Transcript P2_GMGA3013
BAB 3 AGEN-AGEN PEMBAHARUAN PENTADBIRAN Company Name Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti agen-agen pembaharuan pentadbiran. 2. Mengenal pasti birokrat sebagai agen pembaharuan. 3. Mengenal pasti teknokrat sebagai agen pembaharuan. 4. Mengenal pasti gerakan korpratisme sebagai agen pembaharuan. 5. Mengenal pasti tekanan-tekanan persekitaran dalam pembaharuan. 6. Mengenal pasti kepimpinan politik sebagai agen pembaharuan. 7. Mengenal pasti faktor persekitaran dalam pembaharuan. 8. Mengenal pasti faktor strategi dalam agen pembaharuan. 9. Mengenal pasti faktor struktur dan tingkah laku dalam pembaharuan. PARTI POLITIK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN • Kumpulan kepimpinan dalam parti-parti politik dapat memobilisasikan bilangan penyokong-penyokong sebagai pangkalan kuasa mereka (power base). • Pelbagai strategi seperti ideologi parti untuk membantu mereka dan seterusnya meraih sokongan untuk kepentingan mereka. • Memberikan sedikit perhatian kepada pembaharuan pentadbiran untuk mengekalkan kuasa politik mereka. PARTI POLITIK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN • Menyokong pembaharuan pentadbiran jika risiko yang terlibat adalah rendah atau jika faedahfaedah tertentu boleh dijangkakan • Patronage vs priority untuk perkara di atas BIROKRASI SEBAGAI SATU AGEN PEMBAHARUAN • Perhubungan yang rapat di antara birokrasi dengan pihak authoriti politik membuatkan kuasa itu begitu mudah digerakkan ke arah perpecahan dalam sistem atau order politik itu. • Braikinti meletakkan sebagai ‘Pertumbuhan Sosial yang Tak Seimbang’ (Unbalanced Social Growth). • Fred Riggs dan Lucian Pye pula merasakan bahawa sesuatu birokrasi yang kuat itu akan menghalang pembangunan institusi politik yang penting. • Lihat kenyataan Roderick Groves dan Esman (m/s 41) dan Esman (m/s 42) TEKNOKRAT SEBAGAI AGEN PEMBAHARUAN DAN KEBANGKITAN FAHAMAN KORPORAT • Memberi perhatian kpd gol. orang muda yang bijak dan berpotensi telah berjaya menjawat jawatan tinggi dan berpengaruh dalam kerajaan, dan mereka mewakili pemimpin-pemimpin generasi baru. • Kumpulan-kumpulan pragmatik dan moden yang tidak terikat dengan ikatan politik dan ideologi tradisi adalah dikira lebih mampu dan berkesan dalam membawa pembangunan sosioekonomi masyarakat. • Majoriti daripada mereka itu adalah ahli-ahli ekonomi dengan profesion mereka dan lazimnya terdedah dengan pendidikan di luar negara, pengalaman, pengetahuan teknologi moden dan nilai-nilai sejagat. • (Rujuk m/s 44) GERAKAN KORPORATISME • Menurut Schmitter lagi, korporatisme boleh digolongkan tafsirannya kepada lima kategori (m/s 46) • Diwujudkan disetiap negeri supaya dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan rancangan pembangunan. • Masih belum mencapai satu konsep korporatisme yang tulin sebab kerajaan seperti juga para birokrat masih mengekalkan status quo mereka sebagai faktor penentu di dalam sektorsektor atau projek-projek yang diswastakan. TEKANAN-TEKANAN PERSEKITARAN • Pembaharuan pentadbiran boleh digerakkan dengan cepat oleh tekanantekanan persekitaran atau tenaga/gerak kuasa sama ada dari luar atau dalam. • Gerak kuasa dalam atau faktor dalaman (endogenous factor) merujuk kepada pengaruh-pengaruh dan agenagen di dalam sistem pentadbiran atau sumber-sumber di luar birokrasi di dalam negara itu yang menyebabkan pembaharuan pentadbiran d jalankan. • Dalam hal yang lain pula, pembaharuan di dalam organisasi (intra-organisation) berlaku dengan inisiatif sumber-sumber di dalam birokrasi itu sendiri. TEKANAN-TEKANAN PERSEKITARAN • Pembaharuan pentadbiran, menurut istilah Riggs merupakan ‘suatu masalah perimbangan yang dinamik’. • Satu lagi faktor persekitaran ialah ‘momentum’ atau ‘masa’ untuk melakukan pembaharuan, yang juga dirujuk sebagai unsur-unsur waktu/masa dalam gerakan pembaharuan. • Merujuk kepada perubahan pemerintah tersebut, Braibanti (1973) merujuknya sebagai "penyesuaian sistem pentadbiran membawa perubahan kepada sistem politik", atau tindakan terarah dibawa oleh beberapa perubahan dalam jentera birokrasi itu. TEKANAN-TEKANAN PERSEKITARAN • Satu lagi unsur persekitaran yang memberi kesan kepada