bab 9 slide - WordPress.com

Download Report

Transcript bab 9 slide - WordPress.com

BAB 9
JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI
MALAYSIA
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami erti jentera pentadbiran kerajaan di negara ini.
2. Menghuraikan kewujudan dan keperluan jentera pentadbiran
kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri.
3. Mengenali dan menghayati prosedur jentera pentadbiran
kerajaan yang ada.
PENGENALAN
•
•
•
•
Ciri utama wujudnya sesebuah negara.
Satu lambang kepada negara Malaysia yang merdeka.
Tanda diuruskan oleh rakyat negara ini sendiri.
Memelihara
keamanan
serta
melaksanakan
pembangunan sosioekonomi demi kepentingan rakyat.
• Pentadbir awam merupakan jentera utama kepada
kelancaran pembangunan negara.
– Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran harian.
– Terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan dasardasar awam.
– Kekal walaupun bertukar pemerintah melalui pilihanraya.
JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
• Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Kuasa
Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada
Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara.
• Organisasi tertinggi yang menjalankan Kuasa Eksekutif
ialah Kabinet atau Jemaah Menteri.
• Segala dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh
pegawai-pegawai awam yang berkhidmat dalam
organisasi-organisasi kerajaan yang berkaitan.
– a) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa
Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Majlis
Tanah Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan
– (b) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di
bawah kuasa atau budi bicara kerajaan dan
pihak pentadbiran seperti Kementerian,
jabatan dan Perbadanan-Perbadanan Awam.
Kabinet
• Merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan
kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan dan ini
dilakukan di atas nama Yang Di Pertuan Agong
(YDPA).
• Dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan
majoriti di dalam Dewan Rakyat.
• Diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai
Perdana Menteri.
• Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong
daripada salah seorang ahli Dewan Rakyat dan
mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut.
• Perdana
Menteri
bertanggungjawab
untuk
memaklumkan dan menjelaskan kepada Yang Di
Pertuan Agong tentang pentadbiran negara.
• Tugas
utama
Perdana
Menteri
ialah
mempengerusikan kabinet serta mengetuai kerajaan
dalam hal-hal berkaitan dasar negara.
• Dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri.
• Dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen
iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
• Bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap
keputusan dasar yang dibuat oleh kabinet.
• Lazimnya kabinet bermesyuarat sekali seminggu
• Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara
(KSN).
Organisasi Kerajaan yang Ditubuhkan Atas Budi
Bicara
• Organisasi-organisasi ini dibentuk atas budi bicara
kerajaan bagi membantu melicinkan lagi
kelancaran pentadbiran.
Kementerian
• Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
(a) Jabatan Perdana Menteri
• Diketuai oleh Perdana Menteri
• Dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri utama
dan Timbalan-timbalan Menteri yang khusus bagi Jabatan Perdana
Menteri.
• Kementerian yang amat penting.
• Sebagai perancang, perumus dan penyelaras segala dasar negara
• Menentukan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar oleh
kementerian-kementerian
• Terdapat berbagai unit, bahagian atau jabatan tertentu
dibawahnya
(i) Unit Perancangan Ekonomi Negara (EPU)
(ii) SERU – Sosio-Economy Research Unit
(iii) MAMPU – Manpower Administration &
Modernisation Planning Unit
(iv) JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(b) Kementerian-Kementerian
• Khusus untuk sektor-sektor penting di dalam negara.
• Diketuai oleh seorang menteri
• bertanggungjawab di dalam melaksanakan bidang kuasa
yang disebut Portfolio.
• Bertanggungjawab menggubal dasar, merancang program
dan melaksanakannya di bawah arahan polisi seorang
menteri.
• Struktur organisasi
• ibu pejabat kementerian, jabatan dan perbadanan di
bawah kawalannya.
• Pegawai Tadbir Utama
• Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dibantu oleh
beberapa orang pegawai kanan dari Perkhidmatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
• Menteri yang memegang portfolio
• dibantu oleh seorang atau kadang kala dua orang
Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen.
• Setiausaha Parlimen dilantik Perdana Menteri
daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara
Jabatan
• Agensi pentadbiran kerajaan di bawah tanggungjawab
sesebuah kementerian.
