KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

Download Report

Transcript KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

~MASALAH PEMBELAJARAN~
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan
prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. KSSR PendidikanKhas Masalah Pembelajaran adalah bersifat
holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan
teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel
dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan
“ ….guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran
yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berjaya dalam kehidupan.
OBJEKTIF










Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi
melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia. KSSR Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan
seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan
perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang
berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
KSSR(PEND. KHAS-MASALAH PEMBELAJARAN)
Digubal dalam dua bentuk pernyataan iaitu:
1. Standard Kandungan
- iaitu merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hidup.
2.
Standard Pembelajaran
- iaitu merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh di ukur bagi Standard
Kandungan.
TERDAPAT BEBERAPA PECAHAN
MATAPELAJARAN YANG DIFOKUSKAN DI
DALAM KSSR- PKBP
1. ASAS 3M
2. PENDIDIKAN ISLAM
3. PENDIDIKAN JASMANI
4. PENDIDIKAN MORAL
5. PENGURUSAN KEHIDUPAN
6. SENI KREATIF
ASAS 3M
MATA PELAJARAN ASAS 3M
Terdapat 3 komponen utama iaitu:
1.
Bahasa Melayu
-terdiri daripada disiplin:
i/ mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber
ii/ bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila
iii/ membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid
iv/ menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
v/ melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, dan penulisan
untuk menjalin dan mengeratkan hubungan serta berurusan untuk mendapatkan
perkhidmatan

2.
Bahasa Inggeris
-terdiri daripada disiplin:
i/ mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah
ii/ bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi
iii/ membaca dan memahami mesej yang ringkas
iv/ menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah
v/ menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian
3.
Matematik
-terdiri daripada disiplin:
i/ mengetahui dan memahami konsep nombor
ii/ menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak
iii/ mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yag terdapat di alam sekeliling
iv/ menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian
* Diingatkan bahawa perlu ada penggabung jalinan isi kandungan dalam menyampaikan setiap matapelajaran.
PERLAKSANAAN MODUL ASAS 3M
1. Modul Pengajaran Asas 3M

Disediakan untuk membantu guru menjalankan engajaran
dengan lebih berkesan. Guru juga boleh membina modul
yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan
murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi
murid.
2. Modul Pembelajaran Asas 3M

Modul ini disediakan untuk kegunaan murid. Merupakan
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan
murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, bagi mencapai kehendak Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:













Inkuiri
Analisis tugasan
Belajar melalui bermain
Pengajaran bertema
Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi sensori
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran interaktif
Pembelajaran koperatif
Simulasi
Pembelajaran masteri
Pembelajaran pengalaman (experiential learning)
PENTAKSIRAN
 Dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan




berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk
sumatif atau formatif.
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai
bahan pentaksiran.
Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian
hendaklah disertakan dengan senarai semak.
Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan
pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan
Pengajaran Individu (RPI).
PENDIDIKAN ISLAM
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 Fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran dan AsSunnah.
 Mata pelajaran Pendidikan Islam ini memberi pendedahan
kepada murid tentang ilmu pengetahuan,kemahiran serta
nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan
ketatanegaraan.
 Mata pelajaran ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama
iaitu
Asuhan Tilawah al-Quran,
II. Asas Ulum Syariah
III. Asas Akhlak Islamiah.
I.
PERLAKSANAAN MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
 Terdiri daripada
 Modul Pengajaran
Berpandukan kepada standard Kurikulum Asas Pendidikan Islam
untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih
berkesan.
 Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan.
 Penglibatan aktif murid, dapat mendorong pencapaian prestasi
mereka.


Modul Pembelajaran


Disediakan untuk kegunaan murid.
Modul ini mengadungi lembaran kerja untuk menguji
kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, bagi mencapai kehendak
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:












Kaedah Hafazan
Kaedah Amali
Pembelajaran masteri
Simulasi
Pelbagai kaedah terapi
Kaedah perbincangan
Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Pendekatan permainan
Belajar melalui bermain
Pembelajaran interaktif
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran pengalaman (experiential learning)
PENTAKSIRAN
 Dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan




berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk
sumatif atau formatif.
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai
bahan pentaksiran.
Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian
hendaklah disertakan dengan senarai semak.
Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan
pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan
Pengajaran Individu (RPI).
PENDIDIKAN JASMANI
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
 Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri
daripada
kemahiran asas pergerakan,
asas permainan,
asas olahraga,
asas akuatik,
kecergasan,
rekreasi dan kesenggangan.
 Bagi asas permainan dan olahraga hanya akan diajar selepas
Tahun 1.
 Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam
Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor,
anatomi,fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan
psikologi.
TUJUAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
 i. melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai dengan betul
 ii. melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul
 iii. kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti
 iv. perlakuan mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan kemahiran motor
 v. mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan pergerakan atau lakuan motor
 vi. menjelaskan prinsip asas biomekanik dalam pergerakan perlakuan motor
 vii. memahami bagaimana meningkatkan kemahiran motor dan pergerakan
 viii. memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan
 ix. melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala
 x. memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
 xi. memahami bagaimana membina jadual kecergasan sendiri
 xii. menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal
 xiii. menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam aktiviti fizikal
 xiv. mengaplikasikan kecergasan berdasarkan lakuan motor melalui aktiviti fizikal dalam
kemahiran asas dan khusus
 xv. melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat
 xvi. melakukan aktiviti fizikal dan mengetahui kepentingan menjaga kecergasan
 xvii. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan
aktiviti jasmani
PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
 Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani
 Modul pengajaran disediakan berpandu kepada
Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani untuk
membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih
berkesan.
 Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan.
 Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan
pencapaian prestasi murid.
 Di dalam modul pengajaran guru juga mengandungi
senarai semak untuk menguji tahap kemahiran yang
dikuasai oleh murid.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
 Belajar Melalui Permainan






