Transcript minggu 8

1
2
OBJEKTIF
Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:
• Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama
• Unsur pengisi frasa kerja dan frasa sendi nama
• Binaan dan fungsi frasa kerja dan frasa sendi nama
3
FRASA KERJA
• Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang
mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan kata
kerja tunggal. Contoh:
Orang itu sedang melukis.
• Tatabahasa Transformasi Generatif: Konstituen ayat
yang mengandung predikat atau pelengkap atau adjung
berbanding dengan frasa nama subjek. Contoh:
Mahasiswa mengelilingi Kuala Lumpur kelmarin.
4
FRASA KERJA
• Unsur pengisi FK ialah kata kerja transitif atau kata
kerja tak transitif.
• Kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek atau unsur
lain.
• Kata kerja tak transitif boleh wujud bersendirian atau
diikuti oleh unsur lain.
• Binaan frasa kerja:
* kb + KKT + Objek / AKomp + Keterangan
* kb + KKTT + Pelengkap/AKomp / ? + keterangan
5
BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK
• Kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap
dengan pelengkap (berpelengkap)
dengan KN sebagai penerang
6
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
• Kata kerja yang mempunyai makna lengkap. Oleh itu, kata kerja ini tidak
memerlukan pelengkap untuk berfungsi dalam ayat. Contoh:
* Semua mahasiswa bangun
* Mereka akan pulang
* Buah hatinya menangis
* Permata idamannya hilang
* Bunga berguguran
* Monyet bergayutan
* Beliau berkorban (demi cinta sucinya)
* Mahasiswa ini menjeling (dengan jelingan membunuh)
* Kainnya terlucut
* Buah yang tergantung itu telah gugur
* Rambutnya memutih
7
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP
• Kata kerja tak transitif + pelengkap adjektif: keadaan orang itu
beransur sihat, tenaganya menjadi lemah, seniman itu berbuat
baik.
• Kata kerja tak transitif + pelengkap FSN (tempat): pemuda itu
tinggal di atas pokok, isterinya berada di kampung, bapanya
berumah di tepi pantai, pelancong itu singgah di Bukit Berapit,
perahunya membelok ke kiri…
• Kata kerja tak transitif + pelengkap KN: rumah Dara beratapkan
genting, rumah Uda beratapkan nipah, keluarganya ada kebun
durian, padi Wan Empok dan Wan Malini berdaunkan perak,
berbuahkan emas, dan berbatangkan suasa, anaknya menjadi
pramugari, Pak Kaduk berbajukan kertas…
8
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KN
SEBAGAI PENERANG
• KN yang hadir selepas kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana KN
itu tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif, dan bukannya
pelengkap kerana jika ditinggalkan KN itu tidak mencacatkan ayat, iaitu
ayat tersebut masih boleh dianggap lengkap. Contoh:
* Suaminya berkain batik
* Kegemaran isterinya berniaga rempah
* Ketiga-tiga isterinya berbaju kebaya
* Mahasiswa itu belajar bahasa Hindi
* Perahu kecil belayar malam
* Kegemarannya mengendap orang
* Kesukaannya berkebun ubi
* Keluarganya berkedai nasi kandar
9
BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK
• Frasa kerja dengan objek
• Kata kerja transitif
Frasa kerja dengan satu objek
Frasa kerja dengan dua objek
10
FRASA KERJA DENGAN OBJEK
• Kata kerja transitif sebagai kata inti, dan KN sebagai
objek. Contoh:
* Izati makan nasi mentah (aktif), Nasi mentah Izzati
makan (aktif songsang), nasi mentah dimakan (oleh) Izati
(pasif), dimakan (oleh) Izati nasi mentah (pasif songsang).
* Engkau menembak burung (aktif), Menembak burung
engkau (aktif songsang), burung engkau tembak (pasif),
engkau tembak burung (pasif songsang).
* Pemburu menikam harimau dengan lembing (aktif),
dengan lembing pemburu menikam harimau (aktif
songsang), harimau ditikam (oleh) pemburu dengan
lembing (pasif), dengan lembing, harimau ditikam oleh
pemburu (pasif songsang).