• Melaksanakan
• perkara-perkara dan dasar-dasar seperti yang ditetapkan oleh
kerajaan melalui kementerian masing-masing.
• Kebanyakannya mempunyai ibu pejabat di peringkat
kementerian dan cawangan-cawangan di peringkat negeri.
• Gelaran ketua jabatan berbeza-beza menurut tugas masingmasing
– Ketua Polis Negara (KPN).
– Pengarah Negeri dan pegawai daerah
Perbadanan Awam
• Membantu kelancaran pentadbiran kerajaan dengan
diberikan sedikit autonomi atau kuasa ke atas
beberapa perkara.
• Diperbadankan melalui undang-undang atau di bawah
Akta Syarikat.
• Terdapat dua jenis Perbadanan Awam iaitu
(a) Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen dan Enakmen Dewan Undangan Negeri.
– Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
(b)Badan Tidak Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat,
1965. Taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat sektor
swasta dan bergerak secara bebas di dalam kegiatan
ekonomi. Apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah
ekuitinya dimiliki sama ada sebahagian atau semuanya
oleh kerajaan seperti MAS, PERNAS, BBMB dan MISC.
Organisasi di Bawah Peruntukan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
• Dua organisasi penting yang ditubuhkan mengikut
peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
• Suruhanjaya dan Majlis.
(a) Suruhanjaya
• Dua jenis suruhanjaya yang tetap dalam Kerajaan
Persekutuan
• Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Perkhidmatan.
• Kerajaan juga boleh menubuhkan Suruhanjaya Khas
• Perlembagaan
Persekutuan
Malaysia
memperuntukkan penubuhan tiga suruhanjaya
telah
– (i) Suruhanjaya Pilihan Raya
– (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan
– (iii) Suruhanjaya Khas untuk tujuan tertentu
• Suruhanjaya Perkhidmatan
• untuk memberi layanan yang adil kepada semua
anggota perkhidmatan dari segi pelantikan, kenaikan
pangkat dan tindakan tatatertib.
• Terdapat lima Suruhanjaya Perkhidmatan
–
–
–
–
(i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pasukan Polis
(iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
(iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan
– (v) Majlis Angkatan Tentera
• Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang
Di Pertuan Agong setelah berunding dengan majlis
Raja-Raja.
• Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik
oleh Yang Di Pertuan Agong setelah
mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri
dan setelah berunding dengan Majlis RajaRaja.
• Ahli-ahli Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan
kerana sebab-sebab tertentu dilantik oleh
Yang
Di
Pertuan
Agong
setelah
mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.
(b) Majlis-Majlis
• Terdapat dua jenis Majlis yang ditubuhkan di dalam system
kerajaan
(i) Majlis yang ditubuhkan
Perlembagaan Malaysia.
di
bawah
peruntukan
– untuk melicinkan tugas-tugas pentadbiran seperti strategi dan
menyelaras sesuatu dasar.
– Terdapat empat buah majlis yang telah ditubuhkan di bawah
peruntukan ini
– Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Kebangsaan
bagi Kerajaan Tempatan, dan Majlis Angkatan Tentera.
(ii) Majlis yang ditubuhkan untuk membantu
melicinkan perjalanan jentera pentadbiran
kerajaan.
– berasaskan kepentingan atau keperluan pentadbiran
kerana sesuatu atau kejadian atau perkara penting
seperti:
• Majlis Tindakan Negara – menyelaras perlaksanaan semua
program dan projek pembangunan.
• Majlis Ekonomi Negara – mewujudkan dasar-dasar seperti
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) yang diwujudkan bagi membantu menguruskan dan
mencari jalan untuk mengatasi kegawatan ekonomi.
• Majlis Keselamatan Negara – bertanggungjawab dalam
menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan
keselamatan negara.
JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
• Lazimnya struktur bagi jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan
negeri di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang sama.
• Berbeza sedikit di negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.
Majlis Mesyuarat Kerajaan
• Kuasa Eksekutif terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua
Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.
• Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dijalankan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan (EXCO) atas nama raja atau Sultan atau Yang Di
Pertua Negeri bagi negeri masing-masing.
• Sarawak dijalankan oleh Majlis Tertinggi.
• Sabah pula badan yang sama taraf disebut kabinet.
