M03_KataGantiNama

Download Report

Transcript M03_KataGantiNama

Kata ganti nama diri : Kata yang digunakan
untuk menggantikan nama manusia. Kata
ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis.
(a). Kata ganti nama diri pertama
(b). Kata ganti nama diri kedua
(c). Kata ganti nama diri ketiga
MEMPERSEMBAHKAN
aku, saya, beta, patik,
hamba, daku
kami, kita
Aku : Merujuk diri sendiri apabila bercakap
dengan sahabat yang rapat atau dengan
Tuhan.
1. “Aku akan belajar bersungguh-sungguh,”
kata Nurliyana Husna kepada sahabatnya.
2. Aku memohon keampunan dan hidayah
daripada-Mu.
Saya : Merujuk diri sendiri apabila bercakap
dengan kenalan baru, orang tua, atau dalam
suasana rasmi.
1. “Nama saya Muhammad Syahmi,” murid
baru itu memperkenalkan diri.
2. “Saya berbangga dengan kejayaan kamu
dalam pertandingan itu,” kata guru besar.
Hamba : Merujuk diri sendiri, bahasa yang
digunakan oleh orang pada zaman dahulu
atau bahasa klasik.
1. “Hamba ingin menumpang berteduh di
sini,” kata pengembara itu.
2. “Tuan hamba hendak ke mana?” tanya
Badik kepada Demang.
Patik : Digunakan oleh rakyat jelata apabila
bercakap dengan raja atau kerabat diraja.
1. “Patik akan berusaha untuk mendapatkan
Puteri Gunung Ledang,” kata Hang Tuah.
2. “Patik berasal dari kampung seberang,”
kata Damak kepada Tok Penghulu.
Beta : Digunakan oleh raja atau kerabat
diraja ketika bertitah kepada rakyat jelata.
1. “Beta berbangga dengan ketaatsetiaan
yang kamu tunjukkan”, titah Raja Haji.
2. “Beta akan berangkat ke luar negara pada
minggu depan,” titah Sultan Kelantan.
Daku : Merujuk diri sendiri, kebiasaannya
digunakan dalam penulisan cerita.
1. Mereka memang hendak menangkap dan
menyerang daku.
2. “Akhirnya engkau bersependapat dengan
daku, kata Munir kepada Salehhudin.
Kami : Merujuk diri orang yang berkata serta
beberapa orang lain apabila berkomunikasi
atau bercakap dengan orang kedua.
1. “Jemputlah singgah ke rumah kami,” kata
Aizad dan isterinya kepada Narimah.
2. “Kami berada di kelas yang sama,” kata
Jenny dan Devan kepada Eugene.
Kita : Merujuk diri orang yang bercakap,
termasuk orang yang diajak bercakap.
1. “Kita mesti menghormati guru,” kata Dina
kepada adik-adiknya.
2. “Jika kita berpecah-belah, musuh mudah
mengalahkan kita,” kata Tok Penghulu
kepada anak-anak buahnya.
awak, anda, engkau, kamu,
tuan hamba, tuanku
kalian, kamu
Awak : Digunakan apabila bercakap dengan
sahabat karib, orang atasan kepada orang
bawahan, dan pasangan suami isteri.
1. “Hadiah ini untuk awak,” kata Nurfadhilah
kepada Muhammad Anwar.
2. “Saya hendak awak aturkan temu janji
dengan Tan Sri Kamal,” kata Dato’ Muaid.
Anda : Digunakan untuk diri orang keadua
apabila tidak ada di hadapan kita, misalnya
dalam surat-menyurat atau rakan sebaya.
1. Jauhilah diri anda dari gejala lepak dan
salah guna dadah.
2. Semoga anda sekeluarga dalam keadaan
sihat sejahtera.
Engkau: Digunakan untuk menggantikan
diri orang yang rapat hubungannya dengan
kita atau apabila berdoa kepada Tuhan.
1. “Nur Shafiqah, engkau ada pensil lebih?”
tanya Nurul Nadia.
2. Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dan
hidayah kepadaku.
Kamu : Digunakan apabila bercakap dengan
orang yang rapat hubungannya dengan kita,
misalnya dengan rakan sebaya.
1. “Wah, nampaknya kamu sekarang sudah
berkereta besar!” kata Lina kepada Jamal.
2. Emak bertanya kepada Syahmi, “Kamu
sudah gosok gigi?”
Tuan hamba : Digunakan bagi menggantikan
diri orang kedua pada zaman dahulu.
1. “Biarlah tuan hamba bermalam di rumah
hamba sahaja,” ajak Hang Nadim kepada
Hang Jebat.
2. “Tuan hamba mesti banyak berehat,” kata
Tun Perak kepada Megat Alang Iskandar.
Tuanku : Digunakan ketika bercakap dengan
sultan, raja atau kerabat diraja.
1. “Ampun tuaku, hamba datang mengadap,”
sembah Bendahara Tun Ali kepada Sultan
Manshor Syah.
2. “Benarkah tuanku akan berburu besok?”
tanya memanda menteri kepada sultan.
Kalian : Digunakan ketika bercakap dengan
beberapa orang yang diajak bercakap.
1. “Kalian diminta banyak bersabar,” kata
Tuk Iman kepada anak-anak buahnya.
2. “Apa hajat kalian datang ke rumah aku?”
Tuai Rumah bertanya kepada lima orang
pemuda yang datang ke rumahnya.
Kamu : Digunakan juga dalam bentuk jamak,
misalnya semasa orang dewasa berhubung
dengan orang yang lebih muda umurnya.
1. Puan Siti Zuraina bertanya kepada anakanaknya, “Kamu sudah bersarapan?”
2. “Wah, kamu nampak lebih bergaya!” kata
Encik Saidi kepada ahli Kelab Kembara.
dia, ia, beliau, baginda
mereka
Dia : Digunakan untuk diri orang ketiga yang
sama umurnya seperti rakan sebaya dan
orang biasa .
1. “Saya tidak berapa pasti ke mana dia pergi
pagi tadi,” kata Mak Cik Faridah.
2. “Doktor mengesahkan bahawa dia tidak
mengidap apa-apa penyakit berbahaya.
Ia : Digunakan dalam penulisan cerita atau
dialog dan fugsinya sama seperti dia untuk
diri orang ketiga.
1. Ia terpaksa mengundur diri dalam arena
politik kerana sudah terlalu uzur.
2. Abdul Mutallib anak yang rajin. Ia selalu
membantu ayahnya di kebun.
Beliau: Digunakan untuk diri orang ketiga
yang dihormati seperti ibu bapa, guru,
pemimpin, dan orang yang berpangkat.
1. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus di
Syarikat Indah Mulia Sendirian Berhad.
2. Encik Zahidi itu kawan baik ayah saya.
Beliau bertugas di Bank Islam.
Baginda : Digunakan untuk diri orang ketiga
sebagai bahasa istana khusus bagi sultan,
raja atau kerabat diraja.
1. Baginda merupakan anak tunggal kepada
Sultan Iskandar Zulkarnain.
2. Baginda bertitah supaya rakyat jelata
mengamalkan tabiat berjimat cermat.
Mereka : Digunakan untuk diri orang ketiga
yang bilangannya lebih daripada satu.
1. Penduduk Kampung Selabak masih kuat
mengamalkan sikap kerjasama. Mereka
bergotong-royong membaiki surau.
2. Mereka tekun menjawab soalan Bahasa
Melayu Kertas Pemahaman versi PBK.
MODUL SBC INTERAKTIF
SUNTIKAN IDEA BESTARI
1. Beramal ibadatlah, ______ semakin tua,”
kata Ustaz Ali kepada para jemaah.
saya
kita
aku
kami
CUBA
TEKA
JAWAPANNYA
APAKAH
JAWAPANNYA
kita
2. “Perintah tuanku akan ______ tunaikan,”
kata temenggung kepada sultan.
beta
baginda
hamba
patik
CUBA
TEKA
JAWAPANNYA
APAKAH
JAWAPANNYA
Patik
3. “Ayah ______ diminta menandatangani
surat ini,” kata Cikgu Ramli kepada Azli.
anda
daku
kamu
kalian
CUBA
TEKA
JAWAPANNYA
APAKAH
JAWAPANNYA
Kamu
4. “Dari manakah ______ memperoleh benih
bunga ini?” Tanya Sukma kepada Aniza.
kami
kalian
awak
saya
CUBA
TEKA
JAWAPANNYA
APAKAH
JAWAPANNYA
awak
5. Berkat usaha yang gigih, ______ telah
menjadi usahawan yang berjaya.
dia
beliau
kalian
mereka
CUBA
TEKA
JAWAPANNYA
APAKAH
JAWAPANNYA
beliau
MODUL SBC INTERAKTIF
PENEROKAAN PERTAMA
SOALAN MENGUJI MINDA
KATA GANTI NAMA DIRI
Uji Minda: Jawab kesemua 10
soalan yang disediakan.
Pilihan jawapan ada disediakan pada
paparan slaid di sebelah. Sila pilih
jawapan yang paling tepat.
SOALAN 1
Adik Abdul Saini bernama Siti Sanisah.
______ sangat suka minum susu.
A
B
Dia
Anda
C
Awak
D
Beliau
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 2
Guru besar saya sangat baik. ______ selalu
memberikan nasihat yang berguna.
A
B
Dia
Beliau
C
Kalian
D
Baginda
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 3
Putera ______ akan bersemayam di sebuah
singgahsana yang cantik.
A
B
beta
hamba
C
patik
D
baginda
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 4
Penuhilah masa senggang ______ dengan
aktiviti yang baik dan berfaedah.