11
FRASA KERJA SATU OBJEK
• Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai objek, dan
bilangan objek itu hanya satu. Contoh:
• Jamu itu dapat menguatkan tenaga (aktif), tenaga dapat
•
•
•
•
dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif).
Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati (aktif), payung
dipinjamkan oleh Zainuddin kepada Hayati (pasif).
Pemuda itu menyewa kereta (aktif), kereta disewa (oleh)
pemuda itu (pasif).
Isterinya mengambil semangkuk bubur (aktif), semangkok
bubur diambil (oleh) isterinya (pasif).
Mastura memetik bunga tanjung (aktif), bunga tanjung dipetik
(oleh) Mastura (pasif).
12
FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK
• Kata kerja yang memerikan sifat sesuatu, iaitu kata kerja
yang berasal daripada kata adjektif. Kata kerja ini boleh
disertai kata penguat, dan objeknya berupa pilihan, dan
objek itu boleh digugurkan jika objek itu ialah kata ganti diri
pertama. Contoh:
* Peristiwa malam itu amat menyeramkan (kami) (aktif),
amat menyeramkan (kami) peristiwa malam itu (songsang).
* Pemandangan itu amat mengasyikkan (saya) (aktif), amat
mengasyikkan (saya) pemandangan itu (songsang).
* Penderitaan yang dialaminya amat mengharukan (saya),
(aktif), amat mengharukan (saya) penderitaan yang
dialaminya (songsang).
13
FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK
• Frasa kerja yang mengandung objek tepat dan objek sipi. Objek tepat
ialah penyambut secara langsung, dan objek sipi ialah penyambut
secara tidak langsung. Contoh:
* Canselor menganugerahi graduan ijazah (aktif), graduan dianugerahi
canselor ijazah (pasif), canselor menganugerahkan ijazah kepada
graduan (aktif), ijazah dianugerahkan canselor kepada graduan (pasif).
* Ibu membeli anaknya pakaian (aktif), anaknya dibeli ibu pakaian
(pasif), ibu membelikan pakaian untuk anaknya (aktif), pakaian dibelikan
ibu untuk anaknya (pasif).
• Contoh di atas menunjukkan bahawa objek tepat sahaja yang dijadikan
subjek dalam ayat pasif, iaitu menjadi unsur yang diterangkan,
sedangkan objek sipi tidak boleh diberikan fungsi itu.
14
FRASA KERJA DENGAN SEOLAH-OLAH DUA
OBJEK
• Ayat berikut ada satu objek, walaupun seolah-olah ada dua
objek. Ini demikian kerana pelengkap pada objek itu tidak dapat
dijadikan objek tepat. Contoh:
• Sang Nila Utama menamakan tempat itu Singapura (aktif),
tempat itu dinamakan Sang Nila Utama Singapura (pasif), Sang
Nila Utama menamakan Singapura untuk tempat itu. (X)
• Dia menganggap saya kekasih (aktif), saya dianggapnya kekasih
(pasif), dia menganggap kekasih kepada saya (X).
• Laksamana menamakan pedangnya Pasupati (aktif), pedangnya
dinamakan Laksamana Pasupati (pasif), Laksamana
menamakan Pasupati untuk pedangnya (X).
15
FRASA KERJA DAN KATA BANTU
• Kata bantu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata bantu aspek dan
kata bantu ragam.
• Kata bantu aspek menerangkan waktu kata kerja, dan kata bantu ragam
menerangkan ragam perasaan kata kerja.
