Transcript Document

TOPIK 6 - 10 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Persekitaran Fizikal Perhubungan Kelompok Etnik Pengurusan P&P Pedagogi Kelas Bercantum Sosiolinguistik Persekitaran Sosio-emosi Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Penilaian Berasaskan Budaya

• Pengenalan • Bagaimana mengaplikasikan kelas yang mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif utk murid dari latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza?

• Pengurusan Persekitaran Fizikal • Pengurusan Fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja.

• Ini termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, mengawal.

• Pengurusan bilik darjah yang dinamik • Dpt mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

• Penyusunan bilik darjah • bilik darjah perlu mempunyai peralatan asas papan putih, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja kerusi dll.

• Papan kenyataan perlu ada jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi dll.

• Persediaan untuk menghasilkan p&p yang berkesan.

• Persediaan dari segi keselamatan: sediakan peraturan • Berpandukan pekeliling.

• Penyediaan ruang yang selesa • Kebersihan dan keindahan bilik darjah • Pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid.

• Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi • Jadi perangsang membangkit dan mengekalkan minat murid terhadap p&p.

• Woolfolk (1990)=motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkahlaku murid.

• Langkah yang perlu dilakukan: • i. beri pujian dan galakan • ii. Guru perlu mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri.

• iii. Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan berhadapan dengan guru dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

• iv. Hubungan yang positif antara guru dan murid harus dibina terlebih dahulu.

• Guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokrasi dan tidak terlalu mengongkong.

• v. Hubungan positif dengan rakan sekelas juga perlu dibina.

• Perhubungan Antara Kelompok Etnik • Gol. muda perlu membaca dan memahami serta menghayati perlembagaan negara.

• Gol. muda disaran memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia.

• 6 perkara menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia: • i. Perkara 8 : persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan itu dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya • ii. Perkara 10 (4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya • iii. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-Raja Melayu menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam • iv. Perkara 150 (6a): kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meski pun dalam keadaan darurat • v. Perkara 152 : Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa mereka • vi. Perkara 153 : kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah etnik lain.

• Murid digalakkan utk berfikir mengenai hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting lain.

• Kesedaran murid untuk mengenal pasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam kelompok etnik atau dlm bentuk lain spt agama, budaya,kedudukan ekonomi politik dan sosial.

• Guru harus memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya dalam masyarakat.

• Setiap etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran • Setiap aktiviti dan program yang dirancang haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif serta yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak.