10th Malaysia Plan will encapsulate all efforts to

Download Report

Transcript 10th Malaysia Plan will encapsulate all efforts to

Selamat Datang ke kursus MODEL DAN STRATEGI PEDAGOGI (EPM 233)

0

BIODATA PENSYARAH:

Nama : Pn.Faizah binti Datuk Othman

Asal : Melaka

Kelulusan : Sarjana Psikologi Pendidikan, UKM : Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), OUM : Diploma Pengajian Agama

Emel : izzah_zahh @ yahoo.com.my faizahothman @ ymail . com

B A B 1

PENGENALAN :

•Adakah anda ingat guru anda ?

•Bagaimana mereka berinteraksi dengan anda?

• Pengalaman => meningkatkan kemahiran berfikir?

•Tawa di bilik darjah?

•Duduk mendengar / aktiviti lebih?

•Adakah anda diminta memahami setiap idea/konsep?

•Pengalaman => kerangka masa hadapan untuk berjaya sbg seorang guru?

2

B A B 1 1.Do you remember your teachers ? 2.How were they?

3.How did they interact with you?

4.Were your experiences in their classroom something that has enhanced your thinking skills?

5.Were the things learnt in your classroom applicable in your life? 6. Did you feel involved in the lessons conducted by your teachers? 7. Was there laughter in your classroom?

8. Did you sit and listen more than actually do interesting things? 9.Were you made to understand each idea and concept?

10. Has your experience with your teachers given you a framework for your own future career as a teacher?

3

WHAT IS TEACHING???

4

B A B 1

TAKRIF PENGAJARAN :

Pengajaran adalah mengajar suatu perkara daripada segi apa, bagaimana dan mengapa (Halmos, 1994, diterjemah) Pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti yang menyampaikan ilmu atau kemahiran (Dictionary.com, diterjemah) Pengajaran adalah suatu perlakuan, proses, atau seni menyampaikan ilmu dan kemahiran (Answers.com, diterjemah) Pengajaran adalah suatu proses pendidikan tentang mengarah (Online Medical Dictionary, diterjemah) Pengajaran adalah suatu profesion untuk mereka yang memberi arahan, terutamanya di sekolah rendah atau menengah, ataupun universiti (The FreeDictionary, diterjemah). Pengajaran adalah perlakuan dan perihal mengarah (Webster

Dictionary, diterjemah)

5

TAKRIF PENGAJARAN :

B

PENGAJARAN SECARA AM:

A B 1

Pengajaran adalah proses di mana seseorang yang terlatih menyampaikan maklumat/ilmu pengetahuan kepada individu atau kumpulan individu dengan objektif tertentu

6

B A

PROFESION PERGURUAN :

* Secara tradisinya, ibubapa, orang tua, pemimpin ugama, dan pendita bertanggungjawab mengajar kanak-kanak tentang bagaimana untuk berkelakuan dan berfikir dan apa yang harus dipercayai. B *Jerman - memperkenalkan kriteria formal untuk pendidikan guru dalam abad ke-18. Dalam abad ke-19, dengan masyarakatnya bertambah maju melalui industrialisasi, konsep persekolahan menjadi lebih sejagat.

1 *Seratus tahun dahulu, sebuah kursus latihan pendek atau suatu perantisan sudah memadai untuk menjadi seorang guru (Berliner, 1987).

7

PROFESION PERGURUAN :

B A B * Sekarang latihan guru telah mengalami evolusi disebabkan psikologi moden, psikolinguistik, sociologi, pemikiran dalam falsafah pendidikan, teknologi terkini dan tentu sekali kajian pendidikan yang bertambah, yang telah membawa penemuan penemuan baharu.

1 * Kebanyakan negara kini memerlukan pensijilan profesional hasil daripada latihan formal dan di negara-negara maju segulung ijazah universiti diperlukan untuk mengajar.

