PSS3114 Kuliah 6

Download Report

Transcript PSS3114 Kuliah 6

PSS3114
WACANA DAN
MASYARAKAT DALAM
PENGAJIAN SOSIAL
KULIAH 6
MINGGU 12
UNIT 8 PISMP PS 1
Objektif:
Memahami asas pemikiran dan analisis
logik.
 Menyatakan perbezaan pernyataan
induktif dan pernyataan deduktif.
 Memahami kegunaan analisis wacana.

Pemikiran Logik

1.Pemikiran logik adalah berfikir mencari jawapan kepada
apa saja masalah/persoalan dengan menggunakan otak yang
perlu membuat penaakulan (ilmu logik iaitu sains penaakulan
='science of reasoning').
2.Salah satu definisi pemikiran adalah satu proses
penyelesaian masalah.Pemikiran logik adalah berfikir bagi
menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang
ada,diproses,disimpulkan dan diambil berdasarkan bukti
yang betul untuk diputuskan.
3.Pemikiran logik banyak diajar di sekolah dimana guru
banyak mengaitkan sesuatu alasan dalam menulis
karangan,soalan matematik,membuktikan kajian dalam
eksperimen dimakmal dll
Pemikiran Logik

4.Kaedah menanamkan pemikiran logik diperingkat
persekolahan rendah dan menengah ini memberi gambaran
bahawa logikal itu betul dan masyarakat menghargai logik
sehingga tidak mengetahui bahawa logik itu ada kalanya
ianya mempunyai kelemahan dan kecacatan.
5.Menurut sejarah,tiga orang ahli pemikir Yunanai iaitu
Socrates,Plato dan Aristotle mempunyai pemikiran logik dan
membawa hala tuju pemikiran iaitu mencari kebenaran
dimana penilaian menjadi asas penting bagi menentukan apa
yang boleh diterima ataupun yang patut ditolak.
Pemikiran Logik

6.Menurut Irving M Copi (1986) dalam bukunya
'Introduction to Logic',pemikiran logik ialah keseluruhan
proses membawa kepada keputusan melalui penaakulan
yang berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan konkrit.
7.Semua keputusan muktamad melalui pemikiran logik mesti
dan hanya boleh dilakukan berdasarkan bukti yang tidak
boleh dipersoalkan yang mesti membantu otak membuat
penaakulan yang betul.Penaakulan yan betul adalah mustahak
kerana hasilnya adalah keputusan yang tepat dan baik.
Konsep Asas Pemikiran Logik

1.ANDAIAN
Andaian adalah satu keputusan atau pendapat yang dibuat oleh
seseorang yang dianggap sebagai benar sungguhpun tidak pasti ianya
benar.
Andaian adalah permulaan untuk mencari fakta atau meletak satu asas
untuk mengarah otak berfikir ke suatu arah.
Andaian ini tidak semestinya betul,namun ianya perlu dan penting.

2.PREMIS
Premis adalah permulaan atau asas membicarakan sesuatu.Ia menjadi
titik tolak dalam sebarang hujahan.
Premis merupakan sesuatu yang telah pun ada dalam pemikiran
seseorang sebagai tajuk besar atau perkara pokok bila mula membicara
sesuatu perkara.
Premis kadang kala disokong dan ada masanya ditolak.Ianya bergantung
kepada kekuatan bukti dan relevannya dengan situasi.
Premis memainkan peranan penting dalam permulaan bicara.
Konsep Asas Pemikiran Logik

3.PERNYATAAN UMUM
Pernyataan umum selalunya bersifat terbuka dengan kesimpulan yang
mungkin tidak tepat.
Pernyataan umum selalu digunakan walau pun tidak salah tetapi ianya
tidak kukuh dan boleh dipertikaikan.
4.PERNYATAAN KHUSUS
Pernyataan khusus merujuk kepada usaha memberi fakta untuk
menjelaskan apa yang diperkatakan.
Pernyataan khusus dapat mengelak daripada menjadi terbuka dan boleh
dipertikaikan.
Pernyataan khusus adalah lebih spesifik.
Membuat pernyataan khusus kurang disukai kerana ianya memerlukan
ketelitian supaya tidak tertinggal fakta penting.Namun dengan
pernyataan khusus ini pendengar/pembaca akan selesa kerana butirannya
lengkap dan tidak sangsi lagi.
Konsep Asas Pemikiran Logik