pembaharuan pentadbiran ialah tingkat kemajuan sosio-ekonomi yang mana secara langsung berkait rapat dengan pilihan jenis-jenis dan skop/bidang pembaharuan pada sesuatu masa itu. • Di Malaysia, tiga faktor persekitaran yang utama telah membawa kepada usaha-usaha yang mendesak ke arah pembaharuan pentadbiran (m/s 57) KEPIMPINAN POLITIK SEBAGAI AGEN PEMBAHARUAN • Merujuk kepada satu badan atau sekumpulan pembuat-pembuat keputusan tertinggi yang mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab yang sah yang membuat keputusan-keputusan muktamad ke atas masalah-masalah dan isu-isu ekonomi serta pembangunan pentadbiran dan politik • Mengeluarkan keputusan yang muktamad, sama ada dari segi pembangunan nasional atau pembaharuan pentadbiran; terutamanya persepsi/tanggapan pemimpin-pemimpin politik mengenai persekitaran, kebolehan dan juga strategi pembaharuan. KEPIMPINAN POLITIK SEBAGAI AGEN PEMBAHARUAN • Merupakan orang tengah atau perantara daripada seorang peserta atau faktor-faktor di kalangan orang ramai, dalam proses pembangunan nasional • Pemimpin-pemimpin politik dan para birokrat mestilah bekerja sama jika pembaharuan hendak berjaya. FAKTOR KEBUDAYAAN DAN STRATEGI DALAM PEMBAHARUAN PENTADBIRAN • Adueva menggunakan sekurang-kurangnya enam aspek pentadbiran untuk menerangkan hubungan antara budaya dan pembaharuan pentadbiran. – Antara aspek-aspek itu ialah matlamat-matlamat, struktur fungsi pentadbiran, jenis agensi, skop, perubahan kelakuan pentadbiran dan sumber inisiatif. • Strategi dikatakan suatu yang berupa contextual (suatu yang mengandungi bahagian-bahagian yang dirangkum bersama-sama). – Mikro vs Makro (rujuk m/s 63) – Struktur vs Kelakuan vs Combination (rujuk m/s 6467) BAB 3 AGEN-AGEN PEMBAHARUAN PENTADBIRAN TAMAT BAB 4 BIROKRASI DAN PERANANNYA DI MALAYSIA Company Name Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengetahui tentang birokrasi di Malaysia. 2. Mengenal pasti perubahan/pertukaran peranan birokrasi. BIROKRASI DI MALAYSIA: Sebelum merdeka • Tanah Melayu sebahagian besarnya merupakan suatu kumpulan pecahan negeri-negeri yang berada di bawah kuasa pembesar-pembesar Melayu dan sultansultan. • Pertelingkahan berlaku dan sentiasa dalam keadaan konflik untuk memperolehi hasil bijih timah. • Campur tangan kuasa asing telah membentuk pentadbiran awam. • Kewujudan Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service) BIROKRASI DI MALAYSIA: Pasca-Merdeka • Kerajaan mempunyai suatu kerangka persekutuan, tetapi kajian teliti terhadap beberapa peruntukan perlembagaan menunjukkan bahawa federalisme adalah suatu yang sangat formal keadaannya, dengan perimbangan kuasa begitu banyak terletak di pihak kerajaan pusat. • EMPAT kategori perkhidmatan iaitu A, B, C dan D (rujuk m/s 81-82) BIROKRASI DI MALAYSIA: Pasca-Merdeka • Proses Malayanisasi • Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu telah mengekalkan kebanyakan daripada pegawaipegawai dagang atau expatriates terutama daripada Britain. • Pada masa yang sama juga, pegawai-pegawai tempatan atau anak negeri ditempatkan di kedudukan-kedudukan yang lebih penting. • Program Malayanisasi mempunyai dua objektif. Pertama ialah untuk menggantikan pegawai-pegawai dagang/expatriates, manakala objektif yang kedua ialah untuk tujuan membesarkan birokrasi itu sendiri. BIROKRASI: PERUBAHAN/PERTUKARAN PERANAN • Sebagai sebuah pentadbiran kolonial, Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) merupakan semata-mata satu alat untuk menentukan kesinambungan cara pengeluaran kolonial (colonial mode of production). • Masih kekal dengan peranannya yang lama iaitu “menguatkuasakan undang-undang dan peraturan”. • Perubahan peranan birokrasi yang berorientasikan tindakan action-oriented roles melibatkan empat unsur penting (rujuk m/s 85) • Peranan PTD semakin bertambah penting dalam hampir kesemua organisasi kerajaan. BIROKRASI: PERUBAHAN/PERTUKARAN PERANAN • Peranan ini boleh dilihat mengikut tahun 19601970 dan 1970-2000 (Rujuk m/s 85-90) • 1960-1970 – Perkembangan PTD • 1970-2000 – Perkembangan DEB – Pertambahan jumlah perbelanjaan sektor awam terhadap pengambilan pekerja dalam 3 peringkat kerajaan – Dasar penswastaan BAB 4 BIROKRASI DAN PERANANNYA DI MALAYSIA TAMAT BAB 5 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DI MALAYSIA Company Name Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan mengenai dasar pembangunan sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. 