PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN (PPS) SEKOLAH

Download Report

Transcript PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN (PPS) SEKOLAH

PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM (PPS) SEKOLAH
Definisi PPS
Persatuan/Badan/Pasukan/Pertubuhan/
Pergerakan yang ditubuhkan secara formal
oleh sesebuah institusi atau agensi
berdasarkan sesuatu akta dengan ahlinya
memakai pakaian seragam yang
ditetapkan mengikut peraturan yang telah
diwartakan atau termaktub dalam
peraturan dan undang PPS berkenaan.
Dasar Penubuhan PPS
Guru besar atau pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis bagi penubuhan
PPS/badan beruniform di sekolah masing-masing.
(Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah) 1998Warta kerajaan [P.U.(A).196]
Guru besar atau pengetua digalakkan supaya
menubuhkan PPS/badan beruniform yang boleh
didaftarkan sebagai sebagai badan/pasukan/unit
gabungan dengan PPS yang sedia ada di peringkat
daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa –
[Peraturan 11; Peraturan Pendidikan (Persatuan
sekolah) 1998]
Jenis PPS

Terdiri daripada 4 kategori
a. PPS agensi/pertubuhan kerajaan (GO)
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
(darat/laut/udara)
- Pasukan Kadet Polis
- Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat
- Pasukan Kadet JPA 3.
- Pasukan Kadet Trafik
b. PPS agensi/pertubuhan bukan
kerajaan (NGO).
- Persatuan Pengakap
- PBSMM
- St.John Ambulan Malaysia
(SJAM)
- Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- Persatuan Puteri Islam Malaysia
- Persatuan Briged Puteri Malaysia
c. PPS Kementerian Pelajaran
Malaysia.
- Kadet Remaja Sekolah
(Menengah)
- Tunas Kadet Remaja Sekolah
(Rendah)
- Pasukan Pancaragam Sekolah
d. Pasukan/pertubuhan Seni Bela Diri
(Diiktiraf sebagai PPS dalam Surat
perkeliling iktisas Bil. 2/1997)
-
Persatuan
Persatuan
Persatuan
Persatuan
Persatuan
Persatuan
Persatuan
Silat Gayong
Teakwando
Karate Do
Wushu
Judo
Silamban
Silat Cekak
Matlamat Penubuhan
Objektif Am;
1.
Melahirkan pelajar bersemangat patriotik
yang cintakan masyarakat,bangsa,
negara dan agama.
2.
Melahirkan pelajar yang menginsafi
kewujudan mereka sebagai ‘bunga
bangsa’ menjadi warga negara yang
bertanggungjawab sepenuhnya kepada
kesejahteraan, keamanan, keselamatan
dan kemakmuran masyarakat, bangsa
dan negara.
3. Melahirkan pelajar yang bersatu padu
menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke
arah pembentukan sebuah Malaysia yang
berbudaya, berdisplin, berilmu dan
berperikemanusiaan.
4. Melahirkan pelajar yang prihatin kepada masalah
dan cabaran yang mendepani masyarakat,
bangsa dan negara serta sanggup
berkesanggupan menghadapi dan mengatasinya.
5. Melahirkan pelajar yang memahami dan
menginsafi tanggungjawab dan peranan masingmasing demi menjaga kemakmuran dan
keharmonian masyarakat, bangsa dan negara.
6. Melahirkan pelajar yang meminati dan
menghayati nilai-nilai kesukarelawan dan
semangat pasukan yang utuh.
7. Melahirkan pelajar yang berani dan cekal
menghadapi pelbagai masalah dan
cabaran serta berkemampuan
menyelesaikan dan mengatasi masalah
dan cabaran dengan bijaksana, inovatif,
kreatif dan penuh berdisplin.
8. Melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
asas dalam bidang kerjaya yang mereka
minati, khusus kerjaya dalam PPS.
Ojektif khusus;
1.
2.
3.
4.
5.
Memupuk dan memantapkan lagi displin kendiri dalam
mematuhi peraturan dan undang-undang.
Memperteguh semangat patriotik dan esprit de corps
Menambah dan mempertingkatkan kemahiran ikhtiar
hidup dan membantu orang lain
Memupuk semangat dan kemahiran berdikari dalam
menghadapi sebarang masalah dan dugaan
Memantapkan jasmani dan emosi demi meningkatkan
ketahanan diri.
6. Mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang
aspek keselamatan diri, masyarakat, bangsa dan negara
7. Menyalurkan jasa dan bakti kepada rakan-rakan,
masyarakat, bangsa, negara dan agama.
8. Memupuk dan memantapkan pengetahuan berkaitan
kerjaya yang diminati yang berasaskan PPS.
9. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi
untuk memupuk keharmonian dan perpaduan.
10. Memupuk dan memantapkan pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran kepimpinan.
11. Menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelawanan
dan sikap tolong menolong ke arah pembentukan
perpaduan masyarakat majmuk
Proses Penubuhan







Tubuhkan jawatankuasa penaja
Kemukakan surat permohonan penubuhan PPS
kepada pengetua. (Tindakan JK penaja)
Terima permohonan bertulis untuk menubuhkan
PPS dan pertimbangkan untuk diberi sokongan
(tindakan- pengetua)
Rujuk permohonan ke Pusat PPS yang terdekat
Terima Ulasan dan surat sokongan dari pusat PPS
dan hantar ke Jabatan Pendidikan Negeri.
Terima dan kaji proses permohonan (tindakan –
JPN)
Panjangkan permohonan yang disokong ke PPS
Negeri (Tindakan – JPN)



Terima keputusan permohonan penubuhan
daripada PPS negeri dan hantar salinan ke
PPD dan sekolah berkenaan
Menerima keputusan dan memulakan
proses penubuhan PPS disekolah;
- Tubuhkan organisasi pentadbiran dan
pengurusan.
- Melantik pegawai/penasihat
- Pendaftaran keanggotaan
Menyediakan laporan penubuhan PPS
beserta jadual latihan dan aktiviti ke JPN
dan PPD (tindakan – pengetua)