Transcript Document

TOPIK 4 (MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT)

MODEL-MODEL PENGAJARAN

 Perancangan untuk menghasilkan proses pengajaran berkesan.

 Fungsi: -memberi panduan langkah-langkah mengajar.

-panduan asas guru mengubahsuai proses pengajaran .

-rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia & penyelidik sebagai rujukan.

MODEL-MODEL PENGAJARAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT MODEL BEHAVIORAL MODEL SOSIAL MODEL PERSONAL  INKUIRI  EKSPOSITORI  PEMBELAJARAN LANGSUNG  PEMBELAJARAN MASTERI  PEMBELAJARAN KOOPERATIF  MAIN PERANAN & SIMULASI.  SYNECTICS

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

 Fokus kepada keinginan mengetahui sesuatu melalui langkah-langkah sistematik & berurutan: i) kepekaan terhadap sesuatu/masalah ii) pemerolehan & penyusunan maklumat iii) penjanaan cara penyelesaian yang sesuai iv) pengembangan konsep

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT MEMBERI KITA PELAN BAGAIMANA MINDA MEMPROSES, MENYIMPAN DAN MENGINGAT KEMBALI MAKLUMAT.

 Direkabentuk untuk meningkatkan kecekapan murid dan seterusnya mengembangkan konsep.

 Perlu tunjukkan persembahan maklumat yang berkesan sesuai dengan tahap perkembangan.

 Cara penyampaian & penjelasan konsep yang berkesan melalui:

inkuiri & ekspositori

(resepsi, proses, komunikasi, interaksi, pembentukan konsep & penyelesaian masalah)

INKUIRI

 

Merangkumi semua proses penyiasatan dan aktiviti untuk mendapatkan sesuatu penemuan.

Mengukuhkan kebolehan penemuan dan kefahaman mengenai perhubungan yang tersirat dalam sesuatu masalah.

Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal.

Penyelesaian masalah mengikut langkah langkah yang logik dan sistematik.

Perasaan ingin tahu penyebab kepada penggunaan kaedah inkuiri.

Langkah-langkah :

1. Menyenaraikan satu masalah pembelajaran.

2. Mengumpul bahan / fakta berkaitan masalah.

3. Membuat hipotesis dengan cadangan strategi & cara penyelesaian masalah.

4. Menguji hipotesis – proses melaksana strategi & aktiviti penyelesaian.

5. Membentuk aktiviti penilaian & rumusan (Model Dewey)

Contoh: Matapelajaran : Sains Topik Kajian : Pernafasan Tumbuhan Peringkat Aktiviti Kenalpasti topik kajian Guru kemukakan soalan bermasalah “ Bagaimana daun bernafas?” Guru berbincang tujuan kajian dengan murid Rancang Strategi Penyelesaian Guru berbincang dengan murid utk tentukan strategi mendapatkan jawapan Guru suruh murid perhatikan struktur daun Murid buat hipotesis bahawa daun di bahagian mungkin bernafas melalui stoma di permukaan bawahnya

Peringkat Aktiviti Kumpul maklumat berkaitan Murid jalankan ujikaji hipotesis dgn merendam sekeping daun hijau dalam air suam yg terkandung dalam sebuah bikar Murid memerhatikan gelembung keluar dari stoma Kaji dan analisis maklumat Murid di suruh perhatikan permukaan daun di bahagian yg manakah mengeluarkan lebih banyak gelumbung Murid di bimbing menganalisis maklumat melalui perbandingan dengan struktur daun Membuat generalisasi Murid di bimbing untuk membuat rumusan iaitu

“ Daun bernafas melalui stoma yang banyak terdapat di permukaan bawahnya”

Murid melukis gambarajah, eksperimen dan catatkan rumusan pada buku nota

Pendekatan ini

bertujuan

menolong murid membuat penaakulan supaya mereka menjadi lebih cekap dalam penyoalan, membina konsep, membuat hipotesis serta menilainya.

Guru bertindak sebagai pembimbing dalam proses pengajaran manakala murid melakukan sendiri aktiviti untuk menyelesaikan masalah.

  Inkuiri terbimbing  Pendekatan inkuiri yang diberikan panduan Inkuiri bebas  Murid tidak diberi sebarang panduan, mengenal pasti sendiri masalah serta menentukan apa yang hendak dikaji.

Implisasi Model Inkuiri dalam proses pengajaran & pembelajaran

 

Menggalakkkan perkembangan kecerdikan akal murid Memberi kepuasan kepada murid

Mendorong untuk mendapatkan pengetahuan yang selanjutnya

 

Kejayaan dan kegagalan dalam kegiatan pembelajaran membolehkan murid lebih faham tentang diri sendiri serta sedar kemampuan serta potensinya.

Membentuk konsep diri sendiri Melalui aktiviti yang dijalankan,dapat mengembangkan bakat dalam diri. Contoh: interaksi dengan rakan sebaya

.

EKSPOSITORI

Penerangan yang jelas dan terperinci. Guru sebagai penyampai maklumat secara langsung kepada murid-murid.

Kaedah penerangan, bercerita dan demonstrasi.

Menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik.

Murid mendengar dengan teliti sehingga mereka memahami dan mengingati serta merekodkan isi-isi penting.

Implikasi Model Ekspositori dalam pengajaran & pembelajaran

   Sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan prinsip matematik & sains.

Menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta penting.

Kebaikannya menjimatkan masa guru ketika menyampaikan pelajaran.

  Sesuai digunakan untuk menyampaikan pelajaran pada peringkat perkembangan sahaja.

Boleh dianggap kaedah syarahan.

 Kaedah yang paling berkesan untuk pelajar sekolah menengah.