3.2 Bab 1-Tkt 5

Download Report

Transcript 3.2 Bab 1-Tkt 5

Konsep Nasionalisme
• Perasaan cinta akan bangsa dan
negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air
• Tidak terhad kepada pembebasan
kuasa politik sahaja tetapi juga bebas
daripada cengkaman ekonomi dan
kebudayaan asing
Faktor-faktor kemunculan
nasionalisme di Asia Tenggara
•
•
•
•
•
Dasar penjajahan Barat
Pengaruh agama
Karya kesusasteraan
Sistem pendidikan
Kemunculan golongan
intelektual
• Pengaruh media massa
• Sistem pengangkutan dan
perhubungan
• Pengaruh luar
Dasar Penjajahan Barat
• Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat
• Sistem birokrasi Barat tidak memberikan peluang
kpd rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran
moden
• Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional
• Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman
Paksa dan Sistem Polo di Filipina menindas rakyat
tempatan
• Jurang sosial wujud – orang Barat berada dalam
kelas yang tinggi dan tidak layak berdampingan
dengan rakyat biasa
• Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan
imigran menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
kerana penguasaan dalam bidang ekonomi
Pengaruh Agama
• Berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk
menghadapi penindasan dan pengaruh
kebudayaan Barat serta agama Kristian
• Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di
Tanah Melayu,Persatuan Belia Buddha di Burma
– peranan agama sebagai alat perpaduan dan
golongan agama sebagai pencetus
nasionalisme
• Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme
–penyatuan dunia Islam menentang penjajahan
Barat
Karya kesusasteraan
• Menyampaikan mesej kesengsaraan dan
kekecewaan terhadap penindasan penjajah yg
akhirnya membangkitkan kesdaran bangsa dan
kecintaan terhadap negara
• Filipina – novel Noli Me Tangere karya Jose
Rizal mencetuskan gerakan nasionalisme di
Filipina dan menjadi inspirasi terhadap gerakan
nasinalisme di Asia Tenggara
• Di Indonesia – Kerikil-kerikil Tajam dan Ke
Makam Bonda karya Chairil Anuar
• Di Tanah Melayu – Putera Gunung Tahan – Pak
Sako
•
•
•
•
•
Sistem Pendidikan
Sikap pilih kasih penjajah menyediakan
kemudahan pendidikan – bahasa penjajah
Pendidikan rendah dan terhad kepada golongan
elit dan penduduk bandar
Di Indonesia – anak golongan priyayi diberikan
pendidikan tersendiri dan diasingkan dpd anak
orang kebanyakan bertujuan utk memecahkan
perpaduan rakyat tempatan
Di Burma – pendidikan sekular dan pendidikan
mubaligh menjadi ancaman terhadap sekolah
Buddha
Di Tanah Melayu – lulusan sekolah vernakular
sukar mendapat pekerjaan berbanding sekolah
Inggeris
Kemunculan Golongan Intelektual
• Pencetus gerakan nasionalisme
• Berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan
di Asia Barat telah didedahkan dengan idea
falsafah Barat dan Islam
• Menyedarkan mereka penjajah tidak mentadbir
tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara
mereka sendiri
• Menjadi pemimpin gerakan nasionalisme
• Menuntut taraf hidup bangsa dibela (peringkat
awal) dan meminta penjajah membebaskan
negara mereka
Pengaruh Media Massa
• Akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat
nasionalisme
• Berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan
menanamkan perasaan antipenjajah kepada rakyat
• Di Vietnam- Tribune Indigene dan Cloche Felee
• Di Tanah Melayu –Ikhwan, Saudara, Warta Malaya
dan Majlis
• Penjajah menganggap perkembangan ini sebagai
satu ancaman terhadap politik mereka dan sikap ini
bertentangan dengan kebebasan akhbar yang
diamalkan di negara mereka
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan
Perhubungan
• Telefon dan telegraf memudahkan
hubungan di kalangan nasionalis
• Jalan kereta api dan jalan raya – dapat
menghubungkan kawasan yang terpisah
• Memudahkan rakyat dan para pemimpin
bertemu dan membincangkan idea-idea
nasionalisme
Pengaruh Luar
• Mencetuskan nasionalisme
• Kejayaan Jepun menewaskan China -1895
dan Rusia (1905) – membuka mata nasionalis
di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah
negara yang kecil mengalahkan negara besar
• Perjuangan Mahatma Gandhi di India
menentang British telah memberi inspirasi
kepada nasionalis di Asia Tenggara
PERKEMBANGAN NASIONALISME
Dibahagikan kepada 2 tahap
Tahap pertama
• Penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat
setempat
• Tidak berorganisasi
