Kata tunggal

Download Report

Transcript Kata tunggal

Morfologi:
sambungan kuliah
Pembentukan Kata
1. Kata Tunggal
2. Kata Terbitan
3. Kata Majmuk
4. Kata Ganda
Penggolongan Kata
1) Kata Nama
2) Kata Kerja
3) Kata Adjektif
4) Kata Tugas
3. Kata majmuk
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau
lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu.
Kata majmuk dieja terpisah antara bentukbentuk binaannya.
Tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
Terdapat 3 kelompok kata majmuk iaitu :
a) Rangkaian kata bebas
b) Istilah khusus
c) Maksud kiasan
Jenis Kata Majmuk:
a)Rangkaian kata bebas
Contoh: biru laut
Air hujan
Nasi minyak
Luar biasa
Bandar raya
bom tangan
kapal terbang
Meja tulis
kuning langsat
Ada juga kata yang digunakan sebagai gelaran.
Contohnya:Perdana Menteri, Duta besar, Raja Muda,
Setiausaha Politik
b) Istilah khusus
Contohnya:Model linear, garis pusat,
lesung sendi, kanta tangan, segi
tiga, pita suara,
darah panas, kemas kini, urus
setia, lut sinar.
c). Maksud kiasan.
Contohnya:Kaki ayam, buah hati, duit kopi, anak
emas, tumbuk rusa, berat tangan.
d). Bentuk mantap – ada 29 p.p
dieja tidak terpisah
Contohnya:
Antarabangsa, beritahu, jawatankuasa,
pesuruhjaya, tandatangan,
tanggungjawab, olahraga, matahari.
4. Kata Ganda
Merupakan bentuk kata yang digandakan
untuk menghasilkan makna jamak atau
banyak.
Boleh dipecahkan kepada 3 jenis iaitu:
a) Ganda penuh
Kata dasar yang dieja penuh perkataan.
< pulau-pulau>
< cantik-cantik >
< minum-minum >
b) Ganda Separa
Sebahagian kata dasar yang
digandakan. Boleh berlaku pada
hadapan atau belakang kata
dasar.
laki-laki  lalaki  lelaki
siku-siku  sisiku  sesiku
rambut-rambut  rarambut
 rerambut
c) Ganda berentak
Proses menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar itu.
Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi bunyi vokal
tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri
keharmonian vokal.Contohnya;
< sayur-mayur, kuih-muih, selok-belok,
hina-dina, hiruk-pikuk, tungkus-lumus
>
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan
pada bunyi- bunyi konsonan tertentu.
Contohnya:
< gunung-ganang, bukit-bukau, kayu-kayan,
bolak-balik, batu-batan >
Penggandaan berentak bebas
Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya:
< anak-pinak, saudara-mara, lintang-pukang,
PENGGOLONGAN KATA
Terdapat 4 golongan kata dalam BM
1) Kata nama
2) Kata kerja
3) Kata adjektif/sifat
4) Kata tugas
1)KATA NAMA
• Sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti pada binaan frasa
nama dan selalunya perkataan ini
merujuk kepada manusia, flora dan
fauna, tempat, benda.
Jenis-jenis Kata Nama
a)Kata nama khas
• Merujuk pada nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf
besar. Cont: Jeny, Si Belang, Toyota, Paris.
b) Kata Nama Am
• Perkataan yang merujuk benda-benda atau
perkara-perkara yang umum sifatnya. Cont:
pokok, basikal, bola, kereta, rumah dll.
c)
•
Kata Ganti Nama
Merujuk kepada kata yang menggantikan sesuatu nama.KGN
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i) Kata ganti nama Tunjuk. Cont: itu & ini.