• Kata bantu aspek: sudah bertunang, telah tidur, pernah tewas, sedang
mandi, masih beruntung, belum mati, akan berkahwin, masih belum
berkhatan, sudah pernah pergi, masih sedang mandi, telah pernah
bersama…
• Kata bantu ragam: hendak beristeri, mahu berdamai, harus pergi, boleh
masuk, dapat memandu, mesti berdikari, harus mahu pergi, mesti mahu
bersama, mesti dapat memancing, harus hendak berkelana, mesti boleh
berenang…
16
KATA BANTU ASPEK
• Kata bantu aspek dapat dibahagikan kepada tiga jenis mengikut
masa, iaitu: sudah (sudah, telah, pernah), sedang (sedang, masih),
dan belum (belum, akan). Contoh:
* Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin, Majapahit telah
menyerang Melaka, Iraq pernah menawan Kuwait, mahasiswa itu
sedang berangan-angan, pemuda itu masih bersembunyi, bulan belum
mengambang, orang tua itu akan berhijrah ke Ipoh…
• Kata bantu aspek boleh juga berpasangan sesama sendiri pada satu
masa. Contoh:
* Yang merah itu masih belum berumah tangga, orang itu belum
pernah memanjat pokok, rombongan pengantin masih belum tiba, dia
sudah pernah menangkap harimau, saya telah pernah pergi ke
bulan…
17
KATA BANTU RAGAM
• Kata bantu ragam hadir sebelum kata kerja untuk menerangkan ragam
atau suasana perasaan sesuatu perlakuan itu, sama ada mesti,
hendak, berupaya atau tidak berupaya untuk melakukannya. Contoh:
* Kedua-dua remaja itu hendak bergusti, dia mahu meningkatkan
prestasi kerja, kami harus bergegas ke sana, kamu boleh balik pada
petang nanti, anaknya dapat menyelam, kita mesti berkorban untuk
negara…
• Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama sendiri untuk
mengungkapkan ragam atau suasana perasaan mengikut konteksnya.
Contoh:
* Mahasiswa itu harus mahu mengambil peperiksaan, kedua-dua ibu
bapanya harus dapat ke Mekah tahun ini, suaminya mesti mahu
berkahwin lagi, kita mesti dapat mengambil buah yang tergantung itu…
18
KEHADIRAN KATA BANTU DALAM AYAT
• Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam:
* kedua-duanya sedang hendak terjun ke jurang, suaminya
belum hendak mandi lagi, Ahmad akan dapat mengambil
hadiahnya pagi esok, yang biru itu masih belum berumah
tangga, saudara belum boleh beristeri dua…
• Kata bantu ragam + kata bantu aspek:
* buah hatinya mesti akan merinduinya siang dan malam,
yang tersenyum itu harus sudah berpunya, mahasiswa itu
mesti sudah berkhatan, pemuda itu harus telah pergi ke
sempadan Thailand, mahligai itu mesti telah roboh…
19
FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
• Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja transitif boleh menerima
ayat komplemen untuk membentuk ayat majmuk.
• Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen:
> Halim menafikan bahawa dia akan berkahwin lagi.
> Mahasiswa itu mengakui bahawa dialah yang bersalah.
> Menteri Besar mengumumkan bahawa kabinet kerajaan
negeri akan dibuburkan pada minggu hadapan.
> Pegawai itu memberitahu bahawa Perdana Menteri akan
melawat UPM tahun hadapan
> Naib Canselor mengatakan bahawa pelajar yang membakar
bangunan akan dikenakan hukuman berat.
> Penceramah itu menegaskan bahawa siapa yang makan cili,
dialah yang terasa pedasnya.
20
FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
• Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja tak transitif juga boleh
menerima ayat komplemen untuk membentuk ayat majmuk.
• Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen
> Orang itu gagal untuk menjawab akuan nikah.
> Beliau telah bersedia untuk menerima hukuman.
> Pekebun itu tahu bahawa banjir akan melanda bila-bila masa.
> Keempat-empat isterinya berhajat untuk menimang cahaya
mata pada tahun hadapan.
> Mahasiswa berpendapat bahawa cuti semester harus
dipanjangkan.
> Laila tahu. bahawa Majnum masih cinta padanya
> Pemuda itu tahu bahawa cintanya ada di mana-mana.
21
UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA
• Unsur yang hadir sesudah kata kerja, dan berfungsi sebagai
penerang. Keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada frasa
sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama.
• Frasa sendi nama: angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa,
mesyuarat akan berbincang tentang perkara itu, banjir
melanda dengan tiba-tiba.
• Frasa adjekjtif: pakaiannya berbau amat busuk, burung
tempua terbang tinggi, makanannya berbau tengik.
• Frasa nama: rombongan pengantin telah tiba kelmarin, dia
akan bertolak pagi ini, kapal terbang akan berlepas esok.
