SOALAN KBKK - roselymustapha

Download Report

Transcript SOALAN KBKK - roselymustapha

SMK. DATO AHMAD MAHER
SEMINAR MENJAWAB
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
SOALAN KBKK
KEMAHIRAN BERFIKIR
KREATIF KRITIS &
CADANGAN JAWAPAN
Sebagai seorang remaja, mengapakah
anda perlu menghargai masa?
Cadangan jawapan
•
Supaya kehidupan lebih teratur / berjalan lancar
•
Tidak terjebak dalam gejala sosial / dapat melakukan
kerja-kerja yang berfaedah
•
Memanfaat usia remaja yang datang sekali dalam
seumur hidup / masa itu emas
•
•
Untuk menjadi warganegara yang berguna
Untuk mencapai cita-cita / wawasan masa depan /
mendapat kejayaan
•
Untuk memenuhi tuntutan agama
•
Untuk menjadi remaja yang berdisiplin
Andainya andai seorang nelayan, apakah
usaha-usaha yang akan anda lakukan untuk
meningkatkan kerjaya anda?
Cadangan jawapan
•
Menggantikan peralatan lama / menggunakan
peralatan moden yang canggih
•
Memohon / mendapatkan bantuan modal / pinjaman
untuk membeli bot dan peralatan moden
•
Menghadiri / menyertai kursus / latihan / kemahiran
mengendalikan bot / berkaitan nelayan
•
Mempelbagaikan produk yang berasaskan ikan /
menjual sendiri
•
Tekun / rajin berusaha untuk merubah imej diri
•
Menjadi nelayan laut dalam
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk
mengelakkan berlakunya penyakit kronik dalam
kalangan masyarakat moden pada hari ini?
Cadangan jawapan
•
Mengamalkan cara hidup sihat / beriadah / bersenam /
tidak merokok / menjaga kesihatan
•
Pemakanan seimbang / makan makanan berkhasiat
•
Rehat yang mencukupi / tidur yang mencukupi
•
Sentiasa berjumpa doktor / sentiasa membuat
pemeriksaan
•
Mewujudkan persekitaran yang bersih
•
Kempen kesedaran melalui pendidikan di sekolah
Selain mengajak ibu bapa tinggal bersama-sama,
pada pendapat anda apakah cara-cara yang dapat
dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa?
Cadangan jawapan
•
Tinggal bersama ibu bapa di kampung
•
Pulang pada setiap minggu / bulan / menziarahi ibu
bapa
•
Menghantar ibu bapa mengerjakan haji / melancong /
bersiar-siar / makan angin
•
Menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka
•
Mengirimkan wang
•
Menjaga perasaan ibu bapa / tidak menimbulkan
kemarahan
Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan
kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin
di sekolah?
Cadangan jawapan
•
Mewujudkan hubungan baik / melalui pendekatan dua
mata
•
Pelajar rasa dihargai / nasihat dapat diterima
•
Pelajar mendapat perhatian / memberi nasihat dan
membimbing
•
Maklumat pelajar dirahsiakan
•
Pelajar ada tempat mengadu
•
Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah
•
Pihak kaunselor selalu mengikuti perkembangan
pelajar bermasalah
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang boleh diambil untuk meningkatkan taraf
hidup seorang petani ?
Cadangan jawapan
•
Bekerja dengan lebih gigih
•
Menggunakan kaedah pertanian moden yang dapat
mengeluarkan hasil yang lebih banyak
•
Memberikan latihan kemahiran / bimbingan dalam
bidang pertanian
•
Memberikan modal / pinjaman untuk membesarkan
pertanian
•
Membuka pertanian secara komersial
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk
memupuk minat masyarakat menghargai
tinggalan Sejarah?
Cadangan jawapan
•
Mengekalkan / menjaga / tidak memusnahkan kesankesan Sejarah
•
Memperbaharu tinggalan Sejarah
•
•
Memajukan kawasan tinggalan Sejarah supaya senang
dilawati
Mempromosi / menggalakkan / melawat kawasan
tinggalan Sejarah
kepada pelancong dalam dan luar negara
•
Mengadakan penyelidikan tentang tinggalan Sejarah
•
Merekod / mendokumentasikan tinggalan Sejarah
Sekiranya anda tinggal di kawasan berhampiran
sungai, apakah tindakan anda untuk menjaga
kebersihan sungai ?
Cadangan jawapan
•
Mengelakkan daripada membuang sampah di sungai
•
Menasihati keluarga dan jiran tetangga supaya menjaga
kebersihan sungai
•
Melaporkan kegiatan pencemaran kepada pihak berkuasa
•
Menyertai program kesedaran alam sekitar
•
Menganjurkan program gotong-royong di kawasan kampung
•
Tidak melancong ke negara yang terlibat.
