Transcript Slide 1

BAB 1 SUBTOPIK “KEDATANGAN JEPUN” TOPIK “PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA” SEJARAH TINGKATAN 4

Nama Ahli Kumpulan Emily Cynthia @ Surinah bt Siewing Norfazlulhuda bt Madun Ronie Sabin Ivy Marry bt Matinding Nurhayati bt Kasimin No. Matrik HT2006-6189 HT2006 HT2006-6202 HT2006-6108 HT2006-

PENGENALAN

   Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat penyelidikan lebih dalam lagi bagi subtopik “Kedatangan Jepun” khususnya dan topik “Pendudukan Jepun di Negara Kita” bab 1 umumnya bagi matapelajaran Sejarah tingkatan 4.

Justeru, ternyata kajian lapangan ini sedikit sebanyak dapat memaparkan maklumat mengenai peristiwa penjajahan yang berlaku bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di Borneo Utara berdasarkan bukti dan hasil yang diperoleh.

Antara inisiatif yang digunakan adalah seperti kajian lapangan yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji seperti di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, penyelidikan berdasarkan penulisan buku, majalah, artikel dan pencarian sumber melalui internet.

JEPUN SEBAGAI KUASA IMPERIALIS PELUASAN KUASA JEPUN DI ASIA TENGGARA

Penyebaran Propaganda

 Kemusnahan pertahanan udara dan laut Amerika di Pearl Harbour dan Manila telah membolehkan Jepun mara ke Asia Tenggara tanpa halangan.

 Serangan ke atas Tanah Melayu bermula di Kota Bharu pada 8 Disember 1941.

PENGEBOMAN PEARL HARBOUR

KEMARAAN TENTERA JEPUN DALAM PENAKLUKAN ASIA TENGGARA PENGHUJUNG TAHUN 1941 DAN AWAL 1942 (PERANG DUNIA KEDUA)

 

PERLUASAN KUASA JEPUN DI TANAH MELAYU

Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam pada 8 Dis 1941.

Tentera Inggeris di bawah pimpinan Brigadier Kay yang mengetuai ‘ 28th Indian Infantry Brigade’ telah tewas dalam usaha mempertahankan Kota Bharu.

Jepun telah menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan Thailand yang membenarkan Jepun mendarat dan mara ke Tanah Melayu melalui Selatan Thailand iaitu melalui Singgora dan Patani.

Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Pattani, Butterworth dan Alor Setar pada 9 Disember 1941.

Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuatan.

HMS PRINCE OF WALES (ATAS) DAN HMS REPULSE (BAWAH) DISERANG OLEH TENTERA UDARA JEPUN, 10 DISEMBER 1941

 Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.  Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Setar pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan.  Pada 16 disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang dan pihak Jepun mendudukinya pada hari yang sama.

  

Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember 1941.

Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam pertempuran di Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu.

Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada 11 Januari 1941.

Kuala Lumpur Semasa Serangan Jepun

 Pada 10 Januari 1942, Port swettenham ditawan.

 Kemaraan Jepun ke Muar, 16 Januari 1942 dan Batu Pahat, 21 Januari 1942 masing masing turut ditawan.

 Mersing menerima nasib yang sama, apabila ditawan pada 28 Januari 1942.

  Pada 7 Februari 1942, pihak Jepun memulakan serangan mereka ke atas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942, Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan pada 11 Februari 1942.

 

Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa belas kasihan oleh tentera Jepun. Pada 6.10 petang 15 Februari 1942, Jeneral Arthur Ernest Percival menandatangani dokumen menyerah diri

KEKALAHAN TENTERA BERIKAT KE ATAS JEPUN DI SINGAPURA

PETA KEMARAAN JEPUN DI TANAH MELAYU

PERLUASAN JEPUN KE BORNEO UTARA

 Pada 1 Januari 1942, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan.

 Pada 16hb Mei 1942, secara keseluruhannya negeri ini jatuh ke tangan Jepun.

Penaklukan Jepun di negeri Sabah bermula dengan pendaratan Tentera Empayar Jepun Ke-37 di Pulau Labuan pada 1 Januari 1942.

Pada 1 Februari 1942, Kudat telah ditawan dan pada Mei 1942 tentera Jepun telah berjaya menguasai Pantai Barat Sabah. Sejak itu, seluruh negeri Sabah telah jatuh di bawah kuasa pemerintahan tentera Jepun.

KESIMPULAN

Kawasan Tawanan Jepun Kota Bahru Jitra Alor Setar Pulau Pinang Ipoh Kuantan Slim River Kuala Lumpur Muar Batu Pahat Mersing Johor Bahru Singapura Tarikh Ditawan Jepun 8 Disember 1941 12 Disember 1941 13 Disember 1941 17 Disember 1941 26 Disember 1941 31 Disember 1941 7 Januari 1942 11 Januari 1942 16 Januari 1942 21 Januari 1942 28 Januari 1942 31 januari 1942 15 februari 1942

  Secara keseluruhannya, kajian ini telah dapat dilaksanakan dan mencapai objektifnya walaupun terdapat beberapa masalah dan kelemhan yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Justeru, adalah diharap agar setiap pembaca yang membaca kajian ini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan tentang sejarah negara kita tetapi juga dapt mengambil iktibar diatas apa yang telah berlaku agar lebih mencintai negara kita.