File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

Download Report

Transcript File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
(Ujian Kecergasan)
Ujian Kecergasan Fizikal
• Kecergasan untuk kesihatan merangkumi
aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi
dan psikologi yang dipercayai memberi
individu perlindungan dari ancaman penyakit
hipokinetik seperti penyakit jantung,
kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan
tulang
• Kecergasan untuk prestasi mula merujuk
kepada fungsi dan keupayaan individu untuk
bertanding dalam aktiviti sukan dengan
bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya
tahan, kemahiran dan sebagainya
KECERGASAN
KOMPONEN
BERASASKAN
KESIHATAN
KOMPONEN
BERASASKAN
PERLAKUAN MOTOR
DT KARDIOVAKLULAR
KOORDINASI
DAYATAHAN OTOT
IMBANGAN
KEKUATAN OTOT
KETANGKASAN
FLEKSIBILITI
KUASA
KOMPOSISI BADAN
MASA REAKSI
KEPANTASAN
KONSEP
• Ujian kecergasan fizikal ialah satu prosedur
atau teknik yang digunakan untuk menguji
tahap kecergasan individu
• Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut
peringkat umur, kebolehan, serta peralatan
dan tempat ujian dijalankan
• Ujian yang dijalankan ini juga boleh digunakan
sebagai aktiviti latihan kecergasan
• Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap,
selamat dan berfungsi dengan baik
• Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai
dengan jenis ujian yang hendak dijalankan
• Individu juga telah berlatih secukupnya
sebelum menjalani ujian
• Memanaskan badan sebelum menjalani
latihan
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK)
• Jenis-jenis ujian
1. Ujian Komposisi Tubuh Badan
2. Bangun Tubi Bervariasi
3. Lari Ulang Alik 4 x 10 meter
4. Tekan Tubi Tanpa Henti
5. Lompat Jauh Berdiri
6. Duduk dan Jangkau
7. Larian 2.4 km
1. Ujian Komposisi Tubuh Badan
• Mengukur lemak badan lelaki dan wanita
• Indikator prestasi
1. Lelaki
- Lilitan Abdomen (cm)
- Berat Badan (kg)
2. Wanita
- Lilitan Pinggul (cm)
- Lilitan Abdomen (cm)
- Ketinggian (cm)
• Prosedur
- Peserta bergerak ke tempat yang telah
ditetapkan
- Ambil ukuran seperti yang telah ditetapkan
- Kira peratus lemak badan dengan
menggunakan borang yang disediakan.
- Catatkan skor dalam borang ujian.
- Kira jumlah skor mengikut borang yang telah
ditetapkan
- Alatan
: 2 pita ukur dalam sentimeter
2 alat penimbang dalam (Kg)
Borang Ujian
2.
Bangun Tubi Bervariasi
• Mengukur Kekuatan otot abdomen
• Indikator prestasi
Variasi 1
- Kedua tangan lurus di sisi badan
- Bangun dan sentuh tapak tangan ke
lutut
Variasi 2
- Kedua tangan lurus ke sisi badan
- Bangun dan cecah kedua siku ke lutut
Variasi 3
- Kedua tangan pegang siku yang
berlawanan di atas perut
- Bangun dan rapatkan ke dada
Variasi 4
- Kedua tangan pegang siku dan
letakkan di atas kepala
- Bangun dan rapatkan dada ke peha
- Pergerakan tangan dan kepala serentak
Variasi 5
- Tangan disilang ke belakang kepala
menyentuh skapula
- Bangun dan rapatkan dada ke peha
dan
• Prosedur
-
Peserta baring terlentang di atas lantai.
Lutut bengkok 90.
Tapak kaki rapat ke lantai.
Setiap variasi hanya lakukan sekali
sahaja.
Alatan
: Tilam kecergasan
Borang Ujian
3.
Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter
• Mengukur Ketangkasan
• Indikator prestasi
- Peserta dikehendaki berlari pantas di antara
garisan dengan garisan yang lain berjarak 10
meter sambil mengambil dua potong kayu
secara bergilir-gilir serta meletakkannya di
belakang garisan mula setelah isyarat mula
diberikan.
- Peserta akan diberikan 2 percubaan dengan
sedikit masa rehat antara percubaan.
- Masa yang terbaik akan diambil dari 2
percubaan yang telah dilakukan.
• Prosedur
- Berdiri sedia di belakang garisan.
- Berlari apabila isyarat diberikan
- Masa dimulakan sebaik sahaja peserta mula
berlari sehingga tamat larian.
- Peserta membuat percubaan kedua setelah berehat
sebentar.
- Masa terbaik akan dikira sebagai masa
pencapaian.
