ASAS PENGATURCARAAN F1001

Download Report

Transcript ASAS PENGATURCARAAN F1001

ASAS PENGATURCARAAN
F1001
En. Azrol Hisham Bin Mohd Adham
Cik Nurul Zakiah Bt Kasnun
Cik Ajisa Beevi Bt Abdul Wahab
@ Jabatan Teknologi Maklumat
KONSEP ATURCARA DAN PENGATURCARAAN



Aturcara
satu set arahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan
komputer yang boleh ditafsifkan dan dilaksanakan oleh komputer
dalam menjalankan sesuatu tugas yang berguna. Aturcara juga
dikenali sebagai program.
Pengaturcaraan
Proses menulis aturcara,juga dikenali sebagai programming.
Pengaturcara
Orang yang bertanggungjawab menulis aturcara – programmer.
BAHASA PENGATURCARAAN


Bahasa Mesin
ianya merupakan bahasa tabie komputer dan hanya terdiri
daripada rentetan 0 dan 1. Rentetan ini akan menjana arahan
tertentu. Kelajuan pemprosesan arahan bergantung kepada mesin.
Bahasa mesin sukar di fahami serta mudah berlaku kesilapan dan
sukar pula mengesan kesilapan.
Bahasa Penghimpun
Bahasa yang lebih mudah berbanding bahasa mesin. Ianya
menggunakan singkatan bahasa inggeris & simbol – kod
mnemonic. Masih memerlukan banyak arahan untuk laksanakan
tugas. Contoh arahan :Load
BasePay
Add
Overpay
Store
GrossPay
BAHASA PENGATURCARAAN


Bahasa Paras Tinggi
Mudah di pelajari dan tidak bergantung kepada jenis komputer.
Mampu laksanakan pelbagai tugas dengan hanya satu pernyataan.
Contoh :

GrossPay = BasePay + OverPay
Bahasa Berorientasikan Objek
Kemampuan Object Oriented Programming (OOP) mudah di fahami
boleh diguna semula dan aturcaranya mudah diubahsuai.
BAHASA PENGATURCARAAN
BAHASA
TAHUN
PENERANGAN
FORTRAN
1957
Bahasa berorientasikan perangkaan. Sesuai untuk
masalah saintifik, matematik, dan statistik.
ALGOL
1960
Bahasa berorientasikan perangkaan. Digunakan
dengan meluas di Eropah.
COBOL
1960
Bahasa berorientasikan perniagaan dan pengendalian
fail.
LISP
1961
Bahasa yang dicipta khusus untuk memproses senarai
(list) dan pengolahan simbol.
SNOBOL
1962
Bahasa yang dicipta khusus untuk memproses
rentetan aksara seperti penyunting teks dan pemproses
perkataan.
BASIC
1965
Bahasa interaktif yang mudah dipelajari dan sesuai
untuk pengenalan pengaturcaraan komputer kepada
pelajar.
BAHASA PENGATURCARAAN
BAHASA
TAHUN
PENERANGAN
PL/1
1965
Bahasa serbaguna yang menggabungkan ciri-ciri
FORTRAN, COBOL, dan beberapa bahasa yang lain.
APL
1967
Bahasa interaktif berorientasikan operator yang
mempunyai banyak operasi matekmatik terkandung
sekali.
PASCAL
1971
Bahasa serbaguna untuk pengajaran pengaturcaraan
dan implementasi konsep pengaturcaraan berstruktur.
C
1972
Bahasa serbaguna tahap pertengahan: berorientasikan
mesin tetapi mudah untuk digunakan.
ADA
1980
Bahasa implementasi terbaru yang direkabentuk oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
PERKEMBANGAN DAN SEJARAH
ALGOL 60
Jawatankuasa Antarabangsa, 1960
CPL
(Combined Programming Language)
Cambridge dan Universiti London, 1963
BCPL
(Basic Combined Programming Language)
Martin Richards, Cambridge, 1967
B
Ken Thompson, Bell Labs, 1970
C
Denis Ritchie, Bell Labs 1972
C++
Bjarne Stroupstrup,AT&T Bell labs, 1983
ASAS PERSEKITARAN C





Penyunting(Editor)
Pengompil (Compiler)
Pemaut (Linker)
Pemuat (Loader)
Penyediaan a/c dalam Turbo C++
ASAS PERSEKITARAN C


1) Penyunting – Editor
perisian yang membolehkan aturcara dimasukkan dalam komputer.
Aturcara ditaip dan disimpan dalam fail dengan sambungan .cpp .
contoh: aturcara.cpp
2) Pengompil – Compiler
merupakan perisian yang akan menukarkan aturcara sumber
kepada aturcara objek atau kod bahasa mesin.
Namun begitu tanpa aturcara awalan komputer tetap tidak dapat
melaksanakan aturcara tersebut.
fail aturcara objek juga tidak mempunyai aturcara pustaka –library.
ASAS PERSEKITARAN C

3) Pemaut – Linker
maka untuk mengatasi masalah td pemaut digunakan untuk
memautkan/menyatukan :
-aturcara objek
-aturcara awalan
-aturcara pustaka
dalam satu fail boleh laku yang boleh dilaksanakan oleh komputer
yang akan menghasilkan fail dengan sambungan .exe .
e.g: aturcara.exe
ASAS PERSEKITARAN C


4) Pemuat – Loader
Perisian yang memuatkan aturcara boleh laku kedalam ingatan
komputer.
Unit Pemprosesan Pusat(UPP) akan melaksanakan aturcara yang
dimuatkan dalam ingatan.
5) Penyediaan Aturcara dalam Turbo C++
Pengompil Turbo C++ mempunyai penyunting yang terdapat pada
persekitaran yang sama untuk menyunting aturcara sumber
dengan adanya kemudahan2 seperti berikut:
-simpan
-kompil
-memaut
-memuat
-melaksanakan