8

B

BEBERAPA MITOS TENTANG BELAJAR UNTUK MENGAJAR

A

1. Guru dilahirkan, bukan dibentuk.

B

2. Asalkan anda mengetahui kandungan, anda boleh mengajarnya.

.

1

9

B A B 1 “Malangnya, walaupun kita sudah memasuki jauh dalam abad ke-21 dan negara-negara lain di dunia telah berubah, bilik darjah hari ini masih lagi sama dengan bilik darjah pada tahun 1900. Pelajar tidak lagi menulis nota di atas batu loh, dan mereka selalunya duduk di meja-meja yang boleh dialih, tetapi ramai guru masih menggunakan kaedah pengajaran "Saya bersyarah; anda dengar dan tulis ". Walaupun terdapat ledakan media elektronik dan kaedah pengajaran alternatif, syarahan selalunya menjadi alat pengajaran pilihan, yang memaksa pelajar mengambil nota dan mendengar dengan cermat ”.

(Hayes, 2006, diterjemah)

10

* Sejauhmanakah ini benar di sekolah, kolej atau university anda?

*Adakah ini disebabkan kejahilan atau semata-mata sikap endah tak endah?

11

B A

BERPUSATKAN GURU

B

Pengajaran Berpusatkan Guru dan Berpusatkan Pelajar

BERPUSATKAN PELAJAR

Kaedah: Syarahan Siasatan Kolaboratif Main Peranan Simulasi Pembelajaran Berdasarkan Masalah 1 PENGAJARAN INDUKTIF Rajah Kontinum Berpusatkan Guru dan Berpusatkan Pelajar

12

B

BILIK DARJAH BERPUSATKAN GURU

Menurut Bickford, Tharp, McFarling, dan Beglau, (2002) :

A

Amalan guru:

B 1

- Kandungan pengajaran dan kelajuan pengajaran dikawal oleh

guru sahaja. - Penyampaian pengetahuan distruktur dengan ketat dan tugasan-tugasan yang pelajar-pelajar perlu buat (sekiranya ada) mempunyai jujukan yang jelas dan berdisiplin. - Selalunya dalam bilik darjah berpusatkan guru tidak terdapat perbincangan interdisiplinari tentang pengetahuan. Sebagai contoh, seorang guru matematik mengajar kandungan dalam bentuk nombor sahaja, dan tidak akan menunjukkan prinsip prinsip matematik yang terdapa dalam kandungan 13

B

BILIK DARJAH BERPUSATKAN GURU

Aktiviti Pelajar:

A

-

P

elajar adalah pasif. -Mana-mana soalan atau aktiviti yang diberi kepada mereka akan mempunyai jawaban yang betul.

B

- Peluang untuk penyiasatan dan penemuan tidak akan dijumpai dan pelajar-pelajar akan berpaling kepada pembelajaran melalui hafalan kerana cuba untuk memahami apa yang mereka diajar.

1

- Guru adalah sumber utama mendapatkan pengetahuan.

14

B

BILIK DARJAH BERPUSATKAN GURU

Tugasan-tugasan pengajaran:

A

- Guru mengawal soalan-soalan, aktiviti-aktiviti

ataupun tugasan-tugasan sewaktu pengajaran.

B

-Selalunya buku teks adalah sumber utama latihan latihan yang diberi dalam bilik darjah.

1

-Matlamat utama aktiviti-aktiviti seperti ini adalah untuk mempersiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan bukan ditujukan kepada pemahaman mendalam dan internalisasi kandungan.

15

B

BILIK DARJAH BERPUSATKAN MURID

Amalan Guru:

A

-Pemahaman bertahap tinggi tentang bidang adalah ditekankan.

B

-Pengajaran dan tugasan pembelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan cermat dan dengan penglibatan pelajar.

1

-Guru menggunakan berbagai kaedah untuk menyampaikan pengetahuan seperti permainan, teka teki, kerja lapangan dan sebagainya.