5.KUALIFIKASI
Kualifikasi ialah frasa atau perkataan yang boleh membendung sesuatu
pertanyaan menjadi terlalu umum.Frasa 'dalam keadaan tertentu','dalam
kebanyakan keadaan', dan perkataan seperti 'seringkali','kebanyakan' dll
boleh menyelamatkan pernyataan umum dipertikaikan/dicabar.
Ringkasnya,kualifikasi adalah satu pernyataan yang menghadkan makna
pernyataan yang lain.
6.REFUTASI
Konsep refutasi adalah bagi menyanggah suatu pernyataan yang telah
diterima dengan memberi pernyataan lain dengan mengganti fakta dan
ianya diterima dalam logik kerana pembuktian yang dibuat.
Refutasi tentang sesuatu pernyataan tidak kekal kerana ia akan diganti
dengan pernyataan yang lain pula.
Ciri-Ciri Pemikiran Logik

1.Pemikiran logik adalah bentuk pemikiran yang
bukan sahaja penting tetapi juga melatih otak
membuat taakulan (mencari alasan) setiap kali
membuat keputusan.
2.Pemikiran logik mengajar otak proses rasional
dan meletak bukti, asas dan data sebagai prakualifikasi untuk sesuatu keputusan / kesimpulan.
Proses membuat kesimpulan adalah penting dan
menjadi perjara terakhir dakam aktuviti berfikir.
Ciri-Ciri Pemikiran Logik

Antara ciri-ciri pemikiran logik yang dapat membezakannya dengan cara
pemikiran lain adalah seperti berikut:>>>1.Pemikiran logik bersifat satu sistem urutan
Sistem urutan bermaksud satu perkara bermula dengan satu premis
kemudian diikuti oleh urutan berikutnya satu demi satu tanpa ada
percanggahan atau mengalih kepada yang lain.Urutan itu bergerak
langkah-demi langkah dan tiap-tiap satunya mesti betul.
Pemikiran logik adalah suatu yang tersusun satu persatu.
>>>2.Pemikiran logik perlu mencari dan membuat penilaian
Sistem pemikiran logik merupakan sistem yang menitik beratkan
penilaian,maka ia tidak berupaya mencipta/menerbitkan idea.
Pemikiran logik memberi perhatian kepada salah atau betul.Jika ia
salah,maka ia tidak betul.Jika betul,maka ia tidak salah.
Setiap pernyataan mesti dinilai.Pemikiran logik perlu membuat pilihan
yang manakah dikatakan salah dan yang manakah betul.
Ciri-Ciri Pemikiran Logik
 .Antara ciri-ciri pemikiran logik yang dapat membezakannya dengan cara
pemikiran lain adalah seperti berikut:>>>3.Pemikiran logik memberi penekanan kepada analisis dan nencari
kebenaran.
Pemikiran logik berlaku bilamana setiap perkara perlu dianalusa dan
ducari yang mana atau salah.
Pemikuran logik itu tidak menerima kemungkinan,dimana ia tidak
bersifat generatif.Jika ada unsur kemungkinan,maka pemikiran logik akan
rosak.
Pemikiran logik semuanya bertitik tolak kepada proses
menilai,mrnganalisa bagi memastikan apa yang betul dan salah.
Pemikiran logik entiasa mencari kebenaran.
Aplikasi Pemikiran Logik

Terdapat dua aplikasi ;
>>>1.LOGIK INDUKSI
Dalam logik induksi selalunya keputusan dibuat dengan mengambil contoh
atau kejadian yang khusus dan di aplikasikan kepada kejadian umum
('reasoning from specific to general')
Logik induksi mempunyai banyak aplikasi di antaranya dalam proses ubat
dsg.Misalnya paracetamol adalah ubat untuk melegakan sakit kepala.Apabila
seseorang didapati sakit kepala dan diberi ubat tersebut dan sakit kepalanya
pun hilang,maka doktor akan memberi paracetamol kepada pesakit-pesakit
lain walaupun tidak pasti ianya berkesan.
Contoh lain adalah pengiklan menggunakan logik induksi dalam menawarkan
barangannya.....iklan memaparkan seseorang bertubuh gembal,tapi bila
mengambil barangan jenama tertentu maka tubuh gempal boleh jadi
langsing.Ini akan mempengaruhi pengguna lain.Inilah logik induksi yang
keputusannya selau berbentuk umum.
Induktif
Daripada pernyataan khusus kepada
pernyataan umum.
 Contoh;

◦ - Saya sudah melihat 300 ekor burung gagak
yang hitam. (khusus)
◦ - Jadi , kemungkinan bahawa semua burung
gagak hitam. (umum)
◦ **Hujah yg tidak beri kepastian mutlak tetapi
kemungkinan besar sahaja. Premis tidak menjamin
kebenaran kesimpulan 100 %.
◦ Kemungkinan ada burung gagak seterusnya berwarna
putih.
Aplikasi Pemikiran Logik

