Interaksi Dalam Bilik Darjah

Download Report

Transcript Interaksi Dalam Bilik Darjah

Interaksi Dalam Bilik Darjah
Interaksi bermaksud proses saling bertindak, saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi dalam
bilik darjah boleh ditinjau daripada 2 sudut iaitu
interaksi antara individu dan interaksi antara
individu dengan alam sekitar.
Interaksi Di antara Individu
• Mengikut Ned A. Flanders, seorang profesor
di Amerika Syarikat, interaksi di antara guru
dengan murid dalam bilik darjah boleh
digolongkan dalam 3 kategori utama iaitu:
i) Percakapan guru
ii) Percakapan murid
iii) Kesenyapan
• Mengikut Kajian Flanders, gaya percakapan guru
banyak ditumpukan kepada pengaruh langsung.
• Kebanyakan percakapan guru adalah berbentuk
syarahan atau menerang.
• Interaksi antara guru dengan murid hanya
berbentuk sehala sahaja.
• Interaksi berbentuk dua hala berlaku apabila
percakapan guru ditumpukan kepada pengaruh
tidak langsung seperti menyoal, memuji,
menerima perasaan murid dan pendapat mereka.
Jenis-Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah
• Jenis interaksi ini yang biasa diwujudkan oleh
guru biasanya berkaitan dengan objektif
pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran
yang digunakan.
• Model Pengajaran Sim menitikberatkan
interaksi di antara guru, murid, objektif
pelajaran, isi kandungan/ bahan pelajaran
dan alam sekitar.
• Terdapat 3 jenis interaksi yang terdapat dalam
bilik darjah iaitu:i) Interaksi Sehala
ii) Interaksi Dua Hala
iii) Interaksi Pelbagai Hala
• 1. Bentuk Tradisi merupakan susunan bersifat
kaku.
• Semua kerusi-meja murid-murid disusun secara
baris demi baris dalam barisan lurus.
• Sekeping papan putih digantung pada dinding
berhadapan dengan murid-murid manakala
sebuah almari biasanya diletak dibelakang bilik
darjah.
• Dalam susunan tradisi ini, kebanyakan interaksi
sehala daripada guru kepada murid biasanya
berlaku.
• 2. Susunan Bentuk ‘Kasut Kuda’ (Horse Shoe)
Susunan bentuk ‘kasut Kuda’ ini
menggalakkan interaksi dua hala dan interaksi
pelbagai hala
. Susunan bentuk ini adalah sesuai digunakan
untuk aktiviti perbincangan di antara guru
dengan murid.
• 3. Susunan Bentuk Modular (KBSR)
Susunan bentuk modular ini adalah sesuai
digunakan untuk aktiviti kumpulan.
. Susunannya dapat menggalakkan interaksi di
antara murid dengan murid dalam kumpulan
mereka terutamanya apabila menjalankan
aktiviti perbincangan, sumbangsaran,
pemulihan atau pengayaan.
Perhubungan Pengajaran Dengan Jenis
Interaksi Dalam Bilik Darjah
Pendekatan dan Strategi
. Pemusatan memusatkan
guru
. Kaedah kelas
. Memberi syarahan
. Kaedah syarahan
. Kaedah bercerita
. Kaedah demontrasi
Jenis Interaksi
Interaksi sehala dari guru
kepada murid
Ciri-Ciri Interaksi
1. Aktiviti pembelajaran
bercorak pasif.
2. Corak iteraksi tertumpu
kepada guru sahaja.
3. Tiada interaksi di antara
murid-murid
Pendekatan dan Strategi
. Pendekatan Kumpulan
. Kaedah Projek
. Kaedah Bermain
. Lakonan
. Sumbangsaran
Jenis Interaksi
Interaksi dua hala di antara
murid dengan murid
Ciri-Ciri Interaksi
1. Aktiviti pembelajaran
bercorak aktif.
2. Perhubungan murid
dengan murid
dipereratkan.
3. Interaksi guru dengan
murid sehala iaitu
melalui bimbingan atau
arahan guru sahaja.
4. Semangat kerjasama,
toleransi serta tolongmenolong di kalangan
murid dipupuk.
Pendekatan dan Strategi
. Simulasi
. Main Peranan
. Pendekatan kumpulan
. Kaedah perbincangan
. Kaedah penyelesaian
masalah
. Aktiviti pemulihan
. Aktiviti pengayaan
Jenis Interaksi
Interaksi pelbagai hala di
antara murid dengan guru
serta murid dengan murid
Ciri-Ciri Interaksi
1. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bercorak
aktif.
2. Perhubungan antara
guru dengan murid dan
murid dengan murid
dipereratkan.
Interaksi Berkomputer Di Peringkat
Sekolah
• Penggunaan komputer di sekolah telah
diperkenalkan pada tahun 1980an.
• Sekolah Bestari ialah sekolah yang ditubuhkan
dengan tujuan melahirkan pelajar cerdas dan
pandai, berpendidikan dan berpengetahuan
serta berbudi pekerti baik.
• Komputer telah digunakan secara meluas
dalam aktiviti P&P, penilaian serta
pentadbiran sekolah.
Kepentingan Interaksi Dalam P&P
• 1. Proses interaksi membolehkan guru
memotivasikan murid-murid supaya