16

B

BILIK DARJAH BERPUSATKAN MURID

Aktiviti Pelajar:

A

-

Sementara aktiviti dan tugasan disediakan oleh guru, pelajar

terpaksa bekerja dalam batasan bilik darjah terbimbing berpusatkan pelajar.

B

Bickford

et al. (2002) memanggil ini ”otonomi terikat‘. Dalam batasan tugasan

tersedia oleh guru, pelajar berasa berkuasa untuk menjalankan penyiasatan untuk menyelesaikan tugasan sepertimana mereka rasakan sesuai.

1

Kolaborasi di antara pelajar dan pelajar serta di antara guru dan pelajar akan berlaku.

17

B

BILIK DARJAH BERPUSATKAN MURID

Tugasan Pengajaran:

A

-Matlamat dan objektif pengajaran ditentukan oleh guru.

Objektif-objektif ini adalah diterapkan dengan cermat dalam tugasan-tugasan.

B

-Kandungan yang akan disampaikan diterapkan dalam tugasan-tugasan dan aktiviti-aktiviti.

1

-Guru akan mereka bentuk tugasan agar pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dengan interaksi yang tinggi dengan guru.

18

B 1 A B 1 Bayangkan yang berikut:-

Sebaik anda memasuki sebuah bilik darjah, anda dapati bahawa guru memulakan kelasnya dengan apa yang penting dan kritikal untuk pengajaran tersebut. Kemudian anda mendengar pelajar bercakap dengan guru tentang bagaimana mereka akan memahami aspek-aspek kritikal pengajaran. Anda juga mendengar pelajar memberitahu guru tentang rancangan tindakan mereka untuk pengajaran. Anda mendengar pelajar bercakap sesama sendiri tentang bagaimana untuk memahami peri pentingnya pengajaran tersebut. Anda mendengar pelajar meminta bantuan guru untuk mencapai matlamat pengajaran. Di akhir kelas tersebut anda mendengar pelajar dan guru menilai apa dan bagaimana matlamat pengajaran telah dicapai. Semasa perbincangan itu anda dapati keanjalan kandungan yang mendalam dan ada kalanya interdisiplinari.

Sepanjang pengajaran tersebut anda merasakan sinergi antara pelajar dan guru dalam kelas. Anda merasa perasaan “komuniti pembelajaran‘ dalam kelas. Anda merasa terdapat pertanggungjawaban terkongsi terhadap mencapai matlamat pengajaran. Anda merasa terdapat keseronokan dalam kelas. Pelajar dan guru saling menghormati terhadap kepelbagaian bakat, kecekapan dan pandangan dalam kelas. Adalah jelas kepada anda bahawa pelajar mengalami pengetahuan yang mereka pelajari (Cedar Rapids Community Schools, 2007, & Teacher Vision,2007).

Apakah persepsi anda tentang pengajaran di atas?

Pengajaran berpusatkan guru atau pengajaran berpusatkan pelajar (pilih satu) – Jelaskan jawapan anda

.

19

B 2 A B 1 Bayangkan yang berikut:-

Apabila anda memasuki kelas, anda dapati bahawa guru bercakap tentang objektif-objektif pengajaran dan terus kepada mempersembahkan kandungan. Pelajar tidak bercakap, hanya mendengar dan ada yang mengambil nota. Pelajar bertanya soalan secara berkala dan mereka menerima jawaban standard daripada buku teks dan guru segera meneruskan persembahan, untuk menghabiskan kandungan pengajaran. Pelajar tidak berpeluang bercakap sesame sendiri. Anda mendengar kandungan dilengkapkan dengan luas tetapi kedalaman pemahaman yang diperoleh oleh pelajar tidak dapat dinilai. Di akhir pengajaran, guru merumuskan, dengan meringkaskan perkara-perkara penting.Sepanjang pengajaran anda merasa keletihan dan terdapat sedikit keliruan dalam kalangan pelajar dalam kelas. Anda merasa mempunyai kuasa dalam kelas.

