3. Pasca mengarang

Download Report

Transcript 3. Pasca mengarang

PENSYARAH:
EN. MOHD RAFI B. GHAZALI
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Ejaan
Imlak / Rencana
Menulis jawapan pemahaman
Menulis karangan
Menulis ayat berdasarkan gambar
Membina ayat
Memanjangkan ayat
Menulis rencana
Mengisi silang kata
Melengkapkan ayat

Melibatkan proses perkembangan mental dan
pembinaan konsep.

Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan
menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman
makna perkataan dan perbendaharaan kata murid.

Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari
sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan
kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari
petikan.






Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid.
Perkataan itu pernah dipelajari.
Jumlah ejaan tidak terlalu banyak.
Dijalankan selepas aktiviti bacaan.
Guru menyebut murid mengeja.
Disemak bersama.





Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca
atau diperdengarkan
Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf,
mengeja, menggunakan tanda bacaan dan
perbendaharaan kata
Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa,
kandungan, dan kosa kata
Pastikan tempat hentian bacaan
Petikan perlu dibaca dengan jelas





Berikan petikan teks dan minta murid baca
Guru memilih bahagian dalam teks untuk
diimlakkan
Guru menyebut perkataan secara lisan atau
rakaman dan murid menulis
Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan,
penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda
baca
Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau
membaca

Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu:
a. karangan,
b. penulisan ringkas,
c. penulisan untuk majlis rasmi,
d. surat
e. penulisan untuk papan kenyataan.
1. Terkawal





Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi
yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,
bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
- Contoh :
-Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam
karangan yang disediakan.
-Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya
menjadi sebuah karangan lengkap.
2. Separa Terkawal




Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang
disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk
menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat
pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang
disediakan.
- Contoh :
-Menggantikan beberapa perkataan yang telah
dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang
telah disediakan.
3. Bebas

Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid
untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang
disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri.
Bentuk karangan bebas seperti berikut :
• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda,
perwatakan.
• Kreatif: puisi, cerpen, drama
• Imaginatif: pengalaman.



Pengajaran mengarang memerlukan perancangan
berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.
Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil
kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa
mengarang dan pasca mengarang.
Murid perlu diberikan pendedahan yang
secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat
dalam aktiviti mengarang yang serius.

Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh
murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.

Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:
- Melatih murid-murid melahirkan idea.
- Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea.
- Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
pemerengganan yang betul.
- Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
- Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
- Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi
sebenar sehari-hari.

Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa
mengarang dan pasca mengarang.
1. Pra mengarang
- Berbincang untuk menentukan format.
- Berbincang untuk menentukan isi.
- Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,
internet dan bahan elektronik yang lain.
- Membuat peta minda atau carta aliran cerita.
- Menentukan watak.
- Menyaring bahan.
- Menulis draf.
2. Semasa mengarang
- Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan
- Menentukan format
- Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,
sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk
huruf) dan wacana.
- Mengambil kira aspek kohesi dan koherens.
3. Pasca mengarang
- Menyemak karangan
- Melakukan pembetulan
- Membuat penambahan sekiranya perlu
- Menghantar karangan
• Bahan sumber daripada internet
- Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan- bahan
berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang
dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid
berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan
mendapatkan idea untuk menulis karangan.
• Bahan sumber digital
- Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan
mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk
dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru
dalam pengajaran karangan mereka.
• Bahan audio dan audio visual
- Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan
olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.



Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan
cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.
Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama
yang melibatkan pralatan ICT.
Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid
menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya
melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan
elektronik.





Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk
mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.
Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu
juga diambil faktor keselamatan murid-murid.
Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan
yang berbilang bangsa.
Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah
ditetapkan terlebih dahulu oleh guru.
Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus
dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan
berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos
yang tinggi dalam mengadakannya.


Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara
berperingkat-peringkat.
Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak
dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan
menggunakan pendekatan tertentu seperti:
◦
◦
◦
◦
◦
◦
Terkawal
Berpandu
Bebas
Proses
Komunikatif
Pengalaman Bahasa
1. Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu
pendekatan yang digunakan bagi membantu
murid-murid menimba pengalaman mengarang
supaya mereka biasa dengan struktur karangan.

Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan
murid-murid daripada melakukan kesalahan
baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan
sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

Contoh aktiviti:
1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan
perkataan-perkataan yang disediakan terlebih dahulu.
2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri,
menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan
yang lengkap.
3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan
bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan
yang lengkap bersturuktur.
2. Pendekatan Berpandu




Isi karangan telah diberikan oleh guru
Murid membina ayat berdasarkan perkataan
atau rangkai kata yang telah diberikan oleh
guru.
Murid-murid mengisi tempat kosong dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri bagi
melengkapkan perenggan.
Kad imbasan dan kad perkataan digunakan
bagi membantu murid-murid.

Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau
pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru.

Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada
dilakukan oleh murid.

Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu
kepada murid.

Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang
lebih mencabar.

Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik
sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.
3. Pendekatan Bebas.






Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek
penulisan dengan baik.
Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan
oleh guru.
Murid-murid mencari isi karangan sendiri.
Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan
Guru memberikan beberapa perkataan atau rangkai kata
tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi
pengolahan.
Penggunaan peribahasa digalakkan.
4. Pendekatan Proses






Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang
dilalui oleh murid-murid.
Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang
diberikan oleh guru.
Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu
Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam
folio.
Bahan daripada folio disaring untuk menentukan
kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan
Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah
sangat digalakkan.


Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam
folio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.
Aktiviti Pengajaran:
-Murid-murid menyusun isi.
-Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang
dengan guru.
-Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk
rangka karangan.
-Rangka karangan yang telah mantap, ditulis
bentuk penulisan yang lengkap.
-Murid-murid mengedit karangan yang telah
disiapkan dan melakukan pembetulan.
-Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar
kepada guru untuk dinilai.

Peringkat Pengajaran
◦
◦
◦
◦
◦
◦
Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat
Penulisan draf
Penyemakan pertama
Penyemakan kedua
Penulisan draf akhir
Persembahan
5. Pendekatan Komunikatif
◦ Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat
perhubungan.
◦ Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan
dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek
penstrukturan karangan.
◦ Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka
tentang sesuatu idea.
◦ Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks
perbincangan yang autentik.
◦ Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan
sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.
◦ Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat
membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.
6. Pendekatan Pengalaman Bahasa
◦ Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk
yang dipilih.
◦ Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk
membina cerita.
◦ Perkataan-perkataan tertentu yang akan
digunakandalam petikan disebut dalam perbincangan
oleh guru.
◦ Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea
yang mereka berikan.
◦ Setelah selesai, guru membimbing murid memberi
tajuk cerita.

Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita
bertulis.

Setelah cerita selesai…
◦ Guru membaca secara nyaring, murid mendengar.
◦ Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.
◦ Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.
◦ Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan
yang mereka tahu dalam situasi.


Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan
pengajaran menulis di sekolah di negara ini.
Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa
dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah /tempatan
dan inilah faktor utama menyumbang kepada
berlakunya kesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa
Melayu Standard (BMS) dengan betul.