Tatacara Pelaksanaan Bayaran Insentif 2014

Download Report

Transcript Tatacara Pelaksanaan Bayaran Insentif 2014

TATACARA PELAKSANAAN
AGIHAN PERUNTUKAN RM50 JUTA BAGI SEKOLAH
PENDIDIKAN KHAS(SPK),PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI(PPKI) DAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF(PPI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Pendahuluan
• Tatacara ini adalah memberi panduan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua
pihak yang terlibat dalam pengurusan
pengagihan sebanyak RM50,000,000.00
kepada sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan yang menawarkan Pendidikan Khas.
2
2. Objektif
2.1 Memastikan pengurusan pengagihan peruntukan
sebanyak RM50,000,000.00(Ringgit Malaysia Lima
Puluh Juta) kepada sekolah-sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan yang menawarkan Program
Pendidikan Khas dilaksanakan mengikut peraturan dan
syarat yang ditetapkan secara piawai, dan
2.2 Memastikan peruntukan yang diturunkan kepada
sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang
menawarkan Program Pendidikan Khas dibelanjakan
mengikut keperluan dalam tahun semasa.
3
3. Kadar
• Sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima
Puluh Ribu) OS42000 bagi setiap sekolah
4
4. Syarat-syarat Kelayakan
4.1 Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
4.2 Sekolah Pendidikan Khas (SPK) yang kritikal
dan
4.3 Sekolah yang melaksanakan Program
Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) yang amat
kritikal dan kritikal
• Pemilihan amat kritikal adalah berdasarkan sekolah yang tidak
menerima peruntukan P41 dalam tahun 2013 dan 2014
5
5. Tatacara Pengurusan dan
Pembayaran
• 5.1 Perancangan
i. Bahagian Pendidikan Khas(BPKhas) yang menyediakan dasar
pengagihan peruntukan RM50juta.
ii. BPKhas menentukan bilangan sekolah dan menyediakan
pecahan mengikut negeri.
iii. Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) menentukan nama sekolah
mengikut bilangan yang telah ditetapkan oleh BPKhas.
iv. Sekolah dengan kerjasama JPN menyediakan senarai
pecahan aktiviti yang dinyatakan di Lampiran A.
v. Semua perancangan penggunaan peruntukan diselaraskan
oleh JPN dan sesalinan dipanjangkan oleh BPKhas untuk
rujukan dan pemantauan.
6
Sambungan…
• 5.2 Agihan Peruntukan
i. BPKhas menyalurkan peruntukan ke Akaun
Kumpulan Wang Kerajaan Sekolah.
ii. Bagi sekolah yang tiada Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan di Sabah dan Sarawak peruntukan
disalurkan ke Pejabat Pendidikan Daerah(PPD).
iii. Semua peruntukan atau sekurang-kurangnya
50% hendaklah dibelanja dalam tahun semasa.
iv. Semua proses perbelanjaan hendaklah
diselesaikan pada 30 November tahun semasa.
v. Lebihan peruntukan hendaklah dibelanjakan
sehingga 30 April tahun berikutnya.
7
Sambungan…
• 5.3 Tatacara Berbelanja
Semua proses perbelanjaan hendaklah
mematuhi prosedur dan Pekeliling
Kewangan semasa yang berkuatkuasa.
8
6.Peranan Sekolah
6.1 Menyediakan perancangan perbelanjaan
yang lengkap menggunakan Lampiran B.
perancangan hendaklah berpandukan agihan
peruntukan dan cadangan aktiviti dalam
jadual di Lampiran A. Lampiran B yang telah
lengkap hendaklah dipanjangkan kepada JPN
atau PPD(bagi sekolah yang tiada Akaun
Kumpulan Wang Kerajaan) dan salinan ke
BPKhas.
9
Sambungan…
6.2 Menyediakan lajur khusus bagi inisiatif ini dan
mengemaskini Buku Tunai Sekolah.
6.3 Sekolah boleh melaksanakan perolehan seperti yang
dirancang sehingga 30 November dalam tahun semasa.
6.4 Sekolah hendaklah bekerjasama dengan PPD bagi
melaksanakan proses perolehan.
6.5 Menyediakan Laporan Prestasi Perbelanjaan dengan
mengisi Borang Laporan Prestasi Perbelanjaan seperti
di Lampiran E.(hantar ke JPN/Sekolah).
6.6 Mematuhi Prosedur dan Pekeliling Kewangan yang
berkuatkuasa pada tahun semasa.
10
7. Peranan Pejabat Pendidikan
Daerah
7.1 Memaklumkan kepada sekolah yang menerima peruntukan RM50,000.00.
7.2 Menyediakan lajur khusus bagi inisiatif ini dan mengemaskini Akaun PPD.
7.3 Menerima dan menyelaras perancangan perbelanjaan yang dilengkapkan
mengikut agihan peruntukan dalam jadual Lampiran A.
7.4 Melengkapkan Jadual Penyatuan Lampiran C dan menghantar Jadual
Penyatuan ke Bahagian Pendidikan Khas dan salinan ke JPN.
7.5 Membantu sekolah bagi melaksanakan perolehan seperti yang dirancang
sehingga 30 November dalam tahun semasa dan lebihan peruntukan
sebelum 30 April tahun berikutnya.
7.6 Menyelaras Laporan Prestasi Perbelanjaan Sekolah.
7.7 Mematuhi Prosedur dan Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa pada
tahun semasa.
• Peranan 7.1,7.2,7.3,7.4,7.5 bagi PPD yang menyelaras peruntukan sekolah
yang tidak mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan.
11
8. Peranan Jabatan Pendidikan Negeri
8.1. Melengkapkan maklumat sekolah dalam Lampiran D dan
memanjang ke BPKhas.
8.2. Menerima dan menyelaras perancangan perbelanjaan yang
dilengkapkan oleh sekolah(Lampiran D)dan mengikut agihan
peruntukan dan aktiviti dalam jadual di Lampiran A.
8.3 Melengkapkan Jadual Lampiran C dan menghantar Jadual
Penyatuan Ke Bahagian Pendidikan Khas.
8.4 Membantu sekolah bagi melaksanakan perolehan seperti yang
dirancang sehingga 30 November dalam tahun semasa dan lebihan
peruntukan sebelum 30 April tahun berikutnya.
8.5 Menyelaras Laporan Prestasi Perbelanjaan sekolah dengan mengisi
Borang Laporan Prestasi Perbelanjaan seperti Lampiran F.
8.6 Mematuhi Prosedur dan Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa
pada tahun semasa.
12
9. Peranan Bahagian Pendidikan Khas
9.1 Menerima dan menyelaras keperluan
peruntukan bagi setiap JPN seperti Lampiran
C.
9.2 Menurunkan peruntukan kepada sekolah
dan PPD yang terlibat.
9.3 Memantau prestasi perbelanjaan sekolah
dan PPD yang terlibat.
13
10. Laporan Prestasi Perbelanjaan
10.1 Setiap sekolah perlu memastikan Laporan
Prestasi Perbelanjaan dikemaskini dan satu
salinan dikemukakan kepada JPN dan BPKhas
sebelum atau 22hb. setiap bulan.
10.2 BPKhas perlu memastikan Laporan Prestasi
Perbelanjaan dikemaskini dan satu salinan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan
sebelum atau pada 30 haribulan setiap bulan
14
11. Pemantauan Projek
11.1 Semua JPN dan PPD yang terlibat hendaklah memantau
pelaksanaan projek dibawah inisiatif ini sekurangkurangnya sekali setiap bulan.
11.2 Pemantauan projek hendaklah menggunakan Instrumen
Pemantauan Projek seperti yang dilampirkan.
11.3 Laporan Pemantauan hendaklah dipanjangkan ke BPKhas
pada atau sebelum 22 haribulan setiap bulan.
11.4 Pegawai-pegawai BPKhas juga hendaklah menggunakan
instrumen yang sama dalam pemantauan pelaksanaan
projek di bawah inisiatif ini.Laporan pemantauan hendaklah
diserahkan kepada urusetia pada atau sebelum 22hb setiap
bulan
15
12.Penutup
• Melalui tatacara yang standard ini pengurusan
peruntukan sebanyak
RM50,000,000.00(Ringgit Malaysia Lima Puluh
Juta) bagi sekolah-sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan yang menawarkan Program
Pendidikan Khas dapat diurus dan dikawalselia
dengan lebih sistematik dan berkesan.
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ogos 2014
16