ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN - Keselamatan dan Organisasi

Download Report

Transcript ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN - Keselamatan dan Organisasi

PENGGUNAAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
DALAM
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2
Skop Perbincangan
 (1) Pengenalan
 (2) Manfaat
 (3) Penggunaan ICT dalam P&P
(i) pengajaran = guru mengguna ICT
(ii) Aspek pembelajaran = murid mengguna ICT
(1) PENGENALAN
Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ?
Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara
terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses
dan pengajaran dan pembelajaran
(2) MANFAAT
Apakah Manfaat ICT dalam P&P? Sebagai
contoh dalam pembelajaran Sains.

Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep
pembelajaran.

Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi
pendidikan yang mencabar minda kepada murid
cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

Berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran.
 memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua murid
yang memiliki pelbagai keupayaan.
 meningkatkan motivasi murid.
 membolehkan pembelajaran
bersendiri (individualise learning).
✓ Membolehkan murid mengakses
maklumat yang sukar diperolehi.
 Mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dan mencabar.
 Membolehkan murid mengumpul
maklumat yang perlukan masa
yang lama atau terlalu mahal
untuk diperoleh.
 Membolehkan murid mencuba atau
melaksana eksperimen yang sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya
untuk dilaksana dengan cara biasa.
 meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.
✓ memberi peluang kepada murid
belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum.
✓ meningkat kemahiran ICT.
(2.1) Untuk memperolehi manfaat
mengguna ICT dalam P&P Sains,
perkara berikut perlu diberi perhatian
 Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang
dengan baik dan bukan sebagai aktiviti
sampingan yang tidak ada kaitan dengan
kurikulum.
 Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian
dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran.
(Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam
aktiviti pembelajaran)
(3) PENGUNAAN ICT DALAM P&P
Penggunaan ICT dalam P&P dapat
dilihat dari 2 aspek,
( i ) Aspek pengajaran iaitu
(guru mengguna ICT), dan
( ii ) Aspek pembelajaran
( murid mengguna ICT).
Dalam konteks pembelajaran ,
penggunaan ICT dalam P&P boleh
dikategori sebagai :
(Unit 1) ICT sebagai Alat Tutorial
(Unit 2) ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)
(Unit 3) ICT sebagai Alat Aplikasi
(Unit 4) ICT sebagai Alat Komunikasi.
Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh
diguna sebagai alat persembahan dan alat
demonstrasi.
(3.1) Perlukah Saya Menjadi Pakar
Komputer Sebelum Boleh
Menggunakannya Dalam P&P Sains?
Guru tidak perlu menjadi pakar,
cukup
sekadar
menguasai
kemahiran asas ICT yang boleh
diperolehi melalui aktiviti kelab
komputer
sekolah
yang
melaksanakan program Literasi
Komputer Kementerian Pendidikan.
(3.2) Bagaimana Menggunakan ICT
Dalam P&P Sains?
 Dalam konteks penggunaan ICT dalam
P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan
sebagai terbaik dan mesti digunakan
 Pendekatan terbaik yang sebenarnya
ialah apabila penggunaan ICT sesuai
dengan keperluan murid, serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan
dalam jangka masa yang munasabah.
(Unit 1)
ICT SEBAGAI
ALAT TUTORIAL
Apakah maksud ICT untuk
Pembelajaran Tutorial ?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran
tutorial apabila digunakan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
 pembelajaran ekspositori,
 demonstrasi sesuatu fenomena yang
ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya
oleh sistem, dan
 latihan atau latihtubi yang disampai dan
dikawal oleh sistem.
Penggunaan ICT dalam
Pembelajaran Tutorial
Alat ICT yang selalu diguna
untuk pembelajaran tutorial
ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang
disimpan di dalam CD-ROM,
cakera keras ataupun laman
web.
Secara
umum,
setiap
perisian
pendidikan mengandungi satu atau
lebih daripada komponen berikut:
mempersembahkan maklumat,
membimbing,
menyediakan / memberi latihan, dan
menilai pencapaian
Sebahagian
besar
perisian
pendidikan yang diguna dalam
pembelajaran tutorial direka bentuk
berdasarkan
kepada
model
tradisional P&P, model transmisi,
yang
melihat
guru
sebagai
penyampai maklumat utama dan
murid
sebagai
penerima.
Sebelum para guru mengguna
pendekatan ini, perkara-perkara
berikut perlu diberi pertimbangan:
 Ada perisian pendidikan yang
sesuai. Untuk tujuan ini, guru
perlu terlebih dahulu menilai
setiap perisian pendidikan yang
hendak diguna oleh murid.
 Ada peralatan ICT yang sesuai
untuk mengguna perisian.
 Ada kemahiran mengendali
peralatan ICT.
 Ada keperluan untuk
mengguna ICT (penggunaan ICT
dapat membantu pelajar
memahami dan menguasai
pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud
keperluan, guru hendaklah merancang
penggunaan ICT. Perancangan ini perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut:
 Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau
di luar kelas)
 Penggunaan secara berkumpulan atau
individu.
 Penggunaan di dalam atau di luar
waktu waktu persekolahan.
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna
Pendekatan ini ?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial
sesuai diguna dalam situasi berikut:
✔Kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang
ramai dengan kemampuan
pembelajaran yang berbeza.
(Dalam situasi ini,
guru boleh memberi tumpuan kepada
sebahagian murid sementara sebahagian
