kuliah 4 & 5

Download Report

Transcript kuliah 4 & 5

KPT 4033 :TEKNOLOGI &
INOVASI DALAM PENDIDIKAN
KULIAH 4 DAN 5 :
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(Computer-Assisted Instruction [CAI]) &
PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN KOMPUTER
(Computer-Integrated Instruction [CII])
Faculty of Information and Communication Technology
PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (CAI)
• Pengajaran mata pelajaran menggunakan koswer atau
perisian yang dibina khusus untuk mencapai objektif
sesuatu kurikulum mata pelajaran tersebut
• Bertujuan memudahkan proses P&P menggunakan
kelebihan ciri-ciri multimedia:
•
•
•
•
•
•
Teks
Grafik
Animasi
Video
Audio
Interaktif
• Dibina dengan mengambil kira keupayaan individu pelajar dan
berpusatkan pelajar
PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (CAI)- Sambung…
• Sistem ini selalunya mengandungi fungsi:
– Mentaksir keupayaan pelajar sebelum pembelajaran (ujian
pra pembelajaran)
– Menyediakan bahan pembelajaran yang bersifat interaktif
– Menyediakan kemudahan latih tubi bagi meningkatkan
penguasaan pelajar terhadap pengetahuan sesuatu topik
– Menyediakan permainan pendidikan yang boleh menarik
minat pelajar untuk belajar sambil bermain
– Menyediakan pentaksiran selepas pembelajaran (ujian pasca
pembelajaran)
– Merekod progres dan skor pencapaian pelajar
PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (CAI)- Sambung…
Melibatkan beberapa istilah dengan pengertian hampir sama
•
Pengajaran Berbantukan Komputer (CAI)
– Berasal daripada istilah asal adalah Computer-Assisted Instruction
(CAI)
– Guru mengunakan perisian kursus untuk mencapai objektif
pengajaran
•
Pengajaran Berasaskan Komputer
– Daripada istilah Computer-based Instruction (CBI)
– Maksud yang serupa dengan CAI
•
Pembelajaran Berbantukan Komputer
– Daripada istilah Computer-Assisted Learning (CAL)
– Murid menggunakan perisian kursus untuk mempelajari sesuato topik
•
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
– Daripada istilah Computer-Assisted Language Learning (CALL)
– Pembelajaran bahasa menggunakan teknologi komputer sebagai alat
paparan, peneguhan, pentaksiran dan rekod
PENGAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (CAI)- Sambung…
• Latihan Berasaskan Komputer
– Berasal daipada istilah Computer Based Training (CBT)
– Latihan dijalankan dengan bantuan komputer termasuk
secara atas talian
• Pembelajaran Berasasan Web (PBW)
– Daripada istilah Web-based Learning (WBL)
– Murid belajar sesuatu topik pelajaran menggunakan bahan
yang dibina dalam Web (on-line)
• Pengajaran Berasaskan Web
– Daripada istilah Web-based Instruction (WBI)
– Guru menggunakan bahan dalam Web bagi mencapai objektif
pengajaran
• Latihan Berasaskan Web
– Berasal daripada istilah Web-based Training (WBT)
– Latihan dijalankan secara atas talian
PERISIAN CAI
•
•
•
•
•
Tutorial
Simulasi
Latih tubi
Permainan pendidikan
Persekitaran penerokaan
PERISIAN CAI – Sambung…
•
•
•
•
•
Latih tubi- murid boleh berlatih melaksanakan aktiviti berulang kali
untuk meningkatkan kemahiran membuat keputusan tanpa
mengambil masa yang lama
Dunia mikro dan permainan berkomputer- pelajar berfungsi sebagai
sebahagian daripada eleman atau pembolehubah dalam permainan
berkomputer bagi menyelesaikan masalah melalui simulasi
persekitaran maya
Latihan amali- perisian aktiviti simulasi fizikal bagi menggantikan
amali sebenar dalam makmal yang memerlukan perkakasan mahal
dan merbahaya
Simulasi- komputer melaksanakan simulasi keadaan sebenar
membolehkan pelajar menyesuaikan diri sebelum mengguna atau
mengalami keadaan sebenar
Tutorial- perisian yang mengandungi siri langkah yang perlu diikuti
bagi mencapai objektif
PEMBELAJARAN BAHASA
BERBANTUKAN KOMPUTER
Computer Assisted Language Learning (CALL)
•
•
•
•
•
Merupakan sebahagian daripada Pembelajaran Berbantukan
Komputer tetapi khusus kepada pembelajaran bahasa
Menggunakan segala kelebihan komputer (persembahan isi
pelajaran, pentaksiran, penilaian kefahaman dan peneguhan,
interaktif) bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran
Pernah dikenali sebagai Computer Assisted Language Instruction
(CALI), popular di USA sehingga akhir dekad 1980an
Pada tahun1980an CALL berkembang dengan penggunaan
multimedia dan komunikasi berasaskan teknologi komputer
Pada tahun 1990an kerana kemajuan teknologi maka wujud istilah
Technology Enhanced Language Learning (TELL), namun ia
kurang digunakan
PEMBELAJARAN BAHASA
BERBANTUKAN KOMPUTER
Computer Assisted Language Learning (CALL)
•
Program CALL mengandungi rangsangan (sama ada dalam bentuk
teks, imej, bunyi, video, audio)
•
Pelajar bertindak seperti menaip menggunakan papan kekunci,
memilih dan klik menggunakan tetikus atau bercakap menggunakan
mikrofon.
•
Komputer memberi maklum balas sama ada tindakan pelajar betul
atau salah, memberi gambaran, bimbingan kepada jawapan yang
betul atau mengemukakan cadangan mengulang pelajaran
•
Perisian CALL boleh didapati dalam CD-ROM, DVD atau berasaskan
Web (Web-based CALL)
KEBERKESANAN CAI
•
•
•
•
Boleh meningkatkan prestasi pembelajaran
Mengurangkan masa untuk mencapai objektif
Meningkatkan kemahiran menyelesai masalah
Membantu pelajar membuat pembetulan dan
menyatakan idea sendiri
• Memberi penekanan terhadap strategi
mengemukakan alasan bagi setiap tindakan
• Membantu meningkatkan keupayaan berkomunikasi
dan membuat keputusan
KEBAIKAN CAI
•
•
•
•
P&P menjadi lebih interaktif, meningkatkan penglibatan
pelajar dalam setiap 20 saat bertindak kepada rangsangan,
berbeza dengan kaedah penerangan oleh guru
Pembelajaran mengutamakan keupayaan individu, tahap
kendiri, carian kendiri, pentaksiran kendiri dan mengikut gaya
belajar kendiri
Pembelajaran lebih fleksibel dengan interaksi yang
menggalakkan pelajar meneroka dan mencuba, memahami
dan mengemukakan soalan (method of tutorial question and
student response)
Pembelajaran menggunakan pelbagai media sebagai alat
memudahkan pembelajaran, bukan tambahan yang hanya
meningkatkan kos
KELEMAHAN CAI
•
•
•
•
•
•
•
Sukar membina perisian kursus yang memenuhi keperluan gaya
belajar dan kurikulum
mendapat perisian yang memenuhi gaya belajar, kurikulum dan jenis
maklumat yang berbeza
Guru tidak memiliki cukup kemahiran menggunakan perisian kursus
dalam P&P
Peralatan komputer tidak dapat memenuhi keperluan perisian kursus
menyebabkan sebahagian daripada elemen perisian tidak dapat
berfungsi
Terlalu mementingkan teknologi, bukan mementingkan pencapaian
objektif pelajaran
Pelajar tidak memiliki kemahiran menggunakan perisian kursus
dengan berkesan
Sukar mendapatkan perisian kursus yang baik dan sesuai dengan
budaya pelajar
Apa perlu diambil kira sebelum
menggunakan CAI?