2. Membincangkan mengenai dasar pembangunan sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. 3. Membincangkan mengenai pembangunan sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an. BIROKRASI SEBAGAI SATU AGEN PEMBAHARUAN • Peringkat pertama meliputi jangka masa daripada Draf Rancangan Pembangunan Malaya (Draft Development Plan 1950-1955) kepada Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya (First Five-Year Plan 1956-1960): berubah daripada memelihara peraturan dan undangundang kepada pembangunan. • Peringkat kedua pula ia meliputi Rancangan Pembangunan Malaya Kedua (Second Five-Year Plan 1961-1965) dan Rancangan Pembangunan Malaysia Pertama (First Malaysia Plan 1966-1970): tuntutan yang lebih intensif dan bersifat global ke arah pembangunan. BIROKRASI SEBAGAI SATU AGEN PEMBAHARUAN • Peringkat ketiga: matlamat-matlamat bercirikan pertumbuhan pengagihan semula kekayaan dan penstrukturan semula masyarakat sebagaimana yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970. • Peringkat keempat: menekankan pertumbuhan dan ekuiti/pemilikan harta. DASAR PEMBANGUNAN (1950-1960) • Pembangunan Bandar kepada Pembangunan Luar Bandar • Pembinaan semula ini kebanyakannya terlibat di sektor-sektor moden perlombongan, ladang dan kawasan-kawasan bandar. • Sementara itu, sektor tradisi di mana kebanyakannya terdiri pada kaum petani Melayu dan nelayan di luar bandar hampir tidak disentuh langsung dalam usaha pembinaan semula infrastruktur dan institusi tersebut. • Penubuhan RIDA dan FELDA. • Pengenalan usahawan yang kurang berjaya. DASAR PEMBANGUNAN (1960-1970) • Untuk memperbaiki taraf hidup penduduk luar bandar, menjanakan peluang-peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran dan pengangguran tidak ketara wujudnya dan membuka skim petempatan tanah supaya dapat menyediakan tanah kepada golongan yang tidak mempunyai tanah dengan pertanian berasaskan saiz ekonomi serta menyediakan infrastruktur luar bandar. • Kerajaan telah melipatgandakan komitmennya terhadap pembangunan sosial dengan menaikkan peruntukan untuk perkhidmatanperkhidmatan sosial terutamanya pelajaran. PEMBANGUNAN (1970-1990) – DARI DEB KEPADA DPN DAN WAWASAN 2020 • Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan pada tahun 1970. • Kerajaan telah memulakan satu jangka masa 20 tahun, orang-orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera akan dapat memiliki sekurangkurang 31 peratus jumlah aktiviti-aktiviti perdagangan dan perindustrian dalam semua kategori dan hierarki operasi. (Tetapi gagal) • Peruntukan dalam DEB tersebut termasuklah pemodenan pertanian, perbandaran kawasan luar bandar, dan peningkatan jumlah jawatan pengurus profesional dan teknikal yang terdiri daripada orang Melayu. PEMBANGUNAN (1970-1990) – DARI DEB KEPADA DPN DAN WAWASAN 2020 • Penambahan jumlah projek-projek pembangunan luar bandar dan mewujudkan sejumlah perusahan-perusahan awam yang khusus yang dibantu oleh kerajaan dengan bermatlamatkan untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam semua aspek dan sektor ekonomi moden. • Menubuhkan universiti-universiti dan kolejkolej latihan teknik untuk orang Melayu, dan juga universiti-universiti yang sedia atau institusiinstitusi yang diwujudkan itu diberikan pertambahan dana istimewa dalam bidangbidang sains dan teknologi. PEMBANGUNAN (1970-1990) – DARI DEB KEPADA DPN DAN WAWASAN 2020 • Mengagihkan dana/bantuan bagi memajukan kawasan-kawasan yang kurang membangun di seluruh negara. • Pelaburan swasta dan asing akan menyediakan sebahagian besar dana. • Usaha-usaha pembaharuan dalam jangka masa 1970-an telah gagal untuk mengatasi masalahmasalah yang bertambah dan semakin kompleks itu serta fungsi-fungsi yang pelbagai dalam fasa pembangunan yang tepat yang berlalu pada tahuntahun 1980-an. • Justeru itu, terdapat satu keperluan yang mendesak untuk memperbaiki keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam Malaysia. BAB 5 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DI MALAYSIA TAMAT BAB 6 USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTADBIRAN YANG UTAMA DI MALAYSIA Company Name Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti penilaian terhadap usaha-usaha pembaharuan. 