Transcript Document

Prakata SETIAP KANAK-KANAK ITU ADALAH ANAK KITA

Every Child is Our Child

Kemuncak keinsanan itu ialah dengan memelihara dan mengasihi anak-anak yang tiada berdaya, yang memerlukan kasih–sayang dan perlindungan.

Kita sebagai dewasa, pendidik, pemimpin dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan itu berlaku kepada anak-anak yang merupakan aset paling berharga dan paling mudah terpedaya dengan berbagai elemen yang boleh mencemar sahsiah, keselamatan dan masa depan mereka.

Kedudukan dan kekuasaan yang ada pada kita wajarlah menjamin tiada eksploitasi, penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak, khususnya di negeri Selangor.

Turut diutamakan ialah bahawa usaha-usaha reaktif seperti di atas, perlu diselarikan bersama usaha usaha preventif yang melibatkan kepekaan para profesional kesihatan, pegawai-pegawai kebajikan dan anggota masyarakat (seperti ketua kampung, guru-guru agama, dan guru-guru sekolah, para penyelia PWB juga dll.) tentang keadaan fisiologi, emosi, dan mental kanak kanak agar dapat dijamin kesejahteraan mereka di mana dan pada bila-bila masa jua.

Ahli-Ahli yang Berhormat adalah juga diseru untuk mengambil berat isu dan kebajikan kanak-kanak.

Semuga setiap kanak-kanak akan merasai bahawa mereka mendapat yang serupa dari kita seperti ibu bapa yang mengasihi mereka.

Setiap Kanak-Kanak Itu Adalah Anak Kita. Every Child Is

Our Child.

Yang Berhormat Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor Exco Kerajaan Negeri Selangor

• “Tiada keganasan ke atas kanak-kanak yang dibenarkan, segala keganasan terhadap kanak-kanak boleh dielakkan.” Kofi Annan, mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Oktober 2006) Kanak-kanak adalah harta kita dan kunci kepada Malaysia menuju ke arah negara maju sepenuhnya. Kemampanan kualiti kehidupan adalah sebuah komponen penting dalam pembangunan kebangsaan, dan ia hanya boleh dicapai dengan melindungi setiap kanak-kanak dalam masyarakat kita dan memberi mereka peluang untuk mencapai tahap potensi mereka sepenuhnya.

Inilah visi pembangunan yang dicanangkan dengan piawaian Konvensyen Hak Terhadap Kanak-Kanak dan telah disahkan oleh Kerajaan sebagai tanda komitmen ke arah menjadikan kanak-kanak di Malaysia selamat dan gembira.

Pek sokongan ini mengandungi: 1. Lembaran fakta berkenaan bentuk keganasan lazim ke atas kanak-kanak di Malaysia; 2. Idea-idea untuk membantu penggubal perundangan mempromosi perlindungan kanak-kanak sebagai agenda nasional; 3. Idea-idea bagaimana orang ramai boleh melindungi kanak-kanak; 4. Soal selidik untuk Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan orang ramai.

“Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada disakiti dan dizalimi, sama ada fizikal atau mental.”

Artikel 19, Konvensyen Hak Terhadap Kanak-Kanak

PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: FAKTA UTAMA

Sekiranya kita membiarkan kanak-kanak diabaikan, didera dan dieksploitasi, maka kita telah menafikan hak-hak mereka untuk meneruskan kehidupan, membangunkan potensi mereka sepenuhnya dan keceriaan zaman kanak-kanak.

Kita mesti berusaha memastikan “persekitaran yang melindungi” untuk kanak-kanak bagi mengelakkan penderaan dan eksploitasi, dan membantu sekiranya mereka bersemuka dengan keganasan dalam kehidupan mereka.

MITOS DAN FAKTA berkenaan keganasan terhadap kanak-kanak

MITOS: Hanya kanak-kanak daripada keluarga miskin dan tidak berpendidikan yang didera.

FAKTA: Keganasan, dera dan pengabaian boleh berlaku dalam mana-mana keluarga, tanpa mengira kumpulan etnik atau latar belakang sosio-ekonomi keluarga tersebut

MITOS: Kanak-kanak tidak mempunyai hak dan kita tidak perlu kisah dengan cara layanan terhadap mereka.

FAKTA: Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan hak untuk hidup, membangunkan dan mencapai potensi mereka sepenuhnya. Menghalang dan bertindak balas kepada keganasan, ekplotasi dan penderaan adalah penting bagi memastikan hak-hak mereka dipenuhi.

MITOS: Memukul kanak-kanak untuk mendisplinkan mereka adalah bukan penderaan.

FAKTA: Perlu menghormati maruah seseorang kanak-kanak apabila mendisiplinkannya di rumah atau sekolah. Sebarang bentuk penyalahgunaan ke atas prinsip ini sama ada secara fizikal, lisan atau pencabulan emosi dikira sebagai penderaan.

MITOS: Penderaan ke atas kanak-kanak tidak memberi kesan aspek lain dalam kehidupan mereka.

FAKTA: Keganasan dan pengabaian adalah mencabul setiap hak zaman kanak-kanak.

Seseorang yang telah berimunisasi tetapi telah dipukul adalah seorang kanak-kanak yang tidak sihat. Kanak-kanak perempuan yang dicabul secara seksual adalah dikira kanak-kanak yang tidak berpelajaran.

KEGANASAN TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Malaysia dilihat mengalami trend menaik dalam kes-kes seksual dan lain-lain penderaan serta pengabaian kepada kanak-kanak.

Rajah 1: Kes-kes penderaan kanak-kanak mengikut jantina dan jenis penderaan (1999 2008) – Jabatan Kebajikan Masyarakat

KES-KES PENDERAAN KANAK-KANAK MENGIKUT JANTINA DAN JENIS PENDERAAN (1999-2008)

• • • Walaupun peningkatan kejadian penderaan dan pengabaian kanak-kanak mungkin disebabkan meningkatnya laporan yang diterima berbanding meningkatnya kejadian • • • • sebenar di negara ini, adalah masih menjadi keutamaan kepada negara kita untuk menangani sebarang dan keseluruhan kes-kes keganasan terhadap kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 13 juta kanak-kanak di Malaysia.

Pada tahun 2008, Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 2,780 kes-kes penderaan kanak-kanak.

Kes-kes penderaan kanak-kanak telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 2005.

Antara bentuk-bentuk penderaan kanak-kanak yang lazim dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah pengabaian, penderaan fizikal dan penderaan seksual (termasuk sumbang mahram).

Pengabaian kanak-kanak muncul sebagai satu kebiasaan seperti keganasan fizikal di mana 952 kes-kes pengabaian direkodkan dalam tahun 2008 berbanding dengan 863 kes-kes penderaan fizikal pada tahun yang sama.

Penderaan fizikal, termasuklah penderaan seksual, ke atas kanak-kanak adalah jenayah lazim yang dilaporkan.

Laporan kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak adalah dipercayai pecahan kecil kepada bilangan kes-kes sebenar.

SELANGOR – GAMBARAN PENDERAAN KANAK-KANAK DALAM NEGERI

Selangor menduduki tempat lima negeri teratas dengan pecahan tertinggi kes-kes penderaan kanak-kanak sejak beberapa tahun lepas.

Jadual: Statistik penderaan kanak-kanak untuk negeri Selangor (2007-2010)

PERANAN WAKIL-WAKIL RAKYAT

Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri mempunyai kuasa untuk mencipta perubahan sebenar dan berkekalan untuk kanak-kanak, melalui pelbagai fungsi mereka sebagai wakil rakyat.

Satu-satunya cara untuk melindungi kanak-kanak ialah untuk mengurangkan kelemahan kanak-kanak melalui undang-undang, perkhidmatan, tingkah laku dan amalan yang menumpukan kepada hak dan kepentingan kanak-kanak.

Ahli-ahli dewan undangan negeri boleh menyumbang kepada perlindungan kanak kanak dengan mewakili kepentingan kanak-kanak dalam hal-ehwal perundangan negeri dan memberikan inspirasi kepada kawasan mereka melakukan sesuatu yang lebih untuk melindungi kanak-kanak.

KENAPA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK ITU PENTING - MEMPROMOSI HAK KANAK-KANAK DAN KUALITI KEHIDUPAN NEGARA

Berpuluh juta kanak-kanak di seluruh dunia adalah mangsa kepada eksploitasi, penderaan dan keganasan setiap tahun. Apabila kita gagal melindungi anak-anak kita, mereka akan menderita dalam senyap dan tanpa dilihat.

Konvensyen Hak Terhadap Kanak-Kanak (‘The Convention on the Rights of the Child (CRC)’) jelas menetapkan tanggungjawab-tanggungjawab Kerajaan, keluarga dan ibu bapa untuk melindungi kanak-kanak dari disalahgunakan dalam apa cara pun.

Sebagai salah satu penandatangan dalam CRC, Kerajaan bukan sahaja wajib untuk melindungi kanak-kanak yang dibahayakan, tetapi juga akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyokong keluarga-keluarga dan masyarakat dalam mencegah penderaan, pengabaian dan eksploitasi kanak-kanak.

Perlindungan kanak-kanak di Malaysia akan menjamin kemampanan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada kejayaan negara ke arah Wawasan 2020.