PERSIAPAN GURU
• Perlu ada keinginan meningkatkan kualiti dan keberkesanan
pengajaran menggunakan teknologi
• Pandai mengurus masa untuk menyelidik, membangun,
pemilihan perisian kursus dan menyampaikan pengajaran
• Memiliki pengetahuan memilih dan menyesuaikan bahan
dengan pelajar dari pelbagai latar belakang, kemudahan
mengakses perisian dan gaya belajar (Technology
Pedagogical Content Knowledge)
• Berpengetahuan dalam merancang dan melaksana pengajaran
dengan berfungsi sebagai pemudahcara dan fleksibel (selfdirected, self-assessed, self-accessed, self-paced)
• Memiliki keinginan menggunakan teknologi seperti Internet,
mel elektronik, Learning Content Management System (LCMS)
MASALAH & CABARAN
GURU
• Menghadapi kekurangan kemudahan
• Perisian tidak sesuai dengan guru, kurikulum dan murid
• Beban kerja bertambah terutama dalam menyesuaikan kaedah
baru dan mengintegrasi perisian ke dalam pengajaran
• Menghadapi masalah teknikal
• Masalah mengawal pengajaran dalam makmal komputer
• Masalah pelajar mengulang pelajaran kerana menggunakan
kaedah self-paced
• Pelajar hilang motivasi dan tidak berminat menggunakan
perisian
• Sikap negatif rakan sekerja
• Tiada masa untuk preview perisian
• Perisian ini serasi untuk komputer ini tetapi tidak untuk
komputer lain
MATLAMAT TAMBAHAN
PENGGUNAAN MODUL CAI
• Melatih pelajar belajar mempelajari teknik tertentu
• Membolehkan pelajar membina kemahiran
menggunakan teknologi komputer
• Membantu pelajar mengingat fakta-fakta,
memahami konsep, prosedur dan prinsip
• Menggalakkan pelajar bekerja secara kolaboratif,
berbincang dan mengemukakan pendapat
mengenai sesuatu topik yang dipelajari
• Meningkatkan minat pelajar terhadap penggunaan
ICT sebagai salah satu kaedah belajar
MATLAMAT GURU
MENGGUNAKAN CAI DALAM
P&P
• Meningkatkan keberkesanan pengajaran
• Pembelajaran berlaku dalam masa singkat
• Menjimatkan masa untuk menjalankan
penyelidikan tentang P&P
• Menjimatkan masa untuk melaksana dan
mengurus pentaksiran
• Menjimatkan perbelanjaan
• Mengambil kira keperluan semua pelajar
KEBAIKAN PENGGUNAAN
CAI KEPADA SEKOLAH
• Dalam jangka masa lama akan mengurangkan kos P&P
• Kakitangan sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran
bagaimana memenuhi keperluan murid yang pelbagai
• Kualiti dan prestasi akademik sekolah meningkat
• Menghasilkan pelajar yang memiliki pengetahuan dan
kemahiran menggunakan teknologi yang boleh meningkat
pasaran kerja
• Meningkatkan gred kualiti sekolah sebagai
• Sekolah dapat mengamalkan prinsip pembelajaran fleksibel
dalam aspek masa dan ruang
• Membentuk persediaan untuk membangun dan melaksanakan
program pembelajaran jarak jauh
Ada Soalan?
PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN
KOMPUTER (CII)
• CII di definasikan sebagai penggunaan
perisian umum komputer seperti pemproses
perkataan (Ms word), pangkalan data (Ms
acess), dan program grafik, bagi membantu
pelajar menyelesaikan masalah atau kerja
dengan lebih berdaya maju.
• Satu pilihan lain penggunaan pengajaran
berbantukan komputer (CAI).
PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN
KOMPUTER (CII) – Sambungan…
• CII melibatkan penggunaan komputer sebagai alat
penyelesaian masalah
– Peralatan ini menjadi perantara (medium) bagi
melengkapkan sebahagain kerja dan
mempertingkatkan kemampuan pengguna
– Bina/reka alat atau pilih dari pelbagai alat sedia ada
dan gunakan pada tugasan untuk penyelesai masalah
• Campur tangan antara pengguna maklumat yang
hendak dibuat, diterima, disimpan, dimanipulasi
(manipulated) atau dihebahkan (disseminated)
PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN
KOMPUTER (CII) – Sambungan…
• CII memfokuskan kepada komputer sebagai alat yang
berdaya pengeluaran (sebagai bantuan kepada
penyelesaikan masalah):
1. Pek perisian aplikasi umum (generic) atau serumpun
seperti pangkalan data, grafik, helaian elektronik,
pemprosesan perkataan dan telekomunikasi. Boleh
digunakan dalam pelbagai subjek dan aras peringkat
pembelajaran
2. Penggunaan perisian khusus yang direka bentuk untuk
masalah yang berlaku dalam kursus atau tatatertib ilmu
(disciplines) tertentu seperti mengubah muzik, Reka
bentuk Berbantukan Komputer (CAD), Perisian pelukis
grafik (penggambaran, lukisan drafting atau lukisan
kejuruteraan).
PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN
KOMPUTER (CII) – Sambungan…
• Komputer sebagai alat :
– Aplikasi komputer sebagai pembantu penyelesai hajat umum
menggunakan pemproses perkataan, pangkalan data, grafik,
helaian elektronik, dan pek aplikasi lain perlu di gabungkan
seluruhnya ke dalam rancangan pengajaran dan kurikulum
– Pelajar perlu menerima latihan khusus bagi menggunakan
peralatan ini, secara mutlaknya sebelum tamat persekolahan
rendah. Rancangan pelajaran sekolah menegah, harus
beranggapan pelajar telah tahu bagaimana hendak
menggunakan alatan ini dan menambahkan lagi latihan
khusus dalam penggunaannya.
– Keseluruhan sekolah menengah dan di pengajian tinggi,
pelajar diharapkan menggunakan perlatan ini dengan kerap
dan guru harus merancang pelajaran (kurikulum) dan
tugasan agar dapat mengambil kelebihan ini untuk
menambah baik pengetahuan komputer sebagai alat.
Bacaan Tambahan
•
•
•
Papert, S. Mindstorms: Children, Computers and
Powerful Ideas. New York: Basic Books, Inc.,
(1980).
Forcier, R. The Computer as an Educational Tool:
Productivity and Problem Solving. New Jersey:
Prentice-Hall, (1999).
Lockard, J, Abrams, P. & Many, W.
Microcomputers for the Twenty-First Century
Educators. New York: Longman, (1997).
Guru! CAI atau CII?
• Untuk memilih CAI atau CII, guru sekurangkurangnya perlulah memahami perkara-perkara
berikut:
– Proses P & P
– Teknologi dan Pendidikan
– TPCK
– Komputer dalam Pendidikan
– ICT dalam pembelajaran konstruktif
PROSES P&P
Pengalaman,
Penyelidikan,
Inkuiri
Wacana
awam
Refleksi
pembelajaran
Komunikasi/interaksi
PROSES P&P (Sambung…)
• Wacana Awam
 Buku
 Terbitan
berkala
 Akhbar
 Majalah
 Filem
 Muzik
 Tarian
 Dll.
• Pengalaman, Penyelidikan
& Inkuiri
 Penjanaan data
 Kumpulan berinteraksi
dengan antologi bacaan
 Penerokaan terarah kendiri
 Penyediaan projek
individu/kumpulan
 Interaksi dengan laman web
 Penyelidikan
 Pemerhatian
 dll
PROSES P&P (Sambung…)
• Komunikasi /
Interaksi
•
•
•
• Refleksi/Pembelajaran
Bersemuka (face-to-face)
– Empat mata
– Kumpulan kecil
– Diskusi
Kumpulan
– Kumpulan kerja
– Seluruh kelas
Bertulis/elektronik
– Kendiri
– Individu kepada individu
– Kumpulan kecil
– Diskusi
 Teknologi membantu
pembelajaran berlaku
mengikut teori:
 Tingkahlaku
 Kognitif
 Konstruktif
TEKNOLOGI & PENDIDIKAN
guru
Isi pelajaran
(maklumat)
Inovasi
Proses
pembelajaran
Pedagogi
Teknologi
murid
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
OLEH GURU
• Guru hanya bersedia menggunakan
teknologi sebagai alat pengajaran jika
memiliki Technological Pedagogical Content
Knowledge (TPCK)
– Mahir menggunakan teknologi yang hendak
digunakan
– Kefahaman mendalam tentang struktur isi
pelajaran yang hendak diajar
– Pengetahuan menyesuaikan isi pelajaran
dengan keupayaan teknologi untuk
pengajaran
– Memiliki keinginan memperbaiki kaedah
pengajaran
KOMPUTER DALAM
PENDIDIKAN
Pentadbiran
Pendidikan
Subjek
Komputer
Pengajaran &
Pembelajaran
Berintegrasi
Komputer
Penyelidikan
Pendidikan
Berbantukan
Komputer
Sila beri satu contoh bagi setiap kategori di atas
KOMPUTER SEBAGAI SUBJEK
• Pengajaran komputer- mempelajari ilmu mengenai
komputer seperti:
Networking
– Sekolah/kolej
• Information and Communication Technology (ICT)
• Produksi Multimedia
• Pengkomputeran
Application
• Grafik berkomputer
software
• ICTL/KDP
– Institut pengajian tinggi
Operating
• Pangkalan data
System
Games
• Sistem komputer
• Pengaturcaraan
• dll
BERBANTUKAN KOMPUTER
• Komputer sebagai alat P&P:
– Pengajaran Berbantukan Komputer Computer Aided Instruction
(CAI)
– Pembelajaran Berbantukan Komputer Computer Aide Learning
(CAL)
– Pembelajaran Berasaskan Komputer Computer-Based Learning
(CBL)
– Latihan Berasaskan Komputer Computer Based Training (CBT)
– Pentaksiran Berbantukan Komputer Computer Aided
Assessment (CAA)
– Komunikasi bermediakan komputer Computer Mediated
Communications (CMC)
MENGAPA GUNA
TEKNOLOGI ICT?