>>>2.LOGIK DEDUKSI
Dalam logik deduksi selalunya penakulan dari yang umum kepada yang
khusus ('reasoning from the general to the specific')
ini bermakna bahawa kejadian atau aktiviti yang umum dijadikan sebagai
asas kepada kesimpulan yang spesifik.Ianya memperkukuhkan sesuatu
dapatan/hasil kajian sains dan teknologi kerana proses penelitian yang
banyak membawa kepada kesimpulan yang mantap.Logik deduksi
digunakan oleh saintis dalam usaha mencari sesuatu.
KEBOLEHAN MENGGUNAKAN INDUKSI DAN DEDUKSI DALAM
LOGIK AKAN MENJADIKAN SEORANG ITU MAMPU MENEROKA
BERBAGAI KHAZANAH YANG DICIPTA TUHAN DAN SETERUSNYA
MENJADIKANNYA BERILMU BAGI MENGUASAI DUNIA
Deduktif
Daripada pernyataan umum kepada
pernyataan khusus.
 Daripada premis yang umum kepada
kesimpulan yang khusus.
 Contoh;

◦ - Semua burung gagak hitam. (umum)
◦ - X seekor burung gagak (khusus)
◦ - Jadi X mestilah hitam (khusus)
**Hujah yang meyakinkan 100%.
**Hujah dalam premis memberi kepastian mutlak untuk kebenaran.
**Kesimpulan mesti diterima untuk semua kes X.
Logik Silogisme
Ialah andaian deduktif yang mengandungi
dua premis dan satu kesimpulan.
 Premis 1 : Pelajar rajin akan berjaya.
 Premis 2 : Halim seorang pelajar yang rajin
 Kesimpulan : Halim akan berjaya.

Falasi





Falasi : kesilapan pada cara kita berfikir.
Lebih tepat lagi 'falasi' boleh bermaksud : SATU
HURAIAN,ALASAN,PENDAPAT, atau KESIMPULAN YANG
KELIRU AKIBAT DARIPADA PENYALAHGUNAAN
PROSES TAAKULAN.
Ada Falasi Formal dan Falasi Tidak Formal
Falasi Formal
- terdapat dalam pemikiran deduktif.
- Punca kesilapan ialah struktur deduksi yang salah.
Falasi Tidak Formal
- kesilapan berpunca daripada isi kandungan andaian kita
seperti: andaian yang tidak meyakinkan, andaian tidak masuk
akal, kesimpulan yang tidak teliti dan juga punca-punca yang
boleh dipertikaikan.
Falasi

.Cuba lihat pernyataan dibawah:
"Saya betul-betul yakin bahawa dengan mengundi parti PAS
dalam mana-mana pilihanraya boleh jamin masuk syurga.Semua
manusia seperti saya memang biasa berbuat dosa sama ada
kecil atau besar selama hidup ini. Namun sejak kami yakin
dengan cuma mengundi PAS dapat masuk syurga maka kami
tidak risau lagi tentang kehidupan selepas mati sebab syurga
sudah pasti dikecapi."
Pernyataan di atas adalah satu falasi kerana beberapa sebab :-
Falasi

. Pertama : Premis/asas membicarakan sesuatu yang difikirkan adalah tidak berkaitan kerana
mengundi ( dalam sistem demokrasi tajaan barat/kafir/Yahudi itu bukannya Islamik) dan balasan
syurga adalah untuk perkara/kerja/ibadat niat kerana Allah saja.Kaitan antara alasan mengundi
PAS saja dapat masuk syurga tidak kena mengena kerana PAS bukannya agama Islam(PAS cuma
parti politik yang ditubuhkan dengan adanya sistem demokrasi sesat itu).Jadi,tidak boleh dibuat
kesimpulan bahawa dapat masuk syurga dengan mengundi PAS.
Kedua : Premis tentang dapat masuk syurga dengan mengundi PAS tidak dapat diterima kerana
syurga adalah hak Allah yang menentukannya dimana tidak terdapat syarat dari ajaran Islam bila
undi PAS dapat masuk syurga.
Ketiga : Alasan yang dikemukan tidak memadai kerana tidak dapat dibuktikan (tiada nas dari alQuran dll) bahawa dengan satu peristiwa saja (mengundi PAS) maka kesimpulan boleh
diambil.Mungkin boleh masuk syurga dengan cara lain yang ditunjukkan melalui ajaran Islam
sebenar.Mengatakan bahawa dengan mengundi PAS boleh masuk syurga adalah
keputusan/kesimpulan yang tidak tepat langsung.
Keempat : Terdapat kegagalan dalam hujahan menyokong atau menyangkal yang efektif bagi
kesimpulan dibuat.Bagi contoh ini hujahan menyokong adalah tidak kukuh bila nas/bukti sahih
tidak dinyatakan dengan tepat(cuma dibuat untuk pancing undi).
Falasi

