Aliran Kesusasteraan

Download Report

Transcript Aliran Kesusasteraan

Aliran Kesusasteraan
Aliran Kesusasteraan
• Aliran kesusasteraan adalah pegangan seseorang penulis
dalam menyuarakan sikap dan pemikiran dalam karya-karya
yang dihasilkan.
• Aliran juga merujuk kepada trend atau kecenderungan
pemikiran atau fahaman dalam kesusasteraan yang dianuti
oleh golongan tertentu yang berkembang pada setiap zaman
atau angkatan.
• Aliran turut menentukan ciri karya sastera pada satu-satu
zaman. Antara aliran yang dominan dalam perkembangan
kesusasteraan ialah klasisme, romantisme, neo-klasisme,
realisme, humanisme, ekspresionisme, absurdisme,
surealisme dan eksistensialisme.
Aliran Klasisme
• Skrip drama / karya sastera berdasarkan aliran ini
bertunjangkan nasihat dan tanggungjawab sosial dalam
sesebuah karya kerana sastera sebagai medium atau alat
pendidikan.
• Rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang didokongi
oleh aliran ini bersifat kolektif dan milik bersama.
• Sastera berasaskan aliran ini ialah sastera yang berpaksikan
fikiran dan akl budi yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa
dibaluti rasa keburukan dan kejelekan walaupun senipis kulit
bawang (Aoh K. Hadimadia:1972).
• Sastera yang terhasil itu adalah karya yang bersifat bersih dan
suci.
Aliran Romantisme
• Aliran ini berteraskan sikap dan cara penulis melahirkan gagasan
atau ideanya dengan menggambarkan kenyatan hidup yang indahindah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan.
• Jika yang digambarkan kebahagian, maka kebahagian itu
digambarkan dengan penuh kesempurnaan.
• Jika kesedihan, penulis akan berusaha menggambarkan nya
sehingga mampu menitiskan air mata pembaca atau khalayaknya.
• Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau sensori yang
sentimental sifatnya.
• Lantaran itu, ia lebih menonjolkan perasaan dengan
mengkesampingkan pemikiran rasional dan lain-lain
pertimbangan.
• Sifat emosional karya-karya aliran ini menyebabkan karya-karya
sastera beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata dan kurang
mementingkan aspek kebenaran.
Aliran Neo-Klasisme
• Aliran yang berkembang pada abad ke-19 yang dipelopori
oleh Shakspeare dengan menjadikan faktor sejarah diolah
semula dengan bentuk kreatif yang menakjubkan.
• Dalam konteks ini, sastera klasik yang dikategorikan dalam
sastera sejarah dan sastera ketatanegaraan, misalnya kisah
keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, keperibadian
sultan-sulatan, raja, pemimpin dan kegagahan dan
kemasyuharan pahlawan diolah dalam bentuk genre sastera
yang lain dengan corak yang lain juga seperti cerpen, novel
atau drama.
Aliran Humanisme
• Satu aliran pemikiran yang memberi tumpuan kepada soalsoal kemanusiaan dengan meletakkan aspek manusia dan
kemanusiaan pada hirarki yang tinggi.
• Dalam aliran ini pegangan atau doktrin lain misalnya politik,
, keagamaan tidak diutamakan sebaliknya memberi ruang
keutamaan kepada fenomena manusia dan kemanusiaan
secara tuntas.
• Perjuangan yang berpaksi kekuatan mental dan untuk
mengecapi nikmat kehidupan diletakkan pada landasan yang
utama.
• Aliran ini beranggapan bahawa manusia itu boleh berdiri
sendiri dan tidak memerlukan sebarang sandaran atau
pertolongan sesiapa. Justeru aliran sedemikian lebih bersifat
sekular dan popular di Itali.
Aliran Realisme
• Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan keseluruhan
kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada; iaitu apa yang
