bab 5 ting 3 - Blog Cikgu Mahfuzah

Download Report

Transcript bab 5 ting 3 - Blog Cikgu Mahfuzah

BAB 5
Hasil olah:
Pn. Ginawati Raji
1. Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya
1955.
2. Selepas membentuk kerajaan, satu rombongan
telah dihantar ke London untuk merundingkan
kemerdekaan.
3. Satu Suruhanjaya bebas dibentuk bagi
menggubal perembagaan kemerdekaan.
4. Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos
1957 telah menamatkan penjajahan asing
terhadap Persekutuan anah Melayu yang
berlangsung selama 446 tahun.
5.1 Rombongan Kemerdekaan
1. Parti Perikatan telah berusaha untuk mendapatkan
kemerdekaan negara pada awal 1956.
2. Melalui kemerdekaan, rakyat negara ini bebas
memerintah mengikut cara dan hala tuju yang
ditentukan oleh mereka sendiri.
3. Justeru, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri
telah berunding dengan raja-raja Melayu dan British
untuk mendapatkan kemerdekaan
4. Persetujuan telah dicapai untuk mengadakan
mesyuarat rasmi dengan kerajaan British di London.
5. Bagi tujuan tersebut, satu rombongan yang
dinamakan Rombongan Merdeka telah dibentuk.
Anggota Rombongan Kemerdekaan ke London
Wakil Raja-raja Melayu
Dato’ Panglima Bukit
Gantang
Dato’ Nik Ahmed Kamil
Abdul Aziz Othman
Dato’ Mohd. Seth
Wakil Parti Perikatan
Tunku Abdul Rahman
Dato’ Dr. Ismai Abd.
Rahman
Dato’ Abdul Razak Hussein
H.S.Lee
6. Rombongan terdiri daripada empat wakil Raja-raja Melayu,
empat wakil Parti Perikatan (kerajaan) dan
empat wakil pentadbiran British di Tanah Melayu.

MERUNDINGKAN KEMERDEKAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Matlamat Rombongan Merdeka
•Matlamat Rombongan Merdeka adalah untuk
merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu dengan pihak British.
2. Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan
mendapatkan kemerdekaan negara.
Perjanjian London
1. Rundingan di London dipengerusikan oleh
Lord Lennox-Boyd, setiausahaTanah Jajahan
British.
2. Rundingan tersebut berlangsung selama
hampir tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8
Februari 1956.
3. Beberapa keputusan dicapai sebagai asas
perundingan mendapatkan kemerdekaan negara.
Antara kandungan Perjanjian London:
1. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu
ditetapkan pada 31 Ogos 1957
2. Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk
menggubal Perlembagaan Merdeka
3. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih
perniagaan British atau kepentingan Barat
di Persekutuan Tanah Melayu
Antara kandungan Perjanjian London:
4. Satu Perjanjian pertahanan dengan British
akan ditandatangani bagi menjaga
keselamatan
dan kepentingan ekonomi British di
Persekutuan Tanah Melayu
5. Konspe Raja Berperlembagaan
diperkenalkan.
6. Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dan kerajaan negeri diteruskan.
4. Rombongan Merdeka telah kembali ke Tanah Melayu pada
20 Februari 1956. Orang ramai menyambut kepulangan
mereka dalam satu perhimpunan besar di Padang Merdeka,
Bandar Hilir, Melaka.
5. Tarikh kemerdekaan telah diisytiharkan oleh
Tunku Abd. Rahman dan disusuli dengan seruan merdeka .
6. Orang ramai menyambutnya dengan laungan ”Merdeka”
yang bergema membakar semangat mereka.
5.2 Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1. Perlembagaan merupakan peraturan atau undang-undang
utama sebagai panduan untuk menguruskan pentadbiran
instiusi, organisasi atau pemerintahan.
2. Sebagai sebuah negara yang bakal merdeka, perlembagaan
yang dipersetujui oleh semua kaum adalah penting.
3. Parti Perikatan telah bersetuju dengan pelantikan sebuah
suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid untuk
menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka bagi berlaku adil kepada semua kaum.
Suruhanjaya Reid
1. Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956.
2. Tujuannya adalah untuk menyusun Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
3. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid
Ahli Suruhanjaya Reid yang lain ialah:
☻Sir Ivor Jennings (England)
☻Sir William Mckell ( bekas Gabenor Jeneral Australia)
☻Tuan B. Malik
( Hakim Mahkamah Tinggi India )
☻Tuan Abdul Hamid ( Pakistan )
Tugas Suruhanjaya Reid ialah:
 Merangka sebuah perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang akan merdeka
 Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan
pusat dan negeri
 Menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu
 Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan
Tanah Melayu
6. Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum daripada
pelbagai pihak termasuk raja-raja Melayu.
7. Pada Februari 1957, Sruhanjaya Reid telah mengeluarkan
draf perlembagaan untuk dibahaskan oleh penduduk dan
parti politik tempatan.
Perkara yang dipersetujui dalam Suruhanjaya Reid
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan
pembahagian kuasa pusat dan kuasa negeri
ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di
Tanah Melayu
iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan
hak kaum lain
iv. Institusi Raja-Raja Melayu dan konsep Raja-Berperlembagaan
dikekalkan
v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun,
bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh dikembangkan dan menjadi
bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan . Walau
bagaimanapun, agama lain boleh terus diamalkan.
9. Perkara-perkara di atas adalah tolak ansur dan
permuafakatan yang dibuat oleh penduduk Tanah Melayu.
10. Persetujuan tersebut membolehkan pembentukan
sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja
Berperlembagaan.
11. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan
tersebut kerana mereka menyedari bahawa pakatan
tersebut akan mewujudkan perpaduan antara kaum
di Persekutuan Tanah Melayu.
12. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen
British pada bulan Jun 1957
13. Draf Perlembagaan Merdeka telah dibentangkan untuk
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan .
14. Pada 15 Ogos 1957, upacara menandatangani
Perjanjian Merdeka 1957, telah diadakan antara
raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.
Perlembagaan Merdeka
i. Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu
iYang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
iPembentukan sebuah parlimen yang mempunyai Dewan
Rakyat dan Dewan Negara
iPerdana Menteri sebagai ketua pentadbiran Negara dengan
dibantu oleh sebuah cabinet
vAgama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah
Melayu
vBahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
vKerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan
dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan
vKedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa
mengurangkan hak warganegara yang lain.