akidah_memupuk_perpaduan

Download Report

Transcript akidah_memupuk_perpaduan

marilah
sama-sama
kita
bertakwa
kepada
Allah SWT
dengan
sebenarbenar taqwa
melaksana
kan segala
perintahNya
menjauhi
segala
laranganNya.
Mudahmudahan
kita
mendapat
keberkatan
hidup di
dunia dan
di akhirat.
ISLAM
sebagai sistem kehidupan yang unggul
maka perpaduan dikalangan umat Islam
menjadi agenda terpenting dalam
pembentukan masyarakat menerusi
pengukuhan akidah dan hubungan
persaudaraan sesama umat
Dalam Islam tiada masyarakat tanpa
persaudaraan sebagaimana tiada ketakwaan
tanpa keimanan.
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
“ Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah
seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan
sebahagian yang lain. ”
(Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:


Maksudnya:
“Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”.
Sebagai umat Islam
kita seharusnya
menjadikan
junjungan besar
Nabi Muhammad
SAW sebagai contoh
tauladan yang
terbaik.
Kejayaan Baginda SAW
dalam menyatukan
bangsa Arab yang
bersifat asabiyah
melalui pendekatan
akidah telah
melahirkan bangsa
yang hebat dan kuat
dalam sejarah
tamadun dunia.
Baginda juga mengambil
langkah
mempersaudarakan umat
Islam menerusi ikatan
ukhwah sesama Islam.
Kaum Aus dan Khazraj yang
begitu lama bersengketa telah
berjaya didamaikan. Rasulullah
SAW memperteguhkan kewajipan
memelihara hubungan
persaudaraan yang menjana
kepada perpaduan dan kesatuan
ummah.
Ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh
seorang sahabat sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Abu Ayub al-Ansari dalam hadithnya yang
bermaksud: Ya!, Rasulullah SAW bersabda
kepadaku, amal yang akan memasukkan aku ke
dalam syurga. Maka sabda Rasulullah SAW:
‘Engkau beribadah kepada Allah SWT dan tidak
menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan
solat, membayar zakat dan menghubungkan
persaudaraan.
hari ini perpaduan umat
Islam agak membimbangkan
akibat daripada ketirisan
akidah yang boleh mengugat
wahdah atau perpaduan
umat Islam.
Perpaduan umat Islam sudah
tidak lagi seteguh zaman
Rasulullah SAW baik dari segi
persaudaraan dan juga
amalan.
Jika dahulu Islam di zaman Rasulullah SAW
diserang daripada segenap arah, maka kita
hari ini juga diserang dari pelbagai cara,
samada daripada serangan fizikal hinggalah
kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi,
budaya dan sebagainya.
Isu-isu akidah yang mencemarkan nama
baik Islam seperti ancaman ajaran sesat,
cubaan menukar agama, anti Hadith,
Islam Liberal, fahaman sekular, syiah
dan lain lain lagi.
Pelbagai fahaman,
ideologi moden
seperti kapitalisme,
materialisme,
pluralisme dan
komunisme serta
unsur-unsur negatif
yang
mempengaruhi
umat Islam telah
melanda dengan
mudahnya.
Perpecahan dan
berpuak-puak
akibat perbezaan
pandangan dalam
isu-isu tertentu
seringkali terjadi
Persoalan besar
timbul kenapakah
ketirisan akidah ini
berlaku kepada umat
Islam?
antara perkara yang
menyebabkan berlakunya ialah
sesetengah kelompok umat Islam
sangat taksub dengan kumpulan
tertentu dan patuh membuta-tuli
kepada pemimpin mereka
sehingga gagal menilai
kebenaran dan kepalsuan.
gerakan ketirisan akidah ini sebenarnya ialah
gerakan jahiliah yang datang semula dalam wajah
barunya, jahiliah jelmaan yang membawa mesej
yang sama iaitu menjauhkan manusia dengan tuhan
yang Maha Esa dan menghancurkan perpaduan
umat Islam.
Lihat sajalah apa yang berlaku di luar sana, apabila
rakyat berpecah belah, pemimpin di pengaruhi
pemikiran dan tindakanya oleh musuh musuh Islam
untuk mendapat apa yang diingini, maka negara
berada dalam huru-hara dan kehancuran
Jika umat Islam
hilang pegangan akidah,
hilang jati diri,
hilang maruah,
berada dalam kedegilan
atau kejahilan terhadap
ajaran Islam yang sebenar,
kekotoran jiwa dalam
memuja hawa nafsu
dan mengutamakan
kemaslahatan peribadi
serta
diperalatkan pihak lain,
maka akhirnya umat
Islam akan menerima
nasib yang malang lagi
hina di negara sendiri.
Di dalam kita
menghadapi cubaan
menyemarakkan
fahaman yang
merosakkan akidah
umat Islam, maka
mimbar yang mulia ini
ingin menyatakan
bahawa perpaduan
ummah mampu
menyelesaikan
kecelaruan tersebut.
Percayalah bahawa Allah
SWT menyatukan kita
semua pada hari ini
dalam akidah yang satu,
di dalam saf-saf yang
lurus dan seterusnya kita
akan menunaikan solat
dengan niat yang sama,
di atas satu takbir, dan
di atas satu salam,
perkataan, ungkapan
dan bacaan yang sama.
Mimbar juga
menyambut baik usaha
pihak yang berwajib
dalam mengambil
tindakan tegas kepada
mereka yang cuba
memporak-perandakan
pegangan dan akidah
umat Islam.
Perjuangan bagi
mempertahankan dan
menegakkan agama
Allah serta hak-hak
eksklusif umat Islam
merupakan perjuangan
yang suci yang dijamin
mendapat pertolongan
serta bantuan daripada
Allah SWT.
mempertahankan dan memantap akidah kita,
keluarga dan masyarakat kita
demi masa depan agama, ummah dan negara,
menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah
SWT dan rasul-Nya.
Percayalah mempertahankan akidah umat Islam
dengan tidak membenarkan pihak lain
menghinanya adalah sesuatu yang dituntut.
sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
SWT atas keputusan mahkamah Rayuan Putrajaya semalam
yang telah memihak kepada Majlis Agama Islam berhubung
menggunakan kalimah Allah untuk umat Islam sahaja.
Semoga Islam terus subur dan terpelihara di bumi Malaysia
ini dan umat Islam juga senantiasa berusaha memantapkan
akidah bagi menghadapi dugaan hidup masa kini yang
semakin mencabar.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah
SWT