Belajar Sambil Bermain
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Pertandingan
PENTAKSIRAN
 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu
kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage
Masalah Pembelajaran.
 Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru
adalah seperti senarai semak rubrik, senarai semak
pemerhatian, senarai semak , rating, buku log,
penggredan dan ujian kecergasan
PENDIDIKAN MORAL
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
 Modul Pendidikan Moral



Pendidikan Moral memberi fokus kepada
penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan
itu berakhlak mulia dan bermoral.
Pendidikan Moral Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran menekankan aspek pemupukan dan
perkembangan nilai-nilai murni serta asas
ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk
secara bersepadu.
Di samping itu juga murid dapat menyatakan nilainilai murni masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat
dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan
seharian dan menyatakan sebab sesuatu keputusan
dan tindakan dibuat.
PELAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN MORAL
 Fokus mata pelajaran Pendidikan Moral terbahagi
kepada :
 i. Pemikiran Moral
 Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir
secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan
moral
 ii. Perasaan Moral
 Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa
gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul
 iii. Perlakuan Moral
 Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara
bertanggungjawab dan bermoral
14 NILAI MURNI DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL
Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara
2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara
tulus ikhlas
3. Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
4. Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
5. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
6. Hormat-menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan
7. Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
10. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
11. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara
12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
13. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup
1.
PERLAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN MORAL
 Modul Pengajaran Pendidikan Moral



Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum
Pendidikan Moral untuk membantu guru menjalankan pengajaran
dengan lebih berkesan.
Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi
murid.
 Modul Pembelajaran Pendidikan Moral



Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan
murid.
Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan
penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah
murid dengan penerapan nilai-nilai murni.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:













Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontesktual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
PENTAKSIRAN
 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran





selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk
sumatif dan formatif.
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai
bahan pentaksiran.
Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan
senarai semak.
Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang
proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
PENGURUSAN KEHIDUPAN
MATAPELAJARAN PENGURUSAN
KEHIDUPAN
 Fokus matapelajaran ini terdiri daripada 3 komponen iaitu:
1.
Komponen: Pengurusan Diri
 Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan asas untuk
menguasai bidang-bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan
penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna.
Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri,
perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diajar kepada murid
bermasalah pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri dibina dengan tujuan
melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari.
 Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat:
 i. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan
diri sendiri
 ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar
 iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta
persekitaran
 iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan
sebenar
2.
Komponen: Pengurusan Tingkah Laku




Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam
mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya
memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada.
Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina
keyakinan dirisupaya dapat disesuaikan dalam kehidupan
bermasyarakat.
Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid
mengenalpasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang
lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan
belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.
Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat:
 i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada
dan yang baru
 ii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan
orang lain
 iii. meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan
dan masyarakat
 iv. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan
masyarakat
 v. bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran
3.
Komponen: Kemahiran Manipulatif




Komponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada
perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor
halus dan pengamatan murid.
Komponen ini juga amat penting untuk membantu murid dalam
penguasaan 3 M (membaca, menulis dan mengira).
Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan
negara.
Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat:
 i. melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus
dan pengamatan
 ii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betul
 iii. menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif
dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan
 iv. meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan
sesuatu bahan
PERLAKSANAAN MODUL PENGURUSAN KEHIDUPAN
 Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan

Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan
disediakan untuk membantu guru menjalankan pengajaran
dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau
membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian
prestasi murid.
 Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan

Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan
disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan
murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:













Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
PENTAKSIRAN
 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran




selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk
sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja,
folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan
sebagai bahan pentaksiran.
Pentaksiran secara pemerhatian hendaklahdisertakan dengan
senarai semak.
Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang
proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
PENDIDIKAN SENI KREATIF
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SENI KREATIF
1.
Komponen : Pendidikan Seni Visual


Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha
mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi berkemahiran,
berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang
diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar,
kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini
memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi
kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan
corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan
dan kreativiti murid.
Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid :
 i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
 ii. mengembangkan bakat dan kreativiti
 iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
 iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
 v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya
2.
Komponen : Pendidikan Muzik
 Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan
mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan
kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang
berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam
kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain
alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan
kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman
nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seniserta seni lakon
berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.
 Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid :








i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan
ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
iii. mahir menggunakan alatan muzik
iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu
v. mengenal lagu berdasarkan melodinya
vi. mengawal koordinasi anggota badan
vii. melakon dan menghayati pelbagai watak
viii. membaca dialog dengan baik
PERLAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN
SENI KREATIF
 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif
 Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard
Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu guru
menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh
mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat
meningkatkan pencapaian prestasi murid.
 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif
 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga disediakan
untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran
kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid
untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
 Guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:













Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
PENTAKSIRAN
 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran





selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk
sumatif dan formatif.
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai
bahan pentaksiran.
Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan
senarai semak.
Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang
proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
SEKIAN TERIMA KASIH