• Menggunakan isu kebudayaan, agama dan hak pribumi
• Dipimpin oleh golongan pertengahan yang
berpendidikan Barat dan Asia Barat
• Lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan
politik
• Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup
dibaiki
• Tidak meminta kemerdekaan secara serta merta
Tahap kedua
• Gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan
berorganisasi
• Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan
serta berpengetahuan luas dalam bidang
kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat
• Mereka menyedari perubahan yang
diperkenalkan oleh penjajah dan kesannya
terhadap bangsa dan negara
• Matlamat perjuangan lebih jelas iaitu menuntut
kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri
yang berdaulat
FILIPINA
Tahap pertama
• Gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal
– pengaruh kuat dan disokong oleh golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat
Tuntutan :
-Filipina dijadikan wilayah Sepanyol –
-bangsa Filipina diberikan hak yang
sama seperti diperoleh bangsa Sepanyol
-bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
• Tuntutan tidak berjaya
• Jose Rizal menubuhkan Liga
Filipina(1892)bertujuan mendesak
kerajaan Sepanyol melakukan
pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
• Kerajaan Sepanyol berasa tergugat –
menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri
ke Dapitan di Mindanao dan akhirnya
dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan
terlibat dalam gerakan pemberontakan
JOSE RIZAL
•
•
•
•
•
•
•
Tahap kedua
Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres
Bonifasio
Memulakan penentangan secara radikal terhadap
Sepanyol
Matlamat untuk menyatukan bangsa Filipina dan
mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Menggunakan media cetak (Kalayan) untuk
menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
1896 – Katipunan melancarkan revolusi bersenjata
untuk menggulingkan Sepanyol
tetapi gagal
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo(1897)
Kartipunan menjadi semakin lemah
• Aguinaldo mengadakan kerjasama
dengan Amerika Syarikat dan berjaya
mengusir Sepanyol(1898)
• Bermulanya penjajahan Amerika Syarikat
di Filipina
• Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan
Filipina(1899) tetapi tidak disahkan oleh
Amerika
• Revolusi diteruskan oleh Aguinaldo dan
beliau ditangkap(1901)
• Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan
parti-parti politik sederhana
• Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan
Perhimpunan setelah partinya iaitu Parti
Nasional memenangi pilihan raya(1907)
• Mulai tahun 1930-an nasionalis Filipina
kembali menuntut kemerdekaan melalui
perlembagaan setelah pucuk pimpinan di
Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih
liberal
INDONESIA
Tahap pertama
• Tumpuan terhadap isu-isu pendidikan yg akan
mengubah nasib rakyat Indonesia
• Raden Adjeng Kartini cuba memajukan
pendidikan untuk kaum wanita – karya Habis
Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang
Puteri Jawa
• Mendedahkan kemunduran & penindasan
Belanda
• Telah memberikan inspirasi kpd nasionalis
selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan
yang lebih tersusun
Muhammadiyah
• Pertubuhan yg terpenting pada tahap
ini
Matlamat :
- Untuk menyebarkan Islam yang
sebenar & menghindari ancaman
sekularisme Barat serta agama
Kristian
Kejayaan:
- Banyak membina sekolah, klinik dan
masjid
Tahap kedua
• Memperlihatkan perjuangan parti-parti politik
radikal spt Sarekat Islam(SI), Parti komunis
Indonesia(PKI) dan Parti Nasional
Indonesia(PNI)
• Parti-parti politik begitu lantang menuntut
kemerdekaan(secara kekerasan)
• PNI di bawah Soekarno – amat popular kerana
perjuangannya mendapat sokongan kuat rakyat
• Tindakan Belanda – menangkap pemimpin yang
radikal termasuk Soekarno & mengharamkan
PNI
PRESIDEN SOEKARNO
INDOCHINA
Tahap awal
• Lebih tertumpu di Vietnam
• Dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai
daripada golongan Mandarin
-Memperjuangkan sistem pemerintahan beraja
• Golongan menengah berpendidikan Barat
-memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat
• Phan Boi Chau – memimpin gerakan revolusi tetapi
gagal
• Beliau menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH)
• Melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin &
melancarkan gerakan dakyah di Veitnam
• Beliau telah dipenjarakan & VNQPH diharamkan.
