Transcript unit 4
•MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF •SHAH ERMY BIN MOHAMAD •MOHD YUSRI BIN MOHD YUSOF •NG JIUN YOONG •ANAS BIN ABD MALIK 14DET08F1042 14DET08F1062 14DET08F1063 14DET08F1064 14DET08F1068 DEFINISI: Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang seperti membina dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki. Mula Mod Operasi Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga kedudukan mula. Keadaan Reset Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di dalam aturcara. Operasi/Turutan Proses Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas. Isyarat Keluaran Memicu peralatan keluaran. Status Keluaran Memaparkan lampu penunjuk atau penggera. Tamat Menghentikan operasi Memulakan sesuatu operasi LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat antarabangsa iaitu : Rajah Tangga (Ladder Diagram). Senarai Arahan (Instruction List). Teks Struktur (Structured Text). Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart). Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram). Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan rajah ( rujuk rajah 4.1.1 ). Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan sedia buka (normally open – NO) atau penyuisan sedia tutup ( normally closed – NC) menerusi laluan arus dan gelung elemen. •Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar secara berasingan Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks. Ianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator) dan kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang menggunakan bahasa senarai arahan. OPERATOR OPERAND Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang mengandungi ungkapan dan suruhan. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti berikut :Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C Merupakan jenis bahasa grafik ( rujuk rajah 4.1.4 ). Elemen-elemennya terdiri daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang selari. Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan yang aktif atau tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur turutannya sendiri. Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam rajah fungsi ini digambarkan secara grafik fungsi dan blok fungsi ( rujuk rajah 4.1.5 ). Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan aliran isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian. Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis mendatar ke kanan yang dinamakan garis-garis arahan (instruction lines ). Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan (conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di sebelah kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga ditunjukkan seperti di Rajah 4.2.a di bawah. Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang dipanggil keadaan (conditions). Keadaankeadaan ini terdiri daripada dua iaitu : i. Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO ) ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed – NC ) Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi setiap arahan. Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau OFF bergantung kepada status bit operasi yang telah ditentukan. Keadaan normally open adalah ON jika bit operasi adalah ON dan akan OFF jika bit operasi adalah OFF. Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan akan OFF jika bit operasi adalah ON. Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan. Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan Perlaksanaan. Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) ON apabila X0 adalah ON, X1 adalah OFF dan X2 adalah ON. Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit dalam kawasan-kawasan ingatan ( memory ) IR, SR, HR, TC atau TR. Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga boleh ditentukan oleh bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ), pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-lain Jadual 4.3.2 menunjukkan peta ingatan yang merujuk kepada PLC jenis OMRON – SYSMAC CQM1H. KAWASAN DATA FUNGSI IR00000 - IR01515 Digunakan sebagai bit masukan IR10000 – IR11515 Digunakan sebagai bit keluaran. IR21600 – IR21915 Bit ini tidak mempunyai fungsi yang. khusus. Boleh digunakan secara bebas dalam program. Kawasan SR SR24400 – SR25507 Bit ini melakukan fungsi yang tertentu seperti bendera (flags) dan bit kawalan. Kawasan TR TR 0 – TR 7 Bit ini digunakan untuk menyimpan secara sementara status ON / OFF pada cabang-cabang program Kawasan HR HR 0000 – HR 9915 Bit ni digunakan untuk menyimpan data dan mengekalkan status ON / OFF bila kuasa dimatikan. Kawasan IR Kawasan Input Kawasan Output Kawasan Kerja BIT Kawasan Timer/Counter TC 000 – TC 511 Nombor yang sama digunakan untuk timer dan counter. TC000 ke TC002 dgunakan utk. `interval timer’ MAKSUD : Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah ditentukan oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions) yang ada pada garisan arahan yang menghubungkan mereka. Sebarang kumpulan keadaan yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan logik dinamakan blok logik. Penerangan: Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan yang terdapat di dalam satu blok . Blok itu diperolehi dengan melukis satu garis mendatar tanpa memotong garisan yang menegak dan sebaliknya. Rujuk pada rajah 4 Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan. Oleh itu Rajah Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik. Kod mnemonik memberikan maklumat yang sama seperti Rajah Tangga dan boleh ditaip secara terus pada Konsol Pengaturcaraan. Rajah 4.4 : Contoh Kod Mnemonik ALAMAT 00000 00001 00002 00003 00004 00005 ARAHAN LD OR AND AND LD OUT TMY OPERASI / DATA X0 X1 X3 Y0 00 00006 CNT 00007 END K20 002 #0010 -