Anda merasa terdapat seorang yang utama yang menyatakan kandungan yang perlu dalam bentuk yang berstruktur bagi mencapai matlamat pengajaran. Anda merasakan terdapat suasana diam dalam kelas – dengan akal fikiran yang mungkin melayang-layang. Anda merasakan guru mempunyai satu perancangan untuk semua orang dan pelajar merasa tercicir. Adalah jelas kepada anda bahawa pelajar menghafal pengetahuan yang mereka pelajari.

Apakah persepsi anda tentang pengajaran di atas?

Berpusatkan guru / Berpusatkan pelajar (pilih satu) – Jelaskan jawapan anda

20

B A

Ciri-ciri Seorang Guru yang Baik atau Berkesan

Menurut Hay McBer (2000) mengenal pasti suatu set 12 ciri ciri guru yang baik atau berkesan berdasarkan suatu kajian berskala besar yang dijalankan di United Kingdom.

B

CIRI-CIRI GURU BERKESAN.docx

1

21

B 3 A B a) Komen senarai di atas tentang ciri-ciri guru berkesan. Adakah anda bersetuju dengan senarai tersebut?

1 b) Senaraikan ciri-ciri lain yang anda rasa harus dimasukkan untuk menjelaskan sifat seorang guru yang berkesan.

22

B A B Tabiat 1: Guru Berkesan Mempunyai Pengetahuan Mendalam Tentang Bidang 1

Sekiranya guru tidak bersedia, tidak berkeinginan untuk berkongsi, tidak mempunyai tumpuan terhadap proses membina sebuah konteks yang menggalakkan dan menimbulkan minat dan keinginan untuk menimba ilmu, maka guru seolah-olah melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang guru. 23

B A B Tabiat 1: Guru Berkesan Mempunyai Pengetahuan Mendalam Tentang Bidang

- Banyak kajian menunjukkan bahawa pengetahuan mendalam tentang bidang adalah faktor yang paling penting dalam penilaian pelajar tentang pengajaran guru mereka

1

- Guru mungkin agak karat atau kurang mengenali konsep-konsep pada mulanya semasa mengajar perkara yang baru; maka mereka harus mentelaah dengan lebih. 24

B A B 1

S - SUCCESS : Kejayaan menguasai mata pelajaran yang anda ajar. C - CURIOISTY : Sikap ingin tahu yang setiap guru harus terapkan O - ORIGINALITY : Keaslian; seorang guru yang cenderung tentang

proses pengajaran akan menjadi kreatif; akan sentiasa mencari cara-cara baru untuk melibatkan dan mencabar pelajar mereka.

R - RELATIONSHIPS : Hubungan; adalah teras bilik darjah dan guru

yang berkesan dan adalah penting dalam memelihara peluang untuk pelajar melibatkan diri dengan mata pelajaran. Di peringkat lebih tinggi ia boleh membawa kepada interaksi sepanjang hayat dengan mata pelajaran tersebut.

E – ENERGY : Tenaga; bagi meneruskan proses pengajaran, guru

perlukan

TENAGA. Ini merupakan sesuatu yang sekolah tidak

sentiasa adakan, dan guru secara umumnya perlukan masa untuk membuat refleksi; untuk menguatkan-semula dan untuk mendapatkan semula fokus mereka tentang proses pembelajaran. Ia merupakan bahan yang penting dalam bilik darjah berkesan yang sangat selalu diabaikan.

25

B A Tabiat 3: Guru yang Baik Menggunakan Pendekatan Pengajaran yang Pelbagai B

-Guru yang baik tidak terkekang oleh kepercayaan bahawa hanya terdapat satu cara mengajar yang terbaik. Mereka melebarkan pendekatan pengajaran mereka berdasarkan kepada asas kajian dan mereka berani mengambil risiko.

