aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah

Download Report

Transcript aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah

Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah
Disediakan oleh:
ABDUL LATIF BIN AHMAD
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
merangkumi:
1. Penjagaan kesihatan
2. Pemakanan
3. Promosi kesihatan
4. Rawatan rujukan
penempatan kelas khas
oleh:
i. Doktor
perubatan dan
pergigian
ii. Jururawat
iii. Guru-guru
Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:
• Membina kesedaran dan kefahaman di
kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf
kesihatan diri sendiri
• Mengasaskan latihan seumur hidup tentang
perlunya menilai taraf kesihatan seseorang
pada jangka masa tertentu.
• Menentukan murid berada dalam keadaan
kesihatan yang paling optima untuk menerima
pelajaran dan mengambil bahagian dalam
rancangan sekolah
• Mengesan dengan lebih awal keadaan
kesihatan yang tidak normal dengan merujuk
pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan
atau badan yang berkaitan untuk membetulkan
kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan
juga untuk pemulihan
Objektif Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah (sambungan)
• Memberitahu guru-guru dan ibu bapa
tentang taraf kesihatan kanak-kanak
sekolah untuk membolehkan rawatan
lebih berkesan dan penjagaan susulan
yang efektif.
• Mengawal penyakit yang berjangkit.
• Menggalakkan keselamatan di sekolah
dan memberi Pertolongan Cemas dan
Rawatan Kecemasan kepada kanakkanak ketika di sekolah.
• Memberikan perhatian kepada kanakkanak yang lebih memerlukan
rawatan kesihatan dan penyeliaan
khas.
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI
PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH
Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI
PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH
Carta organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
Malaysia
Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran
Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI
PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
terdiri daripada:
• Doktor (Ketua pasukan) -1
• Jururawat Kesihatan Umum dan
Jururawat Terlatih -1
• Penolong Jururawat -2
• Atendan -1
• Pemandu -1
Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:
• Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai
kepentingan kesihatan optimum.
• Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang
memerlukan perhatian yang serius.
• Mencegah dan mengawal penyakit.
• Memberi khidmat pertolongan cemas.
• Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti
sekolah.
AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN
SEKOLAH
Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah adalah:
• Penilaian Kesihatan Kanak-kanak
Sekolah;
• Rawatan, rujukan dan tindak susul;
• Imunisasi;
• Pendidikan Kesihatan;
• Kaunseling; dan
• Rekod dan laporan.
AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN
SEKOLAH
A. Penilaian Status Kesihatan
Penilaian status kesihatan meliputi
pemeriksaan, pengesanan awal masalah
kesihatan dan ujian saringan bagi
menentukan tahap kesihatan warga sekolah
seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan
lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor.
B.
Rujukan dan Tindakan Susulan
Aktiviti rujukan dan tindakan susulan
meliputi:
- pemerhatian atau rawatan awal kepada kes
yang dirujuk,
- tindakan susulan oleh guru, jururawat atau
pegawai perubatan kepada kes yang
dirujuk.
AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN
SEKOLAH
C. Khidmat Kaunseling
Sesi ini dijalankan oleh seorang guru
kaunselor yang terlatih.
D. Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:
- Penilaian status pemakanan murid melalui
pengambilan berat badan dan tinggi serta
pengelasan status pemakanan mengikut
Rekod Kesihatan Murid.
- Pengesanan secara fizikal dan klinikal
seperti kes kurang zat makanan, obesiti,
beguk, anemia dan lain-lain.
E. Pertolongan Cemas
Sekolah perlu menyediakan seorang guru
yang terlatih dalam memberi pertolongan
cemas dan Bilik khas kesihatan ('sick-bay')
AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN
SEKOLAH
F.
Pendidikan Kesihatan
Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi:
- Penyampaian pendidikan kesihatan kepada
murid secara formal dan tidak formal.
- Penilaian berkala dan berterusan tentang
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan
di kalangan warga sekolah.
- Pendedahan kepentingan penjagaan
kesihatan dan keselamatan di sekolah
kepada warga sekolah, ibu bapa dan
masyarakat.
G. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas
Aktiviti-aktiviti meliputi pendaftaran dan
penempatan, diagnosis dan pengesahan dan
rujukan kes untuk program pemulihan
PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN
TATACARA
•
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
akan menjalankan lawatan ulangan bagi
murid-murid sekurang-kurangnya sekali
setahun.
•
Perkhidmatan yang diberikan akan
memberi
keutamaan kepada kanak-kanak pra sekolah,
Darjah 1, Darjah 6, Ting. 3 dan Ting. 5.
•
Kes-kes rujukan dari darjah yang lain juga
akan diperiksa pada masa lawatan.
•
Penilaian tahap kesihatan adalah
merangkumi
pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan
awal bagi menentukan tahap kesihatan muridmurid di sesebuah sekolah.
AKTIVITI LAWATAN PASUKAN KESIHATAN
SEKOLAH
A. Lawatan Pertama
- Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian
- Berat badan dan ukuran tinggi
- Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran
- Pemeriksaan Perubatan
- Imunisasi
- Rawatan Khas
B. Lawatan Ulangan
- Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi:
a. Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan
pertama.
b. Kes-kes tindakan susulan.
c. Kes-kes rujukan.
- Imunisasi
- Rawatan Cacing
- Rawatan Khas
SEKIAN,
TERIMA KASIH