22
KEHADIRAN KETERANGAN DALAM FRASA
KERJA
• kb + KKT + Obj + Ket: akan membina rumah di pinggir bandar,
akan memburu rusa di gunung Kinabalu…
• kb + KKT + AKomp + Ket: hendak memperincikan laporan
seminar yang telah diadakan pada bulan Januari 2004, telah
menafikan bahawa perkara itu adalah benar pada masa itu…
• kb + KKTT + Pelengkap + Ket: masih tinggal di Terengganu
dengan keluarganya, akan pergi ke Kelantan pada minggu
hadapan…
• kb + KKTT + AKomp + Ket: telah berjaya untuk mendapat
anugerah dalam pertandingan itu, belum berusaha untuk
mendapat restu daripada ibu bapanya…
23
UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI
SUDUT MAKNA
• Keterangan tempat dan arah
• Keterangan waktu
• Keterangan cara
• Keterangan tujuan atau harapan
• Keterangan alat
• Keterangan penyertaan
• Keterangan hal atau perkara
• Keterangan bagai/seperti/seumpama
24
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT
MAKNA
• Keterangan tempat dan arah:
• banyak orang bekerja di sawah, orang itu berasal dari Turki,
pandangan matanya kena pada jantung, dia menerima berita daripada
saudaranya, bungkusan itu diberikan kepada adiknya…
• Keterangan waktu:
• pementasan itu tamat pada pukul 11.00 malam, dia pergi sejak 10
tahun dahulu, orang itu menunggu anaknya hingga waktu senja,
mahasiswa itu menyelesaikan tugasnya dalam masa setengah jam,
mesyuarat MIC berakhir jam 3.00 pagi.
25
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT
MAKNA
• Keterangan cara: ditandai oleh kehadiran kata adjektif yang menjadi
frasa nama dengan penambahan nya yang didahului oleh kata sendi
dengan. Dalam konteks ini, dengan dan nya boleh digugurkan.
Contoh:
* Bas persiaran itu bergerak (dengan) laju(nya), bas persiaran itu
bergerak laju.
* Pelajar itu berpidato (dengan) lantang(nya), pelajar itu berpidato
lantang.
* Sungai Pahang mengalir (dengan) tenang(nya), sungai Pahang
mengalir tenang.
* Radio berbunyi (dengan) kuat(nya), radio berbunyi kuat.
* Dia membantah tindakan pegawai agama (dengan) keras(nya), dia
membantah tindakan pegawai agama.
* Saya menendang bola itu (dengan) kuat(nya). Saya menendang bola
itu.
26
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT
MAKNA
• Keterangan tujuan atau harapan:
pahlawan itu berjuang demi maruahnya, kebanyakan mahasiswa
bertindak untuk kepentingan diri, rakyat harus berusaha untuk
kemajuan negara, kerajaan membina jambatan untuk kemudahan
rakyatnya, orang itu terkorban demi kemerdekaan negara…
• Keterangan alat:
pekerja itu datang dengan keretanya, dia memukul ular itu
dengan tongkatnya, Panglima Awang telah mengembara ke
seluruh dunia dengan perahu layar, orang itu mencucuk lidahnya
dengan jarum, petani itu membelah kayu dengan kapak…
27
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT
MAKNA
• Keterangan penyertaan:
presiden itu datang dengan rombongannya, dia selalu pergi dengan
setiausahanya, murid-murid melawat zoo dengan gurunya…
• Keterangan hal/perkara:
kedua-dua orang itu sedang berbincang tentang masa hadapan,
menteri membuat pengumuman tentang perkara itu, Ketua Polis
Negara membuat kenyataan tentang laporan itu…
• Keterangan bagai/seperti/umpama:
wajahnya berkedut umpama bulan kesiangan, wajahnya berseriseri bagai bulan purnama, pasangan itu sedang merindu seperti
pungguk rindu akan bulan…
28
FRASA SENDI NAMA
• Unsur pengisi FSN ialah kata kata sendi dan kata nama.
• Unsur lain seperti kata nama arah, ayat komplemen dan
keterangan merupakan pilihan sahaja.
