EDP, BAB 9 - WordPress.com

Download Report

Transcript EDP, BAB 9 - WordPress.com

BAB 9
KITARAN
PERNIAGAAN,
PENGANGGURAN
DAN INFLASI
KANDUNGAN BAB
9.1
9.2
KITARAN PERNIAGAAN
PENGANGGURAN
9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA &
PENGANGGURAN
9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN
9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN
9.2.4 LANGKAH MENGATASI PENGANGGURAN
9.3
INFLASI
9.3.1
9.3.2
9.3.3
9.3.4
9.3.5
9.3.6
KONSEP
KAEDAH PERHITUNGAN KADAR INFLASI
JENIS-JENIS INFLASI
PUNCA INFLASI
IMPLIKASI INFLASI
LANGKAH MENGATASI INFLASI
9.1 KITARAN PERNIAGAAN
(BUSINESS CYCLE)
Fasa Kitaran Perniagaan:
(i) Puncak (Peak):
–
–
–
–
Ekonomi berada pada guna tenaga penuh,
perdagangan dan pengeluaran output tinggi,
peningkatan permintaan agregat serta pendapatan
negara adalah tinggi.
Peningkatan pelaburan mewujudkan tekanan ke atas
sumber pengeluaran sedia ada yang menyebabkan
tingkat upah dah harga input bertambah.
Kesannya, tingkat harga, upah, faedah dan untung
akan meningkat.
‘Puncak’ juga di kenali sebagai ‘tempoh kekayaan’.
(ii) Kemelesetan (Recession):
– Kemelesetan berlaku antara titik ‘puncak’ ke
‘dasar’
– Semasa tempoh ini, berlaku pengurangan dalam
nilai output, perdagangan dan urusniaga;
– Kadar pengangguran meningkat (tingkat guna
tenaga berkurang);
– Pengurangan dalam pendapatan agregat dalam
bentuk upah dan untung; serta
– Perbelanjaan penggunaan serta tingkat pelaburan
juga berkurang.
(iii) Dasar (Trough):
– Fasa kemelesetan berakhir apabila KDNK benar tidak
lagi mengalami penurunan.
– “Dasar” merupakan titik minimum dalam kitaran
perniagaan.
– Pada fasa ini, tingkat aktiviti ekonomi secara
keseluruhannya jatuh pada tahap yang paling rendah.
– Kadar pengangguran adalah tinggi dan mewujudkan
pelbagai masalah ekonomi dan sosial.
– Fasa ini merupakan keadaan yang paling mencabar
bagi sesebuah ekonomi , dan ia merupakan fasa
terburuk dalam kitaran perniagaan.
(iv) Pengembangan (Expansion):
– Pengembangan adalah fasa pemulihan ke arah
pertumbuhan
semula
ekonomi
selepas
kemelesetan.
– Fasa ini dibantu oleh dasar pembangunan dan
perbelanjaan
kerajaan,
perubahan
teknik
pengeluaran, penemuan inovasi dan sumber
tenaga yang baru.
– Tingkat guna tenaga, output, pendapatan, upah,
harga dan untung kembali bertambah. Melaui
kesan pengganda, ekonomi negara akan
membangun dengan cepat.
9.2 PENGANGGURAN
9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA &
PENGANGGURAN
• Tenaga buruh adalah penduduk dalam usia 15-64
tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif
mencari pekerjaan.
• Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam
kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.
• Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin bekerja
tetapi masih belum mendapat pekerjaan.
PENGIRAAN:
(i)
Kadar tenaga buruh =(Jumlah tenaga buruh/Jumlah penduduk) x 100%
(ii) Jumlah guna tenaga = (Tenaga buruh – Jumlah penganggur)
(iii) Kadar guna tenaga = (Guna tenaga/Tenaga buruh) x 100%
(iv) Jumlah pengangguran = (Tenaga buruh – Guna tenaga)
(v) Kadar Pengangguran = ( Jumlah penganggur/Tenaga buruh) x 100%
Statistik Gunatenaga, Malaysia:1990-2008
1990
1995
2000
2004
2007
2008
Labor Force (‘000)
Male
Female
7000.2
64.1
35.9
7893.1
65.9
34.1
9616.1
65.3
34.7
10353.5
64.0
36.0
10889.5
63.9
36.1
11028.1
64.2
35.8
Employed (‘000)
Male
Female
6685.0
64.5
35.5
7645.0
66.1
33.9
9321.7
65.3
34.7
9986.6
64.1
35.9
10538.1
64.0
36.0
10659.6
64.3
35.7
Unemployment Rate
Male
Female
5.0
4.0
5.4
3.1
2.8
3.8
3.1
3.0
3.2
3.5
3.4
3.8
3.2
3.1
3.4
3.3
3.2
3.7
LFPR (%)
Male
Female
66.5
85.3
47.8
64.7
84.3
44.7
65.4
83.0
47.2
64.4
80.9
47.3
63.2
79.5
46.4
62.6
79.0
45.7
9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN:
(i) Pengangguran geseran
(ii) Pengangguran teknologi
(iii) Pengangguran struktur
(iv) Pengangguran musim
(v) Pengangguran edaran
(i) Pengangguran geseran:
–
–
–
Berlaku apabila terdapat pekerja yang tidak bekerja
buat sementara waktu kerana mempunyai alternatif
yang lebih baik.