2. Mengenal pasti penilaian terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh DAU. 3. Mengenal pasti penilaian terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh MAMPU. PENILAIAN TERHADAP USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTING (1949−1980) • Organisasi Perbendaharaan dan Bahagian Metode: Pendekatan Prosedur • Keutamaan pentadbiran semasa itu ialah pengurusan fiskal, dengan lebih menitikberatkan kepada pengurusan kewangan yang kemas atau financial prudence. • Akibatnya wujud keperluan untuk mengurangkan kos pentadbiran, dan seterusnya membawa kepada lebih banyak keutamaan diberikan kepada pengurusan kewangan yang kemas dalam usaha-usaha pembaharuan ketika itu. • Tiga tugas utama (m/s 110) PENILAIAN TERHADAP USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTING (1949−1980) • Kesan-kesan OPBK – Tumpuan terhadap ekonomi – Tumpuan kepada sistem kerja (sistem standard/piawaian dan sistem tanpa standard/piawaian) – Tumpuan terhadap metode-metode dan manual prosedur (tatacara-tatacara membuat kerja/tugas) PENILAIAN TERHADAP USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTING (1949−1980) • Pusat Latihan Kakitangan/Staf Kerajaan – Ditubuhkan dalam tahun 1957 – Jabatan Perkhidmatan Persekutuan (Federal Establishment Federal-FEO) secara umumnya bertanggungjawab untuk latihan dalam perkhidmatan bagi semua perkhidmatan guna sama. – Jenis-jenis latihan yang utama (rujuk m/s 115-117) PENILAIAN TERHADAP USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTING (1949−1980) • Teknik Bilik Gerakan (Operation Room Technique) – Birokrasi mula menghadapi banyak masalah (rujuk m/s 119) – Contoh: Untuk memudahkan pelaksanaan program-program pembangunan baru ini, Kementerian Negara dan Pembangunan Luar Bandar telah ditubuhkan dalam tahun 1959 untuk menyelaras dan merangsang perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar. – Jawatan-jawatan baru telah ditubuhkan sama ada di peringkat federal atau negeri, dengan fungsi spesifik untuk mempercepat pembangunan. Teknik Bilik Gerakan ini mempunyai beberapa mekanisme seperti Sistem Jawatankuasa, Bilik Gerakan, Rancangan Buku Merah, Kaedah Taklimat dan Pemeriksaan Lapangan (Field Inspection) dan akhir sekali Pelajaran Kelas Dewasa serta Kemajuan Masyarakat. PENILAIAN TERHADAP USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTING (1949−1980) • Unit Pembangunan Pentadbiran (DAU) – Gangguan ekonomi yang besar yang disebabkan oleh Konfrontasi Indonesia (1963- 1965) telah menimbulkan keadaan di mana betapa perlunya mengekonomikan perbelanjaan kerajaan. – Unit ini memberi tumpuan kepada sistem-sistem yang utama, yang mewakili 'infrastruktur' pentadbiran kerajaan. – Pertama, mewujudkan perolehan atau procurement dan pengurusan penawaran yang berpusat di dalam Perbendaharaan. Kedua, ia telah menghasilkan sebuah buku panduan (handbook) organisasi kerajaan Malaysia yang pertama. Ketiga, ia juga telah membuat pemeriksaan ke atas struktur kementeriankementerian. – Antara bidang-bidang kritikal yang telah dikaji oleh DAU ialah kemajuan personel, perkhidmatan-perkhidmatan pengurusan dan rekod kakitangan berpusat. (rujuk m/s 126) PENILAIAN TERHADAP USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTING (1949−1980) • Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Guna Tenaga Malaysia atau MAMPU – Rentetaan daripada DAU – Objektif MAMPu (rujuk m/s 133) – Usaha-usaha pembaharuan itu nampaknya lebihmenumpukan kepada pembaikan organisasi dan pengurusan yang mana pada asasnya lebih bercirikan prosedur dan struktural. – Kod etika untuk perkhidmtan awam – Keperihatinan terhadap kebertanggungjawaban (acccauntability) perhatian telah difokuskan terhadap sistem-sistem kawalan dalaman untuk menentukan pengurusan yang berkesan terhadap sumbersumber organisasi. BAB 6 USAHA-USAHA PEMBAHARUAN PENTADBIRAN YANG UTAMA DI MALAYSIA TAMAT