• Kata sendi nama hanya hadir di hadapan kata nama/frasa nama.
• Rumus FSN: (kb) + KSN + (KNA) + FN + (AKomp/Ket)
• Contoh: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi
hingga, oleh, dengan, tentang, terhadap, sampai, dalam…
29
BINAAN FRASA SENDI NAMA
• KSN + FN
• KSN + (KNA) + FN
• (kb) + KSN + (KNA) + FN + (AKomp)
• (kb) + KSN + (KNA) + FN + (Ket)
30
BINAAN FRASA SENDI NAMA
• KS + KN :
di rumah, ke bandar raya, dari Terengganu, daripada UPM,
kepada ibu bapa, hingga dini hari, tentang persoalan itu,
bagi orang seberang…
• KS + (KNA) + KN:
di dalam seluar, di luar kawasan, ke hadapan menteri,
dengan belakang cangkul, untuk manca negara…
• (kb) + KSN + (KNA) + KN + (AKomp):
mesti ke gunung Tahan untuk mencari calon isteri, sudah
di dalam bilik supaya dapat mempersiap diri…
31
BINAAN FRASA SENDI NAMA
• (kb) + KSN + (KNA) + KN + (Ket)
• Susunan biasa:
> sudah ke dalam kelambu sejak pukul 9 malam
> masih di pinggir kali sejak malam kelmarin.
> masih di atas pangkuan isterinya pada setiap senja.
• Susunan songsang:
> Sejak pukul 9 malam, pengantin itu sudah ke dalam kelambu.
> Sejak malam kelmarin, mahasiswa itu masih di pinggir kali.
> Pada setiap senja, Ali di atas pangkuan isterinya.
32
KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA
DALAM AYAT
• Dalam ayat, FSN berperanan sebagai:
* Predikat
* Keterangan:
- keterangan frasa kerja
-keterangan frasa adjektif
-keterangan frasa nama
33
FSN SEBAGAI PREDIKAT
• Pinjaman ini untuk pelajar miskin dan anak yatim.
• Ibunya daripada golongan aristokrat.
• Hadiah ini untuk saudaranya.
• Dia di seberang sungai.
• Orang itu dari India.
• Asal kapas daripada benang.
• Bilik itu untuk wanita sahaja.
• Ayahnya daripada keturunan bangsawan.
34
FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA KERJA
• Bas MARA berlepas pada pukul 9 malam (waktu).
• Orang itu bercerita tentang kisah hidupnya (hal).
• Monyet berihat di atas pokok (tempat).
• Dia datang dengan buah hatinya (penyertaan).
• Perompak itu menembak polis dengan pistolnya (alat).
• Wanita itu berleter seperti murai (bandingan).
• Kita harus berusaha demi kebahagian hidup (tujuan)
35
FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA NAMA
• Rumah pangsa di desa (tempat)
• Surat untuk kekasih (tujuan)
• Lukisan dari zaman bahari (asal)
• Novel oleh Hizairi (pengarang)
• Puisi oleh Dharmawijaya (pengarang)
• Pakaian pada zaman kesultanan Melaka (masa).
• Mutiara daripada siput (asal).
• Air dari hulu sungai (sumber)
36
FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA
ADJEKTIF
• Pemandangan itu indah laksana lukisan
(bandingan).
• Mahasiswa itu cerdik dalam semua keadaan
(hal).
• Mereka percaya pada mulanya (masa).
• Kita mesti cekap demi pencapaian wawasan
2020 (tujuan).
37
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
• Dua kata sendi setara boleh digabungkan dengan kata hubung
dan, atau. Penggunaan kata hubung jenis ini sahaja yang
boleh dihilangkan unsur kata sendi kedua. Contoh:
• Biasiswa untuk mahasiswa lelaki dan (untuk) mahasiswa
•
•
•
•
•
•
•
perempuan.
Kain ini diperbuat daripada kapas dan (daripada) sutera.
Ia pergi dengan A atau (dengan) B.
Orang itu datang dari kiri, dan (dari) kanan jalan.
Hadiah ini untuk guru lelaki dan (untuk) guru perempuan.
Imai berjalan dengan Mariam atau (dengan) Rosini?