. Pertama : Premis/asas membicarakan sesuatu yang difikirkan adalah tidak berkaitan kerana
mengundi ( dalam sistem demokrasi tajaan barat/kafir/Yahudi itu bukannya Islamik) dan balasan
syurga adalah untuk perkara/kerja/ibadat niat kerana Allah saja.Kaitan antara alasan mengundi
PAS saja dapat masuk syurga tidak kena mengena kerana PAS bukannya agama Islam(PAS cuma
parti politik yang ditubuhkan dengan adanya sistem demokrasi sesat itu).Jadi,tidak boleh dibuat
kesimpulan bahawa dapat masuk syurga dengan mengundi PAS.
Kedua : Premis tentang dapat masuk syurga dengan mengundi PAS tidak dapat diterima kerana
syurga adalah hak Allah yang menentukannya dimana tidak terdapat syarat dari ajaran Islam bila
undi PAS dapat masuk syurga.
Ketiga : Alasan yang dikemukan tidak memadai kerana tidak dapat dibuktikan (tiada nas dari alQuran dll) bahawa dengan satu peristiwa saja (mengundi PAS) maka kesimpulan boleh
diambil.Mungkin boleh masuk syurga dengan cara lain yang ditunjukkan melalui ajaran Islam
sebenar.Mengatakan bahawa dengan mengundi PAS boleh masuk syurga adalah
keputusan/kesimpulan yang tidak tepat langsung.
Keempat : Terdapat kegagalan dalam hujahan menyokong atau menyangkal yang efektif bagi
kesimpulan dibuat.Bagi contoh ini hujahan menyokong adalah tidak kukuh bila nas/bukti sahih
tidak dinyatakan dengan tepat(cuma dibuat untuk pancing undi).
Falasi

4.Seperti yang dinyatakan di atas,kesilapan cara berfikir menyebabkan
berlakunya falasi.Mengamalkan berfikir secara logik boleh mengelak dari
berlakunya falasi.
5.Para ahli pemikir logik menganggap falasi sebagai AMAT BERBAHAYA
kerana sukar dikesan dan kerap meyakinkan jika tidak teliti.Dengan
mengelak berlakunya falasi maka pernyataan menjadi lebih kukuh dan
membina hujahan yang baik.
6.Kesilapan dalam berfkir berlaku akibat dari salah satu perkara berikut:>>>1. Berfikir secara terburu-buru
>>>2. Fikiran yang sempit
>>>3. Fikiran bercelaru
>>>4. Fikiran kabur
Jenis Falasi
Begging the Question (Circular Logic)
 (Mengemis soalan / Bulatan Logik)
 Berlaku apabila penulis membentangkan satu fakta
diperdebatkan sebagai fakta yang menyokong hujah.
 kesilapan ini membawa kepada perdebatan yang berlaku di
sekeliling dan sekitar, dengan bukti-bukti yang membuat
tuntutan yang sama sebagai dalil kerana ia adalah lebih
mudah untuk membuat tuntutan daripada menyokongnya,
ramai penulis terperangkap dalam falasi ini.

Jenis Falasi
Begging the Question (Circular Logic)
 (Mengemis soalan / Bulatan Logik)
 Filem-filem yang popular kerana mereka membuat begitu
banyak wang. Mereka membuat banyak wang kerana orang
menyukainya. Orang-orang menyukainya kerana ia begitu
popular.


Hujah ini terus di dalam bulatan logik kerana sokongan
menganggap bahawa tuntutan itu adalah benar dan
bukannya membuktikan kebenarannya.
Jenis Falasi
Non Sequitur Arguments (Hujah Bukan Sequitur)
 Hujah-hujah ini tidak mengikut urutan yang logik.
Kesimpulannya tidak logik mengikuti penerangan. Ini
kesilapan boleh didapati di kedua-dua peringkat ayat dan
tahap hujah itu sendiri.



Hujan turun begitu lebat dan Ana menelefon saya.
Hujan dan panggilan telefon tidak mempunyai apa-apa
kaitan dengan satu sama lain. Situasi hujan tidak
menjejaskan keputusan Ana untuk mengambil telefon.
Jenis Falasi
Ad-Haminem
 Kesilapan berlaku apabila kita bukan mengkritik
idea seseorang tetapi mengkritik atau menghentam
peribadinya.
 Tujuan menghentam peribadinya supaya kita dapat
kurangkan wibawa diri dan ideanya.
 Contoh;

Jenis Falasi
Ad-Populum
 Menentang apa yang popular.
 Kesilapan dilakukan jika kita menggunakan apa-apa
yang popular waktu itu sebagai hujah kita.
 Contoh;

Jenis Falasi





Hoc Ergo Propter Hoc (selepas itu maka oleh
sebab itu)
Kesilapan berfikir yang paling kerap dilakukan seharian.
Contoh;
Seorang lelaki berkenalan dengan seorang wanita. Tidak
lama kemudian lelaki itu dan isterinya bercerai.
Maka orang berpendapat bahawa wanita itu adalah sebab
penceraian tersebut.
Sekian,
Terima Kasih