1

-Mereka menggunakan pelbagai kaedah yang membuatkan bahan lebih nyata. Dengan menggunakan analogy fizikal, membuat demonstrasi dalam kelas, menghubungkan konsep-konsep kepada situasi sebenar, menggalakkan kerjasama. - Mereka cuba apa sahaja yang dapat mengetuk pintu baru kepada minda pelajar mereka ‖.

26

B A Tabiat 4: Guru yang Baik Memahami Kitaran Pengajaran.

B

-Anda memulakan kitaran pengajaran dengan menilai minat, kecenderungan dan kekuatan individu pelajar melalui pemerhatian dan rundingan dengan pelajar.

-Kemudian anda tentukan pendekatan pengajaran yang diperlukan, sampaikan pengajaran dengan cara yang sesuai dengan keperluan dan gaya pembelajaran pelajar, dan nilai perkembangan dan kefahaman pelajar.

1

- Kitaran ini berkesudahan dengan refleksi diri guru dan rundingan guru-pelajar selanjutnya.

27

B A Tabiat 5: Guru yang Baik Memantau Kemajuan Pelajar dan Memberi Maklumbalas B

-Pengukuhan mempunyai kesan yang besar ke atas pembelajaran; terutama dalam kalangan pelajar yang lemah akademiknya daripada latar belakang sosio-ekonomi yang rendah. -Memantau prestasi dan memberikan maklumbalas pembaikan memperkukuhkan pencapaian.

1

- Maklumbalas membantu pelajar menilai apa dan banyak mana mereka tahu, dan adalah lebih berkesan apabila diberikan segera, dengan tidak menghakim serta berkaitan dengan tugasan.

28

B A B Tabiat 6: Guru yang Baik Membina Ujian yang Sah

-iaitu, ujian yang mengukur dengan tepat apa yang anda ingin ukur.

Jangan tanya pelajar soalan yang hanya tiga orang pelajar dalam 10 tahun telah berjaya menjawab dengan munasabah. Berikan mereka kepuasan menunjukkan apa yang mereka boleh buat.

Jangan berikan pelajar ujian yang begitu panjang sehinggakan hanya mereka yang pantas boleh menyelesaikannya. Sekiranya anda memikirkan bahawa pelajar anda harus boleh bekerja dengan pantas, tanpa membuat kesilapan dalam pertimbangan ataupun pengiraan, tanya diri anda kenapa. Bilakah mereka akan terpaksa bekerja dengan begitu pantas dalam pekerjaan mereka?

1

Kaji gred-gred ujian. Sekiranya purata kelas anda adalah 45, anda mungkin telah membina sebuah ujian yang lemah —samada ia tidak mencerminkan bahan kursus, ia terlalu panjang, ataupun ia tidak adil untuk kebanyakan pelajar Masukkan sebuah soalan dalam ujian yang memisahkan pemikir dalam kelompok

B A Tabiat 7: Guru yang Baik Mengurus Masa Dengan Berkesan

-Kuantiti masa ataupun ‗masa-atas-tugasan‘ yang sebenarnya digunakan untuk proses pembelajaran dalam setiap perjumpaan kelas telah didapati mempunyai korelasi positif dengan pencapaian.

B

-TETAPI, Lebih masa TIDAK secara OTOMATIK bermakna lebih pencapaian. Ia bergantung kepada sebaik mana masa digunakan. Pelajar belajar sejauhmana mereka mendapat peluang untuk terlibat dengan aktif dalam pembelajaran.

1

-Guru yang baik tahu bahawa penambah baikan dalam pembelajaran boleh dicapai dengan masa-atas-tugasan yang maksimum tanpa menambah masa pengajaran. Ini dapat dicapai melalui interaksi guru yang lain seperti pengukuhan,maklumbalas, suasana pembelajaran yang positif, dan disokong oleh bahan pengajaran yang direka bentuk dengan baik dan berkesan..