Surat ini dikirimkan oleh isterinya atau (oleh) kekasihnya?
Rumah boleh diperbuat daripada batu atau (daripada) kayu.
38
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
• Apabila kata hubung lain, dan kata sendi ke
yang setara digunakan, unsur kedua tidak boleh
digugurkan. Contoh:
* Mereka bermain bukan di atas tetapi di bawah.
* Kita bekerja bukan untuk diri tetapi untuk
negara.
* Dia bukan ke kampus tetapi ke taman bunga.
* Orang itu melihat ke kiri dan ke kanan jalan.
* Saudara hendak ke Kota Bharu atau ke Golok?
* Katakanlah ke bulan atau ke bintang?
39
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
• Kata sendi nama unsur kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa
nama setara yang tidak menggunakan kata hubung. Contoh:
* Tangannya melambai-lambai ke atas ke bawah
* Dia berlari dari rumah ke sekolah
* Ayat diubah daripada bentuk biasa kepada bentuk
songsang
* Mahasiswi itu melenggang ke kiri ke kanan
* Dia melihat ke atas ke bawah.
* Orang itu bertukar daripada kategori A kepada
kategori B
40
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
• Kata sendi nama setara yang digabungkan
dengan kata hubung tetapi, perlu digunakan kata
nafi bukan. Contoh:
di
* Mereka tinggal bukan di atas pokok tetapi
atas lori.
* Dia pergi bukan dengan anaknya tetapi
(dengan) isterinya.
41
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
• Kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran
bentuk se secara berasingan, tetapi membenarkan
pengguguran bentuk se secara serentak. Contoh:
* Dia gelisah dari semasa ke semasa.
* Dia gelisah dari masa ke masa.
* Perasaannya terganggu dari sedetik ke sedetik.
* Perasaannya terganggu dari detik ke detik.
* Anaknya bertambah dari setahun ke setahun.
* Anaknya bertambah dari tahun ke tahun.
42
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama di : kata sendi nama di hadir di hadapan kata
nama/frasa nama untuk maksud tempat atau arah. Contoh:
• Guru itu ada di sekolah, orang buta itu terjatuh di kanan jalan,
kekasihnya sesat di gunung Kinabalu, bunga kembang di taman
larangan, yang berbaju merah itu di sana, tempat tinggal anda di
mana?, pilihlah salah satu di antara kebun ubi dengan kebun
durian.
• Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk masa/waktu.
Contoh:
di kala itu, di suatu hari, di waktu senja, di saat-saat genting, di
masa itu, di zaman purba, di kurun ke-20, di petang minggu…
43
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama ke: hadir di hadapan KN/FN yang menunjukkan
tempat, arah, waktu, dan benda konkrit (tidak bernyawa). Contoh:
Aminah jatuh ke dalam parit, dia pergi ke bulan, kaca dihempaskan ke
batu, dia tersenyum ke saat akhir, ke hari ini cintanya masih menyala…
• ke tidak boleh digunakan untuk manusia. Contoh:
Hadiah ini diberikannya ke Ali, surat itu tiba ke isterinya, jangan berikan
senyumanmu ke dia, harta itu diwarisinya ke anak cucu…
• Perbedaan antara di dengan ke ialah: di digunakan untuk tempat yang
bermaksud berada pada suatu tempat, sedangkan ke bermaksud arah
ke suatu tempat.
• ke juga dapat dilihat sebagai padanan atau lawan kata sendi nama dari.
