiayaan Program Khas Pekebun Kecil 2.5 hektar dan ke bawah.

Skop Program i) Tanaman Lain (11 tanaman lain) Bantuan Kerajaan dan Sumber RM4,448 Program PPRT Pertanian - di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), KPLB Ses Tambahan Sumber Pembiayaan Untuk aktiviti ekonomi lain seperti ternakan ikan dan haiwan dibiayai melalui program sedia ada kerajaan seperti: I) Program Peningkatan Pendapatan - di bawah SPKR, KPLB I) Program Ekonomi Desa Bahagian Ekonomi Desa, KPLB III) Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) - RISDA

PENAMBAHAN PENDAPATAN MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI LAIN

Jangkaan Pendapatan Pekebun Kecil Aktiviti Ekonomi Saiz Aktiviti Ternakan Kambing Boer Ternakan Kambing Kacukan Ternakan Lembu Pedaging Ternakan Ayam Kacukan Ternakan Ikan Tilapia Kraftangan Daun Getah Tanaman Lanskap 35 ekor 40 ekor 13 ekor 6,500 ekor 3 sangkar (9,000 ekor) 5 kg 10,000pk.renek

Pendapatan Sebulan (RM) 274.00

215.00

152.00

232.57

392.90

775.00

255.00

SYARAT-SYARAT UMUM PELAKSANAAN

i.

Memiliki tanah 2.5 hektar dan ke bawah sahaja; i.

Luar zon getah. pengecualian boleh diberi kepada pekebun kecil yang tidak memiliki tanah tidak ekonomik dan terpencil dalam kawasan zon getah dan tidak boleh dikelompokkan; i.

Pemilik pengusaha yang aktif dan berminat. Bagi pekebun kecil pasif, mereka perlu melantik pengusaha lain untuk mengurus kebun mereka secara berkelompok dan komersial.

IMPLIKASI

Keluasan Tanaman Getah Tidak akan menjejaskan matlamat tanam semula getah ke getah secara integrasi kerana: i. pelaksanaan skim ini di luar zon getah; dan ii. komitmen RISDA menanam semula seluas 20,000 hektar getah setahun.

Pengeluaran Sawit Negara Tambahan pengeluaran pekebun kecil kepada pengeluaran minyak sawit mentah negara dengan menanam semula seluas 10,000 hektar setahun hanya 0.33% sahaja.

KEWANGAN

MATLAMAT DAN KEPERLUAN KEWANGAN Tahun 2003 2004 2005 Luas (Hek) 5,000 10,000 10,000 Jumlah Keperluan Ses dan Bantuan Kerajaan (SPKR) (RM) 22,240,000 (5,000 x RM4,448) 44,480,000 (10,000 x RM4,448) 44,480,000 (10,000 x RM2,150) 111,200,000 Jumlah 25,000 10,000 orang akan menerima faedah pembiayaan melalui pemulangan wang ses dan program sedia ada di bawah Kementerian iaitu Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) Pertanian, Program Peningkatan Pendapatan, Program Ekonomi Desa dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan di bawah RISDA.

SYOR

Dipohon untuk menimbang dan bersetuju akan pembiayaan program khas secara geran dan pemulangan ses diberikan kepada pekebun kecil yang memiliki tanah seluas 2.5 hektar dan ke bawah.

SEKIAN Terima Kasih

R I S D A

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

Ibu Pejabat RISDA, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Tel: 603 - 42564022 Faks: 603 - 42565533 Website: http://www.risda.gov.my