Digunapakai oleh Perhimpuan Agung PBB pada tahun 1989,

Konvensyen Hak Terhadap Kanak-Kanak (CRC) mendahulukan

piawaian antarabangsa berhubung hak-hak kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan, pembangunan, perlindungan dan mengambil bahagian sebagai sah disisi undang-undang. Antara polisi utama CRC adalah tiada kanak-kanak yang didiskriminasikan, dan dalam setiap keputusan yang melibatkan kanak-kanak, maka kepentingan mereka perlu diutamakan.

Penderaan kanak-kanak adalah pencabulan segala hak-hak

Keganasan terhadap kanak-kanak kini tersebar luas, tetapi sebahagiannya masih lagi disembunyikan dan tidak dilaporkan. Sama ada ia berlaku di rumah, sekolah, komuniti atau dalam instititusi, ia biasa berlaku di belakang pintu tertutup dan oleh mereka yang seharusnya dipercayai oleh kanak-kanak – ibubapa, ahli keluarga dan penjaga. Kanak kanak selalunya menderita dalam diam, takut untuk bersuara disebabkan malu atau khuatir akan dihukum.

Keganasan terhadap kanak-kanak bukan sahaja melanggari hak-hak mereka yang perlu dilindungi, tetapi juga halangan besar kepada kesihatan kanak-kanak dan pembangunan mereka dalam jangka masa panjang.

Kecederaan atau kematian hanyalah satu penghujung. Bagi kanak-kanak ini, masa depan mereka bergantung kepada keseimbangan, dibelenggu dengan kecederaan fizikal, trauma emosi dan masalah tingkah laku. Bagaimana mereka akan belajar dan bersosial, atau memasuki alam dewasa yang sempurna, sekiranya tahap keselamatan mereka diragui, atau dicalar dengan parut yang tidak akan hilang? Bagaimana mereka akan sedar bahawa keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan itulah satu-satunya yang mereka tahu?

Penderaan kanak-kanak menyebabkan parut fizikal, emosi dan mental yang akan meninggalkan kesan jangka panjang dalam kehidupan kanak-kanak dan keluarga. Ia merompak peluang kanak-kanak untuk memenuhi potensi mereka sepenuhnya dan akan meneruskan kitaran keganasan.

Keganasan menjejaskan keseluruhan zaman kanak-kanak dan juga generasi akan datang.

Persekitaran yang melindungi

Semua kanak-kanak adalah terdedah kepada risiko keganasan atas sebab mereka adalah kanak-kanak.

Perlindungan kanak-kanak melibatkan pencegahan ke atas masalah dalam kehidupan kanak-kanak dan juga perkhidmatan yang diperlukan apabila sesuatu itu tidak berlaku seperti sepatutnya. Ia juga mengandungi perkhidmatan untuk kanak-kanak yang terdedah kepada keadaan yang merbahaya.

Untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya, kita tidak boleh menunggu untuk sesuatu itu berlaku. Kita perlu membina persekitaran melindungi, dengan itu mereka akan membesar dengan selamat dan menikmati kebebasan dalam zaman kanak-kanak.

Membina persekitaran yang melindungi untuk kanak-kanak memerlukan perubahan sosial dalam tingkah laku, peranan dan tanggungjawab; memastikan peraturan dan perundangan yang bersesuaian berada pada landasannya, bersama-sama dengan sistem perundangan yang aktif dan adil sebagai sebahagian dari sistem kebajikan sosial untuk kanak-kanak dan keluarga.

Daripada melihat isu-isu individu keganasan dan kategori kanak-kanak, sistem tersebut mengambil pendekatan bahawa perlindungan kanak-kanak memerlukan pandangan yang lebih luas ke atas konteks sosio-ekonomik, kebudayaan dan politikal, termasuklah sistem responsif dan keadaan persekitaran kanak-kanak, yang menyumbang kepada masalah-masalah perlindungan kanak-kanak.

Persekitaran yang melindungi bukanlah meletakkan kanak-kanak di belakang pintu yang tertutup, atau membuatkan mereka takut kepada dunia luar. Persekitaran yang melindungi ialah di mana kanak-kanak boleh menjadi kanak-kanak.

Mencegah keganasan terhadap kanak-kanak

Ahli-ahli dewan undangan negeri mempunyai peranan utama yang perlu dimainkan bagi membolehkan persekitaran yang melindungi. Peranan mereka ialah untuk melaksanakan keazaman politik dalam membangunkan polisi dan rangka perundangan, serta bersama dengan Kerajaan dan pihak berkuasa dalam menyediakan perkhidmatan.

Pada peringkat akar umbi, penggubal undang-undang boleh mendorong perubahan tingkah laku dan mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai untuk mencegah keganasan dan akses kepada perkhidmatan intervensi.

Dengan mencegah keganasan hari ini, kita mampu membina masa hadapan di mana keganasan tidak lagi boleh diterima pakai.

Kita tidak boleh menggagalkan anak-anak kita lagi dan kita tidak sepatutnya merompak potensi negara kita untuk memenuhi aspirasi yang telah dibentangkan dalam Wawasan 2020.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang ahli dan dewan undangan negeri boleh lakukan

Kesimpulan pemerhatian oleh Jawatankuasa Hak-hak Terhadap Kanak-Kanak  Membangunkan, sebagai sebahagian daripada Pelan Kebangsaan Tindakan Kanak kanak, stratregi komprehensif negeri/negara untuk mencegah dan respon kepada keganasan domestik dan penderaan kanak-kanak, termasuk langkah-langkah untuk menukarkan tingkah laku dan amalan kebudayaan.

 Mengukuhkan sistem sedia ada bagi respon kepada kes-kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak, sekaligus menjamin kanak-kanak yang teraniaya akan dilindungi dan tidak menjadi mangsa prosiding perundangan.

 Mengharamkan segala undang-undang berbentuk hukuman sebatan di rumah dan menjalankan kajian menyeluruh untuk menilai sifat dan tahap fenomena ini.

 Mendidik ibu bapa, penjaga dan profesional yang berkerja bersama kanak-kanak dengan menjalankan kempen pendidikan awam tentang kesan buruk bentuk-bentuk keganasan ‘disiplin’ dan mempromosikan kaedah keibubapaan yang positif dan tidak ganas.

 Memastikan semua kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan dan penderaan mendapat penjagaan yang mencukupi, kaunseling dan bantuan pemulihan dan integrasi semula.

 Mewujudkan talian bebas tol, 24 jam, talian bantuan 3 digit untuk kanak-kanak, dan memudahkan kolaborasi talian bantuan ini dengan polis, sistem kesihatan dan kebajikan masyarakat dan juga NGO fokus-kanak-kanak.

AKTA KANAK-KANAK 2001

Di Malaysia, sesiapa di bawah usia 18 tahun adalah kanak-kanak dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Malaysia telah menggubalkan Akta Kanak-Kanak 2001 bagi memenuhi tuntutan di bawah Konvensyen Hak-hak Terhadap Kanak-Kanak (CRC), di mana Artikel 19 CRC menyatakan Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penganiayaan, penderaan, pengabaian dan keganasan, oleh ibu bapa atau sesiapa yang menjaga mereka.

Matlamat asas perlindungan kanak-kanak ialah untuk memastikan setiap orang yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan melindungi kanak-kanak akan mengiktiraf tugas ini dan berusaha untuk memenuhinya.

Dengan Akta Kanak-Kanak 2001, ia bukan sahaja moral tetapi satu undang-undang penting untuk ahli masyarakat melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan.

Perlindungan yang diberikan oleh Akta Kanak-Kanak 2001 meliputi strategi dan langkah langkah bagi mengelakkan daripada dan responsif kepada insiden penganiayaan dan bahaya ke atas kanak-kanak, sama ada boleh atau tidak melibatkan keganasan.

Peruntukkan Akta

Peruntukkan Akta Kanak-Kanak 2001 adalah berasaskan empat prinsip utama CRC, iaitu: (i) tiada diskriminasi; (ii) kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut; (iii) hak untuk hidup, meneruskan kehidupan dan pembangunan; dan (iv) menghormati pandangan kanak-kanak.

Akta tersebut juga telah mewujudkan Majlis Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak, yang menasihati Kerajaan berhubung isu-isu perlindungan kanak-kanak manakala Majlis Perundingan dan Penasihat untuk Kanak-Kanak bertindak sebagai titik tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Akta ini menetapkan Kumpulan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pusat Aktiviti Kanak Kanak diwujudkan pada peringkat negeri dan daerah. Bermatlamat untuk menggerakkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program-program pencegahan dan pemulihan, inisiatif-inisiatif ini mensasarkan kanak-kanak berisiko atau terdedah kepada segala bentuk penganiayaan dan eksploitasi.

Daripada segi pentadbiran keadilan juvana, Akta memperuntukkan tatacara di Mahkamah Kanak-Kanak, yang mesra kanak-kanak, dengan mengambil kira kematangan mental dan emosi seseorang kanak-kanak.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa dewan undangan negeri dan ahlinya boleh lakukan:

 Tahu peruntukkan Akta Kanak-Kanak 2001 ( http://www.unicef.org/malaysia/Child Act-2001.pdf

);  Memahami cabaran-cabaran untuk melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001;  Melawat kes-kes perbicaraan mahkamah-mahkamah tempatan untuk mengkaji semula sama ada terdapat perlindungan yang bersesuaian untuk mangsa-mangsa dan saksi-saksi kanak-kanak.

 Menganjurkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji semula undang-undang – memastikan segala bentuk keganasan terhadap kanak-kanak adalah dilarang, termasuklah hukuman sebat, amalan tradisional yang merbahaya dan keganasan seksual – dan mencadangkan pembaharuan yang diperlukan.

PENGABAIAN DAN DITINGGALKAN

Pengabaian mungkin tidak akan meninggalkan parut, tetapi kita sepatutnya tidak terikat kepada kerosakan yang dilakukan kepada kehidupan seseorang kanak-kanak.

Pengabaian berlaku apabila ibubapa atau penjaga dengan sengaja gagal untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi (daripada segi kesihatan, pendidikan, pembangunan emosi, khasiat pemakanan, tempat berteduh, dan keadaan tempat tinggal yang selamat), atau gagal melindunginya daripada bahaya. Meninggalkan seseorang kanak-kanak adalah bentuk pengabaian yang ekstrem, dan boleh membawa kepada kerosakan psikologi dan fizikal yang amat besar.

Kurang penyeliaan adalah sebab lazim kanak-kanak boleh mati mengejut atau cedera akibat kemalangan di rumah. Pengabaian juga boleh membahayakan mental, semangat, moral dan pembangunan sosial seseorang kanak-kanak, dan menyumbang kepada penglibatan kanak-kanak kepada aktiviti bahaya seperti penyalahgunaan dadah dan aktiviti seksual pra-matang dan tanpa perlindungan.

Pengabaian adalah kegagalan menyelia dengan baik dan melindungi kanak-kanak sekali pun mereka tahu caranya, mempunyai pengetahuan dan akses kepada perkhidmatan yang boleh melakukannya. Ini bermaksud keluarga yang miskin, dan kurang akses kepada perkhidmatan kebajikan, tidak akan dituduh mengabaikan dengan sengaja. Di Malaysia, kes-kes pengabaian yang dilaporkan adalah di semua peringkat masyarakat, tanpa mengira tahap pendidikan atau pendapatan.

Ibu bapa yang mengabaikan atau meninggalkan anak-anak mereka mungkin berada dalam keadaan terdesak atau kesukaran yang tidak dapat dibantu. Masyarakat seharusnya lebih menyokong dengan memberikan jalan penyelesaian dan mengambil berat pada peringkat awal sebelum masalah ekstrem berlaku.

Tahap permasalahan

Sedikit diketahui tentang pengabaian kanak-kanak tetapi ia dilihat sebagai satu kebiasaan seperti keganasan fizikal. Dalam tahun 2008, terdapat sebanyak 952 kes-kes pengabaian yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding dengan 863 kes-kes keganasan fizikal pada tahun yang sama.

1 Angka tersebut meningkat sejak tahun 2002.

JKM dan pihak polis juga menerima laporan bayi-bayi yang ditinggalkan setiap tahun. Menurut JKM, terdapat 58 kes bayi yang ditinggalkan dalam tahun 2008. Rekod polis menunjukkan terdapat 470 bayi-bayi yang telah ditinggalkan dari tahun 2005 sehingga Ogos 2010, di mana lebih separuh daripadanya ditemui mati.

2 2 1 Laporan Statistik Malaysia 2008, Jabatan Kebajikan Masyarakat Dilaporkan dalam “Porn a major reason behind baby dumping, say cops”, The Star, 17 August 2010

DALAM LAPORAN BERITA Terjatuh Maut

24 Mei 2010, seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun telah terjatuh dari beranda unit pangsapuri makciknya di tingkat 12 di Kepong, Selangor. Neneknya telah keluar membeli barangan runcit dan meninggalkan kanak-kanak tersebut bersendirian di rumah. Beliau telah lupa untuk menutup pintu jeriji di beranda. (“6-year-old girl dies in fall from flat”, New Straits Time, 24 May 2010)

Bayi yang ditinggalkan

Mayat bayi yang berusia satu hari dengan tali pusat yang masih elok, telah dijumpai disumbat ke dalam sebuah bag dan ditinggalkan di sebuah sungai di Kota Damansara, Petaling Jaya. (“Angler’s horror find”, The Star, 16 August 2010)

Di mana kesilapan kita?

Pengabaian, seperti semua bentuk keganasan terhadap kanak-kanak, adalah hasil daripada gabungan faktor-faktor berkaitan keluarga, masyarakat, ekonomi dan budaya.

Kanak-kanak yang paling terdedah kepada pengabaian adalah bayi, kanak-kanak perempuan (dalam budaya di mana kanak-kanak lelaki adalah lebih unggul), kanak kanak kurang upaya dan kanak-kanak yang sukar untuk dijaga, seperti mereka yang menghidap penyakit kronik atau tingkah laku yang bermasalah serius.

Ibu bapa dengan lemah kawalan dorongan, rendah diri, masalah kesihatan mental, dan penyalahgunaan bahan (alkohol dan dadah) adalah lebih cenderung untuk mengabaikan anak mereka. Sebahagian daripada ibubapa mengabaikan anak mereka disebabkan terlibat dalam konflik undang-undang, penyalahgunaan dadah, HIV dan AIDS, kewangan yang tidak kukuh, tiada keupayaan menangani cabaran mental dan fizikal kanak-kanak, kurang sokongan, atau stigma mengandung di luar nikah.

Kanak-kanak yang tinggal di dalam keluarga yang berpecah atau keluarga tertekan disebabkan faktor kewangan dan sosial, adalah berisiko untuk diabaikan. Perundangan dan polisi yang lemah memburukkan lagi tekanan, dan keluarga tidak dapat keluar daripada kitaran yang kejam.

Apa yang boleh kita lakukan?

Kita perlu melaksanakan undang-undang, polisi dan program-program yang menguatkan dan menyokong kekeluargaan, pada masa yang sama menangani faktor faktor asas masyarakat dan komuniti yang boleh membawa kepada pengabaian.

Pencegahan bermula dari rumah dan keluarga. Perkhidmatan kebajikan perlu memasukkan program-program kesuburan, keibuan dan kesihatan kanak-kanak, latihan dan bantuan keluarga yang memerlukan, seperti mereka yang mempunyai anak keperluan khas.

Lawatan ke rumah dan pendidikan kekeluargaan, menumpukan kepada pengurusan keluarga, penyelesaian masalah, dan amalan keibubapaan, akan dapat membantu menyelesaikan masalah dalam keluarga dan keupayaan keluarga tersebut menangani tuntutan luaran.

Bagaimana kita dapat membantu kanak-kanak yang terbabit?

Barisan pertama tindakan ialah untuk mengesan kes-kes kanak-kanak terabai – di mana profesional kesihatan, pekerja kebajikan atau ahli masyarakat (cth: majlis desa, ketua agama atau guru) perlu lebih sensitif dengan keadaan kanak-kanak dan berusaha untuk membawanya kepada perhatian pihak berkuasa.

Sebaiknya, perkhidmatan perlulah sedia untuk menyokong ibu bapa yang tidak mampu memenuhi kehendak kekeluargaan.

Mengeluarkan seseorang anak daripada keluarganya adalah tindakan campur tangan yang terakhir. Kanak-kanak yang ditempatkan di bawah penjagaan pilihan seperti di pusat jagaan atau rumah ahli saudara mara, perlulah dipantau berterusan, dan pusat penjagaan haruslah didaftarkan dan dikawalselia.

Demi keselamatan kanak-kanak, kebimbangan dan pendapatnya haruslah dipertimbangkan dahulu. Tiada penyelesaian unggul untuk semua, dan sebarang campur tangan haruslah bersesuaian dengan peringkat perkembangan kanak-kanak, kesihatan emosi dan ikatan kekeluargaan.

Kita memerlukan lebih banyak data berhubung dengan tahap sebenar kanak-kanak terabai dalam negara. Pengumpulan data dan analisa berterusan adalah penting bagi memberikan bukti untuk menyokong kepada pengubal polisi bahawa tindakbalas segera diperlukan dalam bentuk pembangunan polisi, memperuntukkan sumber dan melaksanakan program.

Isu kanak-kanak terbiar haruslah dibawa kepada lingkungan awam agar dapat dibincangkan dan mencari penyelesaian untuk melindungi kanak-kanak daripada terabai. Kecuaian tingkah laku terhadap kanak-kanak, atau stigma dan diskriminasi dalam sesebuah budaya, hanya dapat dihapuskan melalui perubahan berpanjangan dalam pengetahuan, kepercayaan, sikap dan amalan masyarakat.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa dewan undangan negeri dan ahlinya boleh lakukan:

 Melaksanakan undang-undang, polisi dan program bagi menyokong keluarga;  Menggalakkan komuniti setempat untuk membina persekitaran yang melindungi kanak-kanak;  Menyiasat sama ada sistem yang bertindak balas kepada penganiayaan kanak-kanak memberikan tanggungjawab yang jelas kepada pemberi perkhidmatannya dan pihak berkuasa;  Menyokong pengumpulan data dan analisis yang lebih baik tentang kes-kes pengabaian;  Meningkatkan tahap perbincangan masyarakat tentang mengapa kanak-kanak diabaikan.

Keganasan fizikal selalunya mengambil bentuk hukuman dera bertujuan sebagai disiplin. Kebanyakan hukuman ini melibatkan sepakan dan merotan kanak-kanak dengan tangan, rotan, kayu, tali pinggang dan sebagainya. Kanak-kanak juga ditendang, digegarkan, dihumban, dicakar, dicubit, digigit, ditarik rambut atau ditekup telinga, dipaksa berada dalam posisi yang tidak menyenangkan, atau dimarahi. Bentuk hukuman sebegitu adalah merendahkan, memalukan dan mengajar kanak-kanak bahawa keganasan adalah penyelesaian kepada masalah.

PENDERAAN FIZIKAL

Penderaan fizikal ke atas kanak-kanak adalah antara jenayah yang lazim dilaporkan terhadap kanak-kanak.

Terdedah disebabkan status mereka di dalam masyarakat dan keluarga, kanak-kanak selalunya menempuhi keganasan fizikal termasuklah dipukul dalam pelbagai bentuk, dibakar, dicekik, diracun, disesak nafas dan keganasan seksual, yang mana semuanya boleh membawa maut, kecacatan, atau kecederaan fizikal yang parah dan trauma .

Bayi dan kanak-kanak kecil adalah lebih ramai menjadi mangsa oleh penjaga utama dan juga ahli keluarga yang lain, tetapi apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan lebih banyak meluangkan masa di luar rumah dan akan lebih mudah menjadi mangsa oleh orang yang bukan ahli keluarga.

Tahap permasalahan

Antara tahun 2005 sehingga 2008, bilangan kes-kes penderaan fizikal yang dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kekal konsisten, dengan perbezaan kecil antara kanak kanak lelaki dan perempuan.

Laporan-laporan penderaan fizikal tidak termasuk dengan hukuman dera di sekolah sekolah, yang mana adalah sah di bawah sistem pendidikan kebangsaan kita, walaupun dengan batasan yang ketat. Kajian kecil mendapati bahawa hukuman dera di sekolah sekolah, dalam bentuk rotan, adalah suatu kebiasaan, walalupun tidak terdapat data kebangsaan.

DALAM LAPORAN BERITA Kematian anak kecil

Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah dijumpai tidak sedarkan diri di rumah ibunya di Selangor. Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 30 kesan kecederaan di badannya. Ibunya yang berusia 24 tahun dan teman lelakinya yang tinggal serumah telah dituduh berhubung kematian tersebut. (The Star: ‘Girl’s parents test positive for syabu’, 16 April 2010; ‘Mum and lover charged over toddler’s death’, 24 April 2010)

Disiplin di sekolah

Ibu kepada pelajar berusia 9 tahun mendakwa anaknya telah ditampar oleh guru disiplin disebabkan datang lewat, menyebabkan mukanya bengkak. (‘Student slapping case resolved’, 5 Nov 2009, The Malay Mail)

Bagaimana kita boleh tersilap

Adalah mudah untuk menyalahkan ibu bapa, penjaga atau guru apabila menyebabkan kekerasan ke atas kanak-kanak, tetapi faktor-faktor luaran seperti rangka perundangan yang lemah, polisi dan sikap masyarakat boleh menyumbang secara tidak langsung kepada keganasan fizikal terhadap kanak-kanak.

Pembangunan bandar yang pesat telah membawa perubahan dalam institusi kekeluargaan, dengan kemiskinan, penggangguran, tahap pendidikan yang rendah, tempat tinggal yang sesak dan tekanan ekonomi menyebabkan stres kepada keluarga keluarga serta kehilangan rangkaian sokongan sosial.

Faktor-faktor tekanan diburukkan lagi dengan polisi yang lemah meninggalkan kanak kanak dan keluarga tanpa jaringan ekonomi dan sosial. Kanak-kanak dalam keluarga ini berdepan dengan risiko keganasan yang tinggi.

Undang-undang di beberapa negara dan tradisi beberapa budaya masih membenarkan, atau tidak menghukum, penggunaan keganasan ke atas kanak-kanak. Sebagai contoh, penerimaan meluas hukuman fizikal sebagai kaedah untuk mendisiplinkan kanak-kanak di Malaysia – baik di rumah atau di sekolah.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mencegahnya?

Ibu bapa yang mendera anaknya secara fizikal adalah bermungkinan mengalami atau menyaksikan sendiri keganasan sewaktu kanak-kanak. Oleh itu, adalah mustahak rantaian keganasan ini dipecahkan.

Keganasan mestilah diatasi sebelum ia berlaku, dengan menangani keadaan asas yang menyebabkan ekonomi dan emosi ekstrem menekan keluarga. Polisi sepatutnya menyokong keluarga, dengan menyediakan kemudahan pusat penjagaan yang berkualiti, memperkayakan program pra-sekolah, program keibubapaan, program penangguhan tempoh kepada keluarga yang menghadapi keadaan yang sukar, atau meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, perumahan, pekerjaan, dan lain-lain peluang.

Lebih daripada itu, perlu ada undang-undang dan polisi untuk menghalang segala bentuk keganasan terhadap kanak-kanak dalam keluarga dan masyarakat, termasuklah segala amalan tradisi yang merbahaya dan amalan hukuman dera.

Pada peringkat komuniti dan masyarakat, perlu ada program berskala besar untuk meningkatkan kesedaran hak kanak-kanak, disasarkan kepada semua kumpulan yang terlibat dalam kehidupan kanak-kanak tersebut, termasuklah kakitangan-kakitangan sistem perundangan dan kepolisian, pendidikan, pekerja kesihatan, sektor swasta, serta ibu bapa dan orang ramai.

Kita perlu berhenti melayan kanak-kanak seperti sebuah objek dan bukan sebagai manusia, dan mula mengiktiraf status mereka sebagai seseorang dengan hak yang saksama dalam masyarakat kita.

Bagaiman kita boleh membantu kanak-kanak yang terbabit?

Untuk melindungi kanak-kanak secara efektif, terdapat keperluan perkhidmatan melindungi kanak-kanak secara berterusan; iaitu inisiatif pencegahan utama bagi menguatkan kapasiti keseluruhan masyarakat dalam melindungi kanak-kanak; pencegahan sekunder, atau perkhidmatan campur tangan awal, ditujukan kepada kanak-kanak dan keluarga yang dikenalpasti sebagai terdedah atau berisiko penganiayaan atau diabaikan, dan campur tangan lebih tinggi (tertiari) untuk bertindak balas di mana kanak-kanak berada pada risiko yang serius, atau sedang didera atau dianiaya dalam apa cara.

Akta Kanak-Kanak Malaysia 2001 mentakrifkan dan meyediakan garis panduan asas statutori bagi tindak balas ke atas mangsa kanak-kanak yang didera, diabaikan dan dieksploitasikan. Bagaimanapun, menjadi keperluan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab perundangan kepada anggota keluarga, penyedia pusat jagaan kanak-kanak dan pengamal perubatan agar memaklumkan pihak berkuasa apabila mengesyaki seseorang kanak-kanak didera.

Sesebuah sistem perlindungan yang profesional untuk kanak-kanak adalah kunci kepada perlaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001. Adalah perlu mengadakan sebuah pelaburan yang besar dan peruntukan sumber, bagi memastikan pakar terlatih dan pekerja sosial yang mencukupi untuk memberikan perkhidmatan ke atas sistem yang beroperasi sepenuhnya menjamin piawaian yang sama dalam penjagaan di kawasan-kawasan baik dalam atau luar bandar.

Sistem ini juga memerlukan struktur yang dibangunkan sebaiknya bagi menyediakan perlindungan, sokongan dan layanan kepada kanak-kanak dan keluarga, bermula daripada waktu penderaan dilaporkan, sepanjang siasatan, penguatkuasaan undang undang, sehinggalah proses pertuduhan dan perundangan.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang dewan undangan negeri dan ahli ahlinya boleh lakukan

 Memulakan program-program sokongan kewangan dan sosial kepada keluarga yang berada dalam keadaan yang sukar;  Memantau pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001;  Menggalakkan profesionalisma sektor kebajikan sosial, dan latihan-latihan yang lebih baik kepada pegawai-pegawai kebajikan dan pakar-pakar perlindungan kanak-kanak;  Menyediakan ruang bagi masyarakat membincangkan hukuman dera dan penderaan fizikal kanak-kanak, dan mencari penyelesaian bersama, dengan merujuk kepada kanak-kanak dan anak muda.

PENDERAAN SEKSUAL DAN SUMBANG MAHRAM

Penderaan seksual ke atas kanak-kanak adalah masalah yang berkembang di serata dunia, tetapi yang paling mencabar adalah untuk menangani isu-isu ini disebabkan kerahsiaan dan pantang larang yang menyelubunginya.

Apa jua jenis hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun adalah dianggap penderaan seksual, sekalipun kanak-kanak atau remaja tersebut dilihat sebagai sukarela atau rakan yang memulakan.

Tahap permasalahan

Daripada tahun 2005 sehingga 2008, Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan peningkatan kes-kes penderaan seksual dan sumbang mahram, yang mana kes di kalangan kanak-kanak perempuan melebihi kanak-kanak lelaki. Sumbang mahram, khususnya, menjadi permasalahan di kawasan luar bandar.

Peningkatan kes-kes yang dilaporkan mungkin menunjukkan kesedaran orang ramai, kesediaan untuk melapor, pengiktirafan rasmi ke atas isu ini serta peningkatan sistem laporan.

