File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

Download Report

Transcript File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

JANTUNG
Zakirah Yaakob
Yau Su Han
Nurul Sakinah Hashim
Ruang Jantung
Atrium
Kanan
• Menerima darah yang kurang beroksigen
daripada tisu-tisu tubuh (deoxygenated blood).
Atrium
Kiri
• Menerima darah yang kaya dengan oksigen
dari paru paru (oxygenated blood).
Ventrikel
Kanan
• Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru
untuk pembersihan.
Ventrikel
Kiri
• Mengepam darah beroksigen ke seluruh
bahagian tubuh.
SISTEM KITARAN
Kitaran Pulmonari
Kitaran Sistemik
Arteri, Vena dan Kapilari
KITARAN PULMONARI
Peredaran darah dalam kitaran ini
membawa darah nyahoksigen
(deoxygenated blood) ke paru-paru untuk
pertukaran gas sebelum darah beroksigen
(oxygenated blood) dikembalikan ke
jantung.
• Peredaran Pulmonari
– Atrium kanan menerima darah daripada
tisu badan.
– Ventrikel kanan mengepam darah tersebut
ke paru-paru melalui arteri pulmonari.
– Di paru-paru, pertukaran gas berlaku
menyebabkan darah mengambil oksigen
dan melepaskan karbon dioksida.
KITARAN SISTEMIK
Kitaran sistemik membolehkan darah
beroksigen serta nutrien dibawa ke
organ-organ badan dan membawa
darah nyahoksigen kembali ke jantung.
Peredaran Sistemik
◦ Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada
paru-paru.
◦ Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh
tubuh melalui aorta.
◦ Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan
karbon dioksida diangkut keluar.
S
I
S
T
E
M
K
I
T
A
R
A
N
ARTERI, VENA & KAPILARI
ARTERI
• Salur darah yang membawa darah keluar dari
jantung ke bahagian-bahagian lain badan.
• Dindingnya tebal, berotot dan elastik supaya
boleh menahan tekanan darah yang tinggi
disebabkan oleh denyutan jantung
• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.
• Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonari.
VENA
• Salur darah yang membawa darah ke jantung dari
bahagian-bahagian lain badan.
• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran
yang lebih besar berbanding dengan arteri.
• Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah.
• Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.
• Semua vena membawa darah tidak beroksigen
kecuali vena pulmonari.
KAPILARI
• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil.
• Kapilari darah menghubungkan arteriol
kepada venul.
• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Arteri, Vena dan Kapilari
Anatomi dan
pengurusan jantung
PERIKARDIUM
Perikardium ialah
selaput yang
membungkus jantung
Perikardium mengandungi sedikit cecair
perikardial yang melincirkan pergerakan
jantung dengan karung perikardial.
Perikardium boleh dibahagikan kepada dua
lapisan iaitu ;
1. Fibrous pericardium
2. Serous pericardium
Fibrous pericardium adalah lapisan
terluar. Ia dibina daripada tisu
penghubung. Berfungsi untuk melindungi
jantung dan melekatkan jantung kepada
struktur sekeliling.
Serous pericardium pula boleh dibahagikan
lagi kepada dua lapisan, iaitu;
1. Parietal serous pericardium (luar).
2. Visceral serous pericardium (dalam) atau
dikenali sebagai epikardium.
Kedua-dua lapisan serous
pericardium ini membentuk ruang yang
dipanggil ruang perikardial dan
merembeskan cecair perikardial.
ANATOMI JANTUNG
Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi
mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang
sekata yang berulang-ulang.
Jantung terletak di sebelah kiri dari tengah dada, dan di belakang
tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh perikardium dan dikelilingi
oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat
sekitar 300-350 g.
Jantung terdiri dari empat ruang, dua
atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding
atrium, dan pengecutan dinding ventrikel
adalah lebih penting bagi
memastikan darah mengalir.
Ventrikel kiri adalah lebih
tebal berbanding kanan
Septum ialah dinding otot yang tebal dan
berfungsi untuk;
1. membahagikan atrium dan ventrikel kanan
dari atrium dan ventrikel kiri.
2. Ia memisahkan darah beroksigen dan
terdeoksigen dari bercampur.
Dinding jantung terdiri daripada tiga
lapisan, iaitu;
1) Epikardium (luar)
2) Myokardium (tengah)
3) Endokardium (dalam)
PENGURUSAN JANTUNG
Pengurusan jantung boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian, iaitu;
1. Pemakanan
2. Senaman
3. Gaya hidup
4. Pengawalan berat badan
Pemakanan
• Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti
mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan
akan membahayakan kesihatan jantung.
• Makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi
termasuklah telur, makanan bergoreng, dan
makanan segera hendaklah diminimakan.
• Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti
bayam, sawi, kailan dan sebagainya.
• Dalam Islam – umat disuruh bersederhana dalam
mengambil makanan
• “Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang
indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat
ibadah (solat), dan makanlah dan minumlah, dan
jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya
Allah tidak suka akan orang yang melampaui
batas.” (Surah Al-A’raf: 31)
• “Wahai orang beriman, makanlah daripada rezeki
yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu,
dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu
beribadat kepada-Nya.” (Surah Al-Baqarah: 172)
Senaman
• Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga
kesihatan. Contohnya; joging, berjalan dan
