Tugasan 2 KRT - WordPress.com

Download Report

Transcript Tugasan 2 KRT - WordPress.com

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Pendahuluan
Pembudayaan ICT dalam Pengurusan Sekolah
Peranan Guru dalam Pembudayaan ICT
Murid dan ICT
ICT dan Perancangan Akademik
ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemudahan ICT Sekolah
Kesimpulan
9. Rujukan
SK Sungai Sugai Julau merupakan sebuah sekolah kurang murid.
Terdapat 14 guru, 9 kakitangan sokongan dan 145 orang murid di
sekolah ini.
Perhubungan utama ke sekolah ini ialah menggunakan jalan darat.
Seperti sekolah-sekolah lain, SK Sungai Sugai juga sentiasa mengambil
inisiatif dalam mengejar kemajuan teknologi.
Pembudayaan ICT di sekolah ini adalah satu usaha berterusan bagi
memastikan setiap warganya berpeluang merasai arus perubahan
teknologi semasa.
Ianya melibatkan tugas-tugas pentadbiran, tugas hakiki guru dan
kakitangan, proses pembelajaran murid dan kesedaran ibu bapa serta
masyarakat setempat.
Pengurusan sekolah sangat berkait rapat dengan penggunaan ICT.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sistem maklumat
dalam talian bagi melancar dan mempercepatkan pemprosesan
maklumat sekolah-sekolah di Malaysia.
Antara sistem-sistem dalam talian yang telah diwujudkan :
Sistem Maklumat Pengurusan pendidikan yang
membantu sekolah menguruskan maklumat
perkhidmatan kakitangan.
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang
membantu sekolah menguruskan maklumat
berkaitan murid.
Sistem Kenaikan Pangkat (e-pangkat)
memudahkan pihak sekolah menguruskan
kenaikan pangkat kakitangan secara sistematik.
Smart School Qualification Standard (SSQS)
membolehkan pihak sekolah mengemaskini
maklumat ICT di sekolah bagi tujuan pemantauan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Guru merupakan ejen
pembudayaan dan perubahan
dalam amalan ICT di sekolah.
Terdapat beberapa orang guru
di sekolah ini telah mendapat
latihan khusus berkaitan ICT.
Manakala, guru-guru lain dilatih
secara dalaman melalui
program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP).
Ini adalah bagi menyediakan
tenaga pengajar yang
berpengetahuan dan
berkemahiran dalam ICT.
ICT merupakan salah satu budaya kerja di sekolah ini.
Semua aktiviti di sekolah sama ada pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum
memerlukan seorang guru yang celik IT.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengambil langkah
proaktif dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT.
Murid merupakan sasaran
utama dalam penyampaian
ilmu pengetahuan dan
kemahiran ICT.
Murid di sekolah ini memiliki
minat yang sangat tinggi dalam
meneroka teknologi sedia ada.
Walaupun terpaksa berkongsi,
pihak sekolah sentiasa
memastikan setiap murid
berpeluang untuk
menggunakan mana-mana
peralatan ICT.
Guru ICT telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ICTL
agar semua murid celik ICT.
Oleh itu, jadual waktu penggunaan bilik komputer dan peralatan ICT telah
diwujudkan bagi memudahkan perancangan para guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Jadual Waktu Induk sekolah
dihasilkan dengan bantuan perisian
komputer dan sedikit kaedah
manual.
Penyediaan jadual ini menjadi lebih
mudah dan pantas.
Jadual yang telah siap akan
dihantar melalui email kepada para
guru semasa cuti sekolah bagi
menyediakan mereka dengan
proses pengajaran sesi yang baru.
Kebanyakan guru
juga menyediakan
Rancangan Pelajaran
Harian mereka
dengan
menggunakan
perisian Microsoft
Word atau Microsoft
Excel.
Kini, rekod mereka
lebih kemas dan
sistematik.
Para guru digalakkan untuk
menggunakan persembahan
multimedia dalam pembelajaran.
Kaedah ini dapat menarik minat
murid untuk belajar dan
meningkatkan kemahiran ICT.
Penglibatan murid secara aktif
amat penting dalam
perkembangan akademik
mereka.
Guru harus memastikan setiap
murid melibatkan diri semasa
proses pembelajaran
dilaksanakan.
SILA KLIK
UNTUK
MENONTON
VIDEO
Maklumat-maklumat berkaitan kemudahan dan peralatan ICT sedia ada di
sekolah adalah di bawah tanggungjawab Guru ICT.
Setiap guru yang menggunakan peralatan ICT pula diwajibkan untuk mengisi
borang peminjaman dan menjaga peralatan sebaik mungkin.
Kerosakan peralatan seperti maklumat di atas perlulah dilaporkan melalui
Support Ticketing System (STS) secara online.
Kementerian sentiasa memastikan peralatan yang dihantar ke sekolah
dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Kerosakan peralatan akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan
proses pengajaran dan pembelajaran.
SK Sungai Sugai Julau sentiasa
proaktif dalam
membudayakan ICT dalam
pentadbiran, kurikulum dan
kokurikulum.
Komitmen setiap warga
sekolah telah banyak
memberi perubahan dalam
pembudayaan ICT.
Pihak sekolah sentiasa
mengharapkan bantuan
pihak-pihak tertentu seperti
KPM, JPN, PPD, PIBG dan
masyarakat bagi
mempertingkatkan
kemudahan ICT mengikut
keperluan semasa.
1. Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)
 http://emisonline.moe.gov.my/index.php
2. Pengkalan Data Murid (APDM)
 http://www.sekolahmalaysia.com/
3. Sistem Kenaikan Pangkat (e-pangkat)
 http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php
4. Smart School Qualification Standard (SSQS)
 http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
5. Support Ticketing System (STS)
 http://sts.moe.edu.my/