• Organisasi pembentukan dasar yang tertinggi
bagi peringkat pentadbiran negeri.
• Dalam banyak perkara Raja atau Sultan atau Yang
Di Pertua Negeri harus bertindak atas nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
• Diketuai oleh Menteri Besar bagi negeri-negeri
yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Ketua
Menteri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai
pemerintahan beraja.
• Dilantik di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri dan
mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan
tersebut.
• Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mestilah
atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri
• melantik tidak lebih daripada lapan atau kurang daripada
empat orang ahli lain dari kalangan ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri.
• terdapat tiga ahli pegawai (ex-officio) iaitu Setiausaha
Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat
Undang-Undang.
• Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Setiausaha
kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Jabatan
• Dua jenis jabatan di peringkat negeri
– jabatan negeri dan cawangan jabatan persekutuan.
Jabatan Negeri
• Dibahagikan kepada jabatan negeri
– bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
– bertanggungjawab kepada kedua-dua
Persekutuan.
Kerajaan
Negeri
dan
• Berhubung secara langsung dengan pentadbiran utama
kerajaan negeri.
(a) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
• Jabatan negeri yang utama bagi pentadbiran di peringkat
negeri.
• Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
– pegawai pentadbir dan penasihat pentadbir utama kepada Menteri
Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
– Sarawak - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
– Sabah - Jabatan Ketua Menteri.
• Pusat merancang dan menyelaras dasar negeri
– menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh agensi-agensi
kerajaan negeri yang lain termasuk pejabat-pejabat daerah.
(b) Pejabat Kewangan Negeri
• Merancang dan melaksana dasar kewangan dan belanjawan
kerajaan negeri.
• Mengusahakan cara-cara untuk mencari dan mendapatkan
sumber kewangan wang untuk kegunaan Kerajaan Negeri.
(c) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
• Bertanggungjawab untuk memberikan nasihat mengenai
berbagai-bagai perkara berkaitan dengan undang-undang
kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(d) Unit Perancang Ekonomi Negeri
– Merancang dan menyelaras usaha-usaha pembangunan
ekonomi negeri.
– Menyelaras penyediaan rancangan pembangunan negeri
lima tahun.
– Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri atas
masalah-masalah ekonomi negeri yang umum.
Jabatan Negeri dan Persekutuan
• bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan
Persekutuan.
– Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jabatan Pengairan dan
Saliran.
Jabatan Persekutuan di Negeri-Negeri
• Untuk memudahkan dan melancarkan proses pentadbiran
– Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Pejabat Kewangan
Persekutuan
• Diketuai oleh seorang Setiausaha Persekutuan.
• Menyelaras aktiviti-aktiviti jabatan-jabatan
dan perbadananperbadanan awam persekutuan di negeri.
• Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai-pegawai awam
persekutuan dan menjaga kepentingan kerajaan persekutuan
termasuk harta benda.
• Pejabat Kewangan Persekutuan bertanggungjawab kepada
Kementerian Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas
tugas kewangan seperti pemeriksaan anggaran belanjawan agensiagensi persekutuan di Sabah dan Sarawak.
Suruhanjaya
• Kerajaan-Kerajaan Negeri boleh menubuhkan
suruhanjaya-suruhanjaya berbentuk tetap atau khas.
• Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja
atau Sultan atau yang Di Pertua Negeri atas nasihat
Menteri Besar atau ketua Menteri.
– Contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Perbadanan Awam
• Kerajaan Negeri juga mempunyai perbadananperbadanan awam yang merangkumi badan-badan
tidak berkanun (syarikat kepunyaan kerajaan).
– Contoh badan berkanun yang terdapat di setiap negeri
Perbadanan
Kemajuan
Ekonomi
Negeri seperti
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) atau
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pentadbiran Negeri di Semenanjung Malaysia
Tiga peringkat iaitu daerah, mukim, dan kampung.
(a) Daerah
• Kebanyakan projek kerajaan dilaksanakan di peringkat
ini.
• Pejabat pentadbiran yang utama ialah Pejabat Daerah.
Kelantan pejabat pentadbiran daerah dikenali sebagai
Pejabat Jajahan.
• Menyelaras usaha-usaha pembangunan daerah.
