2.Taklimat ting 6 - SMK Taman Melati

Download Report

Transcript 2.Taklimat ting 6 - SMK Taman Melati

TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
PERINGKAT KEBANGSAAN
HAJI MOHD FAUZI BIN DATUK HAJI MOHD KASSIM
TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF 1, MPM
SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN ENAM
 (a) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi
Bahasa Melayu
 (b) Berumur antara 17 hingga 20 tahun
 SYARAT KHAS
 (1) JURUSAN SAINS
 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan gred purata tidak
melebihi 18 unit bagi tiga mata pelajaran
 (2) JURUSAN KEMANUSIAAN
 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan gred purata tidak
melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran
 Keputusan kemasukan Pelajar ke Tingkatan Enam adalah melalui Laman
Web KPM(MOE) mulai Mei 2014
Page  2
Sistem Peperiksaan STPM Sedia Ada
 Tempoh pengajian tingkatan enam adalah 1½
tahun:
Tingkatan 6 bawah
Tingkatan 6 atas
penggal ke-2 tempoh
persekolahan
penggal pertama dan
ke-2 tempoh
persekolahan
 Pengukuran dan penilaian pencapaian pelajar
dijalankan sepenuhnya melalui peperiksaan
STPM pada bulan November-Disember.
Page  3
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
 Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan
pada setiap penggal dan keputusan pentaksiran
juga akan dikeluarkan bagi setiap penggal.
 Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM
adalah berdasarkan gabungan keputusan bagi
ketiga-tiga penggal.
Page  4
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
 Pelajar diberi peluang untuk memperbaiki
keputusan peperiksaan (mengulang). Pelajar
boleh memperbaiki keputusan akhir Penggal 1
dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula
peperiksaan pada hujung Penggal 3. Pelajar
yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi
Penggal 3 boleh juga menduduki semula
peperiksaan akhir Penggal 3.
Page  5
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
 Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam
sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar
mengikuti pengajian pada penggal yang
berikutnya.
 Penawaran bilangan mata pelajaran STPM tidak
berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran.
Page  6
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
Sistem penggredan STPM yang baharu adalah sama
dengan sistem penggredan STPM sedia ada
Gred
NGMP
Penarafan
A
A-
B+
B
B-
C+
C
C-
D+
D
F
4.00
3.67
3.33
3.00
2.67
2.33
2.00
1.67
1.33
1.00
0.00
Lulus penuh
(prinsipal)
NGMP = Nilai Gred Mata Pelajaran
Page  7
Lulus
sebahagian
(subsidiari)
Gagal
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
Dua kaedah pentaksiran akan dijalankan:
KAEDAH
WAJARAN
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)
20 – 40%
Peperiksaan Akhir Berpusat
60 – 80%
Page  8
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS ialah kerja kursus yang terdiri daripada kerja
projek, kajian luar, dan kerja amali mengikut keperluan
mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan
disediakan dan dibekalkan oleh MPM ke sekolah. Calon
boleh memilih soalan/tugasan yang dikemukakan
tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan
bagi sesuatu mata pelajaran.
PBS
Kerja
Projek
Page  9
Kajian
Luar
Kerja
Amali
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
• Pengenalan kepada PBS ini adalah selari dengan
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membangunkan modal insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta
memperluaskan peluang pendidikan kepada semua
yang berpotensi.
• Bertepatan juga dengan hasrat KPM untuk
memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar
lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan
berasaskan hasil (outcome-based education) yang
lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan.
Page  10
Rasional Pelaksanaan
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
 Beban bagi pelajar untuk belajar dalam sistem
pentaksiran baharu adalah kurang kerana
mereka hanya perlu mempelajari kandungan
mata pelajaran bagi penggal berkenaan sahaja
untuk dinilai pencapaian mereka bagi penggal itu.
 Pelajar mempunyai peluang yang lebih besar
untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik
bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang
dinilai pada setiap penggal adalah terhad.
Page  11
Rasional Pelaksanaan
Sistem Pentaksiran Baharu STPM
 Sistem ini dapat menyediakan pelajar
untuk menempuh alam dan sistem
pengajian di IPT baik di dalam mahupun di
luar negara.
 Sistem baharu ini dapat memperkasa
dan mengangkat martabat pengajian
peringkat prauniversiti di tingkatan enam
serta dapat menarik lebih banyak pelajar
mengikuti pengajian prauniversiti ini.
Page  12