ditemui, dilihat dan dirasakan.
• Dalam aliran ini pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan
secara teliti namun ia digambarkan secara wajar dan
seadanya.
• Ini bererti sesuatu itu diperlihatkan secara yang logik tanpa
membawakan sesuatu yang belebih-lebihan sehingga
terkeluar daripada kerasionalan dan realiti.
• Dalam erti kata lain pemaparan tentang kisah, tokoh, watak
dan perwatakan dalam sesebuah karya itu wujud secara
alamiah dan dapat pula ditafsir secara zahir dengan mata hati
tanpa diwarni oleh sesuatu yang boleh mengaburi kebenaran
dan sesahihan dalam dunia nyata.
Aliran Ekspresionisme
• Aliran ini adalah kontraduksi dengan aliran Realisme. Penulis
tidak lagi menjadikan dunia nyata atau fenomena yang
seadanya sebagai inti penceritaannya tetapi sebaliknya
memaparkan dunia, fenomena atau persoalan yang wujud
dalam diri atau pengalaman batin seseorang seperti tentang
emosi, penderitaan, kehidupan yang tidak sempurna.
• Karya-karya yang terarah dengan aliran ini menggambarkan
bahawa keadaan mental adalah gambaran kebimbangan,
ketidaktentuan arah haluan rasa manusia moden yang
menimbulkan pula rasa kekalutan.
• Karya beraliran ini tidak mementingkan urutan masa dan
peristiwa tetapi yang diutamakan ialah pemaparan emosi
semaksimum mungkin walaupun ada ketikanya bersifat
drastik dan keterlaluan.
Aliran Surealisme
• Aliran ini mengadakan eksperimen dengan membentuk
gubahan bebas, menggunakan kata yang menyimpang
daripada aturan lazim, tidak kronogi serta tidak logik.
• Wujud kemiripan dengan aliran absudisme yang
menggunakan susunan atau aturan seperti mimpi,
memaparkan bahan tersendiri, kepelikan, fanatik serta
separuh peradaban dan turut membentuk imej-imej yang
tidak mempunyai hubungan.
• Aliran ini bertujuan sebagai satu protes dan revolusi
menentang segala bentuk kekangan terhadap fungsi
kebebasan berfikir manusia yang sering merujuk kepada logik
akal, kelaziman dan keteraturan yang formalistik sifatnya.
• Pendokong aliran ini meluahkan mesej dan persoalan secara
pantas dan tuntas berdasarkan pertimbangan fikiran bawah
sedar mereka.
Absurdisme
• Dasar fahaman aliran absurdisme ialah bahawa manusia
adalah absurd (aneh, luar biasa mustahil dan tidak dapat
diterima akal).
• Penerokaan terhadap alam batin dijadikan landasan
pengkajian di samping mengungkapkan hal-hal di bawah
sedar manusia, di samping mentafsir persoalan falsafah yang
memerlukan ketajaman daya fikir.
• Bagi penulis Melayu yang mempunyai kepercayaan agama
yang tekal, aliran ini mengutamakan aspek kemustahilan dan
keluarbiasaan baik dari sudut tema, persoalan atau watak dan
perwatakan.
• Eleman keluarbiasaan dan kelainan sebagai satu bentuk
identiti aliran ini. Perkembangan sedemikian ini pernah
dilakukan oleh Mana Sikana, S Othman Kelantan dan Noordin
Hassan dalam karya-karya terpilih mereka.
Eksistensialisme
• Aliran ini membawa anutan “kewujudan yang mendahului
sifat” yang sesuai dengan pencarian yang bertunjangkan
falsafah keanehan.
• Penulis beraliran ini menekankan keinginan untuk mencari
kewujudan diri dan mencari identiti diri berdasarkan konsep
kehidupan yang berpaksikan ketentuan hidup mati, miskin
kaya, bahagian derita, hina mulia.
• Pencarian kewujudan dan mencari identiti ini disalurkan
melalui watak-watak.
• Umumnya aliran ini terdiri daripada tiga tahap pergolakan
iaitu pergolakan jiwa dalam watak sendiri, pergolakan jiwa
dalam watak lain dan pergolakan jiwa dengan persekitan atau
alam termasuk Tuhan.
Sekian, terima kasih