30

B Tabiat 8: Guru yang Baik Menghormati Pelajar Mereka A

Ralph Waldo Emerson telah berkata, "

Rahsia pendidikan adalah dalam menghormati murid-murid" (diterjemah).

B

-

Guru yang baik menghormati pelajar-pelajarnya dengan

menggalakkan mereka untuk bertanya soalan dan memberi pendapat. Sekiranya pelajar bertanya soalan, sekurang-kurangnya dia berfikir.

1

- Guru yang baik tidak merespon kepada soalan dengan respon seperti; "Anda harusnya sudah tahu perkara itu —Saya malas nak jawab." Sekiranya seorang pelajar mendapat jawapan yang sopan kepada soalannya, pelajar pelajar lain mungkin akan memberanikan diri untuk bertanya soalan lain; dan ini akan membawa kepada sebuah perbincangan yang produktif dalam kelas.

31

B Tabiat 9: Guru yang Baik Tahu Bagaimana Untuk Mengawal Kelajuan Pengajaran Mereka dan Pengetahuan Lampau Pelajar Mereka A

-Pelajar lemah kadang kala gagal belajar hanya kerana pengajaran adalah terlalu laju. Mereka tidak mampu memproses maklumat yang diberi, dan ini mempunyai kesan negatif kepada persepsimereka tentang kecekapan belajar mereka sendiri dan motivasi untuk belajar.

B

-Walau bagaimanapun, pelajar pintar memerlukan kelajuan yang lebih tinggi untuk belajar kalau tidak mereka akan menjadi bosan dan tidak bermotivasi. -Guru yang baik tahu bagaimana untuk mengadaptasi kelajuan untuk keperluan pelajar dan kompleksiti kognitif maklumat yang diajarnya. Mereka juga mengubah teknik pengajaran mereka kepada persembahan pendek, berselang dengan latihan dan ulangkaji untuk meneruskan momentum pengajaran dan mengurangkan masa terbuang.

1 -

Guru yang baik membuat usaha yang bersepadu untuk mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan lampau pelajar. Apabila pengetahuan lampau dicapai, ruang dalam daya ingatan dikosongkan. Maka aka nada ruang untuk pemahaman, aplikasi dan penyelesaian masalah.

32

B A Tabiat 10: Guru yang Baik Ajar Pelajar Mereka Kemahiran Menyelesaikan Masalah

-Guru yang baik tidak mengajar kecekapan-kecekapan ini hanya dengan menunjukkan kepada mereka, sebaliknya memberi pelajar mereka sebuah permasalahan dan kemudian memberikan maklumbalas segera tentang sebaik mana mereka telah lakukannya.

B

-Pelajar tahu banyak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menyelesai masalah yang lain daripada masalah yang mereka pernah lihat.

1

-Guru yang baik menggunakan banyak teknik untuk mengajar kemahiran menyelesai masalah. Kebanyakannya melibatkan kumpulan pelajar, seperti penyelesaian masalah dalam pasangan dan kaedah pembelajaran koperatif yang lain.

-Walaupun teknik ini memerlukan lebih masa berbanding kaedah pengajaran konvensional, mengajar pelajar bagaimana untuk berfikir mungkin lebih penting daripada mengajar mereka lebih "itu dan ini".

33

B A Tabiat 11: Guru yang Baik Menggunakan Kelucuan

-Guru yang baik menggunakan kelucuan yang selaras dengan gaya pembelajaran individu pelajar.

B

-Justifikasi untuk menggunakan kelucuan termasuk untuk mempromosi pemahaman, mendapatkan perhatian pelajar, mengurus kelakuan mengganggu, mencipta sikap yang positif terhadap bidang pengetahuan, dan mengurangkan keresahan.

1

-Walau bagaimanapun, guru yang baikjuga berhati-hati agar tidak menggunakan kelucuan berlebihan .

34

B A B 1

Apakah Peranan Guru Dalam Pembelajaran Pelajar?