berbasikal
• Sebarang bentuk senaman yang dibuat secara
teratur adalah baik dan dapat mengurangkan
risiko mendapat penyakit jantung.
• Membantu jantung mengedarkan darah secara
lebih berkesan.
• Senaman secara teratur dapat menurunkan
tekanan darah.
Gaya Hidup
• Gaya hidup yang sihat - Amalan yang meningkatkan
tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang
memudaratkan kesihatan.
• Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30
minit bagi setiap sesi.
• Hindari pengambilan dadah dan alkohol.
• Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Hal ini demikian kerana kesihatan ditentukan
berdasarkan gaya hidup seseorang.
• Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam
menentukan gaya hidup.
• Ubahlah gaya hidup anda untuk mendapatkan kesan
kesihatan yang baik.
• Elakkan dari merokok.
- Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat
penyakit jantung adalah perokok.
- Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis
karsinogen di dalam asap rokok.
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah
merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak
menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang
berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup
berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk
mereka menyayangi anda?
Pengawalan Berat Badan
• Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit seperti
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
• Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada
nilai yang sesuai dengan bentuk badan seseorang
individu (BMI)
• Mereka yang memiliki berat badan berlebihan dan
tidak bergiat aktif akan menyebabkan – kalori yang
tinggi dalam makanan tidak digunaan.
• Kemudian lebihan makanan itu akan ditukarkan kepada
lemak yang berkumpul pada bahagian-bahagian
tertentu seperti – paha dan perut.
ARTERI, VENA & KAPILARI
Arteri
• Membawa darah beroksigen dari jantung ke tisu
badan.
• Mempunyai dinding yang tebal.
• Tidak mempunyai injap kecuali pangkal aorta dan
pangkal arteri pulmonari.
• Darah bertekanan tinggi.
• Darah mengalir dengan laju.
Vena
• Membawa darah terdeoksigen dari tisu badan
kembali ke jantung.
• Mempunyai dinding yang nipis.
• Mempunyai injap.
• Darah bertekanan rendah.
• Darah mengalir dengan perlahan.
Kapilari
•
•
•
•
•
Menghubungkan arteri dengan vena.
Dindingnya setebal satu sel.
Tidak mempunyai injap.
Darah bertekanan paling rendah.
Darah mengalir dengan sangat perlahan.
DEGUPAN
JANTUNG
SEL PENGUNCUPAN
&
SISTEM KONDUKSI
JANTUNG
• Jantung mempunyai sistem intrinsik yang
mana otot kardiak dirangsang secara
automatik untuk mengecut tanpa
memerlukan bekalan saraf daripada otak.
• Walau bagaimanapun, sistem intrinsik ini
boleh dirangsang ataupun direncat oleh
impuls saraf yang berasal daripada otak dan
hormon.
• Sistem ini terdiri daripada sekumpulan sel
neuromuskular khusus di dalam myokardium
yang memulakan dan mengalirkan impuls
yang menyebabkan pengecutan jantung yang
berentak
Nodus SA
(perentak)
Bergerak melalui
berkas AV (berkas His)
Bergerak melalui atrium
menerusi laluan internodal
Tersebar ke
Nodus AV
Disampaikan ke
seluruh ventrikel
melalui serat purkinje
Nodus Sinoatrial (Nodus SA)
 sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan
berdekatan dengan bukaan vena kava superior.
Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia
berfungsi untuk memulakan impuls.
Nodus Atrioventrikular (Nodus AV)
Sekumpulan sel khusus yang terletak di dalam
septum atrium berdekatan dengan injap AV.
Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang
datang daripada miokardium atrium, namun
berupaya untuk memulakan impuls
pengecutan jantung tetapi pada kadar yang
lebih perlahan berbanding nodus SA.
Berkas Atrioventrikular (Berkas AV/His)
Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada
nodus AV.
Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang
memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya
membahagi kepada cabangan berkas kiri dan
kanan pada bahagian atas septum ventrikel.
Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di
dalam miokardium ventrikel.
Struktur-struktur ini menyampaikan impuls daripada
nodus AV ke bahagian apeks miokardium yang mana
akan mencetuskan pengecutan jantung.
ELEKTROKARDIAGRAM
(EKG)
• Elektrokardiogram ialah rakaman aktiviti
elektrik jantung.
• Elektrokardiogram memberi maklumat
tentang :
I. Kehadiran penyakit jantung iskemia
II. Penyakit struktur jantung seperti
pembesaran ruang-ruang jantung atau
penebalan otot-otot jantung
III. Keabnormalan ritma degupan jantung sama
ada laju atau perlahan.
Bacaan EKG
KITARAN
KARDIAK
Setiap degupan jantung melibatkan turutan
yang dikenali sebagai “kitar kardiak”.
Tindakan jantung terdiri daripada dua jenis :
I. Mengecut (sistol)
II. Pengenduran (diastol)
Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua
atrium manakala sistol ventrikel adalah
pengecutan kedua-dua ventrikel
Apabila sistol atrium berlaku, injap
atrioventrikular (atrioventricular valves/cuspid
valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke
dalam vebtrikel.
Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula
bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel
menyebabkan injap atriovebtrikular tertutup dan
injap sabit (semilunar valves) terbuka.
Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam
aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam
atrium
aorta
Pulmonary
artery