Sebahagian besar dari keganasan seksual dilakukan oleh ahli keluarga atau orang lain yang tinggal bersama atau melawat rumah keluarga kanak-kanak – mereka yang dipercayai oleh kanak-kanak dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka. Di Malaysia, hampir 59% dari pelaku penderaan seksual dalam tahun 2007 adalah ahli keluarga terdekat, saudara mara, atau ahli keluarga angkat. Bagaimanapun, predator atau pedofilia juga menculik kanak-kanak untuk penderaan seksual.

Bagaimanapun, kes-kes yang dilaporkan adalah dipercayai hanyalah sebilangan kecil daripada bilangan kes yang sebenar. Apabila penderaan seksual sering berlaku dalam privasi persekitaran rumah atau kawasan terpencil, ini menyebabkan ia tidak dapat dikesan atau tidak dilaporkan. Kanak-kanak mungkin tidak melaporkannya disebabkan mereka takut dipersalahkan atau terus dianiaya, sementara saudara mara, jiran atau orang dewasa lain keberatan berhadapan dengan akibat melaporkannya.

DALAM LAPORAN BERITA Dirogol oleh kekasih ibu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dari Klang telah diacu hujung pisau, ditampar dan mukanya diselibung dengan bantal ketika dia dirogol, dan dipaksa melakukan seks oral oleh kekasih ibunya. Pelaku tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama 38 tahun dengan 16 sebatan rotan. (‘Rapist who preyed on lover’s kid gets 38 years jail’, 23 June 2010, New Straits Times)

Di mana kesilapan kita?

Keganasan seksual adalah sangat berkait dengan faktor-faktor keluarga dan sosial, seperti stress disebabkan kemiskinan, penggangguran dan pengasingan sosial. Kanak kanak yang tinggal dengan keluarga bersama dengan faktor-faktor ini adalah sangat terdedah kepada risiko apabila kurang mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

Sumbang mahram di kawasan pertanian luar bandar boleh dikaitkan dengan kediaman yang kecil untuk keluarga dengan anak yang ramai, ketidakupayaan ibubapa menyelia anak-anak disebabkan waktu kerja yang panjang, kekurangan pendidikan seks dan terasing daripada masyarakat yang lebih besar.

Kita perlu lebih lantang tentang risiko kanak-kanak terhadap penderaan seksual di rumah dan dalam konteks kekeluargaan. Menangani penderaan seksual sebagai subjek pantang larang akan menggalakkan budaya berdiam diri, di mana kanak-kanak tidak boleh bercakap tentang penderaan seksual yang mereka deritai, orang dewasa tidak mahu bercakap tentang risiko penderaan seksual di rumah, dan orang dewasa tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka mencurigai seseorang yang mereka tahu mendera kanak-kanak secara seksual.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkannya?

Tidak semua keluarga dengan faktor-faktor risiko yang diterangkan di atas menjadi persekitaran yang ganas untuk kanak-kanak. Keluarga adalah masih merupakan sumber terkuat untuk melindungi dan menyokong kanak-kanak. Mengelakkan penderaan seksual dan sumbang mahram bermula dengan menggalakkan amalan keibubapaan yang baik dan memupuk dan berpegang teguh antara ibu bapa dan anak-anak.

Masyarakat yang rapat antara satu sama lain, mempunyai jaringan sosial dan hubungan kejiranan yang kuat mampu melindungi kanak-kanak dan mengurangkan risiko keganasan walaupun wujudnya faktor-faktor risiko, seperti kemiskinan, penggangguran dan kesaratan.

Keluarga yang berisiko tinggi memerlukan sokongan daripada Kerajaan melalui program-program dan polisi, seperti perkhidmatan merancang keluarga, penjagaan sebelum dan selepas bersalin, keselamatan sosial, kesihatan mental dan rawatan penyalahgunaan ubatan, pendidikan keibubapaan, pendidikan berasaskan skil kehidupan untuk kanak-kanak, dan sokongan sekiranya mereka mempunyai anak yang kurang upaya.

Masyarakat juga perlu menuntut perubahan dalam sikap dan tingkah laku yang bertolak ansur dengan menyalahgunakan hak kanak-kanak. Kita mesti mencabar budaya yang malu, berahsia dan menafikan, dan berhadapan secara terbuka punca sebenar penderaan seksual.

Media, masyarakat dan ketua agama, serta kanak-kanak dan remaja sendiri, memainkan peranan penting dalam memecahkan kesunyian agar orang ramai boleh berhenti bersembunyi di belakang pantang larang masyarakat.

Bagaimana kita boleh membantu kanak-kanak yang terbabit?

Membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual bermula dengan memecahkan kesunyian dan memberikan mereka tempat yang selamat atau saluran untuk meluahkan perasaan mereka.

Talian bantuan kanak-kanak yang boleh dipercayai memberikan kanak-kanak ruang untuk melaporkan penderaan dengan lebih yakin dan menerima kauseling melalui telefon. Di Malaysia, kanak-kanak boleh mendail 999 untuk melaporkan kepada polis atau 15999 Childline, iaitu perkhidmatan talian bantuan kebangsaan 24-jam Talian Nur di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kanak-kanak yang memerlukan maklumat, perlindungan dan penjagaan akan disambungkan ke perkhidmatan-perkhidmatan campur tangan jangka pendek dan panjang serta pemulihan melalui 15999 Childline.

Apabila keganasan seksual telah disyaki atau ditemui, tindakan mestilah dilakukan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko terus didera, dan juga merawat kecederaan dan trauma psikologi kanak-kanak tersebut. Penyiasatan dan langkah langkah perundangan haruslah dilaksanakan seiring dengan pendekatan sokongan kesihatan dan sosial.

Mengeluarkan kanak-kanak daripada keluarganya seharusnya merupakan campur tangan yang terakhir, hanya sekiranya kanak-kanak tersebut telah menderita, atau pada berisiko menderita dan kemudaratan ketara. Keluarga adalah tempat terbaik untuk kanak-kanak membesar, tetapi sekiranya ibubapa tidak bertindakbalas kepada perkhidmatan sokongan atau lain-lain campur tangan, maka pilihan seperti pupukan jangka panjang atau anak angkat perlu dipertimbangkan.

Semua campur tangan untuk melindungi kanak-kanak perlu menitikkan kepentingan kanak-kanak di hati, agar hak kanak-kanak untuk privasi, keselamatan dan keluarga akan dilindungi dan dipertimbangkan terhadap kebimbangan dan keinginan kanak-kanak.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang dewan undangan negeri dan ahli ahlinya boleh lakukan

 Memantau talian bantuan yang ada di Malaysia untuk menilai sama ada kanak-kanak dan mereka melaporkan penderaan kanak-kanak menerima bantuan yang bersesuaian dan tindakan susulan.

 Memastikan sistem perlindungan kanak-kanak menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi mesra kanak-kanak, termasuklah kaunseling dan rawatan psikiatri untuk kanak-kanak dan keluarga.

 Memantau sistem yang meletakkan kanak-kanak di jagaan pupukan, keluarga angkat atau rumah jagaan, kerana kanak-kanak ini berhak kepada perlindungan dan bantuan khas.

PEMERDAGANGAN KANAK-KANAK

Dijanjikan dengan pendidikan, peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik telah menarik ramai kanak-kanak keluar daripada rumah mereka dan memasuki dunia gelap pemerdagangan yang haram dan ganas.

Pemerdagangan kanak-kanak adalah tertakluk kepada pelacuran, kahwin paksa atau dijual untuk proses anak angkat haram. Ada juga yang digunakan untuk buruh murah atau tidak dibayar, bekerja sebagai hamba atau pengemis, direkrut untuk kumpulan bersenjata dan digunakan untuk tujuan sukan.

Pemerdagangan adalah haram dan sangat merbahaya kerana ia mendera dan mengeksploitasi kanak-kanak secara fizikal dan seksual. Kanak-kanak akan terdedah kepada jangkitan HIV, dan dirompak hak-hak mereka untuk dilindungi, membesar dalam persekitaran kekeluargaan dan untuk mendapatkan pendidikan.

Tahap permasalahan

Pemerdagangan kanak-kanak adalah satu tindakan jenayah. Ia bersifat tidak kelihatan dan kekurangan kutipan data yang baik menyebabkan ia sukar untuk mengetahui bilangan mangsa kanak-kanak di seluruh dunia. Bagaimanapun, dianggarkan seramai 1.2 juta kanak-kanak diperdagangkan di seluruh dunia setiap tahun.

Di Malaysia, sejumlah 1,930 mangsa pemerdagangan telah diselamatkan antara tahun 2008 sehingga Disember 2010.

3 Bagaimanapun, tidak ada data mengenai berapa ramai yang dilaporkan tersebut berusia 18 tahun ke bawah. Tambahan kepada bilangan ini, berkemungkinan juga kanak-kanak yang dilaporkan hilang adalah diperdagangkan.

Menurut Polis Di Raja Malaysia, 4 kes-kes yang dilaporkan telah berkurangan daripada 1,803 dalam tahun 2005 kepada 564 dalam tahun 2008, tetapi antara satu pertiga dan separuh daripada kanak-kanak ini masih lagi hilang.