- Alatan:Dua potongan kayu 5 sm x 5 sm x 10 sm
Sebuah jam Randik
Borang Ujian
4.
Tekan Tubi Tanpa Henti
• Mengukur Dayatahan Otot Tangan
• Indikator prestasi
Lelaki
- Dalam posisi meniarap, kedua tapak tangan
berada di lantai dan siku lurus.
- Kedua–dua kaki lurus dan hujung jari kaki
mencecah lantai.
- Mulakan aktiviti setelah isyarat diberikan
dengan membengkokkan siku sambil membawa
keseluruhan badan seolah–olah mencecah lantai.
- Bawa naik semula badan dan ulang perlakuan
sebanyak mungkin.
Wanita
- Dalam posisi melutut dengan kedua kaki
disilangkan.
- Kedua tangan berada di atas lantai di
hadapan.
- Bawa badan ke hadapan dengan
membengkokkan siku
- Ulang perlakuan dan catatkan
bilangannya
- Satu ulangan adalah dikira apabila
badan dibawa turun dan naik.
• Prosedur
- Peserta berada dalam keadaan sedia di atas
‘floor mat’.
i.
lelaki : Badan lurus dengan sokongan
di atas kedua tangan.
ii.
perempuan: melutut dengan sokongan
di atas kedua tangan
- Lakukan aktiviti tekan tubi apabila isyarat
diberikan tanpa henti
- Perlakuan yang salah tidak akan dikira.
- Pencapaian akan dicatatkan ke dalam borang
skor.
- Alatan :
‘Exercise mat’
Borang Ujian
5.
Lompat Jauh Berdiri
• Mengukur Kuasa otot kaki
• Indikator prestasi
Peserta berdiri di belakang garisan mula dengan
kedua belah kaki dibuka mengikut keselesaan.
Peserta dikehendaki mengayunkan tangan ke
belakang dan membengkokkan kedua-dua lutut.
Peserta melompat dan mendarat di atas kedua-dua belah
kaki.
Peserta akan diberikan 2 percubaan dan percubaan yang
terbaik akan dicatatkan.
Ukuran lompatan akan diambil daripada garisan
lompatan hingga ke tumit kaki atau anggota badan yang
menyentuh lantai yang terdekat sekali dengan
garisan lompatan
• Prosedur
- Peserta berdiri di belakang garisan
mengadap
tempat mendarat.
- Peserta membuat lompatan sebaik sahaja
isyarat diberikan.
- Peserta diberikan 2 kali lompatan.
- Lompatan yang terbaik akan direkodkan.
- Alatan
:
Kapur
Pita ukur
Pita pelekat
Borang Ujian
6.
Duduk dan Jangkau
• Mengukur Kelenturan tubuh badan
• Indikator prestasi
Peserta duduk berlunjur dengan pembaris/pita ukur
sepanjang satu meter yang diletakkan di atas lantai serta
pita pelekat diletakkan merintangi 90° kepada tanda 50 cm
Kaki tegak bersudut tepat dengan garisan pita di lantai,
jarak antara dua kaki adalah 30cm.
Kasut hendaklah ditanggalkan dan tumit kaki menyentuh
tepi garisan pita pelekat.
Peserta dikehendaki menjangkau kedua-dua belah tangan
(jari hantu bertindih) seberapa jauh ke hadapan di atas
pembaris dan bertahan buat seketika.
Jarak terbaik di antara 3 percubaan akan dicatatkan
• Prosedur
- Peserta duduk sedia dengan keadaan kedua-dua
kaki dilunjurkan ke hadapan.
- Mulakan ujian apabila isyarat diberikan.
- Peserta diberikan 3 kali percubaan.
- Pencapaian yang terbaik akan dicatat di
dalam borang ujian.
- Alatan
:
Pembaris atau pita ukur.
Pita pelekat.
Borang Ujian
7.
Larian 2.4 km
• Mengukur Dayatahan Kardiovaskular
• Indikator prestasi
- Peserta dikehendaki berlari sejauh 2.4 km.
atau 6 pusingan balapan 400 meter
setelah isyarat mula diberikan.
- Masa akan dicatatkan setelah peserta
tamat berlari sejauh 2.4 km atau 6
pusingan.
• Prosedur
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A
dan B.
-
Kumpulan A melakukan aktiviti larian.
Kumpulan B membuat catatan pusingan dan masa
pencapaian kawan setelah kumpulan A tamat
berlari.
Tukar pelaku setelah kumpulan A tamat berlari.
Pencatat akan merekodkan masa peserta ke dalam
borang ujian.
Alatan :
6 buah jam randik
Trek 400 meter
Borang Ujian
• SKALA PEMARKAHAN UKJK