Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Ko

Download Report

Transcript Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Ko

Rancangan Pengajaran Harian
Kemahiran Hidup
Ko-kurikulum
Disediakan oleh:
Thirumurugan a/l Krishnan
Saldiana Eiza Bt. Muhamad Diah
Janaki A/P Ramasamy
Nor Hazlin Hj Othman
Hii Ung Lung
Ow Rui Ying
Mohd Arif Abd Manap
Hafiz B. Abd Rahman
Tin Gek Lian
Maznah Bt Mansor
Hafiz Bin Abd Rahman
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
Tarikh
03.09.2013
Tahun
Tahun 5
Masa
60 minit
Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi
Unit
1.3 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
Tajuk Pembelajaran
REKABENTUK DAN MENGHASILKAN PROJEK GABUNGAN DENGAN BAHAN
KITAR SEMULA BUKAN LOGAM – PROJEK HIDROPONIK MINI
Hasil pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
I)Menyatakan dan menyenaraikan 3 bahan kitar semula yang boleh dimanfaatkan.
II)Melakarkan lukisan projek
III)Menyenaraikan bahan dan alatan yang diperlukan bagi menjalankan projek.
IV)Menghasilkan projek berpandukan lakaran yang telah dibuat.
V) Mengaplikasikan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapa Tenaga dalam pelaksanaan
projek
Penerapan Nilai
1.Berhati-hati
2.Tanggungjawab
3.Berjimat-cermat
Pengetahuan sedia ada
Murid tahu tentang cara penanaman sayur
Bahan Bantuan Mengajar
Modul aktiviti, Power Point, bekas makanan, botol air mineral, serabut kelapa. Panel
solar, anak ikan, biji benih
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menunjukkan sejenis sayuran.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
a) Bagaimanakah sayuran ini ditanam?
b) Apakah medium penanaman yang boleh
digunakan untuk menanam sayuran?
3. Guru membimbing murid dan mengaitkannya
dengan topik aktiviti hari ini.
Langkah 1 (10 minit)
1.
Guru memberi penerangan tentang aktiviti pada hari ini.
- Bagaimanakah cara penanaman hidroponik dijalankan?
- Bagaimanakah cara sistem pembajaan dilakukan?
2.
Guru memberi penerangan mengenai bahan-bahan yang
digunakan untuk penanaman hidroponik.
Bahan-bahan:
Bekas makanan (1 unit)
Botol air mineral (2 unit)
Biji benih
Serabut kelapa
Anak ikan
Panel Solar
Langkah 2 (10 minit)
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
2. Guru mengedarkan bahan kepada setiap
kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta menebuk lubang
pada penutup bekas makanan mengikut saiz
botol mineral.
Langkah 3 (10 minit)
1. Sebagai langkah penyediaan bekas tanaman,
murid dikehendaki memotong botol air
mineral dan menebuk lubang kecil pada
bahagian bawah botol.
2. Murid memasukkan serabut kelapa ke dalam
bekas tanaman.
3. Murid diminta untuk memasukkan biji benih
pada setiap bekas tanaman.
Langkah 4 (10 minit)
1. Murid memasukkan air ke dalam bekas
makanan.
2. Kemudian murid memasukkan anak ikan ke
dalamnya.
3. Murid menutup bekas dengan penutup yang
telah ditebuk lubang.
4. Murid memasukkan bekas tanaman yang
telah siap ke dalam bekas makanan.
Langkah 5 (10 minit)
1. Murid akan membina sistem pembajaan
menggunakan tenaga solar.
2. Murid menyediakan satu bekas untuk mengisi
larutan baja.
3. Murid membina sistem paip untuk mengalirkan
larutan baja ke dalam bekas hidroponik.
4. Sistem solar digunakan untuk mengaktifkan
jangka masa dan pam bagi mengalirkan larutan
ke dalam bekas.
5. Solar juga digunakan untuk mengaktifkan lampu.
Penutup (5 minit)
1. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan
menyatakan penggunaan bahan kitar semula
boleh menjimatkan tenaga elektrik dalam
proses penghasilan barang baru.
2. Seterusnya penggunaan baja kompos iaitu
salah satu daripada tenaga biomas sebagai
medium penanaman adalah digalakkan
kerana baja kompos mesra alam dan selamat
kepada manusia.
Penutup
3. Ikan digunakan untuk mengelakkan
pembiakan jentik-jentik disamping memupuk
perasaan sayangi haiwan. Ikan juga akan
memperoleh makanan dari akar tumbuhan.
Oleh itu, penjimatan tenaga dapat dilakukan
dalam proses pemprosesan bahan makanan
ikan. Selain itu, air kumbahan ikan boleh
menjadi baja kepada tumbuhan hidroponik.
Penutup
4. Untuk membekalkan nutrient kepada
tanaman, tanaga solar diperlukan untuk
mengaktifkan pam yang berfungsi
menyalurkan nutrient ke dalam cawan
hidroponik secara automatik.
5. Tenaga solar juga disimpan untuk
membekalkan kuasa kepada LED bagi
kegunaan estetik di waktu malam.
Kesimpulan
a)
b)
c)
d)
e)
f)
Projek ini memberi kebaikan pada kehidupan
manusia, contohnya:Ia dapat mengindahkan ruang kediaman.
Ia tidak memerlukan kawasan penanaman yang
besar.
Menggunakan bahan-bahan kitar semula.
Menjimatkan wang, masa dan wang.
Menyokong kempen menghijaukan bumi.
Menjimatkan tenaga dan memaksimumkan
penggunaan kecekapan tenaga.
Sekian,
Terima Kasih