Contoh: Gaji yang lebih tinggi.
Pengangguran bersifat sementara.
(ii) Pengangguran teknologi:
–
–
–
Pengangguran yang wujud akibat kemajuan
teknologi.
Kemajuan teknologi mempercepatken proses
pengeluaran dan mengurangkan kos.
Firma menggunakan teknologi/mesin baru yang
dapat meningkatkan produktiviti, maka firma akan
mengurangkan pekerjanya.
(iii) Pengangguran struktur:
–
–
–
–
Berlaku di sebabkan perubahan struktur
ekonomi sesebuah negara.
Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan
peranan penting dalam menyediakan peluang
pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh.
Dengan perkembangan sektor industri dan
pembinaan, penyumbang terbesar dalam
penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke
sektor tersebut.
Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak
mempunyai kelayakan dan kemahiran maka
berlakulah pengangguran struktur.
(iv) Pengangguran musim:
–
–
Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya
perubahan musim secara semula jadi yang
menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan
ekonomi.
Contohnya, nelayan tidak turun ke laut untuk
menangkap ikan pada musim tengkujuh.
(v) Pengangguran edaran (kitaran):
– Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya
kemelesetan ekonomi yang secara lansung
menyebabkan kejatuhan tingkat keluaran negara dan
jumlah tenaga.
9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN:
(i) Kesan Ekonomi:
–
Berkaitan kegiatan ekonomi dan pendapatan
negara.
(ii) Kesan Sosial:
–
Berkaitan masalah ketidakstabilan yang berlaku
terhadap masyarakat dan politik.
(i) Kesan Ekonomi:
• Mengurangkan keluaran negara
– Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang
menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor
ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara
bagi negara berkenaan akan berkurangan.
• Menurunkan taraf hidup
– Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan
menggunakan pendapatan per kapita.
– Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang
menganggur, maka keluaran negara kasar akan
berkurangan dan seterusnya
akan mengurangkan pendapatan perkapita yang
merendahkan taraf hidup penduduk.
• Mengurangkan pendapatan negara
– Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau
keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan
jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat
dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan
pendapatan negara.
• Melambatkan proses pembangunan negara
– Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat
menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk
menjana
pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan
dan akan melambatkan proses pembangunan negara.
• Menambahkan kadar kemiskinan
– Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar
kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa
program untuk mengatasi masalah kemiskinan.
– Pengangguran
ini
akan
menjejaskan
usaha
kerajaan
untuk memajukan negara.
(ii) Kesan Sosial:
• Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga
– Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada
dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan
dan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada penceraian.
• Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat
– Akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh penganggur,
mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.
• Masalah tekanan jiwa dan tiada kenyakinan diri
– Penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami
masalah tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan
sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap
keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang
menganggur.
9.2.4 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI
PENGANGGURAN:
1.
Dasar fiskal
- mengubah perbelanjaan kerajaan
- mengubah dasar cukai.
2.
Dasar kewangan
- mengubah kadar bunga
3.
Pembangunan tenaga manusia
4.
Latihan meningkatkan kemahiran
5.
Maklumat peluang pekerjaan
6.
Mencipta peluang pekerjaan
9.3 INFLASI
9.3.1 KONSEP INFLASI
• Inflasi boleh di definisikan sebagai kenaikan
tingkat harga umum untuk semua barang secara
menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.
• Kenaikan harga yang menyeluruh berlaku apabila
terjadinya peningkatan purata harga barangan
secara keseluruhan dalam sesebuah ekonomi.
• Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan
secara tidak berterusan, maka ianya tidak di
anggap inflasi.
9.3.2 KAEDAH PERHITUNGAN KADAR INFLASI
• Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk
semua jenis barang maka kita perlu melihat
kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan
menggunakan indeks harga dan pendeflasi
KNK.
• Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi
menggunakan
indeks
harga,
kita
menggunakan rumus berikut;
• Kadar inflasi =[ (IH1 – IH0) / IH0 ] x 100
• Terdapat dua indeks harga yang utama, iaitu
Indeks Harga Pengguna (IHPG) dan Indeks
Harga Pengeluar (IHPK),
• IHPG merupakan gambaran tentang arah
aliran perubahan harga barang pengguna
secara amnya. Ianya mewakili corak
perbelanjaan purata sesebuah isi rumah
berdasarkan kepada satu tahun asas.
• IHPK mengukur kadar perubahan purata
semua barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan pengeluar.