ii) Kata ganti nama Diri. Terbahagi 2 jenis:
-Kata ganti nama diri Orang
Kata yang merujuk kepada manusia. Kata jenis ini boleh
dibahagikan kepada tiga jenis
-KGN orang pertama.Cont: Saya , beta, patik, kami, kita
-KGN orang kedua.Cont: Anda, kamu, awak, engkau.
-KGN orang ketiga.Cont: ia, dia, mereka, nya.
-Kata ganti nama diri Tanya
kata yang berfungsi menanyakan benda, perkara atau
manusia. Contohnya siapa, apa, mana.
2) KATA KERJA
• Merupakan kata yang menunjukkan
sesuatu perbuatan/keadaan.
Perbuatan: baca, lari, lompat
Keadaan : menggembirakan, memilukan
Kata Kerja Terbah. 2 jenis:
a) Kata kerja Transitif
b) Kata kerja Tak transitif
a) KK Transitif- iaitu KK yang
memerlukan objek untuk
melengkapkan maksudnya. Cont:
-membaca buku (objek)
-menjawab surat (objek)
-menjatuhkan pen (objek)
Permasalahan KKT:
i) Pengguguran objek
- Dia merembat ke arah pintu gol.
- Berita itu amat menyedihkan.
ii) Pemisahan objek
- Mereka menjelaskan tentang hal itu.
- Dia merahsiakan mengenai perkara itu
b) KK Tak Transitif- iaitu KK yang tidak
memerlukan objek. Cont:
-pulang
-tidur
-bangun
-menangis
3) KATA SIFAT
• Merupakan kata yang dapat memberi
penerangan tentang sifat atau ciri
sesuatu benda.
Jenis Kata Sifat:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Kata sifat keadaan, contohnya baik, cerdik,nakal, buas,
sihat, tegas, sibuk.
Kata sifat warna, contohnya hitam, putih, kuning, ungu,
kelabu.
Kata sifat ukuran, contohnya panjang, pendek, kecil, tebal,
cetek, dalam, tohor.
Kata sifat bentuk, contohnya bulat, leper, nipis.
Kata sifat pancaindera,
-rasa ( sedap, manis, lazat, masam),
-pandang ( cantik, molek, hodoh, ayu),
-dengar (merdu, mersik, nyaring, bising),
-bau ( harum, wangi, busuk, hapak),
-sentuh ( halus, licin, keras, kasar, lembut)
Kata sifat cara, contohnya cepat, laju, lambat
Kata sifat perasaan, contohnya rindu, geram, sayang
Kata sifat jarak, contohnya jauh, dekat, hampir
Kata sifat waktu, contohnya segera, silam, lewat, awal
4) Kata Tugas
Merupakan perkataan yang melaksanakan
fungsinya dalam predikat / ayat.
Ant.Jenis:
a) Kata hubung
Cont: dan, sambil, yang, lalu dll
b) Kata nafi
Cont: tidak, bukan
c) Kata pemeri
Cont: ialah, adalah
d) Kata sendi nama
Cont: di, dari, dalam
Analisis Struktur Kata
•
•
•
•
•
•
•
Dunia
memutih
Peninggian
Mempertahankan
Juruselam
lelangit
Selesema
•
i)
ii)
iii)
iv)
Contoh Analisis
Mempertahankan
Kata tunggal – tahan
Menerima imbuhan awalan – per
Menerima imbuhan apitan – mem-kan
Jumlah morfem:
a) Morfem bebas: 1
b) Morfem terikat : 3
v) Kelas kata: kata kerja
•
Memutih
i)
ii)
Kata tunggal – putih
Hukum ptks iaitu :
p → m, t → n, k → ng dan s → ny
putih – mutih
tulis - nulis = menulis
iii) Menerima imbuhan awalan –me iaitu:
me + mutih
iii) Menjadi = memutih
ATAU
•
Memutih
i) Kata dasar – putih
ii) Hukum ptks iaitu :
p → m, t → n, k → ng dan s → ny
putih – mutih
iii) Menerima imbuhan sisipan – em iatu:
m + em + utih
iii) Menjadi= memutih
iv) Jumlah morfem : Bebas 1, terikat 1
Tugasan 2:
Analisis Perkataan
1.
2.
3.
4.
5.
Imbuhan awalan
Imbuhan apitan
Imbuhan sisipan
Gandaan separa
Kata majmuk