Contoh:
* dari masa ke masa, dari hati ke hati, dari mata ke hati…
44
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama pada: sendi nama pada digunakan untuk maksud
menyatakan waktu, dan tempat perbuatan kata kerja. Contoh:
pada zaman batu, pada hari minggu, pada pukul 2 pagi, pada saat
bahagia, diikat pada sebatang kayu, bisikkan kata-katanmu pada hati,
tanya pada pokok, tersangkut pada bayangan mega…
• Kata sendi nama pada hadir selepas kata ada yang bermaksud benda
yang bernyawa. Contoh:
ada pada saya, ada pada jururawat itu, ada pada belakang unta…
• Kurang tepat jika dikatakan: pada siapa hendak kuserahkan jiwa raga,
berikan buku ini pada dia…
45
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama kepada: sendi nama kepada
bermaksud arah dan merujuk benda yang
bernyawa sebagai penanda arah. Sebagai
pernanda arah, kepada tidak boleh bertukar
ganti dengan kata pada. Contoh:
* Berikan kasihmu kepadanya, Abu berkirim surat
kepada abangnya, luangkanlah masa emasmu
kepada anak yatim, dia melaporkan hasil
kajiannya kepada ketua jabatan…
46
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Padanan daripada dengan kepada digunakan untuk frasa yang
merujuk manusia, dan frasa yang merujuk institusi yang ada
kaitan dengan manusia. Contoh:
daripada suami kepada isteri, daripada mahasiswa kepada
mahasiswi, daripada ketua kepada pekerja, daripada raja
kepada rakyat, daripada tuan kepada hamba, daripada UKM
kepada UPM, daripada RTM kepada TV7, daripada Kerajaan
Persekutuan kepada Kerajaan Negeri…
• Kurang tepat jika dikatakan: daripada kepas kepada benang,
daripada kucing kepada anjing, daripada sebuah kapal kepada
sebuah kapal, daripada esei kepada kertas kerja…
47
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama dari: sendi nama dari menyatakan arah,
tempat dan waktu. Contoh:
* Kamu datang dari mana?
* Dari hadapan hendak ke belakang.
* Dari saat ini, ubahlah tabiatmu.
* Khabar gembira itu datang dari langit.
* Kapal angkasa itu datang dari utara.
* Dari sawah turun ke kali.
48
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama daripada: sendi nama daripada digunakan dengan
pelbagai makna seperti menyatakan manusia, unsur abstrak,
perbandingan, sumber/asal, perbedaan…
• Manusia sebagai punca atau tempat datangnya sesuatu:
Bungkusan ini datang daripada anaknya, saya amat memerlukan kata
putus daripadanya, tanyalah rahsia itu daripada ketuanya…
• Unsur abstrak:
Ambillah teladan daripada kisah yang lalu, kejayaannya itu ialah hasil
daripada ketekunannya selama ini, idea daripada orang itu telah
diterima guna oleh kerajaan…
49
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama daripada yang menyatakan perbandingan., Contoh:
Daripada berputih tulang lebih baik berputih mata, daripada cempedak
baiklah nangka, daripada teruna baiklah duda, daripada dara baiklah
janda, saya lebih baik daripadanya, orang itu lebih baik daripada orang
ini, layanan mahasiswi ini lebih lembut daripada mahasiswi itu…
• Sumber/asal: asal benang daripada kapas, saya mendapat ilham
daripada lukisan itu, daripada lembu kita mendapat susu, ubat itu
daripada darah ular, makanan ini daripada madu lebah…
• Perbedaan/kelainan: daripada kakak lebih baik adiknya, perangai A
berlainan daripada perangai B, kandungan buku ini berbeda daripada
kandungan buku ini…
50
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama akan: hadir di hadapan kata nama untuk
manusia, dan jenis adjekitf yang bersifat emotif. Contoh:
* Dia amat rindu akan anaknya.
* Semua orang sayang akan Aminah.
* Keluarganya benci benar akan Aminah.
* Aminah amat kasih akan keluarganya Aminah.
* Kalau kekanda kasih akan adinda.
• Bentuk seperti rindukan, sayangkan, cintakan, kasihkan,
bencikan merupakan bentuk lisan, dan tidak diterima
dalam bentuk tulisan.
51
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama bagi, untuk: kedua-dua kata sendi nama ini
bermaksud untuk, dan kedua-duanya boleh bertukar tempat. Contoh:
* Tandas ini bagi / untuk orang perempuan.
* Kertas ini bagi / untuk pertimbangan Senat UPM.
* Filem ini bagi / untuk orang dewasa.
* Bunga ini bagi / untuk kumbang itu.
• Kata untuk yang hadir sebelum kata kerja tidak boleh digantikan
dengan kata bagi. Contoh:
* Senapang untuk menembak burung
* Simpati untuk menagih cinta…
52
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama oleh: sendi nama oleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu
hubungan pembuat, dan maksud sebab.