• Pegawai pentadbir utama ialah Pegawai Daerah dan
bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
(b) Mukim
• Daerah terbahagi kepada beberapa mukim.
• Di Kelantan dikenali sebagai daerah.
• Diketuai oleh seorang Penghulu ataupun Penggawa di negeri
Kelantan.
• Di setiap mukim atau daerah di Kelantan terdapat Pejabat
Penghulu atau Pejabat Penggawa bagi memudahkan lagi urusan
pentadbiran antara rakyat dan kerajaan.
• Peranan utama Penghulu ialah membantu pejabat daerah dan
agensi-agensi
kerajaan
melaksanakan
projek-projek
pembangunan
serta
menyelaraskan
kegiatan-kegiatan
sosioekonomi di kampung-kampung yang berada di bawah
jagaannya.
Pentadbiran Peringkat Negeri di Sabah
• Dua peringkat pentadbiran iaitu daerah dan kampung.
• Ketua pentadbir di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah.
• Beliau dibantu oleh penolong-penolong pegawai daerah dan
seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab
bagi
pentadbiran yang berkaitan hal-ehwal suku kaum di daerah
berkenaan.
• Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Anak Negeri (dikenali
juga sebagai Ketua Bumiputera) yang bertanggungjawab
kepada Ketua Daerah.
• Ketua-Ketua Anak Negeri adalah merupakan personel awam
manakala Ketua Kampung yang mengetuai kampung bukan
sebahagian daripada personel awam.
Pentadbiran Peringkat Negeri di Sarawak
• Dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahagian, daerah,
daerah kecil, dan kampung.
• Terdapat sembilan Bahagian di negeri Sarawak dan tiap-tiap satu
diketuai oleh Residen.
• Sesuatu Bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah yang diketuai
oleh Pegawai Daerah.
• Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Masyarakat yang bergelar
Pemanca. Beliau bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah.
• Sesebuah daerah pula dipecahkan kepada daerah-daerah kecil yang
diketuai oleh Pegawai-Pegawai Perkhidmatan tadbir Sarawak.
• Ketua pentadbir di peringkat kampung ialah Penghulu.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
• Pembahagian Kuasa yang jelas dan bertulis.
• Jadual Kesembilan yang mengagihkan kuasa kepada tiga senarai:
• (i) Senarai Persekutuan – menyenaraikan bidang kuasa kerajaan
persekutuan. Ada 27 bidang kuasa antaranya ialah
hubungan luar, pertahanan dan kewangan.
• (ii) Senarai Negeri – menyenaraikan bidang kuasa negeri. Ada 12
bidang kuasa antaranya ialah kanun tanah, perhutanan dan
pertanian juga pengurusan air.
• (iii) Senarai Bersama – menyenaraikan bidang kuasa bersama
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ada 18
bidang kuasa antaranya kebajikan masyarakat, biasiswa,
perancangan bandar dan perlindungan binatang liar.
KESIMPULAN
• Jentera pentadbiran kerajaan penting kerana ;
– alat untuk memastikan kelancaran dan kemantapan
pentadbiran
– alat yang menghubungkan antara rakyat dan kerajaan.
• John Locke seorang ahli falsafah dan undang-undang
– mengatakan kerajaan diwujudkan atas kehendak dan
aspirasi rakyat, maka menjadi tanggungjawab kerajaan
untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat
terjamin.
• Sekiranya rakyat tidak mendapat hak-hak mereka adalah
menjadi satu hak kepada rakyat untuk mengubah kerajaan
yang sedia ada.
• Ketua pelaksana kuasa eksekutif adalah dilantik menerusi
proses pemilihan oleh rakyat atau pilihan raya untuk
memastikan suara rakyat diwakili dalam pentadbiran negara
ini.
• Jentera pentadbiran negara berjalan lancar biarpun kerajaan
telah bertukar kerana pentadbir bukan dipilih melalui politik.
• Para pentadbir awam akan tetap kekal biarpun
kerajaan.
• Kelancaran proses pentadbiran ini akan
mewujudkan jentera pentadbiran kerajaan
yang mantap dan akhirnya menjadikan negara
ini lebih teguh dan kuat dalam mewujudkan
masa depan yang lebih cemerlang.