Pel. 25 Riwayat Hidup Rasulullah

Download Report

Transcript Pel. 25 Riwayat Hidup Rasulullah

BAB 25:
RIWAYAT HIDUP
RASULULLAH
Isi kandungan
1.0 Salasilah Keturunan Rasulullah s.a.w
2.0 Nabi Muhammad s.a.w Sebelum
Menjadi Rasul
3.0 Nabi Muhammad s.a.w Menjadi Rasul
4.0 Rasulullah s.a.w Contoh Terunggul
NABI MUHAMMAD SAW
Berasal daripada keturunan bangsawan Arab Quraisy
Keturunan bapa dan ibunya bersatu pada datuk baginda bernama Kilab
Kilab
Fatimah
Qusai
Abdu Manaf
Hashim
Abdul Mutalib
Abdullah
Nabi Muhammad SAW
Aminah
Wahab
Abdu Manaf
Zaahrah
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH
1.SEMASA KELAHIRAN
• Lahir di Mekah
• Hari Isnin,12 Rabiulawal (20 April 570M)
• Dikenali Tahun Gajah
• Tahun itu, berlaku peristiwa Abrahah AlAsyram (raja Yaman) menyerang Kota Mekah
untuk meruntuhkan Kaabah
• Bapa nabi wafat ketika baginda masih dalam
kandungan ibunya
VIDEO KELAHIRAN
2.SEMASA BERSAMA IBU SUSUNYA
• Baginda disusui oleh ibunya dan Suwaibatul
Islamiah sebelum diserahkan kepada
Halimatus Saadiah (Kabilah Bani Saad)
• Ketika berumur 4 tahun, baginda membantu
ibu susuannya mengembala kambing
3.SEMASA BERSAMA IBUNYA
• Baginda diserahkan semula pada ibunya
ketika berumur 5 tahun
• Aminah dan Ummu Aiman membawa
baginda menziarahi kubur bapanya di
Madinah ketika berumur 6 tahun
• Ibunya wafat dan dikebumikan di Abwak
berhampiran Madinah
• Baginda dipelihara pula oleh datuknya Abdul
Mutalib
4.SEMASA BERSAMA DATUKNYA
• Pada ketika itu, datuknya pemimpin Mekah
• Nabi disayangi dan dibawa ke mana-mana
sahaja
• Datuknya wafat semasa nabi berumur 8
tahun dan dipelihara pula oleh bapa
saudaranya,Abu Talib.
5.SEMASA BERSAMA BAPA SAUDARANYA
• Abu Talib,seorang yang miskin,mempunyai 10 orang
anak
• Nabi menggembala kambing untuk menolong bapa
saudaranya
• Ketika berumur 12 tahun,baginda di bawa ke Syam
oleh Abu Talib untuk berniaga
• Di Syam mereka bertemu dengan Buhaira’ yang
memberitahu ada tanda kerasulan pada Nabi dan
segera menyuruh Abu Talib membawanya pulang
ditakuti akan dibunuh oleh orang yahudi
6.SEMASA REMAJA
• Baginda berkongsi perniagaan dengan pemuda
Quraisy (As-Saib b. Abi As-Saib)
• Ketika usianya 25 tahun,baginda ditawarkan
Khadijah bt Khuwalid berdagang ke Syam dibantu
oleh Maisarah
• Keutungan yang diperoleh dan kejujuran baginda
menyebabkan Khadijah melamar baginda dan
mereka berkahwin
• Nabi berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun
• Mereka dikurniakan 6 orang anak, 2 orang putera
dan 4 puteri.2 puteranya (Kasim dan Abdullah
meninggal dunia semasa kecil)
7.NABI MUHAMMAD MENJADI RASUL
• Ketika berusia 40 tahun, baginda sering
mengasingkan diri di gua Hira’ untuk beribadat
• Pada 17 Ramadhan (6 Ogos tahun Masihi) datang
malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama iaitu
ayat 1-5 surah Al-Alaq.
• Baginda terkejut dan memberitahu isterinya tentang
peristiwa tersebut
• Mereka bertemu Waraqah dan diberitahu Nabi adalah
Rasulullah
• Selepas 40 hari, Nabi didatangi Jibril dan wahyu
kedua turun iaitu ayat 1-6 surah al-Mudatthir
RASULULLAH SAW
CONTOH TERUNGGUL
Sebelum menjadi Rasul, baginda
sangat dihormati atas budi dan akhlak
mulianya sehingga digelar al-Amin
kesan peristiwa perletakan batu
Hajar Aswad.
DI ANTARA SIFAT-SIFAT
RASULULLAH SAW
Amanah
Pemurah
Menepati janji
Pemaaf
Bertanggungjawab
Sabar
KUIZ
1.
Bilakah Rasulullah s.a.w dilahirkan?
A Hari Isnin,12 Rabiulawal, Tahun Gajah
B Hari Isnin,12 Rabiulakhir, Tahun Gajah
C Hari Isnin,12 Jamadilawal, Tahun Gajah
D Hari Isnin,12 Jamadilakhir, Tahun Gajah
2.
Siapakah ibu susuan baginda?
A Ummu Aiman
B Halimatus Saadiah
C Siti Khadijah
D Siti Aisyah
3.
Siapakah yang membesarkan Nabi Muhammad s.a.w selepas datuk baginda
meninggal dunia?
A Jaafar Bin Abu Talib
B Ali Bin Abu Talib
C Abbas
D Abu Talib