•
Sentiasa peka terhadap usaha kerajaan ke arah membersihkan
alam sekitar
•
Memupuk semangat cintai sungai
Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat
membantu rakan anda yang terjebak dengan
gejala sosial ?
Cadangan jawapan
•
Memberi nasihat
•
Membawa berjumpa pakar kaunseling
•
Melaporkan kepada pihak berkuasa
•
Memberitahu pihak keluarga
•
Mengajak menyertai program kerohanian
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang
sesuai untuk membantu sahabat yang kecewa
dalam hidup?
Cadangan jawapan
•
Mengajaknya berjumpa pakar/kaunselor
•
Senitasa mendampingi dan memberikan semangat
•
Menjadi pendengar yang setia
•
Cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya
sekiranya mampu
•
Membawanya bersiar-siar atau beriadah
•
Mengajaknya mendekatkan diri dengan Tuhan / berdoa
/ berzikir
RENYAH VS SUTERA DALAM
LUKISAN
Analisa perbandingan novel
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,
jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam Renyah
Kepincangan
Peristiwa
Masyarakat
yang suka
memberi dan
menerima
rasuah
Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah
kepada Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang
dimohonnya. Manakala Hasnol yang ingin hidup mewah
sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa oleh pihak
berkuasa.
Anak terabai
apabila
berpoligami
Datuk Dolhi telah mengahwini Mastura secara senyapsenyap tanpa pengetahuan Datin Tominah. Akhirnya Wahi
terpaksa hidup dan membesar tanpa kasih sayang seorang
ayah. Tetapi akhirnya Datuk Dolhi telah mengistiharkan
Wahi anak kandungnya menyebabkan berlaku konfrontasi
antara Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam
Sutera dalam Lukisan
Kepincangan
Peristiwa
Masyarakat
yang suka
menaburkan
fitnah
Alias telah menaburkan fitnah terhadap Adila dengan
mengatakan Adila telah menghidap penyakit AIDS dan
perempuan yang sudah rosak untuk memalukan Adila
selepas Adila menolak pinangannya.
Masyarakat
yang terlibat
dengan gejala
sosial
Alias dan Sahak terlibat dalam perlumbaan motosikal secara
haram sehingga menyebabkan Sahak cedera parah selepas
terlibat dalam kemalangan semasa sedang berlumba.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan
latar masyarakat dalam novel tersebut.
Latar masyarakat dalam Renyah
Latar masyarakat
Peristiwa
Masyarakat
usahawan
Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang
berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holding. Malah, Datuk
Dolhi merupakan seorang jutawan yang berjaya.
Masyarakat yang
berpengetahuan
dan
mementingkan
ilmu pengetahuan
Datuk Dolhi mempunyai banyak pengetahuan dan
pengalaman dalam perniagaan. Beliau juga minat
membaca buku. Sebelum memberi ceramah kepada
usahawan muda, beliau telah menyelak buku-buku
lamanya.
Latar masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan
Latar masyarakat
Peristiwa
Masyarakat yang
kurang bernasib
baik
Bujei dianggap oleh orang-orang kampung sebagai
seorang yang bodoh, dungu, dan tidak berakal kerana
sikap Bujei yang lurus. Bapanya telah meninggal sejak
dia masih kecil, kemudian ibunya dan neneknya. Dia
telah hilang tempat bergantung dan terpaksa hidup
sebatang kara.
Masyarakat yang
tidak
berperikemanusia
an
Alias selalu membuli dan memukul Bujei kerana Bujei
tidak pernah melawan dan lemah. Begitu juga Harun
yang tamakkan harta sanggup membunuh Fatimah dan
menganyai Bujei untuk mendapatkan tandatangan bagi
membolehkannya menukar nama tanah.
Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada
pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
kaji, jelaskan sebab-sebab itu boleh menimbulkan
kesedaran kepada pembaca.
Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Renyah
Kesedaran
Sebab-sebab
Pentingnya sikap
berjimat cermat
dan sederhana
dalam hidup
Hasnol bersikap boros dan suka bermewah-mewahan
dalam hidup. Sikap ini telah menyebabkan dia selalu
berhutang dengan Datuk Dolhi, ayahnya tetapi tidak
pernah membayar. Akhirnya Tengku Munir telah
mengambil kesempatan ini untuk menawarkan rasuah.
Berhati-hati
dalam mengejar
cita-cita
Dani terlalu taksub mengejar cita-citanya sebagai
kumpulan rock. Ketika ingin melancarkan albumnya yang
pertama, dia telah menggunakan dadah untuk memberi
keyakinan dalam persembahannya. Akhirnya dia telah
ditangkap oleh polis.
Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam
Sutera dalam Lukisan
Kesedaran
Sebab-sebab
Tekanan hidup
boleh
menyebabkan
manusia berubah
Bujei telah mengalami tragedi yang besar. Pertama,
kematian ayahnya dalam tragedi kemalangan. Kedua
kematian ibunya dan neneknya. Dia hilang tempat
bergantung sedangkan dia masih kecil untuk menerima
semua itu. Tekanan hebatnya menyebabkan dia menjadi
tidak normal.
Fitnah boleh
meruntuhkan
institusi
kemasyarakatan
Alias telah membuat fitnah yang Adila telah mengidap
penyakit AIDS dan merupakan perempuan yang telah
rosak. Hal ini meyebabkan Bujei telah menyesyaki
sesuatu dan tidak mahu berjumpa Adila. Adila juga telah
mendapat malu dan terpaksa balik ke Kuala Lumpur.
Kejadian ini sedikit sebanyak telah menyebabkan dia
berputus asa untuk menolong Bujei tetapi akhirnya dia
menghadapi keadaan itu dengan tenang.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan
peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap
novel.
Nilai keberanian dalam Renyah
Nilai keberanian
Peristiwa
Berani bersaing
dalam dunia
perniagaan
Datuk Dolhi seorang anak Melayu yang berani
menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan
berkerjasama pula dengan kaum lain iaitu Albert Lee.
Beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan dan bergelar
jutawan.
Wahi berani
menyahut
cabaran ayahnya
Datuk Dolhi untuk
menerajui
syarikat
Setelah kesemua anak Datuk Dolhi tidak mahu
mengambil alih pengurusan syarikat, maka Datuk Dolhi
telah melantik Wahi menggantikkannya. Semua lembaga
pengarah bersetuju melainkan Albert Lee. Albert Lee
menuuduh anak-anak Datuk Dolhi telah menyebabkan
prestasi syarikat jatuh. Wahi terpaksa menghadapi Albert
Lee dalam mengendalikan teraju syarikat.
Nilai keberanian dalam Sutera dalam Lukisan
Nilai keberanian
Peristiwa
Berani
Harun balik semula setelah sekian lama menghilang.
mempertahankan Misinya kali ini untuk mendapatkan tandatangan Bujei
hak
untuk penjualan tanah pusaka. Sewaktu di tepi sungai,
Harun telah memaksa Bujei menandatangani surat tukar
nama tanah. Setelah pelbagai cara dilakukan, akhirnya
Bujei telah menandatangani borang tersebut tetapi telah
membasahkan borang itu menyebabkan dakwatnya
kembang. Hal ini menyebabkan Harun marah.
Berani
menunjukkan
bakat terpendam
Semasa perkahwinan Same’ah, terdapat persembahan
pancaragam. Bujei telah diundang untuk menyampaikan
sebuah lagu selepas mendapat permintaan seseorang.
Semua beranggapan bahawa Bujei akan merosakkan
majlis tetapi sebaliknya terpukau dengan persembahan
lagu “Bahtera Merdeka”. Bujei menyampaikan lagu
dengan cukup yakin dan mempersonakan orang
kampung.
Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam
menghasilkan novel mereka. Salah satu daripada teknik plot
yang lazim digunakan ialah teknik imbas kembali.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, kemukakan
peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali
itu.
Peristiwa
Teknik imbas kembali
Datuk Dolhi
terkenang
sewaktu Hasnol
dilahirkan
Datuk Dolhi ketika itu menjadi pegawai kerajaan yang
bertugas sebagai pengarah jabatan. Datuk Dolhi berdoa
agar suatu hari nanti Hasnol akan menjadi pegawai tadbir
dan diplomatik. Akhirnya, hasrat Datuk Dolhi itu benarbenar termakbul.
Datuk Dolhi
terkenang
sewaktu dia
pertama kali
berada di Jepun
Datuk Dolhi terkenang sewaktu dia pertama kali berada di
Jepun kerana mengikut program JICA. Dia dan rakanrakannya terkulat-kulat mencuba resipi masakan Jepun.
Rasa was-was tidak dapat dielakkan. Walau
bagaimanapun setelah beberapa hari mencuba, mereka
dapat menyesuaikan diri dengan makanan Jepun.
Teknik imbas kembali dalam Sutera dalam Lukisan
Peristiwa
Teknik imbas kembali
Bujei teringatkan
tragedi yang
menimpa ibunya
Harun, bapa tirinya memaksa ibunya memberikan wang
atau seutas rantai. Keengganan ibunya menyebabkan
ibunya diterajang sehingga pengsan. Harun kemudian
menyepak pelita dan menyebabkan rumah mereka
terbakar dan mengorbankan ibunya.
Bujei
terkenangkan
dirinya yang
bersendirian dan
tiada sanak
saudara
Bujei terkenang akan dirinya yang bersendirian dan tiada
sanak saudara yang sudi kepadanya. Orang kampung
dilihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak
mempunyai perasaan belas kesihan. Bujei merasakan
dirinya benar-benar terbuang.