Guru:
– Membantu guru menjelaskan isi pelajaran
menggunakan pelbagai media. Contoh PPSMI
sebagai perisian kursus pengajaran (teaching
coursewares)
– Mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru
berkaitan dengan penyampaian pengajaran
seperti peneguhan, pengulangan penerangan
dan pentaksiran
– Membantu guru bertindak sebagai
pemudahcara
MENGAPA GUNA
TEKNOLOGI ICT?
Pelajar:
– Pembelajaran kendiri
• Tahap kendiri (Self-paced)
• Capaian kendiri (Self-Access)
• Arah Kendiri (Self-directed)
• Penilaian dan pentaksiran kendiri (Self-assessment)
– Memenuhi gaya belajar individu melalui pelbagai media
yang digunakan dalam perisian pendidikan
• Gaya belajar visual
• Auditori
• Kinestetik
ICT DALAM PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIF
• Pembelajaran konstruktif
– Pembelajaran tidak berlaku sendiri tetapi adalah hasil
pengalaman sebenar pelajar (Jonassen, 1991)
– Makna terbina berasas pengalaman individu ketika
meneroka alam (Duffy, 1991), berakar menjadi
kefahaman dan peganggan hidup (Brown, 1991)
– Pelajar perlu aktif dalam aktiviti memperoleh dan
memahami makna sesuatu yang hendak dipelajari
(Perkins, 1991)
– Guru perlu terlibat membantu pelajar memperoleh
pengetahuan dan memastikan aktiviti yang diguna
menyokong pembinaan pengetahuan (constructing
knowledge)
– Peranan guru adalah menyediakan persekitaran yang
menggalakkan proses pembinaan pengetahuan berlaku
ICT DALAM PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIF
•
ICT boleh digunakan dalam membina lima (5)
komponen persekitaran berikut:
–
–
–
–
–
•
Bank maklumat
Alas simbol
Kit pembangunan
Fenomenaria
Pengurusan tugasan
Dalam sebuah pembelajaran tidak semua
persekitaran di atas perlu diadakan jika tidak
signifikan
(Perkins, 1991)
BANK MAKLUMAT
• Information banks merupakan tempat maklumat
atau topik yang hendak dipelajari disimpan dengan
lengkap dan boleh dicapai oleh pelajar
• Contoh:
– ICT:
• Thesaurus
• Encyclopedia atas talian
• Laman Web
• Leaning Management System (LMS)
• Perisian kursus
ALAS SIMBOL
• Symbol pads merupakan tempat yang
membolehkan pelajar membina dan
memanipulasi simbol menjadi maklumat
– Contoh:
• Perisian pemprosesan perkataan
• Perisian grafik
• Perisian persembahan
• Perisian hamparan elektronik dll
KIT PEMBANGUNAN
• Construction kits merupakan alat yang
membolehkan pelajar membina maklumat dalam
bentuk sebenar atau secara metafora
• Melalui kit pembangunan ini pengetahuan yang
terbina dalam pemikiran dapat dipersembahkan
secara visual
– Contoh:
• Bahasa pengaturcaraan
• Fitur di dalam hamparan elektronik
• Fitur dalam perisian CAD
• Fitur dalam perisian persembahan
FENOMENARIA
• A phenomenarium dikenali juga sebagai
makmal iaitu kawasan yang khusus untuk
mempersembahkan sesuatu fenomena dan
kesannya
– Contoh:
• Simulasi
• Permainan berkomputer
• Makmal maya (virtual laboratory)
PENGURUSAN TUGASAN
• A task manager merupakan set panduan
untuk dirujuk oleh pelajar bagi mendapatkan
maklumat mengenai tugasan dan proses
pembelajaran serta hasil atau objektif yang
hendak dicapai
– Contoh:
• Pengurusan tugasan berasaskan elektronik
• Pengajaran berbantukan komputer (CAI)
• Sistem tutoran pintar (Intelligent tutoring
systems)
PROSES P&P
KONVENSIONAL
1. Kawalan oleh guru bagi memastikan pelajar belajar
2. Guru memberi arahan jelas dan memberi fokus
kepada pengajaran
3. Rutin guru adalah memberi maklum balas dan
memberi peneguhan kepada setiap peringkat
pembelajaran
4. Guru merumus dan mengulang ajar jika perlu untuk
membantu pelajar memahami isi pelajaran
PROSES P&P KONVENSIONAL
– Sambungan…
• Terlalu bergantung kepada:
– Bank maklumat:
• guru, buku teks
– Alas simbol:
• Papan tulis, buku nota dan lembaran kerja
– Pengurusan tugasan:
• Arahan lisan guru dan arahan bertulis
• Tiada/sangat kurang set pembangunan dan
fenomenaria
• Pembelajaran berlaku dengan cara guru
menerangkan, kurang membentuk pengetahuan
melalui pengalaman
• Pelajar tidak boleh mengurus pelajaran sendiri
Rehat sekejap….
Sejarah Komputer Dalam
Pendidikan
•
•
•
•
•
•
Bermula sejak penciptaan MARK 1 pada 1944 di Harvard dan ENIAC
pada 1946 di University of Pennsylvania
Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula untuk matematik,
sains dan kejuruteraan sebagai alat penyelesaian masalah matematik
Pada 1959, di University of Illinois, Donald Bitier membina PLATO
(Programmed Logic for Automatic-Teaching Operations) komputer
berskala besar
1963 John Kemeny & Thomas Kurtz di Dartmouth mula guna komputer
untuk memproses pendaftaran kumpulan secara kad tebuk
Konsep time-sharing yang membenarkan pelajar berinteraksi terus
dengan komputer mula diperkenalkan dengan menggunakan bahasa
FORTRAN.
Kemeny dan Kurtz membina bahasa BASIC yang lebih mudah
digunakan
Sejarah Komputer Dalam Pendidikan
Pengajaran Berbantukan Komputer
• Pada1963 di Stanford, Patrick Suppes dan Richard Atkinson
menubuhkan R&D CAI untuk Matematik dan bacaan
• Program ini membenarkan murid mengambil bahagian aktif
dalam prosess pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi
(drill-and-practice)
• Awal dekad 70an di MIT, Seymour Papert membina
pendekatan baru dengan bahasa LOGO bagi mengajar
matematik dalam persekitaran "micro world“
• LOGO menjadi bahasa yang digunakan untuk literasi komputer
di peringkat sekolah rendah
• Kemudian Papert mengembangkan LOGO kepada LEGO
construction kits menggunakan satu pendekatan melihat
pembelajaran sebagai proses konstruktif pengetahuan
Sejarah Komputer Dalam
Pendidikan
Komputer mikro
• Harga konputer yang sangat
• 1975 komputer yang lebih murah mula dicipta
• Akhir dekad 70an komputer ada di mana-mana dengan harga
jauh lebih murah
• Komputer menjadi milikan peribadi dikenali sebagai komputer
peribadi
BACAAN TAMBAHAN
•
•
•
•
•
Papert, S. Mindstorms: Children, Computers and
Powerful Ideas. New York: Basic Books, Inc.,
(1980).
Grabe, M & Grabe, C. Integrating Technology for
Meaningful Learning. Boston: Houghton Mifflin,
(1998).
Lockard, J, Abrams, P. & Many, W.
Microcomputers for the Twenty-First Century
Educators. New York: Longman, (1997).
http://www.lupinworks.com/lct
http://www.thejournal.com
SOAL JAWAB
TERIMA KASIH