Pada Jun 2010, Parlimen telah meluluskan pindaan ke atas Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Akta tersebut yang juga dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, kini lebih menyeluruh dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, termasuklah hukuman yang lebih berat ke atas individu dan organisasi yang terlibat dalam pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) melaporkan bahawa sejumlah 492 orang telah ditangkap kerana memperdagangkan manusia antara 2008 sehingga Julai 2011.

5 Sehingga Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri menyatakan 10 kes telah disabitkan.

6

DALAM LAPORAN BERITA Bayi untuk dijual

Pada Disember 2009, sebuah sindiket memperdagangkan bayi telah ditemui di Selangor di mana wanita-wanita Filipina, Vietnam dan Indonesia telah diupah untuk melahirkan anak dan bayi-bayi tersebut dijual sebanyak RM15,000 atau lebih setiap seorang kepada pasangan yang mahu mengambil anak angkat. Ketua sindiket dipercayai seorang doktor daripada sebuah pusat perubatan swasta. (‘Cops bust baby-selling syndicate, rescue five infants’, The Star, 14 December 2009)

Di mana kesilapan kita?

Sebab-sebab pemerdagangan kanak-kanak adalah kompleks dan jarang sekali berlaku sendirian.

Kebanyakannya adalah keadaan terdesak dan kemelaratan yang menyebabkan keluarga terdedah kepada eksploitasi.

Kanak-kanak mudah diperdagangkan apabila terdapat permintaan untuk buruh kanak-kanak, seks dengan kanak-kanak atau anak angkat tidak sah, dan bekalan yang sedia ada. Faktor-faktor seperti kemiskinan, penderaan, pengabaian, pengasingan, dan mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak dan keluarga mencipta permintaan dan pembekalan.

Kekurangan akses kepada pendidikan, kekurangan persekitaran sosial dan perundangan, sikap-sikap sosial dan budaya seperti diskriminasi jantina, juga boleh menyebabkan kanak-kanak dan keluarga mudah tertarik untuk memikirkan bahawa “dunia di luar adalah lebih baik”.

Selari dengan kebanyakan kes-kes pemerdagangan bermula dengan tipu daya dan pengambilan palsu, ia juga mungkin melibatkan penculikan, terutamanya bayi-bayi.

Kanak-kanak yang hidup di jalanan, kurang penjagaan dan sokongan dari keluarga atau mereka yang tidak diselia dengan baik, menjadi sasaran mudah penculikan.

Satu lagi faktor yang membuatkan kanak-kanak lebih mudah diperdayakan kepada pemerdagangan ialah ketiadaan sijil lahir. Apabila kanak-kanak tiada dokumen pengenalan seperti sijil lahir atau kad pengenalan, dan tidak didaftarkan di dalam apa apa sistem, mereka mudah menjadi sasaran untuk diperdagangkan, dan apabila diperdagangkan mereka secara efektifnya telah ‘lenyap’.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkannya?

Melindungi kanak-kanak daripada diperdagangkan bermula dengan pencegahan dan mengurangkan punca asasnya, seperti kemiskinan tegar, penderaan, pengabaian, peminggiran, kekurangan pendidikan dan kekurangan dokumentasi yang sah.

Pada masa yang sama, negara dan masyarakat perlu menghapuskan “permintaan” kepada eksploitasi seks ke atas kanak-kanak, pengantin kanak-kanak, buruh kanak kanak yang murah dan pengambilan anak angkat yang tidak sah, melalui perundangan dan polisi yang ketat, dan perubahan sikap.

Masyarakat dan sistem kebajikan sosial memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak, kerana ibu bapa dan keluarga tidak selalunya cukup kuat untuk memastikan kanak-kanak selamat. Kaum keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli masyarakat harus bertanggungjawab untuk berwaspada kepada anak orang lain seolah olah anak mereka sendiri.

Bagaimana kita membantu kanak-kanak yang terbabit?

Di sebalik menjadikan mangsa kanak-kanak yang diperdagangkan sebagai penjenayah atau migran haram, akses penuh kepada perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak haruslah diberikan kepada mereka, yang sememangnya adalah hak mereka. Kanak-kanak ini berhak kepada perkhidmatan dan penjagaan dalam persekitaran yang menggalakkan kepada kesihatan, hormat diri dan maruah seseorang kanak-kanak.

Mangsa kanak-kanak harusnya mempunyai seorang penjaga yang dilantik untuk kebajikan mereka dan membantu menempuhi proses pemulihan dan integrasi semula.

Mangsa yang diselamatkan perlu diberikan bantuan untuk mengintegrasi semula ke dalam keluarga dan masyarakat.

Semua langkah, seperti penyatuan dengan keluarga, penghantaran semula ke negara asal dan prosiding undang-undang, perlu diambil hanya untuk kepentingan kanak-kanak tersebut dan mesti dipastikan kanak-kanak itu tidak menjadi mangsa selanjutnya atau diletakkan dalam keadaan bahaya.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang dewan undangan negeri dan ahli ahlinya boleh lakukan

     Memantau penguatkuasaan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, bagi memastikan Akta tersebut mendakwa pedagang kanak-kanak.

Menilai tahap kemiskinan kanak-kanak dalam kawasan anda dan mengenal pasti penyelesaian yang dapat mengurangkan kekurangan keluarga ini.

Mengadakan dialog terbuka tentang pencegahan pemerdagangan kanak-kanak, terutamanya bekerjasama dengan kanak-kanak dan orang muda, termasuk juga pihak-pihak berkuasa, NGO dan sektor swasta.

Memantau sama ada terdapat kanak-kanak dalam kawasan anda telah didaftarkan sejak lahir, dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat untuk meningkatkan akses kepada kemudahan pendafataran.

Melihat kepada perlindungan kepada mangsa kanak-kanak akibat pemerdagangan dan memastikan mereka mempunyai akses penuh kepada kebajikan sosial, perubatan dan perkhidmatan undang-undang.

BURUH KANAK-KANAK

Berjuta kanak-kanak di seluruh dunia dipaksa melakukan kerja yang merbahaya, memudaratkan kesihatan, dan menggangu pelajaran mereka. Tiada keseronokan dalam alam kanak-kanak sekiranya tenaga dan kemahiran mereka dieksploitasikan.

Buruh kanak-kanak ditakrifkan oleh UNICEF sebagai kerja yang melebihi waktu minima, bergantung kepada usia kanak-kanak dan jenis kerja, seperti berikut: • Usia 5-11: Sekurang-kurangnya satu jam kerja ekonomik atau 28 jam kerja rumah seminggu • Usia 12-14: Sekurang-kurangnya 14 jam kerja ekonomik atau 28 jam kerja rumah seminggu • Usia 15-17: Sekurang-kurangnya 43 jam kerja ekonomik atau kerja rumah seminggu

Kebanyakan kanak-kanak ini terlibat dalam situasi atau keadaan merbahaya, seperti bekerja di lombong, dengan bahan kimia atau racun perosak dalam pertanian atau mesin berbahaya. Mereka ada di mana-mana tetapi tidak kelihatan, membanting tulang sebagai pembantu rumah, buruh di bengkel, terselindung daripada pandangan di ladang-ladang.

Konvensyen mengenai Hak-Hak Kanak-Kanak tidak melarang kanak-kanak daripada membantu ibubapa mereka di rumah atau perniagaan keluarga dalam kaedah selamat, bersesuaian dengan usia mereka, dan tidak menghalang mereka ke sekolah serta menikmati aktiviti alam kanak-kanak.

Kanak-kanak yang tinggal dalam rumah termiskin dan luar bandar adalah berkemungkinan besar terbabit dalam buruh kanak-kanak. Berjuta kanak-kanak perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah adalah terdedah kepada eksploitasi dan penderaan.

Tahap permasalahan

Di Malaysia, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350-Pindaan 1988) mentakrifkan ‘kanak-kanak’ adalah seseorang yang belum mencapai usia 14 tahun, dan ‘orang muda’ sebagai mereka yang belum mencecah usia 16 tahun.

Akta ini tidak mengharamkan buruh kanak-kanak tetapi menuntut pengawalseliaan ke atas kanak-kanak dan orang muda yang bekerja. Undang-undang tidak menyatakan umur minima untuk pekerjaan yang sah, menetapkan kanak-kanak boleh diambil bekerja untuk kerja ringan dalam keluarga, hiburan awam yang ditetapkan, perantisan, dan kerja yang ditaja oleh Kerajaan. Bagaimanapun, mereka dilarang bekerja malam, di bawah tanah dan melepasi jam kerja yang ditetapkan.

Menurut Kaji Selidik Tenaga Kerja Kebangsaan (Jabatan Statistik), terdapat 247,900 lelaki dan 127,500 perempuan berusia 15-19 tahun bekerja dalam tahun 2010, di mana berkurangan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

7 Hampir 30% bekerja sebagai pekerja perkhidmatan dan kedai dan jurujual, diikuti oleh 16% sebagai pekerja mahir dalam pertanian dan perikanan. Bagaimanapun, tidak banyak diketahui berkenaan dengan tempat tinggal dan keadaan kerja mereka.

Data yang ada hanyalah untuk kes-kes yang berdaftar dan sektor rasmi, tetapi tidak untuk sektor tidak rasmi, seperti kanak-kanak diambil bekerja untuk rumahtangga, industri desa dan perniagaan haram (termasuk perniagaan seks) dan kanak-kanak jalan yang mengemis atau dipaksa bekerja.