A
B
Dia
saya
C
kamu
D
beliau
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 5
“ ______ berdua ialah adik beradik,” kata
Roha dan Rozi kepada Rita.
A
B
Kami
Kamu
C
Kalian
D
Beliau
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 6
“ ______ perlu berhati-hati ketika memandu
di lebuh raya,” pesan juruhebah.
A
B
Dia
Anda
C
Engkau
D
Saudara
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 7
Penjenayah itu telah dibicarakan, ______
didapati bersalah dan dihukum penjara.
A
B
Dia
Anda
C
Beliau
D
Mereka
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 8
“Daulat ______, sembah ______ yang hina
ini harap diampun,” kata Sri Luncai kepada
Sultan Mansur Shah.
A
B
tuanku ... beta
tuanku ... hamba
C
tuanku ... patik
D
tuanku ... baginda
ITEM
UPSR
NINE POINT
SYSTEM
SOALAN 9
Ibu bapa banyak berkorban kepada kita.
______ sepatutnya membalas jasa ______.
A
Mereka ... kita
Kita ... beliau
ITEM
UPSR
C
Kamu ... kami
NINE POINT
SYSTEM
D
Kamu ... mereka
B
SOALAN 10
“Apa yang dapat ______ bantu ______?”
tanya pegawai itu kepada Puan Zaiton. .
A
saya ... dia
awak ... saya
ITEM
UPSR
C
saya ... awak
NINE POINT
SYSTEM
D
anda ... saya
B
BAGUS!
Modul
SBC
JAWAPAN
ANDA
TEPAT
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
SALAH !
SILA
CUBA
LAGI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
SOALAN KLINIK UPSR
KATA GANTI NAMA DIRI
Uji Minda: Jawab kesemua 10
soalan yang disediakan.
Pilih jawapan yang paling sesuai
atau yang paling tepat bagi setiap
soalan.
SOALAN 1
Fathiah dan Umarah ialah saudara sepupu,
tetapi wajah ______ seiras.
A
Dia
Kami
ITEM
UPSR
C
Beliau
KATA GANTI
NAMA DIRI
D
Mereka
B
SOALAN 2
Saya berharap permohonan ini mendapat
perhatian daripada pihak ______.
A
B
tuan
beliau
C
mereka
D
engkau
ITEM
UPSR
KATA GANTI
NAMA DIRI
SOALAN 3
Ahli pelayaran itu menceritakan detik-detik
______ mengharungi lautan seorang diri.
A
aku
saya
ITEM
UPSR
C
kita
KATA GANTI
NAMA DIRI
D
beliau
B
SOALAN 4
Shahila seorang budak yang rajin. ______
selalu menolong ibunya menjaja kuih.
A
Ia
Aku
ITEM
UPSR
C
Saya
KATA GANTI
NAMA DIRI
D
Beliau
B
SOALAN 5
Itulah Swe Mei. ______ ialah anak bongsu
dalam keluarga itu,” kata Mei Ling kepada
Puan Jasvinder.
A
B
Ia
Dia
C
Awak
D
Beliau
ITEM
UPSR
KATA GANTI
NAMA DIRI
SOALAN 6
“Kalaulah ______ belajar bersungguhsungguh, tentulah nasibku tidak begini,”
keluh Ridzuan sendirian.
A
B
dia
aku
C
hamba
D
patik
ITEM
UPSR
KATA GANTI
NAMA DIRI
SOALAN 7
“______ mesti berhati-hati sewaktu menjalani aktiviti yang lasak itu,” kata Cikgu
Redzuan kepada murid-muridnya.
A
Kita
Kamu
ITEM
UPSR
C
Kami
KATA GANTI
NAMA DIRI
D
Mereka
B
SOALAN 8
“Mengapakah ______ sering mengganggu
budak perempuan itu?” tanya Siti Rozlin
kepada Safaruddin.
A
dia
kamu
ITEM
UPSR
C
kalian
KATA GANTI
NAMA DIRI
D
mereka
B
SOALAN 9
“Ampun ______ beribu-ribu ampun, ______
menjunjung perintah,” kata Hang Kasthuri
kepada Sultan Iskandar Megat Alam.
A
tuanku ... hamba
tuanku … patik
ITEM
UPSR
C
beta … hamba
KLINIK
BESTARI
D
beta … patik
B
SOALAN 10
Menteri Besar Perak akan melawat ke desa
ini. ______ dan rombongan akan berdialog
dengan ______,” kata ketua kampung.
A
Dia … kamu
Beliau … kamu
ITEM
UPSR
C
Mereka … Kita
KLINIK
BESTARI
D
Beliau … kalian
B
BAGUS!
JAWAPAN
ANDA
TEPAT
Klinik
SBC
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
SBC
SALAH !
SILA
CUBA
LAGI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
SBC
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK