SYAIR Makna Riak (1915416)

Download Report

Transcript SYAIR Makna Riak (1915416)

SYAIR MAKNA RIAK
Rangkap 1
Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.
(Maksud Rangkap 1: Allah membenci sikap
manusia yang riak kerana riak adalah tandatanda orang syirik (menduakan Tuhan). Riak
bermaksud menunjuk-nunjuk kelebihan yang
dimiliki kepada orang lain)
Rangkap 2
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
(Maksud Rangkap 2: Orang yang riak itu kadang-kadang
menunjukkan perbuatan baiknya dengan melakukan
kebaikan tetapi pada masa yang sama tidak
menghiraukan pakaian yang dipakainya sama ada
sesuai atau tidak)
Rangkap 3
Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
(Maksud Rangkap 3: Sesetengah
orang menunjuk-nunjuk
yang diri mereka seperti alim ulama sehingga tidak
peduli dengan apa yang sedang berlaku di
sekekelilingnya. Perbuatan orang seperti ini seolaholah dialah ahli atau pakar dalam hal-hal
keagamaan tetapi hatinya masih lagi memikirkan
hal-hal keduniaan)
Rangkap 4
Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.
(Maksud Rangkap 4: Sesetengah orang suka menunjukkan
bahawa dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
sehinggakan menyampaikan ceramah ketika majlis
makan yang dihadiri ramai orang. Setiap masa dia akan
menyampaikan ilmu yang kononnya sangat berguna
tetapi sebenarnya dia mencampur-adukkan bahasa
yang betul dengan bahasa yang tidak betul)
Rangkap 5
Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
(Maksud Rangkap 5: Sesetengah orang menunjukkan riak
dengan bercakap menggunakan bahasa yang berbungabunga dari segi nahu dan maknanya supaya orang
menganggapnya sangat bijak. Orang yang bijak berkatakata ini sebenarnya mengharapkan orang memberikannya
balasan seperti gundik kerana bahasanya sangat manis
menyebabkan ramai orang tertawan)
Rangkap 6
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.
(Maksud Rangkap 6: Sesetengah orang lelaki yang riak ini
cuba menunjukkan kewarakan dirinya dengan
memakai serban yang melilit penuh kepalanya
sehingga berjuraian ekor serbannya. Orang jenis juga
selalu mempamerkan sejadah dengan melipatkan dan
meletakkan di atas bahunya. Tasbih juga tidak pernah
lekang dari tangannya. Orang riak ini sentiasa
menggerakkan biji tasbih di tangannya seolah-olah
sedang berzikir)
Rangkap 7
Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.
(Maksud Rangkap 7: Sesetengah orang yang selalu
berzikir kepada Allah Taala menyedari akan
kebesaran dan keEsaan Allah tetapi di dalam
hatinya tersimpan niat dan tujuan hendak
menjadi lebih berkuasa daripada Allah Taala)
Rangkap 8
Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.
(Maksud Rangkap 8: Riak yang berlebihan dalam
kehidupan seseorang akan terkumpul menjadi banyak
sebesar gunung. Apabila riak itu berlebihan, maka
segala amalan seseorang itu tidak akan diterima oleh
Allah. Ada sesetengah keadaan, riak itu akan
memakan diri seseorang itu. Itulah balasan kepada
orang yang riak)
TEMA
Syair Makna Riak bertemakan jenis-jenis sifat
takbur (bangga diri) yang dimiliki oleh
seseorang supaya dirinya mendapat pujian.
PERSOALAN
1. Beribadat kerana manusia (orang yang
melakukan kebaikan untuk menunjuk-nunjuk)
2. Berbuat kebaikan tetapi tidak menutup aurat.
3. Sikap berpura-pura warak tetapi hati masih
tertarik dengan keindahan dunia.
4. Menyampaikan ilmu bukan pada tempatnya.
JAUHI RIAK
5. Menggunakan ayat melankolik untuk
mendapatkan ganjaran.
6. Pakaian melambangkan status (berpura-pura
pakai pakaian seperti ulamak).
7. Perasaan ujub dan bangga diri dengan berhasrat
menyaingi kuasa Tuhan.
8. Perbuatan riak akan menyebabkan semua
amalan dan kebaikan tidak diterima oleh Tuhan.