7 Jabatan Statistik, Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, 2010

DALAM LAPORAN BERITA

Jabatan Tenaga Kerja Sabah akan memantau dan menjalankan penguatkuasaan yang ketat ke atas majikan yang mengambil kanak-kanak dan remaja di tempat kerja mereka, mengikut kepada keadaan yang ditetapkan di bawah Ordinan Buruh (Bab 67 Sabah). Setakat ini, jabatan telah membawa 15 kes ke mahkamah, di mana majikan yang melanggar peraturan buruh kanak-kanak di bawah Ordinan. (‘Watch on hiring child labour’, Daily Express, 21 April 2010)

Di mana kesilapan kita?

Buruh kanak-kanak boleh dikesan kepada kemiskinan, di mana menjurus kepada kanak kanak menyumbang untuk ekonomi keluarga.

Kemiskinan yang berpanjangan, terutamanya di kawasan terpencil dan masyarakat luar bandar, kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa, HIV di kalangan ahli keluarga, atau kejutan krisis ekonomi, boleh menjurus kepada situasi terdesak di mana prospek pendidikan dan keselamatan diri kurang bermakna selain daripada kelangsungan hidup keluarga.

Sikap ini terutamanya di mana kualiti dan yang berkaitan persekolahan adalah rendah.

Kanak-kanak perempuan adalah berkemungkinan berisiko untuk dihantar bekerja dan bukannya ke sekolah, terutamanya dalam budaya di mana perempuan dilihat lebih rendah daripada lelaki.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkannya?

Pendidikan adalah kaedah terbaik untuk mengelakkan buruh kanak-kanak. Adalah tangggungjawab Kerajaan untuk menyediakan semua kanak-kanak akses kepada pendidikan percuma, wajib, berkaitan dan kualiti yang melibatkan kanak-kanak secara langsung, agar mereka kurang cenderung untuk kembali kepada pengaruh negatif atau tercicir sekolah disebabkan tekanan rakan atau keluarga.

Kerajaan juga perlu menyokong keluarga yang miskin melalui inisiatif perlindungan sosial, termasuk memastikan sumber yang mencukupi diperuntukkan untuk program program kebajikan sosial sampai kepada keluarga di kawasan setinggan bandar, dan luar bandar serta kawasan terpencil.

Undang-undang melarang buruh kanak-kanak dan mendakwa majikan (daripada sektor rasmi dan tidak rasmi) yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak perlu ditempatkan dan dikuatkuasakan seketat-ketatnya dengan hukuman yang berat.

Ibu bapa dan masyarakat perlu faham manfaat dari pendidikan, bangun menentang majikan yang mengeksploitasi. Ahli-ahli lain dalam masyarakat, seperti ketua ulama, wakil sekolah, kesatuan sekerja dan NGO, boleh memainkan peranan penting dalam menunjukkan bantahan sosial kuat kepada buruh kanak-kanak.

Bagaimana kita boleh membantu kanak-kanak terbabit?

Salah satu perkara sukar yang dihadapi oleh kanak-kanak yang terlibat dalam buruh ialah menarik perhatian terhadap pencabulan hak mereka, dan melepaskan diri dari tempat kerja. Ramai kanak-kanak tidak sedar bahawa mereka sedang dieksploitasi, oleh itu perkhidmatan untuk melaporkan perlu seiring dengan pembelaan ke atas hak kanak kanak.

Talian bantuan Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bertujuan untuk kanak kanak yang dipaksa bekerja melaporkan eksploitasi dan mendapatkan bantuan. Kanak kanak ini boleh diberikan bantuan di bawah sistem perlindungan kanak dalam usaha untuk meninggalkan tempat kerja mereka, mendapatkan penjagaan kecemasan atau memperolehi keadilan, sambil dilindungi daripada kezaliman majikan mereka.

Pada waktu yang sama, kanak-kanak yang bekerja perlu diberi akses kepada sekolah atau latihan vokasional, dan program peralihan pendidikan perlu disediakan untuk membantu mereka pulang ke sistem pendidikan.

Situasi keluarga mereka juga perlu ditingkatkan, atau kanak-kanak ini akan berakhir dihantar pulang bekerja kerana mereka tiada pilihan sumber pendapatan.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang dewan undangan negeri dan ahli ahlinya boleh lakukan

 Mulakan kempen dalam kawasan anda untuk mendidik orang ramai tentang apa yang menyebabkan buruh kanak-kanak dan betapa sedihnya ia membabitkan hak kanak-kanak.

 Menyokong kesatuan sekerja untuk memasukkan perlindungan kanak-kanak di dalam manifesto mereka.

 Bekerjasama dengan perniagaan tempatan membangunkan tanggungjawab sosial korporat, termasuklah membangunkan kod tingkah laku dan memantau buruh kanak-kanak di sepanjang rantai pembekalan.

 Menyokong sekatan jenayah ke atas majikan yang memaksa kanak-kanak bekerja.

KANAK-KANAK YANG BERMASALAH DENGAN UNDANG-UNDANG

Kanak-kanak adalah dikatakan bermasalah dengan undang-undang apabila mereka bertembung dengan sistem keadilan akibat daripada disyaki atau dituduh melakukan sesuatu kesalahan, pada usia bawah 18 tahun.

Kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah dengan undang-undang telah melakukan kesalahan atau jenayah kecil seperti bergelandangan, ponteng, mengemis atau menggunakan alkohol. Sesetengah kanak-kanak mula berkonflik dengan undang undang disebabkan mereka terlibat dengan perbuatan jenayah termasuk mencuri, pergaduhan kumpulan, menjual atau menggunakan najis dadah atau mencederakan seseorang.

Menurut Konvensyen Hak Terhadap Kanak-Kanak, kanak-kanak yang melanggar undang undang seharusnya dilindungi oleh daripada diseksa, dan dizalimi, tidak berperikemanusiaan atau layanan yang merendahkan diri. Mereka juga harus menerima bantuan perundangan, dan hukuman penjara perlu dielakkan seboleh mungkin.

Kanak-kanak yang bertembung dengan undang-undang biasanya terdedah kepada penderaan dan keganasan, yang kadangkala dilaporkan sewaktu kanak-kanak berada di institusi keadilan atau jagaan polis.

Tahap permasalahan

Dalam tahun 2010, Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan seramai 4,030 kanak kanak berusia diantara 10 tahun dan 17 tahun telah bermasalah dengan undang undang, dengan kesalahan-kesalahan daripada jenayah kecilan dan lari dari rumah kepada mencuri, memiliki senjata dan najis dadah.

8 Majoriti kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalam tahanan akan didakwa dengan kesalahan or jenayah kecil, dan kebanyakannya kesalahan yang pertama. Jenayah “harta benda” adalah lebih biasa daripada jenayah serius atau kekerasan, di mana setiap empat kesalahan dalam tahun 2007 dan 2008 adalah mencuri motorsikal, yang digunakan untuk berlumba haram, meragut dan jenayah lain. Mencuri dan menyalahgunakan dadah adalah jenayah terbanyak yang dilaporkan dalam tahun 2010.

8 Laporan Statistik Malaysia 2010, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Dalam beberapa kes vandalisma, kumpulan samseng dan penjualan bahan haram dan dadah, kanak-kanak dan orang muda melakukan jenayah ini bersama-sama dengan atau dipengaruhi oleh orang dewasa. Kebanyakannya, kanak-kanak ini ditahan sebab status jenayah mereka (perbuatan yang tidak dianggap sebagai kesalahan sekiranya dilakukan oleh orang dewasa), seperti melarikan diri dari rumah, berlumba motorsikal dan melakukan hubungan seksual.

Tiada statistik bagi insiden penderaan atau keganasan ke atas kanak-kanak yang dalam penjagaan atau tahanan di Malaysia.

Di mana kesilapan kita?

Kanak-kanak yang melakukan kesalahan tidak meminta untuk berada di dalam posisi sebegini. Ia sering berlaku akibat daripada keganasan di rumah dan tekanan dari kemiskinan tegar, ditambah dengan kekurangan sistem-sistem penjagaan dan perlindungan.

Keganasan keluarga dan penganiayaan kanak-kanak adalah faktor utama yang mendorong kanak-kanak untuk hidup di jalanan, di mana mereka terlibat dengan tingkah laku yang berisiko lalu menjurus mereka bertembung dengan undang-undang, termasuklah mengemis, berkeliaran, memerangkap, mencuri kecilan dan melacur.

Ramai kanak-kanak melakukan jenayah sebab mereka terdesak, dan tiada jalan lain untuk memenuhi keperluan mereka.

Kanak-kanak yang kurang intelek dan mempunyai masalah kesihatan mental adalah lebih berisiko untuk bertembung dengan undang-undang, dan biasanya digunakan sebagai cagaran oleh orang lain. Mereka adalah lebih mudah menjadi mangsa apabila mereka berada dalam penjagaan atau tahanan disebabkan mereka kurang berupaya melindungi diri mereka.

Keganasan terhadap kanak-kanak yang melakukan jenayah dipengaruhi oleh tanggapan bahawa kanak-kanak ini adalah “jahat” atau ancaman.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkannya?