-Bukti semakin banyak menunjukkan bahawa sekolah boleh membawa perubahan daripada segi pencapaian pelajar, dan sebahagian besar perubahan ini adalah kerana GURU

-

Secara khususnya, keberkesanan guru yang berbeza adalah penentu yang penting dalam pembelajaran pelajar, jauh lebih penting daripada kesan perbezaan dalam saiz kelas dan perbezaan pelajar (Darling-Hammond, 2000).

-

Pelajar yang diberikan seorang demi seorang guru yang tidak berkesan mempunyai pencapaian dan pembelajaran yang nyata lebih rendah daripada mereka yang diberikan guru-guru yang sangat berkesan (Sanders & Rivers, 1996).

-

Guru dan pengajaran yang mereka berikan kepada pelajar mereka hanyalah dua set faktor yang kompleks yang mempunyai impak terhadap pembelajaran pelajar 35

B A B 1

Apakah Peranan Guru Dalam Pembelajaran Pelajar?

-Tambahan lagi, pengetahuan, kemahiran, kecenderungan, sikap dan nilai yang pelajar punyai semasa mereka memasuki sekolah ataupun bilik darjah itu adalah hasil daripada kombinasi yang halus dan kompleks komposisi genetik dan persekitaran yang mereka telah didedahkan di rumah (Anderson, 2004).

-

Teori stimulus-respon telah lama diterima sebagai sebuah teori yang sah bagi memahami hubungan di antara pengajaran dan pembelajaran; i.e. guru mengajar (stimulus) dan pelajar belajar (respon).

-Ralph Tyler (1949) ,pembelajaran bergantung kepada aktiviti pelajar: Pelajar belajar mengikut apa yang mereka buat, bukannya mengikut apa yang guru mereka buat; Pelajar samada memberi tumpuan ataupun tidak; Pelajar samada membina pengetahuan konsisten dengan pembinaan pengetahuan seperti yang diinginkan oleh guru, ataupun tidak.

Pelajar mempunyai kuasa veto untuk membuat ataupun tidak membuat. MAKA APAKAH YANG GURU BOLEH BUAT? APAKAH SEBENARNYA PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR?

36

B A B 1

Apakah Peranan Guru Dalam Pembelajaran Pelajar?

-Aku mengaku kalah ‖. Ada pendidik yang mungkin mengangkat tangan mereka dan mencadangkan bahawa mana-mana percubaan untuk mempertingkatkan keberkesanan guru adalah sia-sia.

-Menurut (Anderson, 2004) : -Pertamanya, apabila kita memerhatikan dalam jangka masa yang lama. => peningkatan dramatik dalam perbezaan pencapaian pelajar sebagaimana ditunjukkan dalam peperiksaan dan ujian.

Keduanya, terdapat banyak bukti berbentuk penceritaan => ramai orang boleh memikirkan kembali tentang zaman persekolahan mereka dan mengingat kembali satu atau lebih orang guru yang telah membuat perubahan yang besar kepada kehidupan mereka.

-Ketiga, samada seorang guru mempunyai impak ke atas pembelajaran pelajar bergantung bukan hanya kepada guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing pembelajaran pelajar, tetapi juga kepada mereka mengetahui bila untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran itu untuk mencapai matlamat yang mereka tentukan atau terima untuk pelajar mereka.

*

Dengan itu, tugasan kita adalah untuk memahami bagaimana guru dan sekolah di mana mereka bekerja dapat dibantu untuk menjadi lebih berkesan.

37

B 1 A a) Adakah guru mempengaruhi pembelajaran pelajar? Bincangkan.

B b) Jelaskan bagaimana anda sebagai seorang pendidik telah memberi impak kepada pembelajaran pelajar.

1 c) Selain pencapaian akademik, dalam cara manakah anda telah mempengaruhi pelajar anda?

38

Terima Kasih &

http://www.facebook.com/faizah6875?ref=hl