menimbulkan minat dan perhatian mereka
terhadap aktiviti P&P dalam bilik darjah.
• 2. Aktiviti soal-jawab menggerakkan muridmurid berfikir.
3. Interaksi mengeratkan perhubungan guru
dengan murid-murid dalam bilik darjah.
•
4. Interaksi dalam P&P penting kerana
interaksi merupakan proses utama bagi
guru menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid-muridnya.
5. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan
rancangan mengajarnya mengikut objektif
pelajaran yang ditentukan.
6. Melalui interaksi dengan bahan pelajaran,
guru dapat menyampaikan pelajarannya
dengan berkesan.
7. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan
murid memerlukan interaksi dua hala.
8. Aktiviti kumpulan, khasnya perbincangan dapat dijalankan melalui
interaksi antara murid dalam kumpulan.
9. Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran terkini.
Kepimpinan Guru dan Interaksi Dalam
Bilik Darjah
• Di antara jenis-jenis kepimpinan yang biasanya
diamalkan oleh guru dalam bilik darjah
bergantung kepada jenis kepimpinan guru.
• Antaranya termasuklah:
i) Kepimpinan Autokratik
ii) Kepimpinan Demokratik
iii) Kepimpinan Laissez-Faire
Kepimpinan Autokratik
• Perkataan Autokratik membawa maksud corak
pemerintahan yang mempunyai kuasa mutlak.
• Guru yang bersifat autokratik menentukan
segala aktiviti P&P.
• Murid-murid hanya mengikut arahan dan
kehendak guru dan tidak diberi peluang
menyuarakan pendapat atau memberi
cadangan.
• Interaksi antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala,
iaitu guru memberi arahan, murid-murid mendengar dan mengikut
sahaja.
• Interaksi antara murid-murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.
• Interaksi sehala dan pasif membawa suasana sosio-emosi yang
tegang menyebabkan murid-murid tidak berani memberi pendapat
mereka.
• Mereka cuma menerima arahan yang diberikan guru.
• Semangat kerjasama dan aktiviti pembelajaran adalah pasif.
• P&P menjadi kurang menarik serta dipenuhi perasaan cemas dan
bimbang.
• Ada murid-murid bencikan guru. Timbulnya perasaan benci
terhadap guru.
Kepimpinan Demokratik
• Perkataan demokratik bermaksud berkongsi
kuasa antara setiap ahli dalam komuniti.
• Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan
demokratik ialah guru yang sedia berkongsi
kuasa dengan murid-muridnya.
• Murid-murid sentiasa mengemukakan
pendapat mereka atau soalan jika mereka
menghadapi masalah.
• Interaksi antara guru dengan murid-murid
adalah 2 hala. Murid-murid akan
bertindakbalas terhadap segala aktiviti
pengajaran guru.
• Interaksi antara murid dengan murid dapat
digalakkan. Murid-murid akan melibatkan diri
secara aktif dan bekerjasama dalam semua
kumpulan dalam bilik darjah.
Kepimpinan Laissez-Faire
• Laissez-Faire membawa maksud kebebasan diberi
kepada aktiviti tanpa kawalan.
• Guru akan memberi kebebasab sepenuhnya
kepada murid-murid untuk melakukan apa sahaja
aktiviti yang difirkan sesuai dalam kelasnya.
• Guru langsung tidak merancang aktiviti P&P.
• Murid-murid diberikan kebebasan merancang,
mengurus dan melaksanakan aktiviti
pembelajaran secara individu atau secara
kumpulan.
• Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah
kurang kerana guru mengamalkan sifat
kepimpinan laissez-faire kurang melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti P&P.
• Interaksi antara murid dengan murid meningkat
kerana diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa
sahaja aktiviti P&P.
• Suasana sosio-emosi dalam bilik darjah dikatakan
menarik.
• Perhubungan antara murid akan menjadi lebih
rapat dan mesra.
• Interaksi yang terlalu bebas akan
menimbulkan masalah disiplin dan
menjekaskan keberkesanan P&P dalam bilik
darjah.
• Murid-murid yang kurang matang akan
merasa serba salah dan tidak tahu apa aktiviti
yang patut dilakukan dalam bilik darjah.
• Akibatnya, banyak masa telah terbuang.
Pembentukan Interaksi Yang Berkesan
Dalam Bilik Darjah
•
•
•
•
•
•
•
1. Amalkan Sikap Keimpinan Demokratik
2. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan
3. Menggunakan teknik menyoal
4. Menggunakan Percakapan yang sesuai
5. Menggunakan strategi memusatkan murid
6. Menggunakan banyak alat bantu mengajar
7. mewujudkan suasana interaksi yang
kondusif dalam bilik darjah.
8. Membantu murid bermasalah