Kita perlu mengelakkan kanak-kanak ini daripada bertembung dengan undang-undang sejak awal lagi. Ini termasuk masyarakat pada keseluruhannya, bukan sahaja Kerajaan, yang menyokong ibubapa dan keluarga agar kanak-kanak tersebut tidak menjadi mangsa tekanan sosial dan kewangan.

Kita perlu terbuka mencabar stereotaip negatif tentang kanak-kanak bertembung dengan undang-undang, agar orang ramai dapat memahami isu ini dan menyokong penubuhan mekanisma yang efektif untuk menegakkan undang-undang, di samping memastikan hak kanak-kanak terpelihara.

Bagaimana kita boleh membantu kanak-kanak yang terbabit?

Keadilan kepada kana-kanak yang bertembung dengan undang-undang seharusnya berlaku dalam dua peringkat: mencegah kanak-kanak dari ditempatkan di institusi, dan memberikan keadilan yang menghormati maruah kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak hanya boleh ditahan atau diinstitusi sebagai langkah terakhir, dan untuk tempoh masa yang paling singkat. Untuk kesalahan-kesalahan tertentu, kanak-kanak tersebut boleh dirujuk ke agensi kebajikan kanak-kanak, bukannya di tahanan.

Daripada menghukum kanak-kanak dengan tempoh penjara atau rotan, mereka sepatutnya digalakkan untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan (memulihkan keadilan) melalui pampasan kepada mangsa, khidmat masyarakat, khidmat nasihat rakan sebaya atau tempoh percubaan. Kaedah-kaedah keadilan ini perlu melibatkan kanak-kanak, ahli keluarga, mangsa jenayah, dan masyarakat.

Dengan menggalakkan pendamaian dan tanggungjawab, kita dapat mengelakkan kanak-kanak ini daripada terjerumus ke jenayah semula disebabkan mereka tidak bersosial lagi dengan penjenayah tegar dan tidak terdedah kepada institusi persekitaran yang ganas, di mana kebencian dan kemarahan membara.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang dewan undangan negeri dan ahli ahlinya boleh lakukan

    Memerlukan undang-undang yang melarang segala keganasan dalam sistem keadilan, termasuklah kepekaan polis, agensi rujukan, peguam, hakim dan kakitangan institusi hak kanak-kanak.

Mengetuai pembaharuan untuk sistem keadilan juvana menfokuskan kanak-kanak, bagi mengurangkan penahanan dan hukuman berat kepada kanak-kanak.

Mendesak lebih banyak sumber untuk dilaburkan dalam keluarga alternatif dan program-program pemulihan dan integrasi semula.

Menganjurkan kempen-kempen awam bagi menggalakkan hak-hak kanak-kanak yang bertembung dengan undang-undang dan menangkis stereotaip yang negatif.

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

Parlimen-parlimen dan dewan-dewan undangan negeri berkuasa untuk mencipta perubahan sebenar dan kekal untuk kanak-kanak.

Melalui perundangan, pemantauan dan fungsi-fungsi wakil, ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri boleh memperuntukkan sumber-sumber daripada belanjawan kebangsaan, menwujudkan arah polisi yang kukuh, berdebat, membentuk dan menguatkuasa undang-undang yang melindungi kanak-kanak; dan menggerakkan pendapat umum. Mereka boleh menanyakan soalan-soalan sukar, menuntut jawapan dan mempertahankan Kerajaan, industri dan masyarakat untuk bertanggungjawab.

Apabila parlimen dan dewan-dewan undangan negeri bersuara bagi pihak kanak-kanak, suara mereka bergema.

“Kita adalah 44,098 ahli parlimen di seluruh dunia. Tak boleh kah kita melakukan sesuatu sama ada secara individu atau bersama-sama yang mampu mengubah kehidupan ibu-ibu dan kanak-kanak? Kita mempunyai kuasa. Kita mempunyai suara. Adakah kita mempunyai kekuatan?”

Dr. Gertrude Mongella, Presiden, Parlimen Pan-African

MENGGUBAL UNDANG-UNDANG

Melalui fungsi menggubal undang-undang mereka, parlimen-parlimen dan dewan dewan undangan negeri bertanggungjawab untuk menerima pakai undang-undang yang mentadbir masyarakat dalam peradaban yang berstruktur. Mereka mempunyai kuasa untuk meneliti deraf undang-undang dan memastikan bahawa undang-undang tersebut menawarkan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak daripada keganasan, penderaan dan eksploitasi.

Pembaharuan undang-undang adalah asas kepada matlamat yang selaras dan lebih luas dalam melindungi hak kanak-kanak, termasuklah hak untuk dilindungi.

SENARAI SEMAK UNTUK TINDAKAN – Apa yang dewan undangan negeri dan ahli ahlinya boleh lakukan Mengesahkan instrument-instrumen undang-undang antarabangsa

Ketika Malaysia mengesahkan Konvensyen Hak-Hak Terhadap Kanak-Kanak, Kerajaan mempunyai 5 baki ketidakpastian, iaitu Perkara 2, 7, 14, 28(1) dan 37  Menentukan atau mengkaji kesahihan ketidakpastian.

 Menggalakkan debat parlimen bagi perkara ketidakpastian tersebut.

 Menggerakkan pendapat umum bagi menggalakkan Kerajaan mengkaji ketidakpastian ke arah matlamat memartabatkan mereka.

Dalam tahun 2011, Malaysia bersetuju untuk mengesahkan dua Protokol Pilihan kepada CRC, iaitu Protokol Pilihan dalam Pembabitan Kanak-kanak dalam Konflik Bersenjata dan Protokol Pilihan ke atas Penjualan Kanak-kanak, Pelacuran Kanak-kanak dan Pornografi Kanak-kanak. Setelah Protokol-protokol ini disahkan:  Memantau pelaksanaan Protokol-protokol Pilihan (OPs), untuk memastikan Kerajaan mengambil langkah-langkah efektif bagi memenuhi tanggungjawab mereka di bawah OPs tersebut.

 Melobi pembaharuan undang-undang dengan penubuhan dan pembiayaan untuk perkhidmatan atau program-program. Perkhidmatan dan program sebegini memerlukan sokongan dengan pelan tindakan kebangsaan dan mekanisma koordinasi.

 Mengkaji undang-undang penjenayah yang sedia ada, seperti undang-undang yang menjadi seseorang penjenayah pelacuran kanak-kanak di bawah “usia yang membenarkan”, atau menakrif pelacuran dalam terma jantina tertentu, atau mengecualikan akta-akta seksual yang tertentu.

 Memantau penguatkuasaan undang-undang terhadap penjualan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak, terutamanya di kalangan penguatkuasa undang-undang, peguamcara dan hakim dan menghapuskan budaya menghukum sewenang-wenangnya.

 Bekerja dengan Pihak Berkuasa Tempatan, NGO dan organisasi akar umbi untuk mengutip data berkenaan aktiviti yang melanggar hak kanak-kanak di bawah OP ini.

Menyeragamkan undang-undang kebangsaan bersama CRC:

 Memastikan Parlimen menggunapakai perundangan kebangsaan yang sejajar dengan Konvensyen Hak Terhadap Kanak-kanak (CRC), Konvesyen Membasmi Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

 Memastikan perundangan yang sedia ada dikaji semula – oleh perkhidmatan berkelayakan dari Kerajaan, jawatankuasa khas parlimen atau lain-lain badan rasmi – bagi menentukan sama ada yang diperuntukkan adalah selaras dengan Konvesyen Hak Terhadap Kanak-Kanak.

 Di mana perlu, gunakan prosidur parlimen untuk memastikan bahawa Kerajaan menghantar deraf perundangan, atau pindaan kepada perundangan sedia ada, kepada Parlimen.

 Memastikan perundangan kebangsaan diiringi oleh peraturan sepadan dan langkah langkah pentadbiran bagi menjamin perlaksanaan yang secukupnya.

 Memastikan perlaksanaan CRC dipencar (decentralized) ke peringkat negeri, dengan peruntukkan sumber yang bersesuaian.

 Memastikan kos perlasksanaan untuk perundangan baru telah diambilkira dalam belanjawan kebangsaan.

 Bertukar-tukar amalan-amalan terbaik (best practice sharing) bersama negara negara jiran dan lain-lain negara.

Membantu merangkapelan tindakan kebangsaan

 Dalam usaha meningkatkan sistem perlindungan kanak-kanak, Malaysia telah membangunkan polisi dan pelan tindakan kebangsaan menentang penderaan, pengabaian dan eksploitasi.

 Memastikan pelan-pelan ini adalah diberikan sumber sewajarnya dan mencerminkan keperluan dan kehendak orang ramai.

 Memastikan koordinasi yang mencukupi di kalangan jabatan-jabatan dan badan badan Kerajaan – termasuk keadilan, kewangan, kesihatan dan pendidikan – terlibat dalam melaksanakan pelan dan menyepadukan langkah-langkah ke dalam proses perancangan kebangsaan.

 Bertanya sama ada polisi perlindungan kanak-kanak dan pelan tindakan kebangsaan telah dikaji daripada perspektif jantina? Adakah pelan tindakan tersebut mengambilkira isu-isu tertentu yang dihadapi oleh gadis-gadis?

Membantu dalam memenuhi tanggungjawab laporan kebangsaan Jawatankuasa Hak Terhadap Kanak-Kanak mengkehendaki Kerajaan Malaysia mengemukakan laporan tindakan secara berkala bagi melaksanakan CRC.