yang lain mengguna komputer).
✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas
diselia oleh guru ganti.
( Dalam situasi
ini, guru tersebut boleh merancang
pembelajaran mengguna komputer.)
✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti
pengajaran guru.
(Dalam situasi ini,
guru boleh menggunakan perisian
pendidikan khusus untuk pemulihan.)
✔ Terdapat murid cerdik yang
memerlukan aktiviti pengayaan.
(Dalam situasi ini, perisian pendidikan
yang mencabar minda boleh diberikan
kepada mereka.)
(Unit 2)
ICT SEBAGAI
ALAT PENEROKAAN
(EKSPLORATARI)
Apa Maksud ICT Untuk
Pembelajaran Penerokaan?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran
penerokaan apabila ICT digunakan untuk :
✔ Mencari
dan mengakses maklumat
daripada CD-ROM, Internet, portal
maklumat dan sebagainya.
✔ Mengalami,
mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi.
✔ Melihat
demontrasi sesuatu
kejadian yang urutan babaknya
boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid
boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT.
Ini berbeza dengan pembelajaran
tutorial di mana murid hanya menerima
bahan pelajaran yang dikawal dan
ditentukan oleh sistem.
Penggunaan ICT dalam
Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan
constructivism, iaitu teori pembelajaran yang
memberi penekanan kepada;-
 pemikiran kritis,
 penyelesaian masalah dalam masa sebenar
(real-time),
 pengalaman pembelajaran dalam situasi yang
nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina
melalui interaksi sosial.
Pelajar-pelajar di dalam kelas Sains
boleh membuat penerokaan seperti
merujuk kepada laman web NASA
Kids di mana ia memberi pelbagai
maklumat dalam bidang sains atau
pun mana-mana laman web yang
bersesuaian melalui internet.
Capaian juga boleh dibuat di rumah,
untuk tujuan ulangkaji.
 Selain daripada mencapai maklumat
terus daripada Internet, guru juga boleh
menggunakan maklumat yang disimpan
di dalam CD-ROM seperti, pangkalan
data, dan lain-lain maklumat yang boleh
diperolehi di pasaran.
 Pembelajaran penerokaan boleh
dilaksanakan samada secara
bersendirian atau berkumpulan.
 Penetapan masa perlu diberikan
perhatian oleh guru kerana tanpa
kawalan, aktiviti pembelajaran boleh
memakan masa yang
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna
Pendekatan ini?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran
penerokaan dalam situasi:
* pembelajaran yang berbentuk inkuiri
penemuan.
* pembelajaran yang menjurus kepada
penyelesaian masalah kehidupan
sebenar.
* Aktiviti yang berkaitan kajian masa
depan.
* Aktiviti pembelajaran yang berbentuk
simulasi.
Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk
Pembelajaran Penerokaan?
Memberi peluang kepada murid untuk
menentukan haluan dan kemajuan
pembelajaran masing-masing.
Mendorong murid terlibat secara lebih
aktif dalam pembelajaran.
.
 Memberi peluang kepada murid untuk
menangani masalah sebenar di dalam kelas
 Memberi peluang kepada guru
menerapkan teori pembelajaran moden
seperti constructivism, multiple
intelligence dan lain-lain.
(Unit 3)
ICT SEBAGAI ALAT
APLIKASI
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?
 ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran
aplikasi apabila ICT digunakan sebagai
medium bagi membantu pelajar
melaksanakan aktiviti pembelajaran.
(Cth: Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD)
Penggunaan ICT dalam
Pembelajaran Aplikasi
 Di kalangan guru, ada yang beranggapan
penggunaan ICT dalam konteks di atas telah
dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan
huraian dengan menggunakan pemproses
perkataan.
 Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti
ini tidak menyokong mana-mana falsafah
pendidikan, sebaliknya, komputer dan
pemproses perkataan digunakan hanya
digunakan seperti mesen taip sahaja.
 Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar
berbincang, mengedit dan mengolah
kandungan esei atau huraian dengan bantuan
pemproses perkataan dan mempersembahkan
hasil esei dan huraian ini, barulah boleh
dikatakan ICT telah digunakan secara yang
bermanfaat.
 Situasi ini turut mengambarkan
pengoperasian teori pembelajaran sosiobudaya (socio-cultural learning) yang
mengatakan budaya atau persekitaran sosial
turut membantu pembelajaran – pelajar
saling mempelajari dan membantu sesama
mereka membangunkan kemahiran kognitif,
metakognitif, bertutur (verbal) dan
bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992;
McInerney & McInerney, 1998)
Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat
Aplikasi?
Murid boleh memberikan tumpuan kepada
aktiviti pembelajaran yang
nyata(praktikal).
Guru boleh mengemukakan masalah yang
boleh mencabar minda murid.
Murid dapat meningkat kecekapan dan
ketepatan hasil pembelajaran.
(Unit 4 )
ICT SEBAGAI ALAT
KOMUNIKASI
Apa Maksud ICT Sebagai
Alat Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat komunikasi
apabila digunakan untuk menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat
dalam pelbagai bentuk melalui media
elektronik diantara dua pihak.
Kemajuan ICT pada hari ini
membolehkan komunikasi dilakukan
dalam pelbagai mod seperti berikut:
 teks
 grafik
 audio
 video
 atau kombinasi pelbagai mod.
Penggunaan ICT sebagai Alat
Komunikasi
Terdapat empat teknik komunikasi
melalui penggunaan ICT, iaitu:
- Teknik Seorang - Sendirian,
- Teknik Seorang kepada Seorang,
- Teknik Seorang kepada Ramai, dan
- Teknik Ramai kepada Ramai.
Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai
Alat Komunikasi?
Boleh melaksana pembelajaran
kolaboratif.
Tingkat penglibatan murid dalam
proses pembelajaran melalui “peer
group” yang bersifat global.
Boleh melibat pakar di dalam dan luar
negara dalam proses pembelajaran.