2. Halangan perpaduan di sekolah

Download Report

Transcript 2. Halangan perpaduan di sekolah

KEDINAMIKAN PERPADUAN DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI SEKOLAH

Prof Madya Datin Dr. Zahara Aziz Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

1. Perpaduan

 Walau teruja mengejar modenisasi perpaduan tidak harus dilupakan.

 Konsep perpaduan negara dalam konteks Malaysia didefinasikan sbg – satu keadaan di mana rakyat dari berbagai kumpul etnik, agama dan wilayah hidup dalam aman sbg satu bangsa yang bersatu dgn memberi komitmen yg penuh kpd identiti kebangsaan berlandaskan kpd perlembagaan dan rukun negara.

 Perpaduan telah membawa negara mencapai kemajuan dalam bidang spt ekonomi, politik sosial, psikologi dan kejiwaan dlm merealisasikan Wawasan 2020.  Adakah ini akan tercapai sekiran tiada pepaduan?

 Perpaduan juga telah mewujudkan toleransi .

 Teras konsep perpaduan 1Malaysia yang juga ditekankan dapat petunjuk agar perpaduan dapat dijayakan.

dalam dijadikan  Teras tersebut menekankan aspek penerimaan yang mana penerimaan atau persetujuan rakyat yang berbilang kaum dengan menerima keunikan kaum lain berdasarkan sikap toleransi tanpa ada rasa curiga dan prasangka yang mendalam

 Namun, Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 /2015, trend ibubapa kini memperlihatkan semakin ramai anak-anak dari kalangan etnik India dan Cina berdaftar di sekolah jenis kebangsaan berbanding 10 tahun yang lalu.

 Hasil kajian menunjukkan kadar murid Cina yang berdaftar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) meningkat daripada 92 peratus pada 2000 kepada 96 peratus pada 2011. Enrolmen lebih mengejutkan dalam tempoh yang sama apabila murid India yang berdaftar ke sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) turut meningkat daripada 47 peratus kepada 56 peratus, dan dalam tempoh yang sama didapati 94 peratus murid di sekolah kebangsaan (SK) ialah bumiputra

 Dapatan ini menunjukkan terdapat pengurangan kepelbagaian percampuran antara kumpulan etnik merentas semua jenis sekolah, yang seterusnya mengurangkan keupayaan sekolah untuk memupuk perpaduan dengan lebih berkesan melalui interaksi antara etnik.

 Oleh itu, pihak pengurusan di sekolah harus memainkan peranan dalam meningkatkan semangat kerjasama dan integrasi kalangan pelajar yang pelbagai .

dalam

 Selain itu menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di samping memberi kefahaman yang menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional.

 Setiap kumpulan etnik hanya senang bersama dengan kumpulannya sahaja

 Kajian Zahara et.al (2009) ke atas pelajar IPTA turut menyatakan perkara yang sama apabila hubungan antara kaum dilihat tidak mencapai perpaduan yang dikehendaki. Status pelajar dari pemerhatian awal semasa sesi kuliah atau kelas dijalankan rata-rata pelajar akan duduk dan memilih tempat yang berhampiran dengan rakan yang sama bangsa, sama negeri, sama jantina atau sama kursus dengan mereka sahaja.  Situasi ini menggambarkan seakan tidak wujud perhubungan antara kaum di kalangan mereka.

2. Halangan perpaduan di sekolah

 Kementerian Pelajaran memastikan sistem pendidikan negara memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan individu lain yang berbeza latar belakang untuk memahami dan menerima perbezaan bagi meningkatkan perpaduan di sekolah  Antara halangan yang wujud ialah pembelajaran lebih berpusatkan guru dan sehala (

chalk & talk

).

 Guru bukan opsyen turut menyumbang kepada faktor yang membantutkan usaha penerapan nilai perpaduan di kalangan pelajar  Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan peperiksaan turut menyumbang kepada penerapan perpaduan tidak dapat dicapai sepenuhnya

3. Nilai-Nilai Perpaduan dan Kewarganegaraan Dalam Pendidikan

 Konsep kewarganegaraan dan perpaduan amat dititikberatkan dalam bidang pendidikan.

 Dalam konteks ini, pelajar perlu dibentuk supaya berakhlak dan berbudi pekerti dalam segala aspek. Mereka juga perlu dididik supaya menghormati raja dan pemimpin negara.  Mereka juga perlulah menghormati lambang lambang Negara seperti bendera dan lagu kebangsaan

4. Menyediakan murid sekolah terintang lebih bersikap patriotik  Pelajar dari sekolah terintang khususnya perlu disedarkan tentang bersatu padu dan komited kepada negara. Untuk itu guru yang kreatif, inovatif dan berkemahiran dalam merancang P & P kepada pelajar tanpa menunggu arahan dari KPM untuk melaksanakannya.  Jika guru hanya menumpukan kepada buku teks & hafalan sahaja, murid-murid akan mudah bosan, kurang minat untuk belajar  Ini berlaku kerana pengajaran guru sehala & penyampaian tidak menarik.

 Berikut adalah cara untuk menjadikan pelajar lebih bersatu padu, bersemangat patriotik dan boleh bekerjasama dengan orang lain: 1)Pembelajaran tentang budaya etnik/kaum lain dengan memasukan konsep pelbagai budaya 2) Sisipkan pengajaran berdasarkan ICT dengan pembelajaran tidak tertumpu pada buku teks sahaja. Davis (1981) menyatakan terdapat 4 ciri kemahiran yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran:

I. Guru hendaklah sensitif terhadap keperluan setiap murid II. Guru mempunyai kebolehan mendiagnosis iaitu boleh menentukan perkara yang sesuai & diperlukan untuk pengajaran murid III.Pakar dalam memilih kaedah pengajaran yang sesuai IV.Bersikap fleksibel dalam pelaksanaan P & P

3) Guru mempunyai inovasi dalam pengajaran dengan menggunakan kemahiran mengajar yang berkesan 4) Pembelajaran berdasarkan masalah

(program based learning)

dapat membantu murid bersatu. Murid bersama dalam kumpulan berbincang dalam pembelajaran yang dilakukan oleh guru

5. Kesimpulan

 Perpaduan dalam pendidikan banyak yang telah dilakukan untuk menjayakannya.

 Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

 Tujuannya untuk memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek aspek moral yang dapat diterapkan kepada masyarakat dalam melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik.

SEKIAN TERIMA KASIH