9.3.3 JENIS INFLASI
(i) Inflasi sederhana
–
Berlaku apabila proses kenaikan harga yang sederhana,
tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, kurang dari
4% setahun.
(ii) Inflasi merayap
–
Berlaku apabila kadar kenaikan tingkat harga yang
lambat, antara 2-3% setahun.
(iii) Hiperinflasi
–
–
Berlaku apabila proses kenaikan harga berlaku sangat
cepat, antara 50-60% ;atau lebih.
Peperangan, huru hara, malapetaka dll.
(iv) Stagflasi
–
Keadaan pengangguran dan inflasi berlaku serentak
dengan kadar yang tinggi.
Kadar Inflasi di Malaysia
9.3.4 PUNCA INFLASI
(i) Inflasi tarikan permintaan
• Inflasi yang berlaku akibat peningkatan dalam
tingkat permintaan agregat.
• Antara faktor: Peningkatan tingkat pendapatan
pengguna, peningkatan penawaran wang,
peningkatan
perbelanjaan
kerajaan,
&
peningkatan pelaburan.
(ii) Inflasi tolakan kos
• Inflasi yang berlaku akibat pengurangan
penawaran agregat dalam pasaran.
• Antara faktor: Peningkatan kos pengeluaran,
bencana alam & peperangan.
(iii) Inflasi diimport
i. Peningkatan Harga di Luar Negara
•
Inflasi ini berlaku bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti
Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan
dari luar negara.
•
Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan
kepada harga dalam negara.
ii. Penurunan Kadar Pertukaran Wang
•
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di
antara Malaysia dengan negara luar.
•
Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan
Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk
membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung
Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat
sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi.
•
Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna
dalam negara.
(iv) Inflasi Jangkaan:
• Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan
pengguna.
• Jika pengguna membuat jangkaan yang harga
akan naik pada masa hadapan, mereka akan
berbelanja sekarang dan ini akan menambah
jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.
• Ini akan memberi peluang kepada pengeluar
untuk
mengambil
kesempatan
untuk
meningkatkan harga.
9.3.5 IMPLIKASI INFLASI
(i) Kesan terhadap agihan pendapatan
–
Bagi individu yang berpendapatan tetap, kenaikan
harga
barangan
dan
perkhidmatan
akan
merendahkan kuasa beli individu tersebut.
(ii) Kesan terhadap aktiviti ekonomi
–
–
–
Inflasi menyebabkan kos pengeluaran barang dan
perkhidmatan meningkat.
Pemilik modal akan mendapatkan lebih banyak
harta yang kurang berisiko seperti tanah dan rumah.
Ini akan mengurangkan pelaburan produktif
menyebabkan ekonomi negara merosot.
(iii) Kesan terhadap tabungan
–
–
Inflasi menyebabkan susut nilai mata wang dan
engurangkan tabungan.
Indivudu yang memegang kekayaan dalam bentuk wang
seperti simpanan di bank akan mengalami kerugian,
manakala individu yang membeli harta tetap akan lebih
beruntung.
(iv) Kesan terhadap penghutang dan pemiutang
– Bagi yang berhutang (penghutang), mereka beruntung
kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan
sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya.
– Individu yang memberi hutang (pemiutang) pula akan rugi
kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi
rendah daripada keadaan tanpa inflasi.
9.3.6 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI INFLASI
• Semasa inflasi tarikan permintaan (akibat ↑AD),
kerajaan akan menggunakan dasar fiskal
menguncup dan dasar kewangan menguncup.
• Dasar
fiskal
menguncup:
pengurangan
perbelanjaan kerajaan (G) atau kenaikan cukai. Ini
akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan
mengurangkan AD.
• Dasar kewangan menguncup: Bank pusat (BNM)
akan mengurangkan bekalan wang dalam
ekonomi dengan menaikkan nisbah kerajaan
(Required Reserve Ratio), menaikan kadar faedah
(discount rate) @ menjual bon kerajaan.
• Semasa inflasi tolakan kos (akibat ↓AS), kerajaan
akan menjalankan dasar sebelah penawaran,
kawalan terhadap kesatuan sekerja dan
penetapan harga maksimum.
• Dasar sebelah penawaran:mengurangkan cukai &
pemberian subsidi.
• Kawalan terhadap kesatuan sekerja: tuntutan
kenaikan upah semasa tingkat gunatenaga penuh
akan menaikkan kos pengeluaran firma.
• Pihak kerajaan, majikan dan kesatuan akan
berunding untuk mendapat kata sepakat.
• Dasar harga maksimum: untuk mengawal harga
faktor pengeluaran.
• Semasa inflasi diimport, kawalan lansung dan
kempen penggantian import akan di
laksanakan.
• Kawalan lansung seperti penetapan tarif
(cukai import) dan kuota (had maksimum
kuantiti import) akan dilakukan.
• Kempen
penggantian
import
dengan
menggalakkan orang ramai membeli barangan
buatan tempatan.
33