Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian

Download Report

Transcript Pengurusan Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pencapaian

Oleh:
Prof. Madya Hasan Mat Nor
Inst. Kajian Etnik (KITA)
UKM
Kandungan
 Pengenalan
 Huraian konsep - sekolah terintang
- pengurusan budaya
- pencapaian sekolah
 Bentuk Kepelbagaian Budaya Di Sekolah Terintang
 Cadangan Cara Menguruskan Kepelbagaian Budaya
Untuk Menjamin Pencapaian Sekolah
 Penutup
Pengenalan
 Saya sebenarnya kurang arif untuk membicarakan tajuk
tersebut, sebab saya bukanlah seorang yang mempunyai
kepakaran dalam bidang pengurusan budaya dalam
pendidikan pendirian - tiada pengalaman mengajar
disekolah terintang.
 Terasa terlalu kerdil untuk membicarakan dengan tokohtokoh pendidikan yang hadir
 Namun cuba memberikan input berdasarkan tanggapan
dan pemerhatian yang bukan saintifik, tetapi lebih bersifat
peribadi semasa saya menjalankan kajian tentang keciciran
pelajar sekolah orang asli pada tahun 1990an yang lalu,dan
juga pengalaman sebagai ahli fokus group ahli MPKPOA
Beberapa konsep penting
 Sekolah Terintang - . Pihak penganjur telah
mendefinisikannya sebagai sekolah murid Orang Asli,
Penan, Sekolah Kurang Murid, Sekolah Kecil, Sekolah
Terpencil dan Sekolah Pedalaman.
 Ada tiga kategori sekolah jenis ini: Pertama, sekolah
yang pelajarnya daripada etnik Asli dan Penan. Kedua,
bilangan pelajar kecil, dan Ketiga sekolah terintang
ditentukan oleh lokasi – pedalaman.
 Pencapaian sekolah ini biasanya rendah, tapi mungkin
isu yang dihadapi sekolah ituberbeza.
Samb:
 Sekolah ini juga berhadapan dengan kadar ponteng
serta berlakunya keciciran pelajar yang tinggi.
 Kurangnya kemudahan infrastruktur pendidikan dan
peruntukkan kewangan.
 Barangkali juga kurang guru, malah mungkin juga
terdapat guru-guru yang tiada minat berkhidmat
disini, dan mengambil ringan sahaja tentang tugas
yang diamanahkan.
 Murid-murid tidak berminat kepada pelajaran serta
ibu-bapa yang lemah komitmennya terhadap
memastikan anak-anaknya cemerlang.
Sedikit Gambaran Sek Orang Asli
 Jumlahnya: 98 buah
 Lokasinya : Kebanyakannya dipedalaman
 Sejarahnya: Mula ditubuhkan oleh JHEOA pada tahun
1954, sebagai usaha mengenalkan persekolahan kepada
Orang Asli dan juga sebagai langkah memastikan mereka
tidak lagi berpindah randah.
 Kakitangan sekolah : Staf JHEOA – Tiada latihan guru.
 1996 – Sekolah Orang Asli diambil alih pengurusannya
oleh KPM.
 BAGAIMANA PENCAPAIAN PELAJARNYA?
UPSR 2006 HINGGA 2011
TAHUN
BILANGAN
HADIR
BILANGAN
LULUS
% LULUS
PELAJAR CEMERLANG
(4A & 5A)
2006
2,884
1,807
62.66
BIL
19
2007
2,846
1,706
59.94
20
1.17
2008
2,884
1,807
62.66
34
1.88
2009
3,107
1,789
57.58
46
2.57
2010
3,018
1,852
61.37
45
2.43
2011
3,091
2,154
72.40
**44
1.42
** 5A = 19 ORANG
4A = 25 ORANG
%
1.05
ANALISA UPSR 2011
NEGERI
BIL
CALON
BIL
HADIR
BIL
LULUS
%
LULUS
BIL
LULUS
%
LULUS
( ABC)
(ABC)
( ABCD)
(ABCD)
BIL
GAGAL
%
GAGAL
JOHOR
292
233
193
82.8
218
93.6
15
6.4
NEGERI SEMBILAN
DAN MELAKA
241
193
155
80.0
176
91.2
21
9.0
KELANTAN DAN
TERENGGANU
462
345
195
56.5
256
74.2
61
17.7
PAHANG
1,569
1,128
832
73.8
982
87.1
150
15.3
PERAK DAN KEDAH
1,160
957
592
61.9
779
81.4
187
19.5
312
235
187
79.6
212
90.2
25
11.8
4,036
3,091
2,154
72.4
2,623
84.8
469
15.2
SELANGOR
JUMLAH
ANALISA UPSR 2011
JUMLAH
CALON
CALON
HADIR
%
PELAJAR
HADIR
A
B
C
ABC
%
D
E
DE
%
TH
%
BAHASA MELAYU
KEFAHAMAN
4,036
3,091
77.4
454
406
1,294
2,154
72.4
469
464
933
27.6
945
22.6
BAHASA MELAYU
PENULISAN
4,036
3,091
77.5
457
518
519
1,494
52.4
538 1,348 1,616 47.6
945
22.5
BAHASA INGGERIS
4,036
3,062
76.6
37
185
755
977
36.5
823 1,105 1,968 63.5
975
23.4
MATEMATIK
4,036
3,059
76.4
111
211
1,043
1,365
47.8
533 1,141 1,674 52.2
977
23.6
SAINS
4,036
3,064
76.7
90
523
895
1,508
53.5
515 1,044 1,559 46.5
974
23.3
NAMA PELAJARAN
% MATAPELAJARAN TERTINGGI
% MATA PELAJARAN TERENDAH
ANALISA MATA PELAJARAN MENGIKUT CALON
Bil
Negeri
1
Johor
2
Bil. Tamat Drjh. 6
Bil.
Menyamb.
ke Tkt 1
Bil. Tidak
Menyamb.
Ke Tkt 1
% Cicir
319
286
33
10.34
Perak
1169
828
341
29.17
3
Kedah
5
5
0
0.00
4
Kelantan
462
441
21
4.55
5
Terengganu
30
11
19
63.33
6
Negeri Sembilan
233
175
58
24.89
7
Melaka
38
41
-3
-7.89
8
Selangor
349
277
72
20.63
9
Pahang
1486
1049
437
29.41
JUMLAH
4091
3,113
978
23.91
Sambung
 Senario ini menunjukkan ada masalah dalam sistem
persekolahan, masalah membangunkan dan
memajukan serta menguruskan pendidikan di sekolah
terintang.
 Ramai penulis telah mengupas persoalan dan
membahas isu ini. Ada yang mengatakan bahawa
pendidikan yang dibekalkan itu tidak menarik pelajar
untuk menimba pengetahuan; pendidikan yang
disediakan itu tidak memberi makna kepada
kehidupan orang asli.
 Bersekolah ataupun tidak, tidak merubah atau
memberi kesan kepada mereka.
 bahawa persekolahan itu kurang berguna kepada
mereka, kerana budaya pendidikan yang disogokkan
tidak selari dengan budaya sosialisasi dan nilai yang
mereka warisi.
 Ilmu yang dibekalkan disekolah dirasakan tidak serasi
dengan budaya dan kehidupan yang mereka lalui.
Samb
 Justeru untuk menangani masalah yang dihadapi, ada
yang mencadangkan supaya dibangunkan pedagogi
pribumi, supaya pedagogi ini selaras dengan citarasa
dan kebiasaan kanak-kanak Orang Asli.
 Cuma yang ingin kita tanyakan sejauh manakah ia
telah diaplikasikan dalam P & P di sekolah. Adakah
kajian menilai kesan pedagogi pribumi telah
dilakukan. Jika telah dilaksanakan apakah
dapatannya?
Konsep: Pengurusan Kepelbagaian Budaya
 Terdapat dua istilah yang perlu saya perjelaskan
maksudnya dalam konsep di atas. Pertama ialah istilah
Pengurusan dan kedua Budaya.
 Secara mudah Pengurusan boleh sahaja bermaksud
mentadbir atau mengawal ataupun mengusahakan sesuatu
pekerjaan, atau pengurusan juga boleh bermaksud
sekumpulan orang atau entiti yang berfungsi menyelaras
dan mengharmonikan sesuatu kumpulan untuk mencapai
sesuatu matlamat. Dalam konteks sekolah, pengurusan ini
boleh sahaja bermaksud sesiapa sahaja yang menjalankan
pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran.
 Manakala budaya atau kebudayaan pula secara mudah
sering dimaksudkan sebagai cara hidup yang diamalkan
oleh sesebuah masyarakat ataupun oleh sekelompok
manusia
 Saya memilih definisi yang telah digunapakai oleh Robert
H. Lowie. Kata beliau kebudayaan adalah segala sesuatu
yang di peroleh individu dari masyarakat, mencakup
kepercayaan, adat istiadat, norma-norma artistik,
kebiasaan makan, kebolehan yang di peroleh bukan dari
kreatifitasnya sendiri melainkan merupakan warisan masa
lampau yang di dapat melalui pendidikan formal atau
informal.
samb
 Lantas pengurusan kepelbagaian budaya dalam
konteks persekolahan boleh sahaja kita maksudkan
sebagai bagaimana pihak pengurusan sekolah
mentadbir atau mengusahakan pengajaran dan
pembelajaran untuk tujuan mengharmonikan
kumpulan-lumpulan atau kelompok-kelompok yang
memiliki kebiasaan-kebiasaan yang diwarisi dari
masa lampau dan disesuaikan dengan persekitaran
dan nilai-nilai sesebuah sekolah bagi mencapai
sesuatu matlamat iaitu kecemerlangan pelajarpelajarnya
Konsep: Pencapaian Sekolah
 Selalunya pencapaian sekolah diukur dari peratusan
pelajar yang lulus dan lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan.
 Kerana indikator yang sedemikianlah pernah kita
terbaca di akhbar-akhbar terdapat pihak pengurusan
sekolah yang menghalang pelajar-pelajar lemah
daripada menduduki peperiksaan, kerana khuatir
tahap pencapaian sekolah mereka menurun.
 Tetapi mengapakah kita tidak mengukur pencapaian
sekolah itu dari sudut keupayaannya memenuhi
falsafah pendidikan negara.
Falsafah Pendidikan Negara
 “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.”
 Ertinya pihak sekolah perlu menterjemahkan nilai-
nilai ini dalam P&Pnya supaya pelajar yang dididik
menjadi seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Kerana itulah bagi pendapat saya tugas guru tidak
terhad kepada mengajar tetapi mendidik.
 Mendidik ini satu budaya kerja atau budaya tugas yang
belum pasti berupaya dihayati oleh semua guru.
 Kita ingin bertanya apakah budaya mendidik ini telah
berjaya disemaikan kepada guru-guru yang dilatih?
Bentuk Kepelbagaian Yang
Terdapat Di Sekolah Orang Asli
 Secara kasar kita boleh bahagikan kepelbagaian
disekolah kepada dua kelompok.
 1.Kelompok yang membekalkan perkhidmatan dan 2.
kelompok yang menjadi klien.
 Kelompok yang membekalkan perkhidmatan ini
terikat kepada budaya Eurocentrik persekolahan,
budaya bangsa/etniknya sendiri serta nilai-nilai
semasa yang telah diperolehi melalui proses-proses
sosial yang dilaluinya. (Budaya moden)
 Klpk ini juga memiliki kuasa yang disahkan oleh
sistem pendidikan itu sendiri.
Samb:
 Kelompok kedua atau kelompok klien adalah terdiri
daripada murid-murid, juga ibu-bapa dan masyarakat
setempat.
 Kelompok ini juga memiliki tatacara, keinginan dan
harapan mereka sendiri yang berpaksikan oleh kepada
adat dan tradisi yang mereka warisi.
 Pandang dunia mereka sangat dipengaruh oleh adat
dan tradisi yang telah diwarisi. Mereka memang
merasa selesa dan sebati dengan keadaan kehidupan
tradisi ini, yang diselubungi kemiskinan material.
 .Mereka sedar bahawa mereka sangat berbeza dengan
kelompok dominan yang moden.
 Lantaran itu mereka menjadi kelompok yang sangat
sensitif, mudah merasa terhina dan kecil hati.
 Jurang perbezaan inilah yang memisahkan kedua-dua
kelompok ini. Semakin lebar jurang ini mereka rasakan,
maka semakin sukarlah kelompok klien ini berminat
menerima perkhidmatan yang disediakan dan ini
menjadikan mereka sebagai klien yang pasif.
 Lantas apakah cara yang telah dilakukan oleh kelompok
dominan untuk mengubah keadaan ini. Di sinilah fungsi
pengurusan kepelbagaian kebudayaan menjadi amat
penting, kerana dengannya jurang itu boleh dirapatkan
Samb:
 Andainya komponen-komponen ini gagal diurus-tadbir
dengan baik dan masing-masing mengekalkan kebiasaan,
sikap dan nilai masing-masing, maka matlamat
kecemerlangan yang ingin dicapai akan tinggal sebagai
harapan sahaja dan tidak mungkin akan menjadi realiti.
 Setelah sekian lama sekolah terintang ini beroperasi, mari
kita tanya diri kita mengapa kecemerlangan itu menjadi
sesuatu yang begitu sukar dicapai di sekolah jenis ini?
 Saya pasti setiap komponen yang saya sebutkan tadi ada
jawapan mereka sendiri. Dan jari mereka akan ditudingkan
kepada elemen-elemen lain yang biasanya berada di luar
kawalan masing-masing yang dianggap sebagai penyebab.
Langkah Mengatasi
 Pemahaman yang mendalam tentang pelajar atau klien
serta masyarakat setempat menjadi sangat penting
 Pemahaman ini akan jadi lebih mudah jika wujudkan
hubungan yang mesra antara kedua-dua kelompok ini.
 Hubungan mesra ini akan melahirkan rasa percaya serta
rasa hormat dan menghormati antara satu sama lain.
 Peranan kumpulan dominant/ guru bukan hanya berfokus
kepada P & P yang terikat kepada silibus sahaja, malah
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya
pelajar, agama, latar belakang keluarga, dan sosioekonomi
 Latihan Guru ada menyediakan kursus untuk
memperkenalkan bakal-bakal guru kepada budaya
masyarakat Orang Asli. Tetapi sejauh manakah maklumat
ini, berjaya mereka terjemahkan dalam melaksanakan
peranan mereka di sekolah-sekolah terintang ini.
 Maklumat yang diperoleh itu tidak akan memberi apa-apa
kesan jika personaliti atau sahsiah guru itu bermasalah.
(sikap bekerja untuk gaji / dihukum)
 Individu-individu atau guru-guru atau orang yang terlibat
perlu membetulkan sikap mereka terlebih dahulu
 Salah satu pendekatan dalam konteks memahami
budaya Orang Asli (klien), perlu sekali guru-guru yang
berkhidmat di sekolah berkenaan berupaya bertutur
dalam bahasa penduduk setempat. Ini akan
memudahkan guru diterima oleh masyarakat
setempat, dan lebih penting lagi murid-murid akan
merasa wujud kaitan dengan guru itu, -- ada perkara
yang mereka miliki bersama. Murid-murid juga
merasakan guru itu adalah sebahagian daripada
mereka.
 Apabila murid-murid faham mereka akan berminat
dengan guru itu dan sekali gus akan berminat kepada
mata pelajaran yang diajarkannya.
 Pelajaran yang diajarkan akan jadi lebih menarik jika
guru itu dapat mengolahnya dengan baik dan
menarik. Ini akan diterjemahkan oleh murid-murid
dalam bentuk suka kepada guru tersebut, sayang,
hormat dan patuh kepadanya.
 Guru-guru juga perlu mengetahui keadaan kehidupan
setiap keluarga muridnya, tahu adat resam dan
pantang-larang yang mereka amalkan.
 Guru-guru perlu selami akal budi mereka. Akal budi
setiap individu itu berbeza. Ini perlu kerana
dengannya guru akan mudah dapat menyesuaikan diri
dengan masyarakat setempat dan juga menyesuaikan
diri dengan murid-muridnya dan dengan mudah juga
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
 Bergaul, bermesra, prihatin dan terbuka dengan ibu-
bapa murid dan masyarakat setempat adalah elemen
atau langkah dalam pengurusan kebudayaan di
sekolah terintang. Jika ini telah dilakukan oleh semua
guru bermakna telah bermulalah usaha sekolah
menguruskan kepelbagaian budaya di sekolah itu.
 Kesannya, bila hubungan sekolah dengan masyarakat
akrab dan mesra akan zahirlah rasa tanggung-jawab
oleh semua pihak, dengan itu kualiti produk
perkdimatan disekolah akan meningkat dan masalah P
& P di sekolah terintang mampu dikurangkan.
 Guru boleh kaitkan kandungan pelajaran dengan elemen
budaya, kehidupan dan persekitaran yang biasa dengan
murid-murid. Ini pasti akan menjadikan pelajaran itu
bermakna dan menyeronokkan kepada mereka.
 Untuk menjadikan mereka faham, guru wajar mampu
memberi banyak contoh, dan contoh ini juga harus sesuatu
yang dekat dan biasa dengan mereka. Gunakan bahasa
yang mudah atau bahasa yang mereka gunakan untuk
memberikan penerangan. Di sinilah pentingnya guru
menguasai bahasa murid-murid atau bahasa setempat.
 Guru-guru kena tahu apa benda yang boleh menyentuh hati
kecil murid-murid mereka. Mengetahui semua inilah yang boleh
membantu guru menguruskan kepelbagaian kebudayaan.
 Guru-guru semuanya telah didedahkan dengan psikologi kanakkanak. Manfaatkan pengetahuan psikologi dan kebudayaan ini
untuk memperkasakan P & P guru-guru. Elakan daripada
menyentuh perkara-perkara yang boleh menjadikan murid
mereka tersinggung atau malu. Perkukuhkan jati diri murid dan
keyakinan diri. Bina self-esteem dan harga diri mereka. Libatkan
ibu-bapa dan masyarakat bersama dalam aktibiti sekolah dan
guru-guru pula mesrakan diri ke dalam masyarakat. Akan
lahirlah satu sinergi kebersamaan yang mampu menguruskan
hubungan antara budaya kelompok-kelompok dalam sekolah
demi mencapai kecemerlangan pendidikan.
SEKIAN
TERIMA KASIH