• Hubungan pembuat kepada perbuatan dalam ayat yang berbentuk
perbuatan pasif, iaitu di, ter, dan kena. Contoh:
Bola itu ditendang (oleh) Ali, kereta ini terangkat olehnya, orang itu kena
marah oleh majikannya…
• Maksud sebab atau kerana, contoh:
perutnya buncit oleh (sebab) terlalu banyak cacing, akhirnya ia binasa
oleh (sebab) mengikut rasa, oleh (sebab) semangatnya yang tinggi, ia
berjaya menjadi johan dalam pertandingan itu, dia merana oleh (sebab)
dadah, akhirnya ia gila oleh (sebab) tekanan perasaan yang berat…
53
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama dengan: sendi nama dengan digunakan untuk
maksud bersama, perbandingan, padanan, kesan dan alat.
• Bersama atau beserta: dia berganding tangan dengan kekasihnya, ia
•
•
•
•
tinggal dengan abangnya di Petaling Jaya, mahasiswa itu selalu studi
dengan kawannya, dia membawa diri dengan hati yang luka…
Perbandingan: bumi dengan langit, pipit dengan enggang, anjing
dengan kucing, kaca dengan permata…
Padanan/kesesuaian: cincin dengan permata, isi dengan kuku, Uda
dengan Dara…
Kesan atau cara: dia menegur kekasihnya dengan jelingan manja,
orang itu marah dengan jelingan mata…
Alat: Hamid menggali parit dengan cangkul, dia menangkap buaya
dengan jampi, orang itu memukul ular dengan buluh…
54
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama hingga dan sampai: kedua-dua kata sendi
ini mempunyai fungsi yang sama dan boleh bertukar
tempat, dan membawa maksud peringkat, dan had masa.
Contoh:
* Dia menangis hingga/sampai bengkak mata.
* Orang itu berjuang hingga/sampai titisan darah terakhir.
* Mereka berjaga hingga/sampai subuh.
55
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Sendi nama seperti, bagai, umpama: ketiga-tiga sendi
nama ini menunjukkan perasaan atau perbandingan.
Contoh:
* Bagai tanduk bersendi gading
* Bagai dihiris dengan sembilu
* Hatinya keras seperti batu.
* Seperti pungguk merindukan bulan.
* Umpama kiambang di air…
* Umpama bunga dedap, sungguh indah berbau tidak.
* Seperti golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.
56
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi nama tentang, terhadap: kedua-dua kata sendi ini
membawa maksud rujukan sesuatu. Contoh:
* Pelajar itu berbincang tentang panduan lulus peperiksaan.
* Dua orang itu berbincang tentang masa hadapan mereka.
* Jangan kurang ajar terhadap guru.
* Kita mesti berlembut terhadap kaum wanita.
* Ali bersikap adil terhadap isteri-isterinya.
57
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
• Kata sendi tentang selalu juga digunakan secara pilihan
dengan kata mengenai. Kata mengenai sebenarnya
termasuk dalam golongan kata kerja, seperti juga kata
melalui yang juga kata kerja, tetapi ada waktunya digunakan
dalam posisi kata sendi. Contoh:
* Bola yang ditendangnya itu mengenai palang gol (KKJ)
* Merujuk surat tuan mengenai perkara di atas (KSN)
* Saya melalui jalan itu dengan basikal (KKJ)
* Dia menerima berita gembira itu melalui telefon (KSN)
58
KESIMPULAN
• Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama boleh dibuat berasaskan
pendekatan tradisional dan transformasi generatif
• Rumus frasa kerja:
>
FKJ:
kb + KKT + Obj / AKomp + Ket
kb + KKTT + pel / AKomp + Ket
kb + KKTT + Ket
• Rumus frasa sendi nama:
>
FSN: kb + KSN + (KNA) + FN + AKomp / Ket
• Unsur pengisi FKJ ialah KKT dan KKTT, dan unsur pengisi FSN ialah KS dan
KN.
• FKJ dan FSN dapat dijelaskan dari aspek binaan dan fungsinya.