Tahap kedua
• Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk
mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan
gerakan nasionalisme yang lebih radikal
• Perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) & Parti
Komunis Vietnam(PKV)
• Perancis menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD dan
menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
• Ho Chi Minh(pemimpin PKV) –melarikan diri ke Hong
Kong
• Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan
nasionalisme kembali bercorak sederhana di nawah
pimpinan Maharaja Bao Dai
• Usaha-usaha pembaharuan baginda disekat & dilarang
melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
HO CHI MINH
BURMA
Tahap pertama
• Golngan sami Buddha & golongan elit berpendidikan
Barat
• Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia
Buddha (1906)
• Bertujuan untuk :
- mengekalkan tradisi Buddha
- memajukan pendidikan di kalangan
rakyat Burma
• Menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan
semangat nasionalisme
• Menjelang tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah
dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba
Pe.
• Pemimpin-pemimpin ini kemudiannya menubuhkan
Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada
tahun 1920 yang lebih radikal
Tahap kedua
• Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford –
menyatakan bahawa Burma masih belum
bersedia untuk memerintah sendiri
• Menjelang tahun 1920, tercetus Revolusi Pelajar
yang menuntut penubuhan sebuah universiti
• Gerakan seterusnya- golongan sami Buddha
melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang
mencetuskan Pemberontakan Saya San –
diketuai oleh Saya San(bekas pongyi dan
pemimpin di Tharawaddy)
• Liga Antipemisahan yang menganggap
pemisahan dengan India hanya akan
melewatkan kemerdekaan
• Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
memberikan peluang ke arah berkerajaan
sendiri
• Golongan Thakin(siswazah)menubuhkan Parti
Dobama Asiayone pada tahun 1935 untuk
menuntut kemerdekaan
• Pemimpinnya terdiri dpd Aung San, Khaw Nein
& U Nu yg menggelarkan diri mereka sebagai
“Tuan”.
• Dr Ba Maw yang memenangi pilihan raya 1037
telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang
pertama
THAILAND
• Gerakan nasionalisme berbeza kerana tidak bersifat
antipenjajah
Tahap pertama
• Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan
politik oleh kerabat diraja & juga penentangan terhadap
raja yang berkuasa mutlak
• Perkembangan sistem pendidikan Barat telah
memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal,
sistem demokrasi & sistem raja berperlembagaan
kepada golongan intelek Thailand
• Kelemahan sistem pentadbiran & sikap boros Raja
Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati
• Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat oleh Nai
Pridi Panomyong 1932 dan Field Marshall Phibul
Songram
• Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada 1932 yang
menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
•
•
•
•
•
•
•
Tahap kedua
Berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap
cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri,
beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan
Rakyat peribumi digalakkan terlibat dalam aktiviti
ekonomi
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut
agama Buddha
Tahun 1939- beliau menukar nama Siam kepada
Thailand (Tanah Bebas)
Hasil kerjasama dgn Jepun semasa Perang Dunia
Kedua Thailand telah berjaya mendapatkan semula
wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu
Rumusan
• Kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi
mereka
• Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik,
ekonomi dan sosial negara-negara di Asia Tenggara.
• Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan
penindasan
• Semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini
telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang menuntut
pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut
kemerdekaan daripada penjajah.
• Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat
juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi.
• Di samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijaksanaan –
faktor penting kejayaan sesuatu perjuangan.
• Oleh itu, sebagai generasi